18 Mac 2009

ArRahiqul Makhtum_3

MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA QABILAH DAN INDIVIDU TERTENTU

Dalam bulan Zulkaedah tahun kesepuluh kebangkitan Baginda bersamaan penghujung bulan Jun atau permulaan bulan Julai tahun 619 Masihi, Rasulullah s.a.w telah selamat balik ke Makkah, dengan niat dan azam untuk memulakan semula pengenalan Islam kepada qabilah-qabilah dan individu-individu tertentu, semakin hampir dengan musim haji, semakin ramai, orang memasuki kota Makkah, samada sebagai pejalan kaki, atau menunggang kenderaan yang kekurusan dik perjalanan jauh, kedatangan berduyung-duyung dari berbagai-bagai pelusuk, dengan satu tujuan, iaitu mengerjakan ibadat haji, dan untuk memperolehi sesuatu kemanfaatan untuk diri masing-masing, setemsnya untuk mengingati Allah dalam beberapa hari tertentu, peluang ini memang Rasulullah s.a.w menanti-nantinya, Baginda menemui qabilah demi qabilah memperkenalkan Islam kepada mereka semua dan menyeru kepadanya, iaitu seperti mana Baginda lakukan mulai tahun keempat kebangkitan Baginda.


QABILAH-QABILAH YANG DIPERKENALKAN ISLAM

Al-Zuhri menceritakan: Di antara qabilah-qabilah yang telah disebutkan namanya kepada kami, sebagai qabilah yang Rasulullah s.a.w mengunjungi mereka, dengan memperkenalkan diri Baginda ialah: Banu Amir bin Sa'sa'ah, Muharib bin Khasfah, Fazarah, Ghassan, Murrah, Hanifah, Salim, Abs, Banu Nadhr, Banu Al-Buka', Kindah, Kalb, Al-Harith bin Ka'ab, Uzrah dan Al-Hadharimah, namun tak seorang pun dari mereka ini menyahut seruan Baginda (s.a.w.)

Qabilah-qabilah yang disebutkan oleh al-Zuhri ini tidaklah merupakan qabilah yang diperkenalkan Islam, hanya sekali sahaja di suatu tahun, malah mereka ini didedahkan berulang kali di antara tahun keempat kebangkitan Baginda hinggalah ke akhir musim sebelum hijrah. Namun tidaklah dapat dianggapkan bahawa tahun tersebut adalah musim pendedahan Islam kepada qabilah tertentu, walau macammana pun memanglah terbuktinya bahawa tahun berkenaan telah diperkenalkan Islam kepada qabilah tertentu. Mengikut seorang tokoh ulama yang terkenal Al-Mansurfuri, ada beberapa qabilah yang didakwahkan di musim haji di tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah s.a.w. Ibnu Ishak telah menceritakan cara pembentangan Islam kepada mereka dan penolakan mereka terhadap dakwah Rasulullah s.a.w. Ini dia ringkasannya:

1. Banu Kalb
Rasulullah s.a.w menziarahi mereka, di antaranya ialah Banu Abdillah, Rasulullah s.a.w menyeru mereka kepada Islam, memperkenalkan dirinya, hingga Rasulullah s.a.w berkata: Sesungguhnya Allah menyenangi dengan nama yang diberi kepada bapa kamu itu (Abdullah ertinya Hamba Allah) namun mereka tidak menerimanya.

2. Banu Hanifah
Rasulullah s.a.w menziarahi kediaman mereka dan mendakwah mereka dan memperkenalkan dirinya, namun penolakan yang mereka buat terhadap Rasulullah s.a.w adalah seburuk cara yang pernah dilakukan oleh bangsa Arab.

3. Banu Amir
Rasulullah s.a.w mendatangi Banu Amir bin Sa'sa'ah, dengan mengajak mereka kepada Allah di samping memperkenalkan dirinya, maka berkata salah seorang mereka, beliau dikenali sebagai Bahirah bin Firas: Demi Allah, kalaulah aku ambil pemuda ini dari Quraisy nescaya aku boleh menguasai dengannya seluruh bangsa Arab, kemudian beliau bertanya Rasulullah s.a.w: Apa pandangan kamu sekiranya kami berbai'ah untuk urusan kau itu, kemudian ditakdirkan Allah engkau dapat mengatasi orang yang menentang kau, apakah kami yang akan memerintah selepas kau? Jawab Rasulullah s.a.w: Urusan ini terserah kepada Allah, dialah yang meletakkan sesuatu di mana sahaja yang dikehendakiNya, kata Bahirah: Apakah kau mendedahkan diri kami untuk mempertahankan diri kau dari bangsa Arab, kemudian setelah kau berjaya kau akan menyerahkan kekuasaan itu kepada orang lain pula? Ini tidak boleh jadi dan kami pun tidak berhajat untuk memikul urusan dan persoalanmu ini, dengan itu mereka semua menolak seruan Rasulullah s.a.w.

Setelah Banu Amir pulang ke kampung mereka, mereka ceritakan hal ini kepada seorang pemimpin mereka yang tidak serta bersama di musim haji itu, justeru usianya sudah turut lanjut, kata mereka: Ada seorang pemuda dari Quraisy dari Banu Abdul Muttalib, mendakwa dirinya sebagai nabi, mempelawakan kami untuk mempertahankan dirinya dan bertindak bersamanya serta mengambil beliau untuk ke kampung kita ini. Orang tua tadi meletakkan kedua-dua tangannya, ke atas kepalanya dan berkata: Wahai Banu Amir apakah kita berkesempatan? Sampai tak, kita memperolehi yang hujungnya? Demi jiwa seseorang itu di tanganNya, orang yang kau sebut itu adalah keturunan jati nabi Ismail, dia adalah benar, di mana pemikiran kamu semasa kamu berbicara? Sebenarnya fikiran kamu tidak memihak kepada kamu!


GOLONGAN BERIMAN BUKAN DARI PENDUDUK MAKKAH

Sebagaimana Rasulullah s.a.w memperkenalkan Islam kepada qabilah-qabilah dan perwakilan-perwakilan, Baginda juga memperkenalkan kepada individu dan orang perseorangan, sesetengah mereka menerima dan memberi jawapan yang baik dan tidak kurang juga beberapa tokoh yang beriman selepas musim haji itu, di sini dipamerkan gambaran ringkas penerimaan Islam oleh beberapa tokoh.

1. Suwaid bin Somit
Beliau ini adalah seorang penyair yang pintar dari penduduk Yathrib, suku bangsanya mengelarkan beliau sebagai "Al-Kamil" lantaran kecekalan, kcpenyairan, bangsawan dan keturunan beliau, beliau datang ke Makkah untuk menunai ibadat haji dan umrah, Rasulullah s.a.w berkesempatan bertemu dengan beliau lalu di dakwahnya kepada Islam, dalam kesempatan ini Suwaid berkata, berkemungkinan yang kau bawa itu semulia dengan apa yang ada bersamaku ini, jawab Rasulullah s.a.w: Apakah yang bersama kau itu, Jawab Suwaid: Hikmah Luqman. Kata Rasulullah s.a.w: Ayuh bawa kemari. Dengan itu beliau pun mengungkapkannya. Kata Rasulullah s.a.w: Kata-kata ini adalah baik sekali, namun yang ku bawa ini lebih baik dari itu, ianya Al-Quran turunan Ilahi kepadaku, dianya hidayah dan cahaya, lalu Baginda membacakannya kepada beliau, malah seterusnya Rasulullah s.a.w mengajak beliau kepada Islam, tanpa berlengah beliau pun mengucap dengan dua kalimah syahadah dan mengulas dengan katanya: Sesungguhnya kata-kata ini amat baik sekali, setibanya Baginda di Madinah tidak lama beliau meninggal dunia, terbunuh dalam peperangan "Buath" beliau memeluk Islam di permulaan tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah s.a.w.

2. lyas bin Mu'az
Beliau adalah seorang remaja penduduk Yathrib turut bersama dalam rombongan Al-'Aws, mereka semua datang untuk mengikat janji sekutu dengan Quraisy buat menentang qabilah Al-Khazraj, iaitu sebelum peristiwa peperangan "Buath" yang berlaku di permulaan tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah s.a.w, di ketika itu api peperangan sedang meletus di antara dua qabilah berkenaan itu di Yathrib, justeru Al-'Aws lebih kecil dari Al-Khazraj. Setelah Rasulullah s.a.w mengetahui mengenai ketibaan mereka, segera Rasulullah s.a.w datang menemui mereka dan berbincang, di mana Rasulullah s.a.w menawarkan kepada mereka, sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadith yang bermaksud: Mahu tak aku kemukakan kepada kamu suatu yang lebih baik dari yang apa kamu datang untuknya? Kata mereka: Apakah tawaran itu? Jawab Rasulullah s.a.w; Aku adalah Rasul utusan Allah, diutusnya aku kemari untuk sekelian hambanya, mengajak mereka menyembah Allah tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu apa jua, diturunkannya ke atasku sebuah kitab, kemudian Baginda menerangkan Islam seterusnya kepada mereka, dan membaca Al-Quran. Kata lyas: Wahai kaumku ini nampaknya lebih baik dari apa yang kamu datang kerananya, lalu Abu Al-Haisar Anas bin Rafi' salah seorang dari anggota rombongan mengambil segenggam tanah dan dilontarnya kemuka lyas, sambil berkata: Tinggalkan hal-hal itu, ku bersumpah, sebenarnya kita datang ke sini bukan untuk itu, dengan itu lyas pun berdiam diri dan Rasulullah s.a.w pun bangun dari situ, sedang mereka pun berangkat pulang ke Madinah tanpa berhasil untuk memeteraijanji dengan pihak Quraisy sebagaimana mereka ke Yathrib, tidak lama kemudian lyas pun meninggal dunia. Diceritakan bahawa lyas sepanjang hayatnya di Madinah bertahlil, tahmid, tasybih dan berzikir hingga ke akhir hayatnya, untuk itu tidak diragui bahawa beliau mati dalam iman dan Islam.

3. Abu Zar Al-Ghiffary
Beliau juga adalah dari kalangan penduduk Yathrib, berita kebangkitan seorang Rasul melalui Suwaid bin Somit dan lyas sampai ke pendengaran Abu Zar membawa beliau menganut Islam. Al-Bukhary meriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: Abu Zar telah menceritakan dengan katanya: Aku adalah seorang dari qabilah Banu Ghaffar, dan telah sampai ke pengetahuan kami, telah muncul di Makkah sana seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Nabi, maka dengan itu ku berkata kepada saudaraku: Cuba kamu pergi tengok lelaki itu kemudian cuba kau bercakap dengannya kemudian bawa kemari apa cerita yang sebenar, dengan itu beliau pun bertolak ke sana dan bertemu dengan Rasulullah s.a.w kemudian pulang segera. Tanya Abu Zar kepada saduaranya itu: Apa yang kau dapat? Jawab saudaranya: Demi Allah sesungguhnya aku telah mendapati beliau adalah seorang lelaki yang sentiasa menyuruh manusia melakukan kebaikan semata-mata, di samping melarang dari melakukan kejahatan, kataku: Ceritamu itu tidak memuaskan, kemudian aku ambil seuncang air dan tongkat untuk bermusafir ke Makkah, hingga ku tiba di sana, sebenarnya aku pun tidaklah kenal orangnya, namun aku tidak suka bertanya kepada orang lain, aku membuat rancangan, iaitu memadai dengan minum air zamzam dan duduk dalam masjid. Kata Abu Zar: Ali bin Abi Talib pun berlalu di hadapanku dan kata beliau; Tuan ini bagaikan dagang di sini. Jawabku: Memang benar. Kata Ali: Ayuh ke rumahku, aku pun turut sahaja bersama-sama beliau tanpa bertanya khabar mengenai diriku dan aku pun seperti itu juga tanpa bertanyanya kepadanya sesuatu dan tidak pula menceritakan hasrat sebenar ke Makkah ini, bila subuh menjelang ku pun ke masjid untuk bertanya mengenai diri nabi Allah dan tidak seorang pun di situ, menceritakan daku mengenainya, bila Ali melalui di hadapanku, beliau berkata: Hai! masih belum menemui tempat yang hendak dituju itu. Jawabku: Masih belum lagi. Kata Ali: Ayuh ikut aku, apa urusan kau yang sebenar? Dan apakah yang membawa tuan datang ke negeri ini? Kataku: Sekiranya tuan boleh rahsiakan urusanku ini bolehlah daku ceritakan. Jawab Ali: Aku cuba. Kataku: Sebenarnya telah sampai kepengetahuan kami, bahawa di sini ada seorang mendakwa dirinya sebagai nabi Allah, sebelum ini aku telah mengutus suadaraku untuk menemuramahnya, tapi kepulangannya dengan maklumat terbatas itu, tidak memuaskan hatiku, oleh itu aku hendak jumpa beliau sendiri. Jawab Ali: Kau akan diberi petunjuk, kini aku hendak pergi menemuinya, kau ikut aku di mana aku masuk kamu masuk, sekiranya aku melihat seorang yang ku curigai, aku akan berhenti di tepi dinding pagar, seolah-olah hendak membetulkan tali kasutku, kau teruskan sahaja. Dengan itu beliau berjalan aku turut dari belakang, akhirnya aku masuk bersama beliau, menemui Rasulullah s.a.w dan ku berkata padanya: Ayuh perkenalkan Islam kepada ku, Baginda pun terus memperkenalkan Islam kepadaku, aku pun terus memeluk Islam, tidak sempat berubah tempat, disitulah Baginda berkata kepadaku: Wahai Abu Zar, hendaklah kau rahsiakan perkara ini, sekarang kau boleh pulang, dan bila mana sampai pada kau berita perkembangan dan kebangkitan kami, kamu boleh tampil bersama kami. Ku berkata: Demi Tuhan yang telah mengutuskan kau dengan kebenaran akan ku ceritakan dan melaung di depan muka mereka. Dengan itu aku pun segera ke masjid, orang Quraisy ramai berada di situ, aku pun melaung: Wahai orang-orang Quraisy sekarang dengar dariku: "Sesungguhnya daku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan daku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhNya" Lalu mereka semua melaung: Ayuh cepat ada seorang lagi yang menukar agamanya, mereka semua menerpa ke arah ku dan melanyakku separuh nyawa, hinggalah Al-'Abbas datang membebaskan daku, kemudian beliau berhadapan dengan mereka: Binasa kamu semua, kamu membelasah orang Ghaffar ini? Perjalanan dan perniagaan kamu melalui perkampungan qabilah Ghaffar, dengan itu mereka pun melepaskan Abu Zar, namun bila menjelang suboh di keesokkan hari, aku fikir mahu lakukan seperti kelmarin sekali lagi, aku pun terus meneriak dengan laungan dua kalimah syahadah, sekali lagi pihak Quraisy telah menerekam kearahku kata mereka: Ayuh lanyak si pulan ini yang telah keluar dari agama itu, mereka mengerjakan diriku seperti kelmarin, sekali lagi Al-'Abbas mendapati ku mendakap daku dan berseru seperti beliau serukan kelmarin.

4. Hifail bin Amru Ad-Dausi
Beliau adalah seorang lelaki mulia, penyair handalan ketua qabilah Daus, qabilahnya berkuasa autonomi di beberapa bahagian di Yaman, beliau masuk ke Makkah tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah s.a.w, penduduk Makkah mengalu-alu kedatangan beliau ke bumi mereka penuh penghormatan dan kebanggaan mereka menyambut ketibaan Tufail di samping memberi gambaran buruk mengenai Rasulullah s.a.w kata mereka: Wahai Tufail, kini kau telah pun memijak bumi kami justeru itu kami hendak memperingatkan kau mengenai seorang lelaki, yang telah tampil ke hadapan dan menimbulkan permasalahan yang berat di kalangan kami, beliau ini telah memecahbelahkan perpaduan di antara kami, memporak-perandakan penghidupan kami, cakapannya itu seperti hembusan sihir menceraikan di antara bapa dan si anak lelaki, di antara seseorang dengan kawannya, di antara suami isteri, dan kami ini curiga kelak akan terjadi kepada kamu seperti apa yang berlaku di kalangan kami, untuk itu jangan kau berbicara dengannya. Sambung Tufail: Demi Allah, mereka terus mengasak pemikiranku dengan sogokan-sogokan ini hingga tak ada yang ku dengar melainkan gesaan-gesaan ini, hingga terpaksaku sumbat telingaku bila hendak ke masjid, supaya tidak masuk lagi cerita-cerita seperti itu. Namun di suatu pagi bila ku sampai di perkarangan masjid, ku dapati Muhammad sedang berdiri di sisi Kaabah bersembahyang, ku cuba menghampiri beliau, di mana Allah menghendaki agar ku mendengar beberapa perkataannya, ku dapati kata-katanya yang baik sekali, hingga ku berkata kepada diriku, demi berjandalah ibuku, dan demi Allah, aku ini penyair handalan, tidak pernah keliru bagiku mana kata-katajanggal dari kata-kata baik, apakah tidak berani ku mendengar kata-kata Muhammad ini, kiranya elok aku terima dan sekiranya buruk ku boleh tolaknya, aku tunggu hingga beliau beredar pulang ke rumahnya, dengan itu aku ekorinya dari belakang, hingga apabila beliau masuk ke dalam rumahnya aku pun turut masuk dengan menceritakan kepadanya sebab mengapa ku datang kemari dan sebelum ini ramai orang menakut-nakutkan daku hingga terpaksa ku menyumbat telingaku dengan kapas supaya tidak terdengar sebarang perkataan dari cakapan mereka, akhirnya ku meminta Rasulullah s.a.w membentangkan kepada ku perutusan yang dibawanya itu, dengan itu Baginda pun memperkenalkan Islam kepada ku dan membaca kepada ku Al-Quran. Demi Allah, sesungguhnya tidak pernah ku mendengar kata-kata yang lebih cantik dari kata-katanya itu dan tidak ada persoalan yang lebih saksama dari perkataannya itu, daku terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah dengan sebenarnya, dan ku menegaskan kepada Baginda dengan kata-kataku: Daku ini orang yang dipatuhi di kalangan bangsa ku, hari ini ku hendak pulang menemui kaum ku serta menyeru mereka kepada Islam, wahai Rasulullah s.a.w pintalah kepada Allah supaya ku dikurniakan satu ayat/tanda, dengan itu Rasulullah s.a.w pun berdoalah.

Maka Allah pun mengurniakan kepadanya "tanda" yang apabila beliau mendekati kaumnya, Allah menjadikan mukanya bercahaya seperti lampu, lalu beliau menyeru: Ya Tuhanku Ya Allah, jadikanlah bukan di mukaku, kerana ku takut akan dikatakan cahaya itu adalah deraan atau sumpahan, justeru cahaya pun berpindah ke tungkatnya, di sana beliau telah menyeru bapanya dan isterinya kepada Islam, mereka berdua pun menganut Islam, namun kaumnya terlewat sedikit memeluk Islam, walaupun demikian beliau berusaha menyeru kaumnya. Akhirnya mereka memeluk Islam selepas hijrah, iaitu sebelum peperangan Al-Khandak. Jumlah mereka semua tujuh puluh atau lapan puluh buah rumah. Tufail telah diuji kelslamannya, namun beliau berakhir penuh kejayaan, akhirnya beliau meninggal sebagai syahid di dalam peperangan Al-Yamamah.

5. Dhamad Al-Uzdi
Beliau adalah lelaki dari Qabilah Uzd-Synaw'ah dari Yaman, beliau seorang bomoh menjampi melalui angin, semasa beliau tiba di Makkah beliau telah mendengar golongan sufaha' (bodoh dan nakal) yang singkat pemikiran mengatakan: Bahawa Muhammad itu seorang yang gila, hingga beliau berkata dalam dirinya, kalaulah boleh aku rawat boleh kiranya aku sembohkan beliau dari penyakitnya itu, bila beliau menemui Muhammad beliau menyebut kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya: Wahai Muhammad aku pernah merawat melalui jampian menerusi angin yang berlalu, boleh tak aku cuba merawatmu? Rasulullah s.a.w menjawab:

"Sesungguhnnya segala pujian bagi Allah, bagiNya kita memuji, dariNya kita meminta pertolongan, sesiapa diberi hidayah, maka tiada siapa yang menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkanNya maka tiada siapapun yang boleh mmeberi petunjuk kepadanya, daku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya, adapun selepasNya."

Kata Dhamad: pinta ulangkan ungkapan mu itu sekali lagi, lalu Rasulullah s.a.w mengulangi tiga kali. Jawab Dhamad: Sebenarnya aku pernah mendengar seloka paderi dan sami, juga mentera tukang sihir, serta puisi penyair, tapi kesemuanya tidak seperti kata-katamu itu, ianya menakluki kamus perbendaharaan seluas lautan samudera. Ayuh hulurkan tanganmu untuk ku berbai'ah di atas Islam. Maka Baginda pun berbai'ah dengan beliau.


ENAM JIWA SUCI DARI BUMI YATHRIB

Pada musim haji tahun ke sebelas kebangkitan Rasulullah s.a.w bersamaan bulan Julai tahun 620 Masilii dakwah Islamiah memperolehi bibit-bibit pengerak yang salih, dalam tempoh yang singkat bibit-bibit tadi telah membesar menjadi penaung kepada kaum muslimin yang amat memerlukan kepada perlindungan di sepanjang marhalah penindasan dan penganiayaan. Di antara hikmah Rasulullah s.a.w semasa penindasan dan penganiaan penduduk Makkah terhadap usahanya, ialah tindakan Rasulullah s.a.w keluar di tengah-tengah malam buta untuk bertemu dengan qabilah-qabilah yang datang dari luar dengan tujuan supaya tidak diganggu oleh musyrikin Makkah.

Di suatu malam Rasulullah s.a.w keluar bersama-sama Abu Bakr dan Ali, Baginda melawat kemah Zahl dan Syaiban bin Tha'labah, sempat Rasulullah s.a.w memperkenalkan Islam kepada mereka, kiranya berlaku satu perbincangan di antara Abu Bakr dan salah seorang keturunannya, Zahl dengan jawapan yang baik manakala Banu Syaiban pula memberi jawapan yang amat memuaskan, namun mereka menangguhkan penerimaan Islam.
Selepas itu Rasul berjalan di Al-Aqabah Mina dan Baginda terdengar suara sekumpulan lelaki sedang berbuAl-Bual sesama mereka, segera Rasulullah s.a.w menemui dan berbicara dengan mereka, ketua mereka di situ adalah enam orang dari pemuda Yathrib dari qabilah Al-Khazraj;

1. Asa'd bin Zurarah - Banu Najar
2. Awf bin Al-Harith bin Rifa'ah bin Afra' - Banu Najar
3. Rafi bin Malik bin Al-Ijlan - Banu Zuraiq
4. Qatbah bin Amir bin Hadidah - Banu Salamah
5. Aqabah bin Amir bin Naabi - Banu Hiram bin Ka'b
6. Jabir bin Abdillah bin Riaad - Banu Abidbin Ghanam

Di antara kebahagiaan yang dikecapi oleh penduduk Yathrib itu, di mana dahulunya mereka pernah mendengar dari kaum Yahudi yang menceritakan kepada mereka bahawa seorang nabi utusan akan muncul di zaman itu, bila sahaja ianya dibangkitkan mereka akan menjadi pengikut setianya, di masa itu kaum Yahudi akan membinasakan penduduk Yathrib, seperti pemusnahan kaum 'Ad dan Iram.

Ketika Rasulullah s.a.w bersama mereka, Baginda bertanya, siapa kamu? Jawab mereka kami adalah di antara orang Al-Khazraj, kata Rasulullah s.a.w: Jadi kamu adalah sekutu Yahudi? Jawab mereka: Ya! Kata Rasulullah s.a.w: Boleh tak kamu beri sedikit masa untuk ku, hingga dapat ku bercakap dengan kamu? Kata mereka: Ya boleh, dengan itu mereka pun duduk bersama Rasulullah s.a.w di mana Baginda menerangkan kepada mereka hakikat Islam dan seruannya, seterusnya Baginda menyeru mereka kepada Allah Azawajalla dan membaca ayat-ayat Al-Quran, hingga dengan itu sesetengah dari mereka berkata: Tahu tak, demi Allah inilah nabi yang pernah diceritakan kepada kamu oleh Yahudi Madinah, ayuh jangan biarkan mereka mendahului kamu, maka mereka pun terus memeluk Islam.

Enam orang Al-Khazraj ini merupakan di antara penduduk Yathrib berfikiran matang, mereka terasa keletihan dek perang saudara yang berlarutan hingga ke saat terakhir ini, di mana api perseteruan masih terasa bahangnya, justeru itu semua mengharapkan suatu takdir yang boleh menamatkan peperangan itu, mereka melepaskan keluhan mereka kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah s.a.w kami tinggalkan kaum kami di sana dalam persengketaan yang amat teruk, kami harapkan semoga Allah mencantumkan kami semua dengan perantaraan engkau wahai Rasulullah s.a.w, tidak lama lagi kami akan sampai di kalangan mereka, kami akan menyeru mereka kepada seruanmu ini, kami akan bentangkan kepada mereka agama yang telah kamu anuti ini, sekiranya mereka menyahut dan menerima maka tidak ada orang yang mulia selain dari engkau.

Setelah sampai ke Madinah dengan risalah Islam yang mereka bawa itu terus disebarnya di sana hingga tidak ada satu keluarga pun yang tidak memeluk Islam dan kesemua mereka' menyebut-nyebut nama Rasulullah s.a.w.


ISRA' DAN MI'RAJ

Di dalam tempoh dakwah Rasulullah s.a.w yang terus bergerak dan mencapai kejayaan di samping penindasan-penindasan, namun kemenangan sayup-sayup sudah dapat didengar, di saat ini berlakulah peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Penentuan masa terjadinya peristiwa bersejarah ini berlaku sedikit ikhtilaf, di antara pendapat-pendapat ialah:

1. At-Tabary menentukan berlakukannya di tahun Baginda dibangkitkan.
2. An-Nawawi dan Al-Qurtuby mentarjihkan di tahun kelima kebangkitan Baginda.
3. Al-'Alamah Al-Mansurfuri menetapkan pada malam dua puluh tujuh di bulan Rejab tahun kesepuluh kebangkitan Baginda.
4. Pendapat lain mengatakan enam belas tahun sebelum hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun dua belas kebangkitan Baginda.
5. Ada pendapat mengatakan setahun dua bulan sebelum hij rah iaitu di bulan Muharam tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah s.a.w.
6. Satu lagi pendapat menyebut berlakunya setahun sebelum hijrah iaitu di dalam bulan Rabiulawal tahun ketiga belas kebangkitan Baginda.

Ketiga pendapat yang pertama menyebut bahawa Khadijah (r.a) telah wafat di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh kebangkitan Baginda, kewafatan beliau adalah sebelum sembahyang lima waktu difardukan, dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu memang difardukan di malam berlakunya Isra' dan Mikraj itu, manakala tiga pendapat terakhir saya sendiri tidak dapat mentarjihkan mana-mana satu pun. Namun gaya bahasa surah Al-Isra' itu menunjukkan Isra' itu berlaku di ketika masa-masa yang akhir sebelum hijrah.

Para Imam Al-Hadith meriwayatkan huraian lanjut mengenai peristiwa ini "berdasarkan hadith sahih", di sini kami memuatkan ringkasannya: Ibnu Al-Qayim telah menyebut: Rasulullah s.a.w telah diisra'kan dengan jasadnya dari masjid Al-Haram ke Baitui Maqdis dengan menunggang buraq, ditemani oleh Jibril (a.s), Rasulullah s.a.w turun ke Baitui Maqdis dengan mengimami sembahyang, bersama para Anbiya' yang terdahulu, buraq ditambat di halaman masjid Al-Aqsa.

Setelah itu Rasulullah s.a.w dimi'rajkan di malam yang sama dari Baitui Maqdis ke langit terdekat, lalu Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibukanya, di sana Rasulullah s.a.w telah melihat Adam (a.s) bapa sekalian manusia, Baginda pun memberi salam kepadanya, Baginda dialu-alukan dan membalas salam dan Baginda diperakukan dengan kenabiannya. Allah memperlihatkan kepada Baginda roh-roh para syuhada' di sebelah kanannya dan roh-roh yang terseksa di sebelah kirinya.

Kemudian Baginda dibawa naik ke langit kedua, Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya di sana didapati nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam, diberinya salam lalu dijawab satam dan dialu-alukan mereka, di samping memperakui kenabian Muhammad s.a.w.
Setelah itu Jibril membawa Rasulullah s.a.w ke langit ketiga di sana mereka bertemu dengan Nabi Yusuf, setelah salam diberi dan disambut Baginda dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w dibawa ke langit keempat di sana Baginda berjumpa dengan Nabi Idris (a.s), Rasulullah s.a.w memberi salam kapadanya dan beliau menjawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabian Baginda.

Selepas itu Baginda dibawa ke langit kelima di sana Baginda bertemu dengan nabi Harun bin Imran, Baginda menjawab salam yang diberi, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya.
Kemudian Baginda dimi'rajkan ke langit keenam di sana Baginda bertemu dengan Musa bin Imran, Baginda memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah s.a.w berlepas dari Musa, Musa pun menangis, lalu ditanya Musa apa yang membawa kau menangis? Jawab Musa: Aku menangis kerana orang yang diutuskan selepasku, umatnya memasuki Syurga lebih ramai dari umatku.

Seterusnya Rasulullah s.a.w dimi'rajkan ke langit ketujuh, padanya Baginda menemui Ibrahim (a.s), setelah salam diberi dan dijawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu Baginda dimi'rajkan ke Sidrah Al-Muntaha dan dibawa ke Al-Bait Al-Ma'mur.

Akhirnya Baginda dimi'rajkan ke hadapan Allah Al-Jabbar Jalla Jalaluh, Baginda menghampiriNya paling terdekat, maka difirman dan diwahyukan kepada hambaNya Muhammad segala sesuatu, difardukan ke atas Baginda kelima puluh waktu, dengan itu Baginda pun turunlah untuk pulang ditengah jalan Baginda melalui Musa bin Imran yang bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w:

Dengan apa kau diperintahkan? Jawab Baginda: Daku difardukan dengan lima puluh waktu solat, jawab Musa: Umat kau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan pohon kepadaNya pengurangan, demi untuk umat engkau, Baginda berpaling kepada Jibril bagaikan untuk mendapat pandangan, maka Jibril pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa itu, dengan itu Jibril membawa semula hingga ke hadapan Tuhan Rabul Jalil, justeru itu Allah pun mengurangkan hingga tinggal sepuluh waktu sahaja, maka Baginda turun, semasa itu sekali lagi Baginda melewati Musa (a.s), Baginda mencerita apa yang berlaku, maka kata Musa sekali lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang semula kepada Tuhanmu mintakan agar dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah s.a.w berulang-alik di antara Allah Rabul Jalil dan Musa, dengan itu Allah perkurangkan, hingga tinggal menjadi lima waktu solat sahaja, masih lagi Musa menyuruh Rasulullah s.a.w memohon pengurangan lagi, kemudian Rasulullah s.a.w mengatakan:

Sesungguhnya aku terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan menerima perintahNya itu, setelah berjauhan Baginda diseru: Sesungguhnya Daku menguatkuasa solah fardu dan Ku ringankan ke atas hamba-hambaKu.

Ibnu Al-Qaiyim juga telah mengemukakan pendapat yang berlainan mengenai penglihatan Rasulullah s.a.w akan Tuhannya Tabaraka wa Ta'ala, yang kemudian beliau perturunkan pembicaraan Ibnu Taimiyah mengenai tajuk berkenaan, hasil kajian mendapati bahawa penglihatan Rasulullah s.a.w dengan mata kepala tidak thabit sejak asal lagi, sebenarnya, pendapat ini tidak pernah disebut oleh mana-mana sahabat pun. Pendapat yang dinaqalkan dan dipetik dari Ibnu Abbas:

"Penglihatan Rasulullah s.a.w adalah secara mutlak dan melalui hati naluri, namun penglihatan mutlak tidak menafikan penglihatan dengan hati".

Seterusnya beliau menyebut lagi: Adapun firman Allah di dalam surah An-Najm menghampiri di sini bukannya seperti yang diertikan di dalam kisah Isra' dan Mi' raj, menghampiri dalam surah An-Najm, ialah Jibril yang menghampiri dan mendekati, sebagaimana yang ditegaskan oleh 'A'isyah dan Ibnu Mas'ud, gaya bahasa menunjukkan demikian, manakala penghampiran dan pendekatan di dalam hadith Al-Isra', adalah terang danjelas dinisbahkan kepada Tuhan Rabbul Jalil, ini bererti tidak berlaku apa-apa pertentangan di dalam surah An-Najm, malah Baginda melihatNya dikali kedua di Sidrah Al-Muntaha. Ini adalah Jibril, Muhammad s.a.w melihatnya dalam bentuk asal dua kali, sekali di bumi dan kali kedua di Sidrah Al-Muntaha. Waalahhu a'laam.

Peristiwa pembedahan dada Rasulullah s.a.w pun berlaku juga dikali ini. Dan di dalam peristiwa Isra' Mi'raj ini Baginda menyaksi berbagai-bagai perkara:
Telah dipersembahkan kepada Baginda susu dan khamar, namun Baginda memilih susu, maka disebutkan kepada Baginda: Kau telah tertunjuk kepada fitrah atau kau telah menepati fitrah, tapi sekiranya kau mengambil khamar nescaya sesat seluruh umat kau.

Baginda telah melihat empat sungai di dalam syurga, dua sungai zahir dan dua sungai batin. Dua sungai yang zahir ialah sungai An-Nil dan Al-Furat ini bermakna agama dan risalah yang dibawanya akan bertapak di lembah-lembah subur di An-Nil dan Al-Furat, penduduknya merupakan pendokong-pendokong agama Islam dari generasi ke generasi yang lain, bukanlah bererti yang airnya yang mengalir dari syurga.
Juga Baginda melihat Malik penjaga neraka, yang tidak pernah senyum, malah di mukanya tiada sedikit pun mesra atau lembut, Baginda melihat syurga dan neraka.

Baginda menyaksi pemakan harta-harta anak-anak yatim secara aniaya, mulut-mulut mereka bak mulut-mulut unta, dilontar ke dalam rahang mulut mereka ketulan-ketulan api neraka bak harimau meluru keluar dari dasar neraka keluar melalui dubur mereka.

Baginda menyaksi pemakan-pemakan riba dengan perut-perut yang besar, kerananya mereka tidak berupaya bergerak dari tempat-tempat mereka, keluarga Firaun melalui di hadapan mereka dan melanyak mereka dengan tapak kaki.

Penzina-penzina diletakkan di hadapan mereka daging-daging elok dan segar di samping daging-daging buruk lagi busuk, namun mereka memilih dan memakan yang busuk ditinggalnya yang segar-segar.
Baginda menyaksi sekumpulan wanita yang memasuki di dalam majlis lelaki bukan anak-anak mereka, mereka digantung dari payudara-payudara mereka,

Juga Baginda melihat sekumpulan unta penduduk Makkah dalam perjalanannya. Pada masa itu Baginda telah menunjukkan mereka unta yang kehilangan itu, dan Baginda telah meminum air dari bekas mereka yang tertutup kemas sedang mereka nyenyak tidur selepas diminum habis Baginda menutup kembali tudungnya, kejadian ini menjadi bukti kebenaran kepada peristiwa Isra' dan mi'raj yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.

Ibnu Al-Qayyim berkata: Setelah Rasulullah s.a.w berada di Subuh pagi bersama-sama kaumnya dan menceritakan kepada mereka tanda-tanda agung (Al-Ayat Al-Kubra) yang diperlihatkan Allah kepada RasulNya, maka semakin engkar kafir Quraisy dengan risalah Muhammad, semakin bengis lagi mereka menyiksa kaum muslimin. Namun demikian mahu juga mereka bertanya Rasulullah s.a.w supaya mengambarkan rupa bentuk Baitui Maqdis, maka Allah membuka penglihatan Rasulullah s.a.w hingga ternampak Baitui Maqdis itu di hadapan matanya, dengan itu Rasulullah s.a.w pun menceritakan segala sesuatu mengenai dengannya hingga mereka semua tidak berkesempatan untuk menolak atau mendustainya dan menceritakan juga mengenai kumpulan-kumpulan unta mereka, semasa pemergian dan kepulangan Baginda, juga Baginda menceritakan unta-unta yang akan tiba dan menyifatkan unta yang akan mendahului kafilahnya, dan benar sebagai yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w, namun mereka semakin angkuh dan engkar, memang sesungguhnya orang yang zaiim itu semakin kufurlah mereka.

Adapun Abu Bakr digelarkan dengan gelaran As-Siddiq kerana pembenaran dan kepercayaan beliau dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj, sedang manusia ramai mendustainya. Paling padat dan agong faktor perjalanan mulia ini diaturkan oleh Allah ialah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

...untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Al-Israa': 1

Ini adalah sunnah dan qanun Allah kepada para anbiya'nya, sebagaimana penegasan Allah kepada Ibrahim (a.s) yang bermaksud:

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Al-An'aam: 75

Dan penegasan Allah kepada Musa (a.s) yang bermaksud:
"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar."
Thaahaa: 23

Penyusunan program Isra' dan mi'raj ini bertujuan memberi keyakinan:

dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Al-An'aam: 75

Setelah ilmu dan makrifat para anbiya' ini didasarkan kepada penyaksian tanda-tanda agung (Al-Ayaat Al-Kubra) tadi, darinya mereka memperolehi 'Ain Al-Yakin (yakin hakiki), yang tidak dapat dinilai kadarnya, kerana berita perkhabaran itu tidak boleh disamakan dengan penyaksian dengan mata kepala, hasilnya mereka lebih mampu untuk menanggung risiko dakwah yang bakal mereka garap, seluruh tenaga dunia yang menentang mereka hanya seberat sayap nyamuk sahaja, untuk itu mereka tidak menghiraukan pancaroba dan ancaman terhadap mereka.

Adapun hikmat dan rahsia-rahsia di sebalik perjalanan agung ini, secara perincian merupakan topik pembicaraan hikmah-hikmah syariat, namun di sana beberapa fakta ringkas terpancar dari buana 'perjalanan mulia ini, yang kesemuanya membekalkan siraman subur kepada sirah Rasulullah s.a.w , saya kira patut dirakamkan sebahagian darinya sini:

Pembaca mendapati di dalam surah Isra' ini, bahawa Allah telah menceritakan kisah Al-Isra' hanya dalam satu ayat yang tunggal, seterusnya Allah mendedah tembelang kaum Yahudi dan jenayah-jenayah mereka, kemudian Allah memperingatkan mereka bahawa Al-Quran ini hanya memberi hidayat kepada sesuatu yang lebih tulus, boleh jadi nanti pembaca menyangka tiada sebarang ikatan di antara dua ayat ini, hakikatnya tidak sedemikian, kerana Allah (s.w.t) dengan cara ini menunjukkan bahawa peristiwa Isra' itu sesungguhnya telah berlaku di bumi Bait Al-Maqdis, kerana kaum Yahudi sudah pun dipecat dari pimpinan umat manusia, lantaran kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan, sehingga tiada peluang lagi untuk membenarkan mereka menyandang tugas itu, dan sesungguhnya Allah tetap akan memindahkan tugas itu kepada RasulNya (s.a.w) dan mencantumkan kedua-dua pusat dakwah Saidina Ibrahim kepangkuan Baginda.

Memang sudah sampai masanya untuk perpisahan pemimpin kerohanian dari satu umat kepada satu umat yang lain, dari satu umat di mana sejarahnya penuh dengan penipuan, pengkhianatan dosa dan perseteruan, kepada suatu umat yang penuh dengan kebaikan dan budi, di mana RasulNya pun terus menerima wahyu Al-Quran yang membimbing ke arah ketulusan dan kebenaran. Tetapi bagaimana proses pemindahan ini boleh berlaku sedang Rasulnya diburu di bukit-bukit Makkah? Persoalan ini menyingkap suatu hakikat yang lain pula, iaitu tugas dan peranan dakwah Islamiah ini hampir berakhir, dan lengkap, dan akan bermula satu peranan yang lain yang amat berlainan dari yang pertama, untuk itu kita melihat sesetengah ayat-ayat Al-Quran mengandungi peringatan yang keras dan ugutan yang berat terhadap kaum musyirikin yang bermaksud:

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan. lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. Dan berapa banyak umat-umat yang Kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Niih; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hamba-Nya.
Al-Israa': 16-17

Di samping ayat-ayat ini terdapat ayat-ayat lain yang menerangkan kepada kaum muslimin akan asas dan tunggak tamadun serta prinsip dan rukun-rukunnya di mana masyarakat Islam ditegakkan di atasnya, seolah-olah mereka telah bennustautin di bumi ini dengan menguasai semua aspek di dalam pengumsan mereka, di mana mereka membentuk satu kesatuan yang kemas berpadu sebagai paksi kepada perjalanan masyarakat lain, ini merupakan isyarat bahawa Rasulullah s.a.w akan memperolehi perlindungan dan pemeliharaan hingga urusan dan kerja-kerja

Baginda bertapak, kelak ianya akan jadi sebagai markas penyebaran dakwah Baginda, inilah rahsia perjalanan yang mulia lagi berkat itu. Pembicaraan sebenarnya ada kaitan dengan topik kajian kami, untuk itu maka kami bicara di sini, sebagai hukum, maka sebab itu kami dapati Isra' ini berlalcu sebelum bai'ah Al-Aqabah atau di antara dua bai'ah Al-Aqabah. Waallahu a'lam.


BAI'AH AL-AQABAH PERTAMA

Telah pun kita katakan enam orang dari penduduk Yathrib telah memeluk Islam di musim haji tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah s.a.w dan menjanjikan Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan risalahnya di sana, di kalangan kaumnya.

Sebagai hasil kepada usaha-usaha mereka di sana, di musim haji berikut, iaitu di tahun kedua belas kebangkitan Rasulullah s.a.w, bersamaan Julai 621 Masihi telah tiba ke Makkah dua belas orang lelaki termasuk lima orang yang telah bertemu Rasulullah s.a.w di tahun lepas, dan tidak termasuk Jabir bin Abdullah bin Riab dan yang tujuh lagi ialah:

1. Muaz bin Al-Harith Ibn 'Afa Banu An-Najar Al-Khazraj
2. Zakwan bin Abd Al-Qais Banu Zuraiq Al-Khazraj
3. Ubbadah bin As-Samit Banu Ghanam Al-Khazraj
4. Yazid bin Tha'labah sekutu Banu Ghanam Al-Khazaraj
5. Al-'Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah Banu Salim Al-Khazaraj
6. Abu Al-Haitham bin Banu Abd al-Tihan Al-Asyhal. Al-'Aws
7. Uwaim bin Sa'idah Banu Amru bin Auf Al-'Aws

Dua yang akhir adalah dari qabilah Al-'Aws manakala yang lainnya dari Al-Khazraj.
Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Muna, terus berbai'ah dengan Rasulullah s.a.w berdasarkan Bai'ah An-Nisa' (wanita), iaitu corak bai'ah yang dimentraikan dengan.kaum wanita semasa pembukaan Makkah.

Al-Imam Al-Bukhary meriwayatkan dari Ubbadah bin As-Samit bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata kepada mereka: "Ayuh mari berbai'ah denganku, untuk kamu tidak menyengutu dengan Allah sebarang sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut dijalan sebagai anak sendiri, tidak memaksiati daku pada kebaikan, sesiapa di antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah, dan sesiapa yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kafarah baginya di dunia. Tetapi kalau Allah lindunginya maka itu terserah- kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka7 itu adalah habuannya". Kata Ubbadah:

Dengan itu daku pun berbai'ahlah dengannya. Dalam naskah lain menyebut: "Maka kami pun berbai'ah dengannya di atas dasar itu"


DUTA ISLAM KE MADINAH

Setelah selesai pemeteraian bai'ah dan janji setia serta berakhirnya musim haji, Rasulullah s.a.w bertindak mengutus bersama-sama dengan mereka yang berbai'ah, seorang utusan ke bumi Yathrib dalam rangka mengajar kaum muslimin di sana syariat-syariat Islam serta mendalamkan masalah agama (At-Tafaqquh fid-Diin), dan supaya mereka bertugas menyebarkan Islam di kalangan masyarakat yang masih syirik. Rasulullah s.a.w memilih tokoh duta ke sana dari kalangan orang muda yang paling awal memeluk Islam, iaitu Mus'ab bin Umair (r.a).


KEJAYAAN YANG CEMERLANG

Semasa di Madinah, Mus'ab bin Umair menumpang bersama As'ad bin Zurarah, malah kedua-dua mereka giat menyebar Islam di kalangan penduduk Yathrib dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Mus'ab dikenaU sebagai Al-Muqri (pembaca).

Di antara kisah-kisah gemilang dalam usaha dakwah mereka ceritanya disuatu hari As'ad bin Zurarah telah keluar bersama Mus'ab bin Umair ke perkampungan Bani Abd Al-Asyhal dan Bani Zafar, mereka berdua memasuki perkarangan tempat tinggal Bani Zafar, dan mereka duduk dekat perigi yang dikenali sebagai perigi Maraq, di mana mereka telah dilingkungi oleh orang-orang Islam, di masa itu Sa'd bin Muaz dan Usaiyid bin Hadhir, dua tokoh pemuka Banu Abd Al-Asyhal, yang pertama telah meminta kepada yang kedua dengan katanya: Ayuh cuba kamu pergi tengok dua orang pemuda itu yang telah cuba mempengaruhi orang-orang bawahan kita, tengkingkan dan halaukan mereka supaya tidak memasuki perkampungan kita, As'ad bin Zurarah itu anak saudaraku, kalau tidak, biar aku yang bereskan.

Usaiyid pun mengambil tombaknya dan menuju ke arah Mus'ab dan As'ad, sebaik sahaja As'ad melihatnya, As'ad pun memberitahu kepada Mus'ab katanya: Usaiyid itu adalah ketua qabilahnya, dia itu datang kemari, ku harap kau dapat jelaskar kebenaran Allah kepadanya, kata Mus'ab: Insyaallah sekiranya beliau duduk sahaja di sini, akan ku cuba berbual dengannya, Usaiyid pun tiba ke hadapan mereka berdua dengan memaki-maki katanya lagi: "Apa yang membawa kamu datang ke mari kamu cuba memperbodohkan golongan yang lemah di antara kami Ayuh beredarlah kamu dari sini, sekiranya kamu masih sayan^ lagi kepada diri kamu". Kata Mus'ab: "Boleh tak tuan dudul dan cuba dengar dari kami barang sepatah kata, sekiranya kai senang dengan kata-kata ku itu boleh kau dengarnya, kalau tidak kau boleh perintah aku berhenti. Kata Usaiyid: "Itu adalah yang terbaik dan saksama. Dengan itu beliau memacak tombaknya ke tanah, maka dengan itu Mus'ab pun menyampaika'n kepadanya pengenalan Islam di samping membaca Al-Quran, seterusnya Mus'ab menceritakan: Demi Allah kami sudah dapat melihat cahaya penerimaan beliau dengan ajaran Islam, sebelum beliau menyatakan isi kandungan hatinya dengan katanya: Betapa indahnya Islam itu dan alangkah cantik ayat-ayat tadi? Apa yang biasa kamu lakukan bila kamu hendak memeluk Islam?

Kata Mus'ab dan As'ad kepadanya: "Pertama-tamanya kamu harus bersuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah, kemudian kamu bersembahyang dua rakaat". Dengan itu Usaiyid terus bangun dan bersuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan sembahyang dua rakaat, seterusnya beliau menegaskan:

"Sebenarnya di belakang ku ini ada seorang lelaki, sekiranya beliau ini mengikuti kamu berdua, pasti tidak seorang pun akan tertinggal tanpa mengikuti kamu dan aku akan tunjukkan di mana beliau berada sekarang ini, dengan itu segera beliau mengangkat tombaknya dan menuju ke hadapan Sa'd bin Mu'az yang sedang berada bersama kaumnya di kelab mereka, kata Sa'd: Demi Allah Aku bersumpah itu dia Usaiyid, telah datang dengan air muka lain, lain dari semasa beliau pergi. Bila Usaiyid berdiri di hadapan kelab terus Sa'd berkata: Apa yang telah kau lakukan? Kata Usaiyid: "Aku telah pun bercakap dengan dua orang muda itu dan aku dapati kedua-dua mereka itu tidak merbahaya, juga telah ku larang mereka, dan mereka berdua telah memberi jawapan, dengan kata mereka: Kami menurut sahaja, apa yang kamu senang dengannya".

Apa yang terjadi seterusnya, di mana Banu Harithah telah keluar beramai-ramai untuk membunuh As'ad bin Zurarah, iaitu setelah mana mereka mengetahui beliau adalah anak saudara Sa'd bin Mu'az, dengan tujuan untuk melanggar perjanjian. Sa'd bin Mu'az pun bangun dari tempatnya, untuk ke tempat kaum muslimin berkumpul bersama As'ad, beliau membawa tombaknya terus menuju ke tempat Mus'ab dan As'ad, setelah didapati mereka berdua tenang tak ada apa-apa pun berlaku, beliau pun sedar di mana Usaiyid membiarkan begitu, dengan maksud supaya beliau dapat mengikuti pembicaraan dari mereka berdua, namun sesampainya beliau di hadapan Mus'ab dan As'ad dengan keadaan memarahi mereka, lantas beliau berkata kepada As'ad: "Demi Allah wahai Abu Umamah, kalau tidak kerana hubungan kekerabatan di antara kita berdua, kamu tidak dapat berbuat sedemikian, lantaran kamu berdua telah memasuki daerah kami ini dalam keadaan kami tidak suka".

Sebelum ini As'ad sudahpun memberitahu kepada Mus'ab: Itu dia ketua qabilah ini, telah pun datang di belakangnya ramai pengikut, sekiranya beliau ini mengikuti kamu, nescaya tidak ada seorang pun akan tertinggal. Dengan itu Mus'ab pun berkata kepada Sa'd: Boleh tak tuan hamba duduk seketika dan dengarkan dahulu barang sesuatu dari kami, sekiranya yang kami sampaikan itu menyenangkan tuan, bolehlah tuan terimanya, tetapi sekiranya yang kami sampaikan itu memberatkan tuan, maka kami elakkannya dan hindarkan yang tuan bencikan ini. Kata Sa'd: Itu adalah waras dan saksama, kemudian beliau memacak tombaknya dan duduk. kepadanya diperkenalkan Islam, dibacakan ayat-ayat Al-Quran semasa itujuga mukanya berubah, tanda terima kebenaran Islam sebelum beliau berkata sesuatu, mukanya berseri penuh kepercayaan dan beliau bertanya: Apa yang kamu buat semasa kamu memeluk Islam? Jawab Mus'ab dan As'ad: Pertama-tama kamu bersuci, bersih pakaian kemudian mengucap dua kalimah syahadah dan bersembahyang dua rakaat, dengan itu beliau terus bertindak seperti yang dijelaskan.

Setelah beliau mencabut tombaknya dan terus pergi ke kelab perhimpunan qabilahnya, bila dilihat oleh kaumnya, mereka mendapati wajah Sa'd telah bertambah dari sebelum beliau menemui Mus'ab.
Bila beliau sampai di hadapan kaumnya, beliau terus bertanya: Wahai Bani Abd Al-Asyhal, kamu kenal tak diriku di kalangan kamu? Jawab mereka: "Tuan adalah ketua kami dan orang yang terwaras di antara kami dan sebaik-baik pemimpin. Jawab Sa'd: Demi sesungguhnya, apa-apa perkataan yang diungkapkan oleh kaum lelaki atau perempuan di kalangan kamu adalah tidak wajar bagiku untuk ku mendengarnya, selagi mana kau tidak beriman dengan Allah dan RasulNya". Dengan ucapannya itu, tidak sampai sekerat hari seluruh Banu Al-Asyhal menganut Islam, kecuali seorang sahaja iaitu Al-Usayram yang telah menangguh penerimaannya, hingga ke hari peperangan Uhud, namun pada hari itu beliau terus mengucap dua kalimah syahadah dan terus ke medan jihad dan berjuang bersama kaum muslimin yang lain, namun Allah tetap mengurniakan kepadanya Asy-Syahadah. Beliau gugur sebagai pahlawan yang syahid meskipun tidak sempat sujud bersembahyang kepada Allah, justeru itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Beramal sedikit tetapi diberi ganjaran yang banyak."

Mus'ab bin Umair tinggal di rumah As'ad bin Zurarah menyeru masyarakat di sana kepada Islam, menyebabkan tiada sebuah rumah pun dari golongan Ansar yang tidak dikunjungi Islam, kecuali rumah Banu Umaiyah bin Zaid, Ihatmah dan Wail, kerana terdapat seorang penyair yang disegani di mana cakapnya didengari iaitu Qais bin Al-Aslat, mereka tertangguh memeluk Islam, hinggalah pada tahun peperangan Khandak iaitu tahun kelima hijrah barulah mereka mendapat hidayah. Sebelum ketibaan musim haji berikut iaitu tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah s.a.w, Mus'ab telah membawa bersama beliau satujemaah ke Makkah, dengan berita yang mengembirakan iaitu berita kemenangan, beliau memperihalkan kepada Rasulullah s.a.w segala sesuatu mengenai qabilah yang menetap di Yathrib, dilapornya segala kebaikan yang sedang menanti di sana dikisahkannya seluruh kekuatan dan potensi yang sedang menunggu di sana.


BAI'AH AL-'AQABAH KEDUA

Pada musim haji tahun ketiga belas kebangkitan Baginda, bersamaan Jun 622 Masihi, telah datang ke Makkah rombongan seramai tujuh puluh orang lebih, kaum muslimin penduduk Yathrib bersama-sama kumpulan haji musyrikin dalam program penunaian rukun haji. Kendatipun kaum muslimin yang sedang dalam perjalanan mereka itu, tetap tertanya-tanya sampai bila agaknya mereka akan membiarkan Rasulullah s.a.w di Makkah menjadi buruan kafir Quraisy dan diugut keselamatannya.

Sebaik sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit dengan Rasulullah s.a.w, berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk mereka bertemu lagi di pertengahan hari-hari tasyriq, di persimpangan berhampiran al-'Aqabah di mana upacara Jamrah pertama dilakukan di sana. Pertemuan itu juga di dalam suasana rahsia di tengah malah gelap gelita.

Di sini kita beri kesempatan kepada salah seorang pemimpin Ansar untuk memberi laporan mengenai pertemuan yang bersejarah lagi barakah itu, yang telah merubah perjalanan masa dalam detik pertembungan di antara Islam dan penyembahan berhala, Kaab bin Malik Al-Ansari (r.a) telah menceritakan begini:

Kami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya telah pun kami membuat janji dengan Rasulullah s.a.w untuk bertemu di al-'Aqabah di pertengahan hari-hari tasyriq, malam yang kami janjikan itu telah turut serta ialah Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan orang yang kami muliakan, perjumpaan kami itu sengaja kami rahsiakan dari kaum sebangsa kami yang masih musyrik lagi, yang turun bersama untuk mengerja haji. Di malam itu kami telah berbicara dengan Abdullah bin Amru, kata kami: Wahai Abu Jabir tuan adalah salah seorang pemimpin kami dan tokoh yang kami muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan ke dalam api neraka sebagai bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam, seterusnya kami ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah s.a.w di al-'Aqabah.Kata Kaab: Tanpa berlengah, beliau mengucap dua kalimah syahadah, dan beliau turut serta dipertemuan al-'Aqabah, di mana beliau menjadi naqib dan ketua.

Kata Kaab: Di malam itu kami segera tidur bersama-sama kaum kami di samping peralatan perjalanan, hatta apabila berlalu sepertiga malam, kami pun keluar dari perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah s.a.w, kami keluar bersembunyi bak burung puyuh melalui denainya, hinggalah kami semua bertemu dan berkumpul di persimpangan al-'Aqabah, kami semua tujuh puluh tiga lelaki dan dua wanita iaitu Nusaibah binti Kaab yang dikenali sebagai Ummu 'Ammarah dari qabilah Bani Mazin bin An-Najar yang kedua ialah Asma' binti Amru dikenali sebagai Ummu Mani' dari qabilah Bani Salamah.

Kami semua berkumpul di persimpangan yang dijanjikan, menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w, tepat pada masanya, Rasulullah s.a.w pun datang, turut serta mengiringi Rasulullah s.a.w ialah Al-'Abbas bin Abd Al-Muttalib, beliau masih lagi dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan anak saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu.


PERBINCANGAN AWAL DAN PENJELASAN TANGGUNGJAWAB YANG AMAT PENTING OLEH AL-'ABBAS ' BIN ABDUL MUTTALIB

Setelah bilangan mereka untuk menghadiri perjumpaan itu genap, maka perbincangan pun dimulakan buat mempersetujui perjanjian agama dan ketenteraan, orang pertama yang bercakap di dalam majlis itu ialah Al-'Abbas bin Abd Al-Muttalib bapa saudara Rasulullah s.a.w, dalam ucapan itu beliau menjelaskan peri beratnya bebanan tanggungjawab yang hams mereka pikul nanti, sebaik sahaja perjanjian itu dipersetujui dengan katanya: "Wahai kalian Al-Khazraj, sebenarnya sepertimana yang kamu ketahui, Muhammad ini adalah darah daging kami, hingga kini kami masih mempertahankannya dari kemarahan kaum kami, hingga kini beliau masih tetap kesayangan kami dan terpelihara di dalam tanah airnya, tetapi beliau ini tetap berkeras untuk menyertai kamu dan bersama kamu, kiranya kamu yakin dapat mengotakan janji kamu itu dan sanggup pula memberi keamanan kepadanya maka itu adalah hak kamu untuk mengambil Muhammad bersama-sama kamu, tetapi sekiranya kamu merasakan tidak berkesanggupan atau akan membiarkan beliau keseorangan maka lebih baik dari sekarang lagi kamu tinggalkannya, kerana di sini beliau masih mulia dan dijaga oleh kalangan kaumnya."

Jawab Kaab: Kami menegaskan kepada Al-'Abbas: "Kami faham satu persatu apa yang tuan bicarakan itu, sekarang kami hendak dengar dari Rasulullah s.a.w, ayuh Rasulullah s.a.w sebutkan apa sahaja kewajipan kami untuk dirinya (s.a.w) dan untuk Tuhannya sekehendak hati Rasulullah s.a.w. Jawapan yang beliau berikan itu menggambarkan keazaman yang memuncak, keyakinan, keberanian, keimanan dan keikhlasan yang bersifat infiniti di dalam rangka menanggung beban tanggungjawab yang amat agung itu, di samping mereka sudah menyangka dan mengukur akibat kesanggupan mereka itu. Dengan itu Rasulullah s.a.w membentangkan agenda Bai'ah dan dipersetujui oleh pihak Al-Ansar:
Agenda Bai'ah:

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Jabir secara terurai, kata Jabir, "Wahai Rasulullah s.a.w, di atas apakah yang akan kami berbai'ah dengan tuan hamba?" Jawab Rasulullah s.a.w, kamu berbai'ah untuk:

1. Mendengar dan mematuhi dalam keadaan segar dan malas
2. Berinfaq semasa susah dan senang
3. Menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran
4. Berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan kecaman orang
5. Menyokong daku setibanya daku di kalangan kamu nanti, mempertahankan daku seperti mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan adalah syurga Allah di akhirat nanti

Tetapi riwayat Kaab yang dibawa oleh Ibnu Ishak pula, mengatakan bahawa agenda yang terakhir sahaja yang merupakan agenda bai'ah, di dalam perjanjian itu, berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w: Kata Kaab: Maka berucaplah Rasulullah s.a.w dengan membaca ayat-ayat Al-Quran di samping menyeru ke jalan Allah dan menggalakkan mereka kepada Islam, sabdanya: "Aku menuntutkan bai'ah dari kamu supaya kamu mempertahankan daku seperti mana kamu mempertahankan isteri-isteri dan anak-anak kamu." Maka Al-Bara' bin Ma' rur memegang tangan Rasulullah s.a.w dengan berkata: Ya, demi yang mengutuskan dikau dengan kebenaran sebagai nabi, akan kami pertahankan tuan hamba seperti mana kami mempertahankan wanita-wanita kami, dengan itu kami berbai'ahlah dengan kamu wahai Rasulullah s.a.w, demi Allah kami ini adalah keturunan peperangan dan anggota halaqat, ciri ini kami warisi sejak turun temurun".

Diketika Al-Bara' sedang berbicara dengan Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Abu Al-Haitham mencelah dengan katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w, sebenarnya kami ini ada ikatan dengan kaum Yahudi, bagaimana sekiranya kami putuskan kemudian Allah takdirkan tuan hamba berjaya dalam perjuangan, apakah tuan hamba akan kembali ke pangkuan kaum dan meninggalkan kami." Jawab Rasulullah s.a.w diiringi dengan senyum, "Darah dengan darah, roboh sama roboh, daku adalah dari kamu dan kamu adalah dariku, ku memerangi sesiapa yang kamu perangi dan aku berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai."


MEMASTIKAN BEBAN TANGGUNGJAWAB BAI'AH

Setelah selesai perbincangan di sekitar syarat-syarat bai'ah dan mereka semua bersetuju untuk memulakan pemeteraiannya, maka bangun seorang demi seorang dari dua orang tokoh utama yang telah memeluk Islam di dalam dua musim haji lalu tahun kesembilan dan kedua belas, untuk menyuarakan betapa beban tanggungjawab yang bakal mereka pikul nanti, dan supaya mereka semua apabila berbai'ah nanti, ertinya mereka berbai'ah dalam keadaan yang jelas dan menjiwai tanggungjawab bai'ah yang mereka berikan itu dan supaya mereka mengetahui sejauh mana persiapan yang harus mereka lakukan untuk memberi sumbangan dan pengorbanan kepadanya.

Kata Ibnu Ishak: Setelah mereka berkumpul untuk bai'ah maka berkata Al-'Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah: "Adakah kamu mengetahui untuk apa kamu berbai'ah dengan lelaki ini?" Jawab mereka: "Ya", katanya lagi: "Sesungguhnya kamu berbai'ah dengan beliau untuk memerangi manusia-manusia samada yang berkulit merah atau yang berkulit hitam, sekiranya dalam perjuangan ini harta kamu kehabisan, pembesar-pembesar kamu habis mati di masa itu kamu akan serahkan lelaki ini, maka dari sekarang ini tak usah kamu berbai'ah, kerana demi Allah ini adalah sebesar-besar malu di dunia dan di akhirat, tetapi sekiranya kamu berupaya menunaikan janji kamu itu kepadanya tepat seperti mana kamu suarakan itu, hingga walau pun kamu kehabisan harta dan kehilangan pembesar-pembesar kamu, maka terimalah beliau ini, kerana itu adalah kemuliaan di dunia dan di akhirat".

Jawab mereka semua: "Sesungguhnya kami akan menerima beliau dengan kerelaan hati menerima risiko kehilangan harta benda dan kematian tokoh pemimpin kami, dan sekiranya demikian maka apakah balasannya wahai Rasulullah s.a.w?" Jawab baginda: "Syurgalah balasannya". Kata mereka: "Ayuh hulurkan tangan mu", maka baginda pun menghulurkan tangannya dan mereka semua berbai'ah.

Manakala di dalam riwayat Jabir, beliau berkata: Maka kami semua bangun dan berbai'ah dengan baginda, pada mulanya As'ad bin Zurarah orang yang termuda di kalangan yang berusia tujuh puluh tahun berucap dengan katanya: "Wahai ahli Yathrib, sebenarnya kita tidak bersusah payah datang kemari melainkan kerana kita tahu baginda ini adalah Rasul utusan Allah, tindakan kita membawa baginda keluar dari Makkah bererti kita bertindak memufarraqahkan (memisahkan) seluruh bangsa Arab, mendedahkan pembesar-pembesar kita menjadi sasaran pembunuhan malahan kamu sendiri menjadi mangsa kepada pedang-pedang musuh, sekiranya kamu boleh bertahan dan bersabar maka terimalah baginda ini sebagai sebahagian dari darah daging kamu, ganjarannya adalah Allah yang menentukannya, tetapi sekiranya kamu sayangkan diri kamu, maka tinggalkanlah Baginda di sini kerana mungkin takut dan sayangkan diri kamu itu lebih beralasan lagi untuk kamu berhadapan dengan Allah."


PENGIKATAN BAI'AH

Setelah persetujuan dicapai dengan semua agenda bai'ah dan setelah penegasan dibuat maka pengikatan bai'ah pun dimeteraikan melalui berjabat tangan dengan Rasulullah s.a.w. Di sini kata Jabir selepas menaqalkan (memetik) kata-kata As'ad bin Zurarah tadi: Maka hadirin pun berkata: "Wahai As'ad hulurkan tangan kau, demi Allah kami tidak akan biarkan bai'ah ini sia-sia atau dipercumakannya".

Di saat ini A'sad pun dapat memastikan peri persediaan kaumnya untuk berkorban kejalan Allah, dengan ini maka As'ad terlantik sebagai pendakwah agung yang kemudian bergerak bersama-sama Mus'ab bin Umair, secara tabieinya beliau terlantik sebagai ketua agama untuk golongan yang berbai'ah tadi di mana beliaulah orang pertama yang memberi bai'ah kepada Rasulullah s.a.w. Tambahan Ibu Ishak lagi: Banu An-Najar menganggapkan Abu Umamah, As'ad bin Zurarah sebagai orang pertama yang meletakkan tangannya ke tangan Rasulullah s.a.w.

Dengan itu maka bai'ah umum pun berjalan lancar. Kata Jabir: Setelah itu maka seluruh kami bangun seorang demi seorang memeterai bai'ahnya dengan Rasulullah s.a.w dan baginda menjaminkan kami syurga Allah. Adapun bai'ah kaum wanita yang dimeteraikan di dalam kedua-duanya adalah melalui lafaz akad bai'ah sahaja tanpa baginda berjabat tangan dengan mana-mana perempuan ajnabi.


PERLANTIKAN DUA BELAS ORANG SEBAGAI NAQIB

Setelah proses bai'ah selesai dilaksanakan, Rasulullah s.a.w meminta supaya dipilih dua belas orang pemimpin sebagai naqib kepada kaum mereka, bakal bertanggungjawab bagi pihak mereka semua di dalam rangka usaha merealisasikan seluruh agenda bai'ah itu, seru baginda: "Ayuh kemukakan dua belas orang sebagai naqib untuk pimpinan kepada kaumnya. Pemilihan pun dibuat dengan segera, yang terdiri dari Al-Khazraj sembilan orang, dan tiga dari Al-'Aws mereka itu adalah:

Naqib-naqib kepada Al-Khazraj
1. As'ad bin Zurarah bin Ads
2. Sa'd bin Ar-Rabi' bin Amru
3. Abdullah bin Rawahah bin Tha'labah.
4. Rafi bin Malik bin Al-Ajlan
5. Al-Bara' bin Marur bin Sakhr
6. Abdullah bin Amru bin Hiram
7. Ubadah bin As-Samit bin Qais
8. Sa'd bin Ubbadah bin Dulaim
9. Al-Munzir bin Amru bin Khanis

Naqib-naqib kepada Al-'Aws
1. Usaid bin Hudhair bin Simak
2. Sa'd bin Khaithamah bin Al-Harith
3. Rifa'ah bin Abd Al-Munzir bin Zubair

Dengan itu Rasulullah s.a.w menegaskan kepada mereka dengan sabdanya: "Kamu semua adalah penjamin sebagaimana golongan Al-Hawariyyun adalah penjamin kepada Isa bin Mariam dan aku adalah penjamin kepada umat ku" Jawab mereka sebulat suara dengan lafaz; "Ya".


SYAITAN MEMBONGKAR PERJANJIAN RASULULLAH S.A.W

Sebaik sahaja proses pemeteraian perjanjian dan semua peserta hampir beredar dari majlis, salah seekor syaitan telah menjumpai mereka, namun terbongkarnya pertemuan itu adalah di saat-saat terakhir, agak terlewat baginya untuk memaklumkan kepada pihak pemimpin Quraisy akan rahsia pertemuan sulit ini. Agar pihak Quraisy menyerempak mereka, walau macamana sekalipun syaitan tadi naik ke atas tanah tinggi dan melaung selantang suaranya yang dapat didengar: "Wahai penduduk Al-Akhasyib, kamu tahu tak Muhammad dan orang-orangnya ini? Mereka telah berjanji setia untuk memerangi kamu". Kata Rasulullah s.a.w : "Itu dia syaitan Al-Aqabah, demi Allah wahai seteru Allah sepenuh masa akan ku perangi kau," dengan itu para peserta bersurai pulang ke tempat masing-masing.


KESEDIAAN AL-ANSAR UNTUK MEMERANGI QURAISY

Semasa hadirin mendengar suara syaitan itu terus Al-'Abbas bin Ubadah bin Nadhlah menyeru kepada Rasulullah s.a.w: "Demi Dia Tuhan yang mengutuskan kau dengan kebenaran sekiranya tuan hamba mahu, esok hari akan kami serang pihak Quraisy dengan pedang kami ini". Jawab Rasulullah s.a.w: "Kita belum diperintah lagi untuk bertindak demikian, tetapi pulanglah ke tempat kamu". Dengan itu mereka semua pun pulang ke tempat masing-masing dan terus tidur hingga ke subuh hari.


QURAISY MEGEMUKAKAN BANTAHAN KEPADA PEMIMPIN YATHRIB

Bila mana berita perjanjian ini sampai ke pengetahuan Quraisy timbullah rasa rimas, kebimbangan, dan kekesalan, kerana mereka sudah menduga sedalam-dalamnya kesan bai'ah seperti ini, juga pengaruhnya ke atas harta benda malah nyawa mereka, bila menjelang siang terus diutuskan perwakilan yang ramai terdiri dari pemuka-pemuka dan kepala samsengnya ke perkhemahan penduduk Yathrib, untuk mengemukakan bantahan mereka yang amat sangat terhadap perjanjian itu, kata mereka: "Wahai kalian Al-Khazraj, sebenarnya sudah sampai ke pengetahuan kami, di mana kamu datang menemui saudara kami itu, dengan hasrat kamu untuk membawanya keluar dari pangkuan kami, malah kami sudah berjanji setia untuk memerangi kamu, demi Allah sesungguhnya tidak satu qabilah Arab pun yang senang untuk menyaksi peperangan timbul di antara kami dan mereka, di mana kamu sebahagian darinya".

Oleh kerana pihak musyirikin Yathrib tidak tahu langsung dengan segala apa yang berlaku di antara Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin Yathrib, yang bersama-sama mereka dalam jamaah haji itu, lantaran itulah maka mereka berani bersumpah, untuk menegaskan kapada Quraisy, bahawa apa yang mereka tuduh itu sama sekali tidak berlaku, oleh itu mereka berjumpa dengan Abdullah bin Ubai bin Salul, di mana beliau menegaskan: "Ini semua adalah palsu belaka, tidak munasabah perkara ini berlaku dan tidak munasabah kaumku boleh bertindak dengan berbuat demikian, kalau aku di Yathrib mereka tidak akan bertindak sesuatu, kecuali setelah mengambil pendapatku".

Manakala kaum muslimin masing-masing memerhati satu sama lain, bertindak berdiam diri, seorang pun tidak bersuara, mengiya pun tidak menafikan pun tidak.Dengan itu pihak Quraisy lebih condong untuk menerima penegasan pihak musyrikin Yathrib, dan pulang membawa seribu kegagalan.


KEPASTIAN BERITA OLEH PIHAK QURAISY DAN PEMBURUAN MEREKA YANG BERBAI'AH

Pemimpin Quraisy pulang ke Makkah dengan kepercayaan hampir yakin mengenai perkhabaran yang didustakan itu, namun mereka masih menggali dan mencari kesahihan berita berkenaan, akhirnya mereka memastikan kebenaran berita itu, memang bai'ah berlaku sebenarnya, itupun setelah jamaah haji pulang ke tanah air masing-masing, dengan itu cepat-cepat wira-wira penunggang kuda Quraisy memburu golongan Yathrib, malangnya masanya sudah terlewat, namun sempat juga mereka melihat Sa'd bin 'Ubbadah dan Al-Munzir bin Amru, lalu mereka memburu kedua-dua orang ini, Al-Munzir sempat melepaskan dirinya tetapi Sa'd tidak sempat, pihak Quraisy menangkap serta memberkas tangannya dengan tali ke kekang tunggangannya, apa lagi mereka mengerjakan terhadap Sa'd menyeret-nyeretnya, menarik-narik rambutnya, hinggalah mereka membawa masuk semula ke Makkah, namun bila Al-Mut'am bin 'Adi dan Al-Harith bin Harb bin Umaiyah mendapati Sa'd dalam keadaan begini mereka berdua berusaha membebaskan serta merongkai ikatan di tangannya, ini adalah kerana Sa'd memberi perlindungan kepada Qafilah mereka yang melalui Yathrib. Bila hal ini diketahui oleh pihak Ansar maka mereka bersetuju untuk mengembalikannya dengan selamatnya, dalam keadaan sedemikian tiba-tiba muncul Said dihadapan mereka, maka mereka pun meneruskan perjalanan ke Yathrib.

Inilah dia Bai'ah al-'Aqabah yang kedua yang dikenali sebagai Bai'ah Al-Aqabah Al-Kubra, penyelenggaraannya berjalan dalam suasana kemesraan, persaudaraan dan roh bantu membantu di antara jiwa-jiwa mukmin yang masih berselerak, namun kepercayaan di antara satu sama lain amat padu sekali, keberanian luar biasa, pengorbanan tanpa batasan untuk ke jalan Allah, mukmin dari ahli Yathrib mencintai saudaranya yang lemah dari penduduk Makkah, penuh simpati terhadap saudaranya, memarahi orang yang menzalimi, jiwanya bergelora dengan kasih sayang terhadap saudaranya yang sebelum ini menyanyangi mereka di sebalik tabir ghaib, semuanya kerana Allah.

Perasaan dan syuur seumpama ini bukanlah luapan seketika, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, lantaran ianya bersumberkan keimanan kepada Allah, Rasul dan kitabNya, keimanan yang tidak mungkin dipudarkan oleh mana-mana kekuatan penganiayaan yang jahanam, keimanan yang apabila roh dan semangatnya bertiup, tidak ada tenaga yang mampu menghalangnya, malah di ketika itu ianya mampu melakukan keajaiban-keajaiban. Dengan keimanan ini kaum muslimin mampu merakamkan kerja-kerja dan warisan-warisan di samping lembaran sejarah, kekal abadi memberi contoh kepada masa-masa bakal mendatang.


KUMPULAN SULUNG BERHIJRAH

Sebaik sahaja selesai pemeteraian bai'ah al-'Aqabah kedua dan berjaya pula Islam menegakkan sebuah watannya yang tersendiri di tengah padang pasir yang dikelilingi dengan arus kekafiran dan kejahilan, suatu pulangan yang amat kritis yang diperolehinya di samping dakwahnya, kini Rasulullah s.a.w meinbenarkan kaum muslimin berhijrah ke watannya yang baru itu.

Hijrah tidak lebih dari penolakan kepentingan diri, berkorban dengan hartabenda, dan menyelamat sekadar diri sendiri sahaja di samping membuktikan hak perpindahan yang dahulunya disekat, boleh jadi seseorang itu sndah pasti bahawa perjalanan itu adalah suatu perjalanan ke suatu destinasi yang gelap, tidak dapat diduga, pelbagai kepahitan dan duka nestapa sedang menanti di sana.
Kini kaum muslimin terus berhijrah, dan mereka sedar semuanya ini, manakala pihak musyrikin tidak membiarkan arus penghijrahan itu terus berlaku tanpa disekat dan dihalang, kerana mereka sudah menyangka merbahaya akan mengugat mereka nanti.

Di sini kami perturunkan contoh-contoh hijrah:

1. Orang terawal melangkah kaki ke Madinah sebagai penghijrah pertama ialah Abu Salamah bersama-sama isteri dan anaknya iaitu setahun sebelum bai'ah al-'Aqabah Al-Kubra, ini adalah mengikut riwayat Ibnu Ishak, setelah beliau membuat keputusan untuk berhijrah, mertuanya semua bertemu dengan beliau dan mereka berkata: Diri kau sudahlah, tetapi apa halnya dengan anak kami ini? Tak mungkin kami boleh membiarkan kau membawanya hanyut ke negeri orang? Dengan itu mereka ambil isterinya. Keluarga Abu Salamah naik marah dengan tindakan keluarga isterinya kata mereka: Kami tidak boleh membiarkan kamu merampas si anak Salamah dengan semudah itu? Maka jadilah perebutan ke atas anak Salamah di antara dua keluarga menyebabkan si anak tercabut tangannya lantaran rentapan dua belah pihak. Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, menyebabkan Ummu Salamah keseorangan setelah pemergian suaminya dan kehilangan anak kesayangan, menjadikan beliau setiap pagi keluar ke pinggir kota menangis hingga ke petang. Bila keadaan berlarutan hingga hampir setahun, menyebabkan salah seorang keluarganya kasihan dan berlembut hati, dan menyuarakan perkara ini kepada keluarganya: Tidakkah kamu hendak melepaskan Si merana ini? Sudahlah kamu pisahkannya dari suami dan anaknya, kini kamu siksanya pula, jawab mereka: Ayuh pergilah untuk menemui suamimu itu kalau hendak? Ummu Salamah mendapat kembali anaknya dari keluarga suaminya, terus beliau keluar menuju ke Madinah, perjalanan kira-kira lima ratus kilometer, tiada siapa pun dari makhluk Allah menemaninya, namun sebaik sahaja beliau sampai ke "al-Tan" im" Uthman bin Talhah Ibnu Abi Talhah menemuinya, kerana mengetahui perihalnya, beliau menawar diri untuk menemaninya hingga ke Madinah, sesampainya mereka ke Quba' kata Uthman: Suami kamu berada di kampung ini, ayuh segera ke sana dengan keberkatan Allah, dengan itu beliau berpatah balik ke Makkah.

2. Semasa Suhaib Ar-Rumi hendak berhijrah para kafir Quraisy menemuinya dan berkata: Kamu semasa datang ke sini sebagai seorang tak berharta, kemudian harta kamu menjadi banyak dan menjadi orang yang terbilang, kini kamu hendak keluar dari sini dengan membawa diri kamu sekali dengan harta-harta kamu yang kamu kumpulkan di sini? Ini tak mungkin berlaku? Jawab Suhaib: Apa pendapat kamu semua, kalau aku serahkan semua hartaku kepada kamu? Boleh tak kamu beri laluan kepada ku? Jawab mereka sebulat suara: Ya! Kata Suhaib: "Sekarang aku serahkan hartaku kepada kamu". Cerita mengenai Suhaib ini telah sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w; ujar Rasulullah s.a.w: "Beruntung Suhaib, beruntung Suhaib".

3. Umar Ibni Al-Khattab berpakat dengan Ayyasy bin Abi Rabiah dan Hisyam bin Al-As bin Wail suatu tempat mereka bertemu di pagi hari, darinya mereka akan bertolak untuk berhijrah ke Madinah. Umar dan Ayyasy bertemu, tetapi Hisyam tertangguh.

Sebaik sahaja Umar dan Ayyasy sampai ke Madinah mereka pun singgah di Quba', Abu Jahal dan adiknya Al-Harith pun sampai juga, terus mereka menemui Ayyasy, mereka bertiga ini adalah seibu, Abu Jahal dan Al-Harith pun menyebut kepada Ayyasy: Ibu kau telah bersumpah dan bernazar untuk tidak menyikat rambutnya dan tidak akan berteduh di matahari terik, kecuali setelah beliau melihat kau di hadapannya. Ayyasy pun berasa kasihan dengan ibunya dan sikapnya itu, tetapi Umar telah menasihatinya: Ayyasy kau dengar cakapku ini: Demi Allah sesungguhnya mereka ini bertujuan memfitnali dan mengeluarkan kau dari agama benar kau ini, berwaspadalah dengan mereka, Demi Allah, kalau emak kau digigit kutu, nescaya dia akan menyikat rambutnya dan kalau dia terkena panas terik, nescaya dia berteduh. Tetapi Ayyasy tidak mahu mendengar nasihat Umar, dia pun pulang bersama Abu Jahal dan Al-Harith untuk melepaskan nazar dan sumpah ibunya itu. Kata Umar lagi: Kalau kamu berkeras juga hendak turut mereka ambillah untaku ini, ianya baik dan jinak serta mudah mematuhi arahan, kamu jangan lepaskan belakangnya, sekiranya kau meragui sesuatu dari kaum kau, cepat-cepat kamu larikan dirimu dengan tunggangan ku ini.

Dengan itu Ayyasy pun keluar dengan tunggangan Umar tadi bersama dengan dua orang lagi, bila sampai di pertengahan jalan kata Abu Jahal kepada Ayyasy: Wahai anak saudaraku kamu tengok tak aku penatlah dengan untaku, bagaimana kalau kita bergilir, sekali kau naik unta ku dan sekali aku tunggang unta kau. Jawab Ayyasy: Tak ada apa salahnya, boleh kita bergilir. Maka beliau pun tukar untanya bersama mereka berdua untuk mereka bergilir-gilir, sebaik sahaja mereka turun, apa lagi Abu Jahal dan temannya pun terus memegang Ayyasy dan memberkasnya, sehingga tidak sempat beliau bertindak, dengan itu mereka pun membawa Ayyasy di siang hari ke Makkah dengan kedua-dua belah tangannya terikat, Abu Jahal dan temannya melaung memanggil penduduk Makkah dengan katanya: Beginilah hams dilakukan terhadap golongan bodoh kamu, sebagaimana kita lakukan terhadap orang bodoh ini.
Inilah senario kepada tiga contoh penghijrahan Islam, di mana kaum musyrikin cuba bertindak terhadap mereka, walaupun demikian rupa keadaan yang menghalang kaum muslimin namun arus hijrah tetap tidak dapat disekat, atau dihalang, dua bulan dan beberapa hari selepas bai'ah al-'Aqabah Al-Kubra arus hijrah terus bergerak hingga tidak tinggal di Makkah, kecuali Rasulullah s.a.w, Abu Bakr dan Ali, kerana kehendak Rasulullah s.a.w, dan yang terkecualijuga ialah mereka yang dipegang oleh kaum musyrikin. Di sini Rasulullah s.a.w telah pun menyediakan persiapan untuk keluar, sementara menunggu arahan dan di masa yang sama Abu Bakr pun menyediakan persiapannya.

Al-Bukhary meriwayatkan dari Aisyah (r.a) yang berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kaum muslimin: "Sesungguhnya aku telah diperlihatkan perkampungan hijrah kamu di perladangan tamar terletak di antara dua kampung", dengan itu maka berhijrahlah mereka ke arah Yathrib, manakala mereka yang berada diperantauan hijrah bumi Habsyah pulang semula ke Yathrib. Sebelum ini Abu Bakr bersiap untuk berhijrah tetapi

Rasulullah s.a.w bersuara kepadanya dengan sabdanya: "Bertenang, aku ini belum diizinkan lagi". Kata Abu Bakr: "Apakah tuan hamba berharap demikian, ya Rasulullah s.a.w? Jawab Rasulullah s.a.w: "Ya demikian". Abu Bakr menenangkan hatinya dan menangguhkan perjalanannya untuk menemani Rasulullah s.a.w, beliau menyediakan dua tunggangan yang dimilikinya, dengan daun yang dipungut sebagai makanan selama empat bulan.


PERBINCANGAN KRITIKAL Dl DARUL NADWAH PARLIMEN QURAISY

Bila mana pihak musyrikin quraisy mendapati pengikut-pengikut Muhammad s.a.w telah bersedia dan keluar dengan membawa bersama-sama mereka keluarga, anak-anak dan harta-harta mereka ke pangkuan Al-'Aws dan Al-Khazraj, terjadilah keributan suasana kebisingan, kesangsian dan dukacita di kalangan kafir Makkah, perbagai kegelisahan dan ramalan-ramalan yang bakal mereka hadapi di masa-masa akan datang, bahaya besar sedang menunggu mereka; yang kelak akan mengugut dan menggugat kestabilan ekonomi, kekayaan dan entiti idealogi berhala mereka. Sebenarnya mereka sudah mengenal pasti dengan keperibadian unggul Muhammad s.a.w dan dengan kepimpinannya yang berkesan lagi mempengaruhi, di samping keazaman yang tekad, keiltizaman yang utuh dan semangat pengorbanan yang luar biasa, disokong pula oleh kekuatan dan daya pertahanan oleh Al-'Aws dan Al-Khazraj diperkayakan pula oleh kekuatan cendikiawan dan ahli fikiran kedua qabilah yang memiliki kedewasaan berfikir untuk kesejahteraan dan keimanan bersama, serta sanggup menolak perasaan kesumat lama yang pernah memusuhi mereka, manakala potensi dan kekuatan ini telah diduga oleh pihak Quraisy, untuk itu mereka harus membuat perhitungan yang paling bijak dan tepat bagi mengatasi ancaman sebelum terlambat, pada hemat mereka.

Sebagaimana juga mereka mengetahul posisi Al-Madinah yang strategik itu sendiri, bila ianya berkonfrontasi terutamanya dengan qabilah perniagaan mereka yang merupakan laluan tetap dari Yaman ke negeri Syam yang semestinya melalui persisiran laut Merah. Dianggarkan penduduk Makkah berurus niaga ke negeri Syam sahaja sebanyak sukujuta dinar emas setiap tahun, tidak termasuk milik penduduk al-Taifdan lain-lain. Mereka juga mengetahui selama ini, itulah laluan yang menikmati kesejateraan dan keamanan.

Pihak Quraisy sudah menelah bahaya yang bakal mengancam mereka dan perniagaan sekiranya kekuatan Islam berpusat di Madinah. Pihak Quraisy sudah pun peka akan bahaya dan ancaman yang bakal mengugat diri mereka. Oleh yang demikian, maka mereka bersungguh-sungguh mencari sebaik-baik jalan untuk menolak mara bahaya dan ancaman ini, keaemuanya berpunca dari pendokong obor dakwah Islam iaitu Muhammad s.a.w.

Tanggal 26 Haribulan Safar tahun keempat kebangkitan Rasulullah s.a.w bersamaan 12 haribulan September tahun 622 Masihi pihak Quraisy telah mengadakan sidang Parlimen (Darul Nadwah) di pagi hari iaitu hampir dua bulan setengah setelah berlalunya Bai'ah al-'Aqabah Al-Kubra yang merupakan satu sidang yang amat penting dan kritikal dalam sejarah Quraisy, seluruh perwakilan kabilah-kabilah Quraisy telah menghantar anggota-anggotanya, membuat perbincangan dan merencana satu pelan tindakan yang tegas untuk menghapus secepat mungkin pembawa obor-obor dakwah Islamiah dan dengan itu terputus sudahlah arus cahayanya buat selama-lamanya.

Tokoh-tokoh perwakilan yang menonjol di dalam perjumpaan itu ialah:

1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili qabilah bani Makhzum
2. Jubair bin Mutaam, Tai'mah bin Adi, dan Al-Harith bin Amir mewakili Bani Naufal Ibn Abdul Manaf.
3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan Abu Sufian bin Harb, mewakili bani Abdul Syams bin Abdul Manaf
4. An-Nadhr bin Al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis sembelihan ke atas Rasulullah s.a.w di Kaabah semasa baginda bersembahyang) mewakili Banu Abd Ad-Dar
5. Abu Al-Bukhturi bin Hisyam, Zama'h bin Al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili banu Asad bin Abd Al-'Uzza
6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki Al-Hajjaj mewakili bani Sahm
7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah

Semasa mereka sampai ke Darul Nadwah seperti yang dijanjikan, mereka telah dihalang seketika oleh Iblis yang menyamar dengan berpakaian seperti seorang syeikh yang mulia iaitu pakaian ahli zuhud. Iblis berdiri di pintu masuk lalu mereka semua bertanya: "Siapa tuan syeikh ini?" Jawab Iblis: "Aku seorang syeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan ini dan aku datang untuk mengikuti perbahasan kamu semoga aku boleh menyumbang sesuatu yang tidak merugikan kamu, pendapat ataupun nasihat". Lantas mereka pun menjawab, "Betapa baiknya cadangan itu, ayuh! Persilakan masuk".


SIDANG DARUL NADWAH DAN PERSETUJUAN DENGAN KEPUTUSAN DURJANA UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W

Setelah bilangan keanggotaan majlis mesyuarat Dar An-Nadwah sempurna dengan kehadiran mereka, maka perbahasan pun bermula, disusuli dengan saranan dan cadangan. Di antaranya ialah pendapat Abu Al-Aswad: "Kita keluarkannya dari sini dan buangnya ke negeri lain. Selepas itu kita usah pedulikannya, ke mana dia hendak pergi dan jatuh. Kemudian kita 'pulihkan' semula masyarakat kita ini".

Kemudian berkata pula Syeikh dari Najd tadi: "Demi Allah, kamu tidak ada pendapat lainkah? Tidakkah kamu perhatikan bahawa Muhammad ini seorang yang petah bercakap, dengan kata-katanya yang halus dan manis, serta berupaya mempengaruhi dan menawan hati orang? Jika kamu berbuat demikian, kamu tidak akan selamat, kerana beliau akan memasuki ke perkampungan dan pedalaman Arab yang lain dan setelah itu beliau akan memimpin untuk menentang dan melanyak kamu semua dan membuat apa sahaja yang dikehendakinya.

Kata Abu Al-Bukhturi, "Kamu penjarakannya dalam kurungan besi, tutup pintunya sebaik-baiknya, dan kamu kawalkannya serta tengok apa akan terjadi, sebagaimana berlaku ke atas penyair-penyair yang sebelumnya seperti Zuhair dan An-Nabighah yang menemui kematian seperti ini, biarlah dia merasa sepertimana mereka itu rasaiya.

Kata Syeikh An-Najdi, Demi Allah, ini bukan pendapat yang baik, demi Allah kalau kamu kurungkannya sedemikian rupa pun akhirnya ceritanya itu akan bocor keluar dan sampai ke pengetahuan pengikut-pengikutnya kemudian mereka itu pun akan menyerang kamu, kemudian membebaskannya dari tangan kamu, setelah itu akan bertambah pengikutnya, seterusnya menghalangkan kamu semua, pendapat ini tidak boleh dipakai, cuba cadangkan pendapat lain.

Selepas persidangan Dar An-Nadwah menolak dua cadangan yang dikemukakan itu, dikemukakan pula cadangan yang paling nekad dan terkutuk, ianya mendapat persetujuan seluruh anggota sidang, dikemukakan oleh kepala samseng dan jenayah Makkah Abu Jahal bin Hisyam. Kata Abu Jahal, "Demi Allah, sesungguhnya aku ada satu pendapat yang kamu tidak nampak". Kata mereka, "Apakah pendapat itu wahai Abu Al-Hakam?" Jawab Abu Jahal, "Aku melihat di mana setiap kabilah haruslah dipilih seorang pemuda tangkas dan lincah kemudian kita serahkan kepada setiap mereka sebilah pedang yang tajam, untuk mereka gunakannya, dengan cara mereka menetak Muhammad serentak maka tamatlah riwayat Muhammad dan kita pun boleh berehat, kerana bila mereka lakukan cara ini bererti semua kabilah bertanggungjawab dan banu Abdul Manaf tidak terdaya untuk memerangi kesemua qabilah ini, sebagai gantiannya mereka akan berpuas hati dengan pembayaran diah (pampasan).

Ulas Syeikh An-Najdi, "Pendapat yang sebenar adalah sepertimana yang disebut oleh Abu Al-Hakam, dan aku pun berpendapat sedemikian juga". Sidang Dar An-Nadwah pun sebulat suara menerima cadangan yang terkutuk itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing dengan penuh keazaman, di mana cadangan dan keputusan itu akan dilaksanakan dengan serta-merta.


HIJRAH RASULULLAH S.A.W

Sebaik sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah s.a.w, Jibril pun turun menemui Rasulullah s.a.w, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahat Quraisy, kini Allah telah mengizinkan baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan masa pergerakan hijrah dengan katanya: "Malam ini jangan kau tidur di tempat kau yang biasa tidur itu".

Di tengah hari rembang Rasulullah s.a.w datang menemui Abu Bakr as-Siddiq untuk memastikan kepadanya jadual hijrah, Saidatina Aisyah (r.a) telah menyebut: Semasa kami sedang duduk di rumah Abu Bakr, di ketika rembang hari, ada seorang berkata kepada Abu Bakr, "Itu Rasulullah s.a.w berkelubung datang di saat yang tidak biasa baginda menziarahi kami", kata Abu Bakr demi Allah, baginda tidak datang di ketika ini, kecuali untuk urusan besar.

Kata Aisyah: Maka tibalah Rasulullah s.a.w, lalu baginda meminta izin, lantas baginda masuk sambil berkata kepada Abu Bakr, "Boleh kau keluar sekejap". Jawab Abu Bakr, "Mereka ini semua keluarga engkau Rasulullah s.a.w, demi engkau sebagai bapaku wahai Rasulullah s.a.w". Kata baginda, "Kini aku telah diizinkan untuk keluar". Jawab Abu Bakr, "Demi kau sebagai bapaku, apakah aku mengiringi tuan hamba?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ya, memang begitu".

Setelah ditetapkan perancangan hijrah, maka Rasulullah s.a.w pun pulang semula ke rumahnya, menunggu ketibaan malam.


PENGEMPUNGAN RUMAH RASULULLAH S.A.W

Pimpinan dan kepala jenayah Quraisy menghabiskan siang mereka untuk menyempurnakan perancangan dan persiapan seperti yang diputuskan oleh sidang Dar An-Nadwah, sebelas orang kenamaan wakil kabilah masing-masing ialah seperti:

1. Abu Jahal bin Hisyam
2. Al-Hakam bin Abi Al-As
3. Ugbah bin Abi Muit
4. An-Nadhr bin Al-Harith
5. Umaiyah bin Khalaf
6. Zamaah bin Al-Aswad
7. Tu'imah bin 'Adi
8. Abu Lahab
9. Ubai bin Khalaf
10. Nabyah bin Al-Hajjaj
11. Manbah bin Al-Hajjaj (saudara Nabyah bin Al-Hajjaj)

Kata Ibnu Ishak: Bila malam bergerak gelap, mereka pun berkumpul di pintu menunggu baginda tidur, di masa itu mereka akan menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan dan kepercayaan yang mereka akan berjaya dengan pakatan jahat itu, di mana Abu Jahal berdiri dengan penuh sombong dan ujub, sambil mereka bertanya kepada semua pengikutnya itu, yang sedang mengepung rumah Rasulullah s.a.w penuh senda dan ejekan terhadap kesudahan Rasulullah s.a.w dengan katanya, "Itu dia Muhammad yang pernah menjanjikan kamu semua, sekiranya kamu mengikutnya beliau akan serah kuasa kepada kamu sebagai Mahajara Arab dan Ajam, kemudian kamu akan dibangkitkan semula dari kubur kamu, deng menyerahkan kunci syurga seperti taman-taman di Jordan kononnya, dan sekiranya kamu tidak mahu menurutinya kau akan disembelihnya, setelah itu kamu akan dihidupkan semula kemudian sekali lagi kamu akan diazab dengan disumbat ke dalam neraka yang membakar".

Masa tindakan adalah ditengah malam, untuk itu mereka berjaga sepanjang malam menunggu detik terakhir, namun Allah mengatasi seluruh perancangan. Mentadbir petala langit dan bumi, Tuhan mampu berbuat segala sesuatu yang dikehendakinya, ianya mampu melanggar sesuatu tetapi tiada suatu pun yang mampu melanggarNya. Memang Allah melaksanakan sesuatu seperti yang disuarakan kepada Rasulullah s.a.w dengan mafhumnya:

"Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan lipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya".
Al-Anfal: 30


RASULULLAH S.A.W MENINGGALKAN RUMAHNYA

Di dalam suasana pihak Quraisy begitu prihatin dengan perancangan mereka, namun mereka gagal di saat terakhir dan kritikal ini, Rasulullah s.a.w telah meminta Saidina Ali (r.a) dengan sabdanya, "Ayuh, kau tidur ditempatku ini dan berselimutlah dengan kain Hadramiku ini, dan lenalah, tiada suatu pun yang kau tidak suka itu akan terkena kau". Sebenarnya Rasulullah s.a.w tidur biasa berselimut dengan kainnya itu.

Rasulullah s.a.w pun keluar, membelah barisan sekatan mereka malah Rasulullah s.a.w telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda menaburkannya ke atas kepala mereka semua dan Allah membuta penglihatan mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah s.a.w keluar di masa itu sambil membaca ayat Allah yang bermaksud:

"Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.
YaaSiin: 9

Tidak seorang pun dari mereka yang terkecuali, malah kesemua mereka diletakkan tanah ke atas kepalanya, baginda terus berjalan ke rumah Abu Bakr. Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr keluar melalui jendela di rumah Abu Bakr di malam itu juga, hingga sampai ke gua Thur yang terletak dipertengahan perjalanan ke arah Yaman.

Mereka yang mengepung rumah Rasulullah s.a.w menunggu-nunggu detik terakhir, malangnya sebelum sampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan, di mana seorang lelaki lain yang tidak bersama mereka telah datang menemui mereka semua, mendapati mereka sedang berkawal rapi di pintu rumah Rasulullah s.a.w dengan katanya, "Apa yang kamu tunggu ini?" Jawab mereka, "Kami menunggu Muhammad". Jawab lelaki tadi, "Kau sudah gagal dan kehilangan peluang. Demi Allah, Muhammad sudah berlalu dari sini, malah telah menabur tanah-tanah ke atas kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredar untuk tujuannya". Jawab mereka semua, "Demi Allah, kami tidak melihatnya pun". Mereka semua bangun, mengibas tanah dari kepala masing-masing.

Mereka cuma mengintai dari celah pintu dan mendapati Ali di tempat tidur Rasulullah s.a.w, maka mereka berkata "Demi Allah, itu dia Muhammad sedang tidur berselimut dengan kainnya". Oleh itu, mereka pun tidak bergerak dari tempat masing-masing hinggalah ke subuh. Pada masa itu, Ali pun bangun dari tidurnya. Alangkah terkejut melihat keadaan yang mengecewakan itu, lalu mereka pun bertanya kepada Ali di mana gerangannya Muhammad. Jawab Ali, "Aku tidak ada maklumat mengenainya".


DARI RUMAH KE GUA

Rasulullah s.a.w meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar tahun keempat belas kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi. Baginda tiba ke rumah temannya Abu Bakr yang merupakan manusia yang paling dipercayai oleh Rasulullah s.a.w, untuk persahabatan dan hartanya. Kemudian mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakr dari pintu belakang, untuk lari dari Makkah secepat mungkin dan sebelum fajar menyinsing.

Rasulullah s.a.w menyakini yang Quraisy akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memburunya dan jalan yang akan terlintas dipemikiran Quraisy ialah jalan utara menuju ke Madinah maka sebab itu Rasulullah s.a.w mengambil jalan yang mencanggahi jalan ke utara, iaitu jalan yang berada disebelah selatan menghala ke negeri Yaman, baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima kilometer hingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya mempakan bukit yang tinggi, jalannya sukar, pendakiannya berhalangan, berbatu-batu hingga melecet tapak kaki baginda (s.a.w). Diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w terhincut-hincut dengan tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga melecet tapak kaki baginda, walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah mendukung Rasulullah s.a.w, sesampainya mereka ke Jabal Thur itu, terasa berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat menyampaikan baginda ke kemuncak bukit, dalam sejarah Islam dikenali sebagai gua Thur.


KETIKA MEREKA BERDUA Dl DALAM GUA

Sesampainya mereka ke gua berkenaan, kata Abu Bakr, "Demi Allah, Rasulullah s.a.w jangan masuk, kecuali setelah hamba masuk dahulu, sekiranya ada sesuatu yang berbahaya biar terkena hamba dahulu". Lalu beliau masuk ke dalamnya dan membersihkannya. Di sana, Abu Bakr mendapati sebuah lubang maka beliau mengoyak kainnya dan disumbatkannya dan beliau menyeru, "Sila masuk, Rasulullah s.a.w". Maka baginda pun masuklah. Abu Bakr meletakkan kepala baginda ke ribanya hingga baginda lena, di masa itu kala jengking menyengat kakinya yang terhulur ke dalam lubang, namun sedikit pun beliau tidak bergerak supaya Rasulullah s.a.w tidak tersedar. Tetapi air matanya terjatuh ke muka Rasulullah s.a.w. Kata Rasulullah s.a.w, "Apa hal diri kau wahai Abu Bakr". Jawab beliau, "Daku telah disengat, demi ibu bapaku korban untuk kau, ya Rasulullah s.a.w". Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w menawarkan bekas sengatan tadi dengan ludahan baginda, maka segera hilanglah kesakitannya itu.

Selama tiga malam mereka bersembunyi di gua itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, Abdullah bin Abu Bakr turut tidur bersama-sama mereka, ujar Aisyah, "Abdullah adalah salah seorang pemuda berpengetahuan dan cerdik, menemani mereka di waktu malam. Di hujung malam beliau keluar dari sana dan berada di kalangan Quraisy di pagi hari menampakkan yang beliau bermalam di Makkah bersama Quraisy, beliau mendengar dan mengingati segala sesuatu yang diperihalkan di Makkah untuk dibawa kepada mereka berdua di tengah malam". Manakala Amir bin Fahiirah orang suruhan Abu Bakr bertugas memelihara kambing untuk membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang, beliau menyampaikannya kepada mereka berdua setelah malam berlabuh dengan melaung dan menyebut perkataan, "susu dan daging" kepada mereka. Beliau melakukan ini di ketiga-tiga malam persembunyian itu, selain dari itu, Amir bin Fahiirah juga bertugas menghalau kambingnya di atas kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakr supaya tidak dapat dikesan oleh pihak Quraisy.

Pihak Quraisy menjadi gila, setelah mereka yakin Rasulullah s.a.w telah terlepas dari usaha jahat mereka itu. Apa yang dapat mereka lakukan ialah dengan melanyak Saidina Ali serta diseretnya ke Kaabah dan mereka mengurungnya dengan harapan memperolehi berita arah mana Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr melarikan diri. Setelah mereka tidak dapat memperolehi sebarang maklumat dari Ali, mereka menuju ke rumah Abu Bakr As-Siddiq pula, setelah mengetuk pintu rumah, Asma' binti Abu Bakr pun keluar, kata mereka, "Mana bapa awak?". Jawab Asma', "Demi Allah, mana aku tahu ke mana dia pergi". Sebelum beredar, Abu Jahal yang buruk akhlak itu, sempat juga menempeleng muka Asma' hingga melayang sebelah subang di telinganya.

Dalam sidang tergempar Quraisy, mereka telah membuat keputusan segera, iaitu mengerah seluruh jentera yang ada untuk menangkap buruan yang lari itu, semua jalan masuk ke kota Makkah diletakkan dalam kawalan bersenjata api, dan pihak Quraisy menawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap mereka berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan, iaitu seratus ekor unta untuk seorang.

Di ketika itu seluruh pahlawan penunggang kuda dan pejalan kaki serta tukang pengesan tapak kaki, seluruh mereka bertebaran ke pelusuk sekitar Makkah di lembah-lembah dan di bukti-bukit, di dataran mahupun di gua, namun kesemua mereka tidak berjaya. Mereka yang memburu tadi sempat juga sampai ke pintu gua Thur, tetapi Allah yang menguasai di atas segalanya. Imam Al-Bukhary menceritakan dalam riwayatnya dari Anas dari Abu Bakr katanya, "Semasa aku bersama dengan Rasulullah s.a.w di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki Quraisy dari celah batu. Kataku,Wahai Rasulullah s.a.w! kalaulah di antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini. Jawab Rasulullah s.a.w, "Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita".
Sebagai mukjizat Allah yang dianugerahkan kepada RasulNya mereka telah beredar pulang dari situ meskipun hanya beberapa langkah sahaja dari situ Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi.


DALAM PERJALANAN KE MADINAH

Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah s.a.w reda, rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah s.a.w dan sahabatnya bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah s.a.w dan sahabatnya itu telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul Al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah s.a.w, "Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah seekor tunggangan ini". Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu. Jawab Rasulullah s.a.w, "Ku ambil Dengan harga".

Asma' binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr, beliau terlupa membawa tali pengikat untuk diikat bekalan tadi pada kenderaan baginda, akhirnya beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah lagi diikat semula ke pinggangnya, dengan itu beliau dikenali dengan "Zat An-Nitaqain " yang empunya dua tali pinggang.

Rasulullah s.a.w bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya, bersama-sama mereka Amir bin Fahiirah, melalui jalan pinggir pantai mengikuti dalil penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqat. Arah pertama yang beliau tunjuk sebaik sahaja keluar dari gua itu, ialah ke arah selatan negeri Yaman, kemudian baru beliau mengalih arah menuju persisiran pantai, hingga apabila beliau sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, beliau mengalih arah ke utara menghampiri pantai laut merah, iaitu jalan yang tidak diguna orang kecuali jarang-jarang sahaja.

Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan mulia ini. Katanya, "Sebaik sahaja dalil penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lama kemudian beliau membawa mereka rrtenyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah Asapan, kemudian baru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki Al-Kharar, terus pergi ke Thaniya Al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke Al-Jadajid, lepas itu ke Al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A'ada memasuki Ta'hn berlepas ke Al-Ababid melintasi Al-Fajah turun Al-A'rj mengarah ke Thaniyah Al-A'air di sebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn Ra'im akhirnya sampai ke Quba'. Di sini diringkaskan beberapa peristiwa di dalam perjalan berkenaan:

1. Al-Bukhary meriwayat dari Abu Bakr As-Siddiq (r. a) dengan katanya: Pada malam itu, malah dari kelmarin lagi kami berjalan malam hinggalah rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun melaluinya, di suatu tempat kami menghampiri sebuah batu panjang ditepinya teduhan, di situ kami singgah sebentar, aku sediakan tempat, menyapu-nyapu dengan tanganku untuk Rasulullah s.a.w berhenti dan tidur dengan menghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, "Tidurlah wahai Rasululllah dan hamba hendak memerhati yang di sekeliling man hamba ini". Rasulullah s.a.w pun tidur. Kemudian aku pun keluar memerhati di sekeliling baginda, tiba-tiba aku bersua dengan seorang pengembala membawa kambing-kambingnya ke batu yang kami singgah, hendak berteduh seperti kami, ku berseru kepadanya, "Siapa tuan kamu, wahai pengembala?". Jawabnya, "Yang ampunya ini ialah seorang lelaki dari penduduk Madinah atau Makkah. Kataku kepada lelaki itu, "Ada tak di antara kambing-kambing ini yang bersusu?". Jawabnya, "Ya, memang ada". Kataku, "Boleh tak kauperahkannya". Jawabnya, "Ya, sudahtentuboleh".Beliaupun segera memegang seekor kamping betina. Kataku, "Hai, kau bersihkan uncang susunya dari tanah-tanah, bulu dan kotoran". Lepas itu, beliau memerah susu ke dalam sebuah bekas, kemudian ku tuangkannya ke dalam bejana yang sedia ku bawa bersama ku untuk Rasulullah s.a.w. Baginda meminum dan berwudhu' darinya, ku pun bawa ke hadapan Rasulullah s.a.w, keberatan untukku mengejutkan Rasulullah s.a.w dari tidurnya itu, ini membolehkan daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi dingin. Setelah Rasulullah s.a.w terjaga, aku pun segera meminta Rasulullah s.a.w meminumnya, baginda pun meminum kesemuanya, kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "Boleh tak kita bergerak sekarang ini?". Jawabku, "Bahkan boleh, wahai Rasulullah s.a.w". Kemudian kami semua bergerak. .

2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang Rasulullah s.a.w, beliau seorang yang dikenali sedang Rasulullah s.a.w seorang yang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya, "Siapa yang dihadapan kamu itu?" Jawab Abu Bakr, "Itu penunjukjalan". Orang itu menyangka yang dimaksudkan itu ialah penunjuk arah perjalanan, namun apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakr ialah penunjukjalan kebaikan dan kebenaran.

3. Suraqah bin Malik telah mengekori mereka dari belakang. Cerita Suraqah, "Ketika ku sedang duduk di dalam satu majlis qabilahku, Banu Mudlij, tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke majlis berkenaan. Beliau berdiri, sedang kami semua duduk, lalu berucap, "Wahai Suraqah, baru sebentar daku telah melihat lembaga hitam dipersisiran pantai, aku mendapati Muhammad dan sahabat-sahabatnya". Kata Suraqah di dalam hatinya, "Aku tahulah mereka itu memang Muhammad dan sahabat-sahabatnya". Kemudian katanya kepada lelaki itu, "Mereka itu bukan Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yang kau lihat itu si Fulan dan si Fulan, mereka itu berjalan dalam pengawasan kami". Daku duduk dalam majlis beberapa ketika, kemudian ku keluar dari situ dan suruh "perempuan suruhanku" iiupaya bawa keluar kudaku yang tertambat disebalik berlukar, sementara aku mengambil tombak dan ku keluar dari belakang rumah, dengan mengheret batang tombak di atas tanah dan matanya direndahkan, hinggalah sampai dekat kudaku, terus ku pecutnya, aku mengenali mereka itu dan menghampiri mereka, malangnya kuda aku terbenam kaki depannya ke dalam pasir, hingga aku terjatuh, setelah ku berdiri, ku membuat cabutan nasib dengan menggunakan anak panahku dengannya aku bersumpah di antara dua "membunuh mereka atau tidak", cabutan nasib keluar yang ku tidak suka, namun aku melanggar sumpahan itu, sekali lagi kuda ku menghampiri mereka, memang dekat hingga aku dapat mendengar bacaan Rasulullah s.a.w baginda tidak menoleh ke mana-mana tetapi Abu Bakr kerap sangat menoleh ke belakang, sekali lagi kaki hadapan kuda ku terbenam ke dalam pasir hingga ke lututnya sekali lagi aku tercampakjatuh, ku mengherdiknya ia pun bangun, kaki depannya hampir-hampir tidak dapat dibawa keluar, namun setelah berdiri tegak semula tidak semena-semena kelihatan debu bercahaya di depan langit seperti asap, sekali lagi ku membuat cabutan dengan anak panah dan sekali lagi keluar yang ku membencinya, kali ini ku menyeru kepada mereka memohon keselamatan, mereka semua berhenti dan ku pun memacu kuda, ku menuju arah mereka hingga sampai ke hadapan mereka, kini terlintas di dalam jiwa ku dengan apa yang telah terjadi di mana tindakan ku itu semua terhalang adalah petanda kepada kejayaan urusan Rasulullah s.a.w itu di masa-masa akan datang. Ku menyeru kepada baginda, "Kaum ku telah menawar ganjaran untuk sesiapa dapat menangkap Rasulullah s.a.w". Dan ku menceritakan kepada mereka apa yang hendak dilakukan oleh orang ramai, ku tawarkan kepada mereka bakalan dan barang-barang makanan, namun tak seorang pun yang mempedulikan, cuma apa yang mereka meminta dengan berkata, "Jauhilah dari kami". Ku meminta Rasulullah s.a.w menuliskan daku watikah keamanan, baginda menyuruh Amir bin Fahiirah, beliau pun tulislah ke atas sebidang kulit, setelah itu Rasulullah s.a.w pun meneruskan perjalanannya.

Mengikut riwayat Abu Bakr yang berkata, "Kami keluar berhijrah dalam keadaan kaum kafirin mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang dapat memburu kami kecuali Suraqah bin Malik bin Ja'syam sahaja yang menunggang kudanya, ku menyeru kepada Rasulullah s.a.w, yang ku mencurigai pemburuan itu kalau-kalau ianya sempat menangkap kami. Jawab Baginda dalam ayat yang bermaksud:

(Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita)
At-Taubah: 40

Dengan itu Suraqah pun berpatah balik, di Makkah beliau mendapati orang ramai memang sedang mencari-cari Rasulullah s.a.w dengan berseru kepada mereka sekalian: Telah pun aku usahakan untuk kamu, dan di sini aku yang bertanggungjawab". Di awal hari beliau menjadi musuh Rasulullah s.a.w, di akhir hari menjadi pengawal Baginda.

4. Di dalam perjalanan Baginda itu, Rasulullah s.a.w telah melewati dua perkhemahan Ummu Ma'bad Al-Khuza' iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, duduk berehat di halaman khemahnya biasanya memberi jamuan dan minuman kepada sesiapa yang melewati khemahnya, di hari itu mereka berdua bertanyakan beliau, "Apakahada sesuatu bersama puan?" Jawabnya, "Demi Allah, kalau ada sesuatu bersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing semuanya tak bersusu dan ini pula tahun kemarau".

Rasulullah s.a.w membeiek ke arah kamping betina di tepi khemah dengan bersabda, "Apa kambing betina di tepi khemah itu wahai Ummu Ma'bad?". Jawab beliau, "Itu adalah kambing tertinggal kawan kerana keletihan". Tanya Baginda, "bersusukah?". Jawabnya, "lanya terlalu teruk untuk memberi susu". Sabda Rasulullah s.a.w, "Berikan izin untuk sayamemerahnya," Jawab Ummu Ma'bad: Ya, demi Allah, kau sebagai ibu bapaku kalau, nampak boleh diperah-perah sajalah. Rasulullah s.a.w mengusap-usap uncang susu dengan tangan Baginda disertai dengan pembacaan Bismillah dan berdoa, uncang pun mengembang memenuhi susu terus mencurah susu, Baginda meminta bekas agak besar mencukupi beberapa orang, Baginda perah hingga berbuih pada permukaan bekas perahan itu. Baginda memberi Ummu Ma'bad meminumnya hingga puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka pun minum hingga puas, lepas itu Baginda minum, sekali lagi Baginda memerah hingga tepu bekas, lalu ditinggal kepada Ummu Ma'bad dan mereka semua meneruskan perjalanan.

Tidak berapa lama kemudian suami Ummu Ma'bad pulang menghalau kambing-kambing kekurusan, kesemuanya berjalan terhuyung hayang, kerdil-kerdil belaka, tetapi bila beliau melihat susu di khemah beliau kehairan terus bertanya dari mana kesemua ini, kambing yang tertinggal itu belum beranak, dan yang tertinggal di khemah tadi tak ada yang bersusu pula?

Jawab Ummu Ma'bad: Tak tahulah, demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini seorang lelaki bertuah membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini, perwatakannya begini-begini, kata suami Ummu Ma'bad: Sesungguhnya demi Allah, aku percaya inilah orang yang diburu oleh Quraisy, cuba kau terangkan lagi wahai Ummu Ma'bad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat Baginda yang terpuji dengan bahasa beliau yang menarik, seorang yang mendengar itu bagaikan melihat Rasulullah s.a.w berdiri di hadapannya, akan kita perihalkan sifatnya itu di hujung tajuk nanti, kata suami Ummu Ma'bad: Demi Allah itulah dia orang yang disebut-sebut halnya, aku amat berhasrat untuk bersahabat dengannya, pasti ku tunaikan hasrat ku ini bila terluang bagi ku nanti. Di subuh pagi kedengaran suatu suara di Makkah tetapi tidak kelihatan pengungkapnya:

Semoga tercurah balasan Allah,
Melalui teman berdua, melewati khemah,
Dipersinggahan membawa barakah,
Pemergian pun meninggalkan tuah,
Berbahagia kau taulan Muhammad,
Rugilah kaum Qusai,
Dari kau... Allah elakkan pimpinan,
Bersenanglah Banu Ka 'ab,
Lantaran kedudukan pemudamu,
Kedudukan kaum mukmin mu,
Bertanyalah saudara mu,
Mengenai kambingnya, Bejananya,
Kambing pula menegas saksian.

Kata Asma': Sebenarnya kami tidak tahu arah mana Rasulullah s.a.w tujui, namun telah tiba satu lelaki jin satu dari sebelah Makkah sana dengan mendendangkan rangkap-rangkap tadi. Orang ramai mengikutinya dan mendengar suaranya tetapi tidak kelihatanjasadnya, dia berlalu hinggalah ke sebelah atas Makkah sana. Bila kami semua mendengar laungan ini kami pun tahulah yang Rasulullah s.a.w menuju ke arah Al-Madinah.

5. Di dalam perjalanan Baginda telah bertemu dengan Aba Buraidah, beliau adalah ketua kabilahnya, beliau keluar dalam usaha mencari Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr dengan harapan akan meraih tawaran Quraisy yang sangat lumayan itu, tetapi apa yang terjadi adalah di sebalik itu kerana setelah beliau bertemu dan bercakap dengan Rasulullah s.a.w terus beliau memeluk Islam bersama-sama dengan tujuh puluh orang pengikutnya, dengan itu beliau menanggal serbannya dan diikat ke hujung lembingnya, sebagai bendera mengisytiharkan kedatangan penguatkuasa keamanan dan kesejahteraan telah tiba untuk memimbarkan keadilan dan kesaksamaan dipersada cakrawala ini.

6. Di dalam perjalanan ini Rasulullah s.a.w bertemu Az-Zubair dengan rombongan kaum muslimin di dalam kabilah perniagaan dari Syam, beliau memberi persalinan baju putih kepada Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr.


PERSINGGAHAN DI QUBA'

Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul Al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah s.a.w, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah s.a.w telah sampai ke Quba'.
Kata Urwah bin Az-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang Al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah s.a.w. Mereka pulang ke rumah apabila matahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka pulang ke rumah masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah s.a.w bersama-sama para sahabatnyaseba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan untuk meluahkan perasaannya dengan melaung," wahai bangsa Arab, itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu," kaum muslimin pun marah dan segera mereka mencapai senjata.

Ibn Al-Qayyum menceritakan," Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru itu seluruh kaum muslimin pun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah s.a.w seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah s.a.w dengan sambutan dan aluan sebagai seorang nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah s.a.w melingkungi baginda dalam suasana di selubungi ketenagan dan wahyu pun turu kepada Rasulullah s.a.w".

"...Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari kalangan orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya"
At-Tahrim: 4

Urwah bin Az-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah s.a.w dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalnagan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul Al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah s.a.w duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah s.a.w terus mendatangi Rasulullah s.a.w untuk mengucap selamat datang - dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah s.a.w oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah s.a.w dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai pun kenallah diri Rasulullah s.a.w itu.

Al-Madinah keseluruhannya dengan penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah s.a.w, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran bisyarah kedatangan Rasulullah s.a.w utusan Allah oleh Habquq yang bertulis, "Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan dan Al-Quddus dari bukit Faran".

Di Quba' Rasulullah s.a.w telah singgah di rumah Kalthum bin Al-Hudm, tapi dalam riwayat yang lain mengatakan Rasulullah s.a.w singgah di rumah Sa'd bin Khaithamah riwayat pertama lebih tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah s.a.w itu, hingga selesai beliau menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan kepada Rasulullah s.a.w sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan sempat beliau menemui Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr"di Quba' di sana beliau singgah di rumah Kalthum bin Al-Hudm.

Rasulullah s.a.w tinggal di Quba' empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda mengasaskan masjid Quba' dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr dari belakang untuk menemui Banu An-Najar, mereka adalah bapa saudara Rasulullah s.a.w dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah s.a.w menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah s.a.w, mereka semua bertemu dengan Rasulullah s.a.w di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah s.a.w berhimpun dengan Banu An-Najar yang seramai seratus lelaki.


MEMASUKI AL-MADINAH

Selepas solat Jumaat Rasulullah s.a.w memasuki Al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinatur-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut Al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, seluruh anak-anak gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.

Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah s.a.w singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah s.a.w melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w, ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan tuan hamba". Rasulullah s.a.w hanya akan menjawab kepada mereka, "Biarlah dia bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid An-Nabawy yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah s.a.w pun berlabuh, namun Rasulullah s.a.w tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah s.a.w turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu An-Najar keluarga bap'a saudara Rasulullah s.a.w sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah s.a.w tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub Al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya, maica kata Rasulullah s.a.w, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As'ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau.

Al-Bukhary meriwayatkan dari Anas: Rasulullah s.a.w bersabda, "Mana dia rumah keluarga kami yang terdekat?". Kata Abu Ayub, "Saya Rasulullah s.a.w dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk". Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, "Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah".

Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah s.a.w Zainab masih bersama Abi Al-As, kerana tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa Badar.

Kata Aisyah: Setibanya Rasulullah s.a.w ke Al-Madinah, Abu Bakr dan Bilal terns lemah badan, Aisyah masuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan khabar mereka, "Bagaimana bapa mendapati diri bapa. Dan bagaimana pula kau Bilal?". Kata Aisyah, "Abu Bakr ini apabila terasa demam berat beliau akan berkata: Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya dari tali kasutnya.
Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut: Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk bermalam di lembah Makkah di sebelahku hkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari ku berminiim dari air Mijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail.

Kata Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah s.a.w dan memberitahu Baginda hal dua orang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada Al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah demamnya itu serta letakkannya ke Juhfah."

Di sini selesai sebahagian dari penghidupan Rasulullah s.a.w dan terlaksana satu juzu' peranan dakwah Islamiah di peringkat Makkah.


MARHALAH PERTAMA

KEADAAN SEMASA DI MADINAH KETIKA HIJRAH
Al-Hijrah itu bukanlah ertinya melepaskan diri dari fitnah dan ejekan kaum kafirin semata-mata, malah ianya merupakan (perkongsian bersama)bertolongan ke arah penegakan sebuah masyarakat baru disebuah negara yang aman damai. Oleh yang demikian maka menjadi satu kefardhuan dan kewajipan ke atas setiap muslim yang mampu, untuk menyumbang tenaga untuk membina watan baru, seterusnya mengorbankan seluruh tenaga; dan daya upayanya untuk mempertahankan, menjaga keutuhannya dan mengangkat prestasi martabatnya.
Tidak syak lagi, Rasulullah s.a.w itu sebagai imam pemimpin, ketua dan petunjuk ke arah pembinaan masyarakat berkenaan, pada Baginda teraju pengendalian, semuanya terserah penuh thiqah dan keyakinan. Entiti Al-Madinah yang ada di hadapan Rasulullah s.a.w terdiri dari tiga kelompok, tiap satu dengan ciri-cirinya yang berbeza dari yang lain. Baginda menghadapi tiap-tiap kelompok ini dengan cara yang berasingan. Tiga kelompok ini ialah:

1. Para sahabatnya yang termulia (r.a)
2. Al-Musyrikun iaitu mereka yang masih belum memeluk Islam, mereka merupakan teras kabilah- kabilah di Madinah.
3. Kaum Yahudi

Permasalahan yang dihadapi terhadap sahabatnya ialah suasana baru di Madinah yang sedang mereka hadapi yang amat berbeza dari suasana di Makkah. Mereka di Makkah berada dalam satu komuniti yang padu, menuju kepada satu matlamat secara bersama, meskipun kediaman mereka berselerak di sekitar Makkah, tertindas, menjadi buruan dan hina, mereka tidak berdaya sedikit pun, malah musuh-musuh mereka berkuasa ke atas mereka, kaum muslimin tidak berkesempatan langsung untuk menegakkan sebuah masyarakat baru Islam, dengan elemen-elemen yang sedia ada yang biasanya diperlukan oleh mana-mana masyarakat insani di dunia ini, untuk itu maka kita mendapati ayat-ayat Al-Quran peringkat Makkah menumpukan kepada pencerakinan prinsip-prinsip pokok Islam dan perundangan yang mampu dilaksanakan oleh setiap individu secara bersendirian di samping suruhan-suruhan untuk melakukan kebaikan dan akhlak mulia, menjauhi dari segala sifat tercela dan terkeji.

Sedangkan di Madinah pula kaum muslimin berkuasa sejak dari awal hijrah lagi, dan tidak ada siapa pun yang mengatasi mereka, ertinya sudah sampai ketikanya untuk mereka menangani permasalahan tamadun dan hadharah (civilazation), menangani permasalahan hidup dan ekonomi, permasalahan politik dan pemerintahan, permasalahan keimanan dan peperangan, penyaringan yang mantap di antara permasalahan halal dan haram, peribadatan dan akhlak dan seluruh permasalahan hidup.
Kini sudah tiba masanya untuk mereka membangunkan masyarakat baru. Masyarakat Islam yang amat berbeza dari masyarakat Jahiliyyah, di dalam semua aspek penghidupan, dengan perbezaan yang unik dari masyarakat-masyarakat manusia yang pernah ada di alam ini. Masyarakat yang mengambarkan perwatakan dakwah Islamiah yang telah mengalami pelbagai mihnah, penyiksaan dan sengsara selama sepuluh tahun.

Bukan rahsia lagi bahawa pembentukan mana-mana masyarakat dengan coraknya ini tidak akan tertegak dalam tempoh satu hari, sebulan, setahun, malah prosesnya melalui zaman berzaman hingga teradun padanya seluruh perundangan dan peraturan, di samping pembekalan ilmu pengetahuan yang secukupnya, disusuli dengan latihan-latihan dan pentarbiahan yang berperingkat-peringkat, dalam semua hal ini Allah jua yang menjaminkan bekalan tasyrik ini, sedang Rasulullah s.a.w pula sebagai peribadi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan, memberi tunjuk arah, serta pendidikan yang rapi ke atas kaum muslimin sejajar dengan arahan Allah.

Dialah yang mengutus kepada umat yang ummi, seorang rasul dikalangan mereka, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya dan membersihkan mereka, serta mengajar kitab dan hikmah.
Al-Jumu'ah: 2

Manakala para sahabat pula merupakan manusia yang paling bersedia, malah bersungguh-sungguh penuh kerelaan hati menerima didikan Allah dan RasulNya tadi, mematuhi hukumannya dengan hati yang redha.

..dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan bertambah iman mereka.
Al-Anfal: 2

Huraian lanjut terhadap tajuk ini bukanlah pokok perbicaraan kita di sini oleh itu memadai sekadar ini sahaja. Inilah sebesar-besar permasalahan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w mengenai kaum muslimin, dan inilah merupakan asas tanggungjawab yang dipikul oleh dakwali Islamiah dan risalah nabi Muhammad s.a.w. Permasalahan ini bukanlah suatu yang mendatang. Tidak dinafikan memang benar di sana terdapat persoalan yang memerlukan penyelesaian segera.

Kaum muslimin pula terbahagi kepada dua: Segolongan yang mendiami di tanah mereka sendiri, menikmati rumah sendiri dan memiliki harta sendiri, tak suatu pun yang diperlu selain dari kesejahteraan dan keimanan untuk bersama kaum keluarganya, mereka ini ialah Al-Ansar, namun sesama mereka terdapat pertelingkahan dan permusuhan sejak sekian lama. Di samping mereka, terdapat golongan kedua, dikenali sebagai Al-Muhajirun, mereka kehilangan segalanya, mereka melepaskan diri mereka ke Madinah demi untuk menyelamatkan diri mereka, mereka tak mempunyai tempat tinggal, tiada kerja untuk meneruskan hidup dan tiada harta untuk menyara kehidupan seharian, bilangan mereka tidak sedikit, malah hari demi hari bilangan semakin bertambah, sebagai natijah kepada keizinan Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya untuk berhijrah dan sebagai termaklum di mana Madinah sendiri tidakhh memiliki harta yang banyak. Kebanjiran arus hijrah ini mengancam kestabilan ekonomi, ditambah pula dengan tindakan pihak musuh Islam seakan-akan membuat pemulauan ekonomi, menyebabkan berkurangan kemasukan barang-barang keperluan, justeru itu suasana semakin meruncing.

Adapun kelompok yang kedua ialah kaum musyrikin, juga merupakan teras kepada kabilah-kabilah Al-Madinah, namun mereka tidak ada kuasa ke atas kaum muslimin, di antara mereka masih ragu-ragu dan teragak-agak untuk meninggalkan agama datuk nenek moyang mereka tetapi mereka ini tidaklah menaruh sebarang perseteruan terhadap kaum muslimin, justeru itu tidak lama masa berlalu di mana mereka memeluk Islam dan berjuang untuk agama Allah.

Di kalangan penduduk Al-Madinah terdapat di antara mereka yang dengki dan berseteru terhadap Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin, cuma mereka ini tidak berupaya untuk mencabar dan melawan secara terang-terang, maka mereka terpaksa menzahirkan keikhlasan, kasih sayang, lantaran keadaan mereka yang tidak mengizinkan, terutamanya Abdullah bin Ubai, beliau merupakan tokoh yang dipersetujui oleh Al-'Aws dan Al-Khazraj untuk dilantik sebagai pemimpin mereka selepas peristiwa peperangan Buath, sebelum ini tidak pernah mereka terfikir atau menemui seorang tokoh untuk dilantik sebagai pemimpin mereka selain Abdullah bin Ubai sahaja, untuk upacara pertabalan itu mereka telah menenun sulaman dan menyediakan pakaian yang selayak baginya, belum sempat ditabalkan tiba-tiba Rasulullah s.a.w sampai ke Madinah, seluruh kaum Abdullah tadi telah mengalih pandangan mereka darinya, itulah yang menyebabkan beliau merasa seolah-olah Rasulullah s.a.w merampas kuasanya, justeru itu beliau memendam perseteruan yang amat sangat terhadap Baginda. Oleh itu beliau mendapati suasana dan keadaan tidak menguntungkan kekafirannya itu, malah beliau akan kerugian habuan di dunia ini, justeru itu beliau mengisytiharkan sebagai orang Islam selepas peristiwa peperangan Badar Al-Kubra, walau bagaimanapun beliau tetap kafir. Tidak ada mana-mana kesempatan malah kesemuanya dipergunakan untuk memusnahkan Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin, di samping pengikut-pengikut setianya, yang juga terasa kecundang dengan pangkat yang sepatutnya mereka perolehi, pengikut-pengikutnya turut membantunya melaksanakan perancangan jahatnya itu, mereka mengeksploitasi mana-mana situasi dan kaum muslimin yang lemah pemikiran, untuk menjayakan usaha kotor mereka.

Adapun kelompok ketiga ialah kaum Yahudi, sejarah awal, mereka ini berhijrah ke bumi Hijaz pada zaman penindasan Asyuri dan Rumawi sebagaimana yang kita perkatakan sebelum ini, mereka ini adalah kelompok Ibrani, perpindahan mereka ke bumi Hijaz telah mengubah budaya hidup dan tamadunnya kepada budaya dan tamaddun bangsa Arab, pakaian Arab, nama kabilah dan individu mereka kepada nama-nama Arab, malah hingga berlaku hubungan kekeluargaan dan perkahwinan dengan orang-orang Arab, cuma mereka masih mengekalkan 'asabiyyah kebangsaan mereka. Mereka masih tidak berinteraksi sepenuhnya, malah mereka masih berbangga dengan keturunan dan kebangsaan Israel-Yahudi mereka, lebih dari itu mereka memperkecil-kecilkan bangsa Arab yang mereka menamakan sebagai Ummiyin dalam bahasa mereka, yang bermakna binatang rendah, hina dan mundur, mereka mempercayai bahawa harta-harta bangsa Arab adalah halal untuk mereka, mereka boleh memakannya sekehendak hati mereka. Mereka mengatakan:

"Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang yang Ummi (maksudnya: orang Arab)
Ali-Imran: 75

Mereka tidak bermmat untuk menyebar luas agama Yahudi, agama yang mereka pergunakan untuk mengaut keuntungan dalam bentuk jampi mantera, sihir, ramalan dan sebagainya. Mereka merasakan diri mereka sebagai golongan yang lebih, dari orang lain dan merekalah pemimpin kerohanian. Kaum Yahudi pandai di dalam bidang perusahaan dan kemahiran hidup, ini membawa mereka menguasai perniagaan biji-bijian, tamar, khamar dan pakaian, merekalah pengekspot dan pengimport barangan seperti kain, khamar dan bijian, selain dari itu mereka juga memiliki pekerjaan-pekerjaan lain yang mereka usaha sendiri, darinya mereka berupaya memunggut kelabaan yang berlipat ganda dari orang Arab, tidak setakat itu sahaja malah mereka bergiat dengan amalan riba, dengan melepaskan pinjaman kepada ketua-ketua kabilah Arab dan pemimpinnya, wang yang mereka hutang dari Yahudi itu dibelanjakan untuk memperolehi pujian dan sanjungan dari penyair-penyair dan sebutan nama baik di kalangan orang ramai, setelah harta hangus dibelanjakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah, kaum Yahudi juga memberi hutang kepada ketua-ketua kabilah Arab dengan menerima sawah atau ladang-ladang mereka sebagai cagaran, setelah tamat tempoh dan hutang tidak dapat diselesaikan maka secara automotik cagaran tadi menjadi milik Yahudi.

Selain dari itu kaum Yahudi juga terkenal sebagai golongan yang menimbulkan fitnah, konspirasi, kerosakan, batu api, menimbulkan perseteruan di antara kabilah-kabilah Arab tanpa disedari oleh mereka, dengan itu berlakulah peperangan yang berlarutan di antara kabilah-kabilah Arab, di mana sahaja berlakunya pergaduhan kabilah, pastinya di sana tangan-tangan Yahudi yang melaga-lagakan dan mereka akan memerhati persengketaan ini dari jauh, mereka menyemarakkan persengketaan ini, dengan memberi pinjaman kewangan secara riba sebagai bantuan kepada puak-puak yang berlaga, kerana peperangan adalah berat belanjanya, dengan cara ini kaum Yahudi mengaut dua keuntungan: Dapat mengekalkan kayan dan entitinya, mengaktifkan sistem riba yang memberi pulangan yang berlipat ganda kepada mereka di samping dapat mengumpul harta yang banyak.

Di bumi Yathrib pada masa itu terdapat tiga kabilah Yahudi yang terkenal:
1. Banu Qainuqa' (mereka adalah sekutu qabilah Al-Khazraj kediaman mereka di tengah Madinah)
2. Bani Nadhir
3. Banu Quraidhah

Kedua-dua puak (Bani Nadhir dan Banu Quraidhah) ini adalah sekutu kepada Al-'Aws, kediaman mereka di luar Al-Madinah. Ketiga-tiga kabilah inilah yang menyalakan api peperangan di antara Al-'Aws dan Al-Khazraj sejak zaman berzaman, malah mereka sendiri turut serta di dalam peperangan Buath masing-masing dengan sekutunya.

Sememangnyalah bangsa Yahudi ini, tidak boleh diharapkan dari mereka suatu yang baik, selain dari hasad dengki, Rasulullah s.a.w pula bukanlah sebangsa dengan mereka, masakan hasad dengki itu akan reda dari dada mereka yang sememangnya penyakit itu sudah sebati dan menjadi budaya hidup mereka. Selain dari itu, seruan Islam pula adalah seruan kepada kebaikan yang berusaha menyatu-padukan hati-hati yang bersengketa. Selama ini seruan yang mengajak kepada kasih sayang, melupai permusuhan dan kebencian sesama sendiri, untuk beriltizam dengan amanah di dalam semua urusan, seruan Islam juga mengajak kepada menepati permakanan yang halal dari rezeki yang bersih. Ini bermakna bahawa semua kabilah-kabilah Yathrib akan bersatu padu, dengan sendirinya akan terlepas dari cengkaman puak Yahudi, dan darinya pula akan terancam kecergasan perniagaan mereka. Perniagaan secara riba mereka akan musnah yang selama ini memberi pulangan amat lumayan, malah besar keuntungannya.

Qabilah-qabilah Arab ini akan sedar dari kelalaian mereka selama ini, membawa mereka memikir semula mengenai harta mereka yang berada di dalam tangan Yahudi yang diambil secara tipu muslihat, melalui mu'amalat riba.

Kesemua ini di dalam perhitungan kaum Yahudi, iaitu sejak mereka mengenalpasti bahawa seruan Islam cuba bertapak di Yathrib. Sebab itu mereka amat berseteru terhadap Islam dan rasulnya sejak Baginda memasuki Yathrib, sekalipun tidak berani menunjukkan sikap perseteruan itu, kecuali setelah berlalu beberapa ketika.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas sekali melalui apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Ummu Al-Mukminin Sofiah (r.a). Kata Ibnu Ishak: Riwayat dari Sofiah bin Huyai bin Akhtab, kata beliau: Aku adalah anak kesayangan kepada ayahku dan bapa saudaraku, Abi Ya.sa. Bila-bila masa mereka berdua bertemu aku bersama anak-anak mereka yang lain, mereka akan mendokong daku tanpa mengambil mana-mana anak mereka yang lain. Kata beliau lagi: Setelah mana Rasulullah s.a.w sampai ke Madinah dan turun di Quba' di kalangan Banu Amru Ibni Auf, ayahku Huyai bin Akhtab dan bapa saudaraku Abu Yasir bin Akhtab menyelit masuk di kalangan orang ramai. Mereka pulang setelah matahari terbenam, mereka berjalan pulang dalam keadaan lemah longlai, tak bermaya, malas dan keletihan. Sambung beliau lagi: Ku berlari ke arah mereka seperti biasa, malangnya di hari itu tak seorang dari mereka yang mempedulikan daku, lantaran kesugulan runsing yang amat sangat, mengecam perasaan mereka, ku masih ingat bapa saudaraku, berkata kepada bapaku, Huyai bin Akhtab: Diakah orangnya?. Jawab bapaku: Demi Allah! Dialah orangnya. Tanya bapa saudaraku: Kau kenal dia dan kau boleh buktikan?. Jawab bapa saudaraku: Ya!. Tanya beliau lagi: Apa perasaan kau terhadapnya?. Jawab bapaku: "Demi Allah! Akanku perangi selagi mana jiwa dikandung badan".

Bukti lain ialah riwayat Al-Bukhary mengenai kelslaman Abdullah bin Salam (r.a). Beliau merupakan salah seorang ahli agama Yahudi, semasa beliau mendengar berita kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, yang turun di kalangan Banu An-Najar, segera beliau menemui Rasulullah s.a.w, beliau mengemukakan beberapa pertanyaan yang tidak mungkin dijawabnya kecuali seorang nabi Allah, setelah beliau mendapati jawapan, segera beliau beriman dengan risalahnya, tidak sempat berubah tempat, dan beliau menegaskan kepada Baginda: Sebenarnya kaum Yahudi adalah satu kauin pendusta, sekiranya mereka mengetahui mengenai keislaman ku sebelum tuan hamba menyoal mereka nescaya mereka dustakan daku. Oleh itu maka Rasulullah s.a.w meminta kaum Yahudi menemui Baginda, semasa mereka berada di dalam, Abdullah bin Salarn pun masuk ke rumah Rasulullah s.a.w, terus Rasulullah s.a.w bertanya: Bagaimana kedudukan Abdullah bin Salam di sisi kamu? Jawab mereka: Orang yang teralim di kalangan kami malah beliau anak ulama' teralim di kalangan kami, beliau adalah terbaik dan anak tokoh terbaik di kalangan kami. Dalam riwayat yang lain bahawa: Abdullah bin Salam ialah ketua kami dan anak ketua kami terdahulu, orang terbaik dan anak tokoh terbaik, terpilih dan anak tokoh terpilih, sabda Rasulullah s.a.w: Bagaimana kalau beliau ini telah menganut Islam? Jawab mereka: Semoga Allah lindungkannya dari berbuat demikian (mereka ulangi dua atau tiga kali) lalu Abdullah pun keluar ke hadapan mereka sambil mengucap kalimah syahadah. Segera mereka berkata: Beliau ini sejahat anak kepada sejahat-jahat tokoh, dengan itu mereka pun terjebak dengan pendustaan mereka sendiri.

Dalam riwayat yang lain, Abdullah bin Salam berkata: Wahai kalian Yahudi bertaqwalah kamu kepada Allah, demi Allah tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu mengetahui Baginda adalah Rasulullah s.a.w, Baginda datang dengan kebenaran, lantas mereka menjawab: Kamu dusta.

Inilah pengalaman pertama yang dialami oleh Rasulullah s.a.w dari kaum Yahudi, iaitu di hari pertama Baginda di Al-Madinah. Kesemua ini adalah perseteruan di dalam Al-Madinah, manakala perseteruan luaran, adalah Quraisy yang merupakan seteru ketat terhadap Islam, yang telah dialami oleh kaum muslimin sepuluh tahun yang silam, ketika kaum muslimin berada di bawah kekuasaan mereka di Makkah, mereka telah mengalami segala jenis penyeksaan, ugutan penindasan, politik, sekatan makanan, pemboikotan, tekanan psikologi dan saraf disertai dengan kempen yang meluas, tersusun dan kotor. Setibanya kaum muslimin yang berhijrah ke Madinah, seluruh tanah, rumah dan harta mereka dirampas, anak isteri dan keluarga mereka ditahan, malah diseksa. Sekiranya dapat mereka menyeksa, tidak memadai setakat itu sahaja malah mereka merancang konspirasi untuk membunuh pembawa risalah dakwah (s.a.w) dan pendakwahnya, mereka tidak membiar peluang terlepas malah mereka mengguna segala jalan dan wasilah yang dapat mereka lakukan.

Selepas semua usaha yang mereka garapkan itu, dan setelah kaum muslimin berjaya melepaskan diri mereka ke daerah yang jauh dari mereka hanya lima ratus kilometer, mereka pergunakan kedudukan mereka di arena politik, kerana ditakdirkan di masa itu mereka menduduki posisi kuasa politik dan kepimpinan agama di kalangan bangsa Arab, sifatnya sebagai pemastautin diperkarangan Kaabah dan pengendalian urusan Kaabah dan Haji, mereka berjaya mempengaruhi musyrikin lain di Semenanjung Arab untuk memusuhi penduduk Al-Madinah, hingga terjadi Al-Madinah bagaikan daerah yang dipulaukan oleh semenanjung, hingga berkurangan barangan masuk di masa yang sama bilangan yang berhijrah semakin bertambah. Hari demi hari, sesungguhnya suasana peperangan dirasai bila-bila masa sahaja boleh tercetus persengketaan di antara penghuninya dari penduduk Makkah dan kaum muslimin di negara baru mereka. Adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas malah satu tuduhan yang sangat nakal bahawa orang Islam sebagai pencetus pergaduhan.


STRUKTUR MASYARAKAT BARU

Telah pun kita perkatakan bahawa ketibaan Rasulullah s.a.w ke Madinah di kalangan Banu An-Najar adalah pada hari Jumaat 12 Rabiul Al-Awal tahun pertama hijrah bersamaan 27 September tahun 622 masihi. Baginda telah singgah di rumah Abu Ayub Al-Ansari. Pada masa itu Baginda menyebut: "Di sinilah persinggahan, insyaAllah dengan itu Baginda berpindah ke rumah Abu Ayub.


PEMBINAAN MASJID AN-NABAWI

Langkah sulung dilakukan oleh Rasulullah s.a.w selepas itu ialah pembinaan Al-Masjid an-Nabawi. Bertepatan dengan tempat unta Baginda berlabuh, Rasulullah s.a.w memerintah supaya dibina sebuah masjid yang dikenali dengan Al-Masjid an-Nabawi, tempat yang dijadikan tapak masjid itu adalah di sebidang tanah yang dimiliki bersama oleh dua orang anak yatim, Baginda membelinya, Baginda sendiri turut serta dalam usaha membinanya, Baginda bertugas mengangkat batu-batu dan bata-bata sambil bermadah:

"Tiada hidup kecuali penghidupan akhirat. Ampunilah kaum Ansar dan Muhajirah "
Baginda juga bermadah:
Inilah Pemikul, bukan Pemikul Khaibar
Ini kerja lebih menyanjungi Tuhan dan menyucikanNya.

Para sahabat begitu ghairah dan bersemangat dalam kerja-kerja mereka, membawa salah seorang dari mereka pula bermadah:
"Kalau nabi bekerja kita berehat Ini adalah kerja yang sesat"

Di tapak itu terdapat kubur kaum musyirikin, kesan rumah usang, pohon tamar dan sepohon pokok gharqad. Justeru itu, Rasulullah s.a.w memerintah supaya mengali kubur kaum musyirikin, bangunan yang usang yang diroboh, diratakan, pohon tamar dan gharqad ditebang dan ditetapkan arah kiblat. Kiblat pada ketika itu ke arah Baitulmaqdis, tiang mihrab dari susunan batu-batu dan temboknya dari bata-bata dan tanah, manakala bumbung masjid terdiri dari pelepah tamar, tiang dari batang tamar, lantainya diratakan dengan anak-anak batu dan pasir, dengan tiga pintu masuk, panjangnya tidak termasuk mihrab ialah seratus hasta, sedang lebarnya pula lebih kurang sama dengan panjangnya, tonggaknya adalah hampir tiga hasta.

Di samping masjid dibina ruang-ruang rumah dengan biliknya dibina dari batu-bata, atapnya diperbuat dari pelepah tamar dan batangnya. Ruang-ruang ini adalah bilik isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Setelah selesai pembinaan bilik tersebut, barulah Baginda berpindah dari rumah Abu Ayub.

Masjid yang dibina itu bukan hanya sekadar menunai sembahyang semata-mata, malah ianya adalah "Jamiah". Padanya kaum muslimin bertemu untuk menerima ajaran Islam dan arahannya yang suci, ianya muntada (tempat pertemuan), padanya seluruh etnik dan kabilah yang berbagai dapat bertemu dan bermesra yang dahulunya berkelahian lantaran semangat jahiliyyah. Masjid juga adalah pengkalan kepada pelancaran dan pengurusan seluruh pergerakan dan tindakan. Ianya parlimen untuk sidang permesyuaratan, perundangan dan penguasaan undang-undang. Di samping itu semua, masjid juga merupakan penumpuan untuk sebilangan besar dari kaum muhajirin yang fakir berlindung di dalamnya, yang ketiadaan rumah, harta, keluarga mahupun anak-anak.

Di permulaan hijrah itu telah pun disyariatkan laungan azan. Laungan dari alam duniawi yang bergema di ufuk bumi setiap hari lima kali, seruan yang menggoncang di segenap penjuru alam. Kisah tentang mimpi Abdullah ibn Zaid bin Abd Rabbih mengenai azan ini, memang terkenal, yang telah diriwayatkan oleh At-Tarmizy, Abu Daud, Ahn-iad dan Ibnu Khuzaimah.


MEMPERSAUDARAKAN KAUM MUSLIMIN

Sebagaimana Rasulullah s.a.w berusaha membina masjid sebagai pusat pertemuan dan intraksi umat Islam, Rasulullah s.a.w juga telah melaksanakan satu kerja teragung dan tersanjung yang tercatat sebagai lembaran suci di dalam sejarah Islam, iaitu tindakan mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Ibn Al-Qayyim telah merakamkan peristiwa ini dengan catatannya: Setelah itu Rasulullah s.a.w mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Al-Ansar. Majlis ini diadakan di rumah Anas bin Malik, yang hadir sembilan puluh orang kaum lelaki, separuh darinya Al-Muhajirin dan separuhnya pula ialah kaum Ansar. Rasulullah s.a.w mempersaudarakan sesama mereka, untuk bantu-membantu, mewarisi harta pusaka selepas mati yang bukan dari golongan Zawi Al-Haram iaitu tiada kaitan kekeluargaan. Amalan ini berlaku hingga berlaku peperangan Badar, dengan terturunnya ayat Allah yang bermaksud:

"Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu adalah lebih berhak terhadap sesamanya"
Al-Anfal: 75

Dengan itu, hak pewarisan harta pusaka dikembalikan kepada yang berhak mengikut syara' dan bukan lagi berdasarkan kepada persaudaran tadi. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa selepas itu Rasulullah s.a.w mempersaudarakan antara muhajirin sesama mereka, tetapi yang pasti ialah yang pertama, kerana sebenarnya kaum muhajirin sesama mereka sudah cukup dengan persaudaraan Islam disamping faktor perantauan dan kekeluargaan keturunan, berlainan pula halnya dengan persaudaraan Al-Ansar.

Tujuan dari persaudaraan ini, sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad al-Ghazali ialah untuk mencairkan 'asabiyyah jahiliyyah hingga yang tinggal hanya ruh Islam sahaja dan supaya timbunan perbezaan keturunan, warna kulit dan kedaerahan semua dihancurkan dan yang tinggal hanya Islam, tiada suatu pun yang boleh membanggakan seseorang atau merendahkannya kecuali dengan ketaqwaan sahaja.
Rasulullah s.a.w menjadikan persaudaraan itu sebagai suatu permeteraian yang berfungsi, bukan hanya sekadar lafaz yang kosong tidak membawa erti, ianya adalah amalan yang membabit tuntutan darah dan harta, bukan sekadar ucapan di atas lisan yang tak bertulang tanpa sebarang kesan.
Perasaan mengutamakan saudara, sifat tolong menolong dan sikap berdampingan diceritakan di dalarri anjuran ukhuwwah ini, ianya membekalkan masyarakat dengan seribu satu contoh unggul lagi unik. Imam Al-Bukhary rahimahullah telah meriwayatkan: Setelah mereka tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w terus mempersaudarakan antara Abdul Rahman bin Auf dengan Sa'd bin Ar-Rabi', sehingga beliau berkata kepada Abdul Rahman: Sebenarnya aku ini orang Ansar yang terbanyak hartanya, di sini aku hendak bagi dua, isteriku pun dua kau pilinlah mana seorang dari mereka yang berkenan dihati kau, dan aku hendak ceraikan, selepas selesai iddahnya kau kahwinlah dengannya. Kata Abdul Rahman: "Semoga Allah memberkati kau pada keluarga dan harta kau, cuma aku hendak tahu di mana pasar kamu di sini?" Dengan itu kaum Ansar pun menunjuk pasar Banu Qainuqa', selepas majlis itu beliau pun terus ke sana membawa barang-barang keperluannya yang lebih untuk dijual di pasar seperti minyak sapi dan mentega, seterusnya hingga ke esok hari. Di suatu hari, beliau datang menemui Rasulullah s.a.w, kelihatan kesan ceria dan Rasulullah s.a.w pun bersuara: Ehem! Terus Abdul Rahman menjawab: "Sebenarnya daku sudah pun berkahwin". Tanya Rasulullah s.a.w: "Berapa maharnya?" Jawab Abdul Rahman: "Sebungkal emas".

Riwayat dari Abu Hurairah menyebut: Maka berkata kaum Ansar kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Rasulullah s.a.w, bahagikan ladang-ladang tamar kami itu sesama saudara kami Al-Muhajirin". Kata Rasulullah s.a.w: "Tidak". Kata mereka: "Kami boleh membantu memelihara tamar, kemudian air kita berkongsi pada buahnya". Jawab Al-Muhajirin: "Kami mendengar dan kami patuhi".

Kesemuanya itu menggambarkan kemuncak kemurahan kaum Ansar terhadap saudara mereka, kaum Muhajirin. lanya adalah sebahagian dari pengorbanan, sifat mengutamakan orang lain, kemesraan dan ketulusan hati. Disebaliknya pula kaum Muhajirin tahu pula menghargai kemurahan hati Ansar itu, di mana tidak pula mereka mengambil kesempatan, yang mereka terima ala kadar setakat yang mereka perlukan sahaja.

Memang benar persaudaraan ini merupakan hikmat yang paling tepat, ianya satu siasah yang amat kena pada masa, keadaan dan tuntutan suasana, ianya adalah penyelesaian yang cemerlang bagi beberapa masalah dan persoalan yang dihadapi oleh kaum muslimin, seperti mana yang telah kita perkatakan.