13 Februari 2008

Dukacita Kenangan Lalu

AsSalam, saya pernah bertugas di sungai Ulu Padas, sempadan sabah dengan kalimantan , Borneo,Indonesia. setahun duduk dalam hutan, kadang tu nak keluar bandar sebulan sekali buleh keluar ke pekan keningau, saya pernah survey kayu di hutan Pensiangan, kalabakan. melaui nabawan Road ini ada satu info rahsia, suatu masa kul 3 pagi saya dengan assistant manager general lumber telah pergi ke rumah seorang lawyer (kawan assistant manager tersebut) yang sedang dalam proses nak bela dua anak yatim pemilik tanah pinggir pantai karambunai. masa tu tahun 1995, karambunai resort belum ada lagi, cuma dalam proses. menurut lawyer tersebut, dia mengatakan dua anak yatim lelaki pemilik tanah pinggir pantai yang sekarang telah didirikan karambunai resort. dia beritahu cina yang selalu beri duit kepada dua anak yatim tadi sebenarnya bertujuan nak memiliki tanah pinggir pantai, dua anak yatim ini disebabkan banyak dapat duit langsung tak belajar bersungguh-sungguh, terus gagal masuk universiti, itulah kali pertama dan terakhir saya jumpa lawyer tersebut yang tunjukkan case yang dia handle di kota Kinabalu. selepas itu pada bulan 11 , 1995, saya sakit tenat. sekarang Karambunai Resort telah wujud di sabah...tak tahulah adakah tanah anak yatim itu telah dirampas guna politik wang. cuma teringat ayat "jangan kamu ambil harta saudara kamu tanpa hak" moral of the story, kita perlu pilih kawan , jika tidak bahaya kepada kita... pekan Keningau masa tu 1995 ada dua area, satu black area, satu ok area, dengarnya cikgu di semenanjung yang bertugas di situ beritahu, dengan belanja makan, orang dah buleh diupah untuk membunuh musuhnya.

Semasa saya kembali ke semenanjung, saya khuatir saya akan dibunuh, itulah perasaan saya. assistant manager selalu kata " he mess up everything) dia maksudkan kepada manager, bush(bukan nama sebenar) yang jahat tersebut. bush ni punya jahat, sampai kawan saya yang ada bertugas di factory di nabawan Road asal kuala Trenganu (sekarang dengarnya jadi cikgu di Raub, Pahe), panggil bush dengan gelaran "fir'aun". kami akan panggil fir'aun kalau nak mention bush. kejahatan bush lambat diambil tindakan oleh GMD(general managing director,) masa itu bernama Haji Ahmad (bukan nama sebenar), sudah retire dari general Lumber. ada ke patut pernah Haji Ahmad di malukan oleh bush dengan letak babi depan haji ahmad masa makan di kedai makan di keningau, haji ahmad suka dengan saya, itu yang buat bush bengang. dukacita saya sakit tak sempat nak bertugas lama dengan general lumber pemilik muslim kaya dari Kota bharu. kira ahli keluarga Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, (mana pergi nama ni dah tak muncul, adakah dia uzur?).

Perumahan Lembah Beringin di rawang adalah projek land and general tahun 1995. saya ada kepakaran nak estimate berapa RM buleh keluar dari satu dirian hutan, sebab memang kerja saya dulu cari kawasan kayu konsesi area for logging operation. pernah saya pergi survey kawasan hutan untuk dibeli dengan harga RM2 juta ditugaskan oleh assistant manager bernama Ali (bukan nama sebenar), dia kata kita nak beli dengan harga estimate RM2 juta seperti ditawarkan oleh xxx sendirian berhad dari kuala trengganu yang dapat konsesi dan ada intention nak jual area tersebut. saya dengan seorang kawan menuju je hulu Trengganu ke area sungai Loh menaiki trooper 4WD, sampai di kongsi , sudah ada company yang sedang kerjakan area berhampiran, esok paginya saya dengan sahabat survey area, tulis jenis pokok yang ada seperti meranti, keruing, nyatoh, buat calculation berapa tan kayu buleh keluar dan berapa RM buleh dapat. kira-kira, seperti harga yang ditawarkan RM2 juta terlalu mahal. kemudian kami dapat info dari staff company yang sedang buat kerja logging operation di area berhampiran sebelum tu sudah ada company lain datang tengok area yang general lumber nak beli, mereka nak beli dengan harga RM900,000. saya bincang dengan sahabat, saya kata harganya berbeza sekali. jadi mungkin ada orang tengah sudah mark up harga sebenar dari RM900,000 sehingga jadi RM2 juta, langsung kami buat lapuran ke HQ di Subang Jaya, mengatakan dengan harga RM2 juta company tak buleh buat untung. langsung area tersebut ditinggalkan, tak jadi dibeli.

Saya pernah juga survey area di Gemencheh, N.9, masuk area tersebut, pergi jabatan hutan N.9, kebetulan jumpa kawan satu coursemate di UPM lalu, terus kami bertanyakan area yang general lumber nak beli, semasa tu dapat info yang area tersebut nak dibuat empangan. langsung ketua kerani kata projek empangan tak jadi, dia tipu fakta atau apa ? saya tak sure, saya nak tanya akhi di sini empangan gemencheh ada ke tak de sekARANG ni? , kalau ada memang ketua kerani tu telah menipu kami. masa tu tahun 1994. setelah itu general lumber invest RM60juta beli area di pedalam sabah, area yang sudah ditebang sejak tahun 1970 denga dua buah sawmilling factory. dengar info mengata siksabison senior manager general lumber ambil duit compny, tetapi dukacita still bekerja di situ pada tahun 1995. area tersebut dibeli dari mr chew, dari nama rimyasa ditukar kepada general lumber, factory di nabawan road tersebut tidak jauh dari factory Aokam Perdana berhad, masih adakah Aokam Perdana ini?

Masa di kelate tahun 1994 saya bekerja di kuala balah, jeli dan satu lagi di Sungai Durian kuala krai, masa inilah saya berkenalan dengan abang Mokh yang masa tu sudah berusia 48 tahun yang ada pengalaman survey hutan papua new guinea. suatu masa saya pergi cari abang Mokh di kampung isteri keduanya di limau kasturi, isterinya kata dia pergi dengar ceramah politik mat sabu, lagsung hajat nak masuk hutan berhampiran limai kasturi berhampiran sungai galas ditunda kerana abang Mokh dengar ceramah politik mat sabu. langsung kami juga tunggu abang Mokh yang tak jumpa pada malam tersebut, malam tersebut kami tidur di hotel Alisan di pekang Gua Musang (1994). esoknya kami masuk ke hutan area anak sungai sungai galas, masa tu tak de GPS, harap peta photostate topomap 1:50,000 serta compass aje. abang Mokh di banyak tanam pokok petai, kami dijemput makan dirumahnya, punya banyak petai, petai reus, petai jeruk, petai segar semua ada, rumahnya tak jauh dari rail keretapi. masa penumpang lalu kampung limau kasturi, penduduk di situ akan offer jualan petai. saya respek ore kelate dalam mempertahankan tanah kebunnya, hal ini berlaku di sungai durian kuala krai .

Staff general lumber bila nak lalu aje tanah kebun perlu bayar duit, sedang duit pampasan sebelum tu dah dibayar bagi setiap pokok yang ditebang kerana nak buat acces road bagi transportation of logs, penduduk sungai Durian, akan letak tali aje, atau sekatan jalan, company beri duit, baru log transportation buleh lalu untuk di hantar ke sawmill di Peringat, masa tu general lumber sewa Yunus Sawmill, di Peringat untuk buat sawn timber. sawn timber dihantar ke port klang untuk eksport. dukacita lihat pekerja yang tidak cermat handle sawn timber yang sudah value added, serta bertambah kos operation, kadang tu sawn timber pecah, pekerja sebegini akan tidak diambil untuk operatin yang akan datang. setahun kerja dapat cemerlang, ye lah saya dari pukul 7 pagi sehingga dekat maghrib duduk di betau di sungai durian kuala krai, ukur kayu log yang berlonggok di betau sebelum dihantar ke Yunus Sawmill, selepas ukur kayu, selepas maghrib perlu calculate berapa tan kayu sudah di transport ke sawmil, masa tu oakai calculator aje. pernah staff alam sekitar datang sawmill. "ayat nak minta duit dari assistant manager", "ni guano ni sawmil tak terurus, pagar nak roboh"..langsung supervisor beri RM300 setiap seorang, terus senyap....itukan rasuah, saya hanya memerhati aje, sebab baru kerja, cakap bayak khuatir dibuang kerja, hal ini berlaku kepada saya masa bekerja dengan pengurus Felda Plantation di terapai 3, pengurus ini selalu jual buah masuk poket sendiri, langsung saya nasihat "Tuan taubatlah tuan, sebab saya lihat dia tak solat mana usia sudah 50 tahun," akibat nasihat, saya dibuang kerja... sebelum kelek ke Peringat sempat abah saya nasihat di pagi jumaat " Kita ni hidup di dunia tak lama,,, kalau makan makanan haram, nanti perut telan api neraka yang panas, api neraka ada dalam perut... tertunduk manager tersebut di pagi Jumaat "...sekarang saya dapat info dah pencen.........