13 Februari 2008

Petua Keluar Malam

Pernah tak anda travel malam, terutama pukul 12 malam hingga 1 pagi atau waktu nak masuk Maghrib, masa tu adalah masa hantu cari mangsa. dalam hadis suruh kita bermusafir berjemaah sekurangnya dua orang terutama bahaya waktu malam.

Petua ore tua akan suruh kita bermusafir , pastikan estimation sampai ke destination di waktu siang, contoh nak travel dari Kota Bharu, menurut petua , kita buleh mulakan perjalanan pukul 2 pagi, , kita InsyaAllah sampai di waktu fajar. pernah saya travel malam, dalam pukul 12 malam, tiba-tiba di atas bukit terdapat gerai makan, dalam tu saya lihat ramai cina duduk dalam kedai tu, saya serta 2 ahli keluarga tak singgah cuma fikir , mungkin itu hantu yang nak cari mangsa. sebab sebelum ni tak pernah ada gerai makan di atas bukit tersebut, pulak tu cina aje dalam gerai tengah malam pukul 12.
hal ganguan hantu adalah disebabkan ore itu kurang Ilmu terutama bab ilmu Tauhid. syaitan akan cuba ganggu manusia sdengan perbagai cara, cuma kita perlu ingat hadis bab rasulullah pesan "Tiada jangkitan penyakit, tiada burung yang membawa sial (bunyi burung punguk), yang sebenarnya adalah sempena baik= wa yu'jibunil fa'lu, sahabat bertanya apa itu sempena baik, Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam bersabda " sempena baik ialah perkataan kalimah yang baik"
maka banyakkan berkata dengan perkataan yang baik...

Jika di hutan atau di kegelapan malam masa travell to destination, dituntut berkata dengan kalimah yang baik. terutama bab kisah kehebatan kuasa Allah Subhanahu waTaala

Kebetulanan anak saudara hafaz surah Yasiin, dia rajin baca surah tersebut.
pernah tak dengar cerita orang hilang kemudian diberi makan oleh hantu dengan kotoran, tetapi yang sesat tu nampak seperti makanan. bila keluar dari hutan sesat tu, pesakit tu biasa akan ada masalah...,sebab termakan benda kotor...
sejak hafiz yang ada terlibat sebagai Muaalij, perawat AsSyifa'. maka umat di Negara ni kira terkawal sedikit dari unsur syirik dalam perbomohan.

Rasulullah paling BERANI:
Hadis sahih muslim jild 4 no 2136
Dari Anas bin Malik Radhiallahu anhu berkata “Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam adalah manusia yang paling baik, paling pemurah, paling berani. Pada suatu malam, penduduk Madinah di kejutkan oleh suatu suara, lalu orang ramai keluar ke arah datangnya suara itu, di tengah jalan mereka bertemu dengan Rasulullah Salallahu alaihi waSalam hendak kembali…
Sebenarnya baginda telah mendahului mereka ke tempat datangnya suara itu.
Baginda mengenderai kuda yang dipinjamnya dari Abu Talhah sambil menyandang pedang , Sabda baginda “jangan khuatir , jangan khuatir,” kata Anas kami dapati baginda
memang santai- santai saja dan berkuda perlahan lahan.


Hadis no 1936 Sahih Mmuslim jilid 4:
Dari Jabir bin Abdullah RadhiaLlahu anhu berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam bersabda “ Bila telah senja, laranglah anak anak keluar dari Rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka. Kunci pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah. Sekalipun membentangkan sesuatu diatasnya, serta padamkan lampu ketika hendak tidur…

Zaman dulu pakai pelita, jadi perlu dipadam demi hindari dari kebakaran…