Petua masuk hutan, sebelum nak masuk hutan, buat solat sunat musafir
Usyalli Sunnatan Safari rakaataini lilLahi Taala
kemudian sediakan bekalan makanan secukupnya,jika perjalanan 36-40km selama 7-8 hari better bawa beras 2-3 kilogram seorang... better beras cukup, kalau ada stove gas memasak lebih baik, pakai stove yang sistem injap sebab tabung gasnya buleh dicabut dari stove bila nak packing bagi meneruskan travelling inside the forest.
jika buleh cuba baca al Qur'an masa rehat di hutan, Buleh baca Surah Yaasiin, serta al Mulk...
bawa Global Positioning System , GPS, peta topo skala 1:50000. yang biasa askar pakai masa training taktik perang. Bawa compas, jika ada budget bawa satellite phone...harga mahal. penting jika ditengah hutan pada hari keempat, jika ada kawan yang kemalangan senang hubungi helicopter TUDM,
Pakai kasut jungle boot kain hijau tapal getah yang brand goldez, jenis ini adalah yang baik sebab tapaknya lembut. jika buleh mesti tahu berenang, kerana ada ketika terpaksa seberang sungai yang berarus laju yanng banyak terdapat dalam hutan negara ini. perlu tahu ekologi hutan, saya ada Ijazah Sains Pengurusan Hutan.
Petua masuk hutan, sebelum nak masuk hutan, buat solat sunat musafir... kemudian sediakan bekalan makanan secukupnya, kalau ada stove gas memasak lebih baik, jika buleh cuba baca al qur'an masa di hutan. bawa GPS, peta topo 1:50000. yang biasa askar gunakan. bawa compas, jika ada budget bawa satellite phone. pakai kasur jungle boot yang brand goldez adalah yang baik sebab tapaknya lembut. jika buleh mesti tahu berenang, kerana adaketika terpaksa seberang sungai yang banyak terdapat dalam hutan negara ini. perlu tahu ekologi hutan, saya ada ijazah sains pengurusan Hutan dari UPM tahun 1994. jika buleh tahu nama pokok yang mahal nilainya jika sudah besar kerana ianya khazanah negara seperti pokok Chengal , Meranti, Keruing, Nyatoh, Damar minyak, ramin.... juga buleh tahu pokok tungkat Ali (cuba lihat iklan Kopi Radix, mula sekali muncul pokok tungkat Ali sebelum keluar gambar beberapa pemuda naik 4WD travell dalam hutan sangkut tayar 4WD masa seberang sungai...minta secawan...),
herba Kacip Fatimah. jika jumpa kayu gaharu, jangan tebuk isi nya jika belum tiba masa matang/ masak, jika tidak ianya akan dibazirkan, jangan tamak... ikut AKTA tak buleh ambil kayu gaharu. harga gaharu sekilo buleh cecah RM 14,000 hingga RM 20,000 di pasaran Timur Tengah Negara Arab untuk resource buat minyak athar... itu sebab orang siam sanggup masuk hutan Taman Negara sebulan lamanya.
saya pernah terserempak dengan ore siam berpakaian serba hitam dengan kain membaluti kepala memikul karung seramai lima ore...
Semasa di hutan jangan bercakap celupar, Di hutan bukan kita aje ada di dalamnya makhluk Al jin Islam jua ada mendiami hutan.
kita ini hidup di lapisan bumi yang mana...
Ayat 44 Surah al Isra’:
Langit yang tujuh lapis dan bumi yang tujuh lapis dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka sesungguhnya Dia adalah maha penyantun lagi Maha pengampun
Langit dan Bumi tidak pernah berpisah, Di Mana BUMI dipijak di situ langit dijunjung...
Pernah saya berkhemah di kawasan yang ada Syu'banun (kalimah bahasa Arab),
warnanya kuning...minta anda rujuk bahasa Arab jenis fauna ini...
Suasana Damai, Permai serta air sungai yang jernih di tengah hutan Negara ini amat Aman dari kegiatan manusia di bandar yang tercemar dengan asap kenderaan serta asap Rokok...mamnu' Tadkhin= dilarang merokok...
Tujuan kita mengenal pokok dihutan seperti Chengal, meranti damar minyak, kerana khuatir kita tertebang pokok yang bernilai tinggi ini jika ianya membesar nanti...
jika buleh kita kurangkan menebang pokok masa travel dalam hutan.
Di ketika malam, sahabat yang kurang penat, buleh sediakan unggun api...supaya khemah kita tidak didatangi haiwan buas...
banyakkan berdoa masa travel dalam hutan yang melibatkan perjalan 7 hari jarak 36 kilo meter.
Semasa nak mulakan perjalanan, ketua pasukan better berdoa, minta selamat dalam perjalan...
Bangun pagi solat Subuh, kemudia bersarapan, , buleh mulakan perjalan kul 9 pagi...
Lihat peta topo skala 1:50000 setiap kali nak mulakan perjalan, pandu arah, tentukan bearing arah nak tuju.
lihat GPS untuk tahu gred reference kedudukan kita sebenar dan tandakan di atas peta topo, better pakai peta genuine , kurang elok jika pakai peta photostate sebab warna hijau, garisan contour bukit tidak jelas, kecuali kita photostate warna...
sungai, bukit serta tanda di atas peta perlu diamati selalu... bila sudah bergerak dalam 3 kilo better semak semula kedudukan kita di tanah dan di atas peta.
biasa sifir berjalan di hutan, ikut bentuk muka bumi, adakah beralun atau mendatar, atau mendaki bukit...
jika mendatar kita buleh capai 16 kilometer sehari perjalanan..., jika sekejap naik bukit sekejap turun bukit...cepat letih, mungkin kita hanya dapat capai 2 hingga 3 kilometer aje sehari perjalanan bermula kul 9 pagi hingga 5 petang.
pengalaman saya travel di Belukar Bukit near tu hutan simpan sekayu, sekejap naik bukit, terpaksa turun bukit sebab permatang bukit putus...turun bukit, naik bukit,...hal ini menyebabkan kami hanya capai 2 kilo perjalan aje jika dirujuk peta topo hanya 2 map square aje... satu map square peta topo skala 1:50000 mewakili 1km persegi.
2cm mewakil 1 kilometer diatas muka bumi bagi peta skala ini.
pernah saya travell di hutan Belum empangan Temenggor, mula travel naik lebuhraya Grik ke Jeli, naik tangga ditepi highway... hari pertama sudah penat...anak tangga hampir 200 anak tangga mendaki banjaran Titiwangsa... jalan sehingga sampai di sebuah sungai lubuk ikan near tu kampung Sungai Tiang...di sana kami dapat ikan 5 Kilo... makan dengan 4 sahabat ...
bawa kawan yang baik 9dirikan solat) aje travel bersama di hutan
Memilih kawan hadis no 2256 jilid 4 sahih Muslim
Dari Abu Musa Radhiallahu anhu dari Nabi Sallallahu alaihi waSalam bersabda “ Perumpamaan berkawan dengan Insan Baik dan berkawan dengan orang jahat, tak ubahnya seperti berkawan dengan penjual minyak wangi atau tukang tiup api di bengkel besi. Jika berkawan dengan penjual minyak athar adakalanya engkau diulisi minyak athar atau engaku membeli daripadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat tercium bau wangi. Dan jika berkawan dengan peniup api di bengkel tukang besi, adakalanya pakaianmu biasa terbakar atau setidak tidaknya engakau tercium bau busuknya…