24 Jun 2009

Solat Jama' Qasar bagi Musafir pada hari Jumaat

AsSalam
Pada umumnya ruhsah yang diberikan kepada mereka yang bermusafir ialah melakukan solat secara Qasar dan Jama' dengan memenuhi syarat2 tertentu seperti :- perjalanan perlu 2 marhalah (87km). Bagi menghadiri diri untuk solat Jumaat juga, salah satu syaratnya ialah : bermukim di tempat Jumaat didirkan. Dengan kata lain, tidak wajib Jumaat kepada mereka yang bermusafir. Maknanya, mereka yang bermusafir dibenarkan melakukan Jama' Ta'khir; iaitu menjama'' dan qasar solat Zohor didalam waktu Asar. Akan tetapi kelonggaran bermusafir ini mempunyai kondisinya sendiri menurut beberapa pandangan Mazhab2 Fiqh. Berikut diringkas beberapa pandangan Mazhab bagi mereka musafir yang tidak diwajibkan solat Jumaat :-

a. Mazhab Syafie : - Boleh keluar bermusafir sebelum Fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
b. Mazhab Maliki : - Dibolehkan musafir sebelum Fajar, Makruh selepas Fajar akan tetapi tidak dilarang perjalanannya.
c. Mazhab Hanbali :- Makruh musafir sebelum Fajar, di haramkan selepas tergelincir matahari melainkan keadaan ketakutan atau dalurat atau kemudharatan.
d. Mazhab Hanafi : - Tidak makruh musafir sebelum tergelincir matahari.

Begitulah pandangan ulama' mengenai hukum Solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, iaitu mereka yang bermusafir pada hari Jumaat. Dirumuskan bahawa tidak wajib Jumaat musafir sebelum hari Jumaat, bagi yang bermusafir selepas fajar maka wajib Jumaat keatasnya menurut setengah ulama' dan tidak wajib bagi sebahagian yang lain.
------------------------

Terdapat juga ulama2 lain seperti Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa tidak wajib Jumaat bagi sesiapa sahaja yang bermusafir tanpa sebarang syarat.
لم تجب الجمعة على من ينشئ لها سفرًا؛ فإن الجمعة لا تجب على مسافر‏.‏
"Tidak wajib Jumaat ketas sesiapa yang melakukan permusafiran, kerana sesungguhya Jumaat tidak wajib kepada orang musafir,"

Komentar bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat ruhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama' jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinayatakan didalam fiqh.

Fatwa IslamOnline didalam mengulas fatwa Atiyah Saqr menyatakan :-
ليس على المسافر جمعة ،ولو كان سفرًا مباحًا ،كأن يكون للنزهة أو الاستجمام ،أو كان لقضاء حاجة ونحو هذا ،وقد سافر النبي صلى الله عليه وسلم ولم يصل الجمعة ،بل جمع بين الظهر والعصر ،وإن كان الأفضل صلاتها ،مالم يكن هناك مانع ،وذلك من باب الأفضلية لا الوجوب.
"Bukanlah bagi orang yang bermusafir itu kewajipan Jumaat, samada permusafirannya harus, atau berkelah, atau untuk relax, atau memenuhi sesuatu permintaan dan sebagainya, maka Nabi pernah bermusafir dan tidak bersolat Jumaat, bahkan beliau melakukan Jama' diantara Zohor dan Asar, dan jika ia merasakan bersolat (Jumaat) lebih baik, maka disana tidak ada larangan, dan itu merupakan bab fadhilat dan bukannya kewajipan"

Menurut Prof Dr Ahmad Yusuf Sulaiman pula :-
وأما صلاة الجمعة فلا بد أن تكون في جماعة، وفي المسجد، وهي لا تجب على المسافر، فقد صح في حديث ابن عمر رضي الله عنهما أن الجمعة لا تجب على المرأة والمريض والعبد والمسافر، وهذا من باب التخفيف والتيسير؛ لأن المسافر مشغول بأمر نفسه لبعده عن موطن إقامته ولتشتت فكره وتغير عوائده مهما كان السفر مريحًا، فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "السفر قطعة من العذاب"، والسفر عام يشمل كل سفر قديمًا وحديثًا مهما اختلفت وسائله أو تعددت طرقه، وبناء عليه فإذا صلى المسافر الظهر فإنه يجوز له أن يصليها قصرًا، بل هذا واجب عند كثير من العلماء لأن النبي صلى الله عليه وسلم ما أتم صلاة في سفر قط. والله أعلم.
"Bagi solat Jumaat, ia mestilah dilakukan secara berjemaah didalam masjid, maka tidaklah di wajib keatas musafir, telah sahih dari hadith Ibn Umar ra. bahawa pada hari Jumaat tidak diwajibkan keatas wanita, orang sakit, hamba dan musafir, ini merupakan bab keringanan dan kemudahan, kerana sesungguhnya sedang sibuk dengan urusannya, jauh dari tempat watannya dan tempat tinggalnya dan kecamuknya pemikiran, perbezaan kadar (rates) bagi menentukan permusafirannya selesa, maka Rasulullah bersabda :'Permusafiran adalah sebuah azab', secara umumnya permusafiran termasuklah permusafiran sekarang dan dahulu, tidak kira apa perbezaannya, atau perjalanannya yang pelbagai arah, dimana apabila Musafir bersolat Zohor maka dibolehkan keatasnya bersolat secara qasar, bahkan ada kebanyakkan ulama' mewajibkan demikian kerana sesungguhnya Nabi tidak bersolat penuh sama sekali pada masa bermusafir".
-------------

Kesimpulannya, Solat Jumaat tidak wajib semasa musafir. Akan tetapi, jika seseorang itu sempat melakukan Solat Jumaat, maka itu merupakan satu kelebihan baginya. Pandangan ini lebih hampir kepada fiqh yang taisir (mudah) dan ruhsah (keringanan). Ada juga yang berpegang bahawa larangan bermusafir pada hari Jumaat ini sebagai ibadat, dimana Syiekh Nasyiruddin al-Albani menyenaraikan larangan ini sebagai bid'ah hari Jumaat, katanya : "Al-Ta'bud dengan meninggalkan bermusafir pada hari Jumaat" (التعبد بترك السفر يوم الجمعة).