18 Mac 2009

Ar_Rahiqul Makhtum_1

Ar-Raheeq Al-Makhtum





































SYEIKH SAFY AR-RAHMAN AL-MUBARAKFURIYY (INDIA)
Pemenang Hadiah Pertama
Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah


PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM

Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah s.a.w dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah s.a.w ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.

Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah s.a.w itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.

Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah s.a.w Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam.

Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wata'ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah s.a.w itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu".
Al-Ahzab 33:21

Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad Salla lahu 'alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur'an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur'an yang dihurai dan ditafsir-kan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaan, hukum hakam' dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah s.a.w adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.

2. Membolehkan para pendidik penda'wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistcm pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pemah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu 'alaihi Wasallam) berda'wah.

Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat-matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.
Sejarah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasalam menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru uniat manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri, seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (Radhiyallahu 'anhum ajma'in). Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.


SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH S.A.W

Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah s.a.w bolehlah kita bahagikan seperti berikut:

Pertama: Kitabullah (Al-Qur'an)
Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad Rasulullah s.a.w Sallallahu 'alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup Rasulullah s.a.w dalam Al-Qur'an melalui salah satu aliran berikut:

a. Memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, Al-Khandaq atau Al-Ahzab .Juga seperti kisah perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy.

b. Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Islam terhadap sesuatu iktibar.

Sebenarnya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubung kait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w Sallallahu 'alaihi Wasallam. Kesemuanya ini menampakkan kepada kita sebahagian besar daripada aspek-aspek penghidupan Rasulullah s.a.w Sallallahu 'alaihi Wasallam dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.

Sebenarnya pendedahan Al-Qur'an Al-Karim tentang segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Qur'an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya' yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.

Kedua: Kitab As-Sunnah An-Nabawiyyah (Hadith-hadith)
Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta' oleh Imam Malik, Al Musnad oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.

Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasulullah s.a.w sejak dilahirkan hingga wafatnya kerana beberapa sebab:

a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudhu' atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari'at Islam maka hadith-hadith yang menceritakan tentang penghidupan Rasulullah s.a.w berselerak dan berkecamuk dalam maudhu'-maudhu' fiqah.

b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup Rasulullah s.a.w, apa yang mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu' atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.
Ketiga: Kitab-kitab Sejarah Rasulullah s.a.w SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

Perihal riwayat hidup Muhammad Rasulullah s.a.w SallaLlahu 'alaihi Wasallam di zaman silam adalah melalui dari mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan kedl yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-peristiwa dalam sejarahnya itu. Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka seperti Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin 'Othman (wafat 105H), Wahb in Manbah (wafat 110H), Syarbabil bin Sa'd (wafat 123H) dan Ibnu "Syibab Al Zuhri (wafat 124H).

Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal beberapa bahagian yang tercerai, setengahnya terdapat dalam kitab At-Tabary manakala sebahagian yang lain pula tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dari tulisan Wahb bin Manbah (110H). Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup Rasulullah s.a.w Sallallahu 'alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah Muhammad bin Ishaq (wafat, 152H) kemudian lapisan kedua, antara mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa'ad (wafat pada tahun 230H) penyusun kitab At-Tabaqat Al-Kubra.

Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq merupakan satu-satunya maklumat (dokumen) sejarah Rasulullah s.a.w yang paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi Wa As Siyar telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu. Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah menghidangkan kepada kita saringan sejarah Rasulullah s.a.w Sallalahu 'alaihi Wasallam dengan cara yang menarik sekali. Sebenarya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah kandungan "Al Maghazi Wa As Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan. Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:

"Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat Rasulullah s.a.w daripada Kitab "Al Maghazi Wa As Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan, tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama "Sirah Ibnu Hisyam". Akhimya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha mengarang dan menyusun sejarah hidup Rasulullah s.a.w SallaLlahu 'alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba membentangkan pelbagai aspek hidup Rasulullah s.a.w SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Sebahagian dari mereka yang lain pula cuba mengkaji sudut- sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani dalam bukunya "Dala'il Al Nu-buwwah" dan "Tanda-tanda Kenabian". Imam Tarmizy pula dalam kitabnya (Al Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy dengan bukunya "Zad Al Ma'ad".


RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN ISLAM

Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup Rasulullah s.a.w SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan Semenanjung 'Arab di mana baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah s.a.w dari bumi ini dan bangsa 'Arab pula sebagai pembawa obor da'wah Islamiyyah.

Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa 'Arab dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengannya seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamadun mereka.

Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah 'Arab sebelum Islam. Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yang gagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan India. Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang beranika corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibu nya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.

Empayar Yazdajrid Ke-2 yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telah pun terpesong dari garis-garis yang bersifat kemanusiaan. Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahras-tani dalam kitabnya yang berjudul Al-Milal Wa An-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan. Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari karangan mereka yang memang berhaluan demikian.

Kerajaan Romawi (Rom) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. la bergantung penuh kepada kekuatan angkatan ten-teranya dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk disesuaikan dengan matlamat mencapai cita-cita dan kemahuannya.

Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir dari negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.

Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama sekali. Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al Nadwi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan yang India di permulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemeroosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam memerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.

Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsa ini ke lembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamaddun yang berasaskan kepada mata benda (material) semata-mata. Tamaddun ini telah tidak mengambil contoh-contoh ma'nawi dan akhlak yang sempuma sebagai landasan dan asas kemajuan. Tamaddun dan kemajuan kebendaan dengan anika sebab-akibat yang timbul darinya hanyalah tidak lebih dari satu jalan semata-mata iaitu satu jalan yang tidak dapat memberikan apa-apa erti. Lantaran ketandusan fikiran yang waras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayati
maka tamadun dan kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir ke tasik kecelakaan dan huru-hara. Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran yang waras dan pertimbangan yang saksama maka tamaddun dan kemajuan tadi merupakan jalan-jalan yang indah serta mudah pula menuju ke arah kesenangan dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara ini tidak akan lahir kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.

Semenanjung 'Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dari gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pemah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitamya. Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam seperti Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.

Tabi'at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu "bahan yang mentah" yang belum pernah dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar penghidupan rnereka seorang manusia semulajadi yang bersih rnempunyai kemahuan yang kuat ke arah pembentukan manusia yang terpuji yang rnempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenamya. Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga maruah, membelanjakan wang yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang sama sendiri dengan tujuan mempertahankan kehormatan.

Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Al-Qur'an yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dan golongan orang-orang yang telah sesat".
Al-Baqarah 2:198

Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi mereka daripada penghinaan ke atas mereka.

Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan tamaddun dan kemajuan mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka ini sedar malah merancang sedemikian. Di samping semuanya ini, Semenanjung 'Arab di segi kedudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa-bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya.

Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan pendapat dengan katanya:
"Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa 'Arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba mendapatkan gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan sebagainya."

Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa 'Arab dan semenanjungnya sebelum Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang mengelilinginya maka mudahlah bagi kita menyingkap di sebaliknya apakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan di Semenanjung 'Arab itu dan bangsa 'Arab pula merupakan golongan pertama buat merintis jalan-jalan ke arah penyebaran obor seruan da'wah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat manusia di seluruh pelusuk alam.

Bukanlah sepertimana yang disangka oleh setengah-se-tengah golongan yang mengatakan bahawa pengikut-pengikut agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi tunjuk ajar kerana mereka ini ta'sub (fanatik) dan membanggakan keburukan, kehancuran dan kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik. Sedangkan mengubah dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka ini sama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula membanggakan atau bermegah-megah dengan hasil tamaddun kerana mereka langsung tidak mempunyai tamaddun. Golongan ini paling mudah sekali untuk diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka. Bagi kita bukanlah ini yang dikatakan hikmat Ilahi, kerana penganalisaan yang seumpama ini hanya tepat kepada mereka yang mempunyai daya dan tenaga yang terbatas sahaja, memilih yang senang dan meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan penat lelah.

Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran da'wah Islamiyyah di mana-mana bahagian di Parsi atau di Rome atau di India bersinar cemerlang maka sudah pasti pula Allah akan menyediakan kemudahan dan cara-cara sehingga berjaya da'wahnya seperti mana yang berlaku di Semenanjung 'Arab. Soal ini tidak pula menjadi bebanan, kerana Allah Subhanahu Wata'alah Pencipta 'alam semesta. Namun hikmah Allah memilih Semenanjung 'Arab dan Rasul utusan itu tadi (seorang yang buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis seperti mana yang diterangkan oleh Allah dalam Kitab SudNya) agar manusia seluruhnya tidak merasa syak wasangka terhadap keNabian dan keRasulanNya.

Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah suasana persekitaran tempat Rasulullah s.a.w diutuskan di mana di dalamnya wujud suatu biah (suasana) buta huruf juga dan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya mereka juga belum pernah dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamaddun, pemikiran dan kerumitan falsafah yang berserabut.

Di antara hikmat Ilahi juga ialah menghindarkan perasaan syak wasangka manusia apakah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini boleh membaca dan mempelajari kitab-kitab lama yang mengandungi sejarah manusia purba dan tamaddun negara tetangga dan menghindarkan juga sangkaan buruk terhadap Muhammad sekiranya dakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan umat manusia yang bertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atau Romawi. Sebabnya ialah sangkaan buruk ini akan memberi suatu gambaran yang buruk iaitu dari siri tamaddun dan falsafah yang terakhir dalam bentuk tamaddun yang tulen serta kemas dengan perundangan yang lengkap. Hikmah-hikmah Ilahi ini telahpun diterangkan dengan tegas danjelasnya dalam Al-Qur'an yang bermaksud:

"Dialah (Allah) yang telah mengutuskan di kelompok buta huruf seorang utusan daripada kalangan mereka (untuk) menyampaikan kepada mereka ayat-ayatNya dan menjauhkan mereka daripada syirik dan mengajar mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya mereka itu dahulunya dalam kesesatan yang amat sangat. "
Al-Jumu'ah 62:2

Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta huruf, begitu juga bangsa yang akan timbul Rasul di ka-langannya juga satu bangsa yang kebanyakannya buta huruf, agar mukjizat keNabian dan syari'at Islam itu terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma dan seruan manusia lain yang beranika corak.

Di sana terdapat hikmat Ilahi yang lain, dan boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Seperti yang diketahui di mana Allah Subhanahu Wata'ala telah menjadikan Baitui Haram itu tumpuan dan kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya dan merupakan rumah yang pertama untuk manusia beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama. Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalankan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya' iaitu Sayyidina Ibrahim 'Alaihi sallam. Tepat dan kena pada tempatnya di mana kawasan yang mulia ini menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu| agama Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir .

2. Di segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung 'Arab ini telah dipilih untuk bebanan tanggungjawab da'wah Islamiyyah, kerana situasi dan kedudukannya di tengah-tengah berbagai bangsa. Ini menyebabkan penyebaran da'wah Islamiyyah di kalangan bangsa-bangsa dan negara yang di sekelilingnya tersebar dengan mudah. Ini temyati sekali bila kita mengkaji semula perjalanan da'wah Islamiyyah di zaman permulaannya dan di zaman khulafa Ar-Rashidin. Memang tepat seperti yang ditegaskan tadi.

3. Dan sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa 'Arab itu sebagai media da'wah Islamiyyah dan bahasa yang pertama buat menerang dan mentafsirkan percakap-an atau kalam Allah 'Azza wa jalla untuk disampaikan kepada kita.

Kalau kita perhatikan dengan teliri tentang keistimewaan bahasa-bahasa diikuti dengan satu perbandingan dengan bahasa 'Arab maka dengan jelas kita dapati yang bahasa 'Arab mempunyai banyak keistimewaan yang sukar didapati dalam bahasa-bahasa lain. Maka sudah layak baginya untuk menjadi bahasa yang pertama dan utama untuk umat Islam di mana mereka berada.


KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W dan 40 TAHUN SEBELUM PENGUTUSAN

Rasulullah s.a.w penghulu para Rasul telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hari Isnin 9 Haribulan Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman Al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya.

Ibn Sa'd meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah s.a.w menceritakan: " Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam" , periwayatannya hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh Al-Irbadh bin Sariah. Beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkitan seorang rasul telah berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w, di antaranya runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung. Ia diriwayat oleh Al-Baihaqy. Tetapi tidak dipersetujui oleh Muhammad al-Ghazali.

Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan membawa Baginda kedalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama "Muhammad" sebagai nama kepada cucunya, nama itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini, Nabi Muhammad s.a.w telah berkhatan ketika berada di dalam kandungan ibunya lagi.

Penyusuannya yang pertama selepas ibunya, ialah daripada Thuwaibah hamba Abu Lahab bersama anaknya bemama Masruh dengan itu beliau menjadi saudara sepenyusuan dengan Baginda, sebelum ini Thuwaibah juga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib selepas beliau Abu Salamah bin Abdul Al-Asad Al-Makhzumi.


DIPERSADA BANI SA'AD

Mengikut resam bangsa Arab Hadhar (bandar), bahawa usaha memperolehi penyusu-penyusu untuk anak-anak mereka dari pendalaman, sebagai usaha mencegah dari penyakit-penyakit yang terdapat di bandar, di samping menguatkan pembinaan jasad anak-anak, mengemaskan otot-otot, malah ianya juga sebagai cara untuk membantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang baik sejak dalam buaian lagi, untuk itu Abdul Mutalib telah berusaha mencari penyusu-penyusu untuk Rasulullah s.a.w, dengan itu beliau menyerahkan Muhammad kepada Bani Sa'ad bin Bakr, iaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminya dikenali sebagai Al-Harith bin Abd Al-Qira bergelar Abu Kabsyah dari Qabilah yang sama.

Adapun saudaranya yang sepenyusuan di Bani Sa'ad adalah Abdullah bin Al-Harith, Anisah binti Al-Harith, Huzafah atau Jazimah binti Al-Harith (iaitu As-Syaima', gelarannya lebih di kenali, beliaulah yang mengasuh Rasulullah s.a.w, dan Abu Sufian Ibn Al-Harith bin Abdul Mutalib, anak bapa saudara Rasulullah s.a.w itu pun sepenyusuan dengan Baginda juga.

Bapa saudara Rasulullah s.a.w Hamzah bin Abdul Mutalib pun pernah menyusu di Bani Sa'd bin Bakr, maka Hamzah menjadi saudara sepenyusuan dengan Rasulullah s.a.w dari dua orang ibu; Thuwaibah dan Halimah As-Sa'diah, kerana ibu susuan Hamzah di suatu hari telah memberi susuannya kepada Rasulullah s.a.w. Semasa Baginda bersama Halimah, beliau telah menyaksikan banyak keberkatan-keberkatan Rasulullah s.a.w.

Ibn Ishaq telah menyebut: "Halimah telah berkata yang ianya telah keluar dari kampung bersama suaminya dan disertai oleh anak kecil yang masih menyusu, beliau keluar bersama-sama wanita-wanita Bani Sa'd, dalam rangka mencari anak-anak susuan dengan katanya: Ini berlaku di tahun kedua di mana kami tidak memiliki apa-apa pun katanya lagi: Aku telah keluar dengan menunggangi kaldai betina "Qamra" panggilannya, bersama kami unta-unta, demi Allah unta kami itu tidak mengeluar susu setitik pun. Malah pada masanya kami tidak dapat tidur kerana anak kecil kami menangis disepanjang malam lantaran kelaparan, dadaku tidak dapat mengenyangkan, unta kami tidak dapat memberi makanan, namun demikian kami masih tetap mengharapkan hujan, daku keluar dengan kaldai betinaku itu, hingga pecah-pecah dan berdarah kaki kerana muatan berat, seluruh yang bermusafir itu terasa berat, lemah dan kekurusan, akhirnya sampai juga kami di Kota Makkah mencari anak-anak susuan, setiap dari kami telah diajukan Rasulullah s.a.w untuk penyusuannya maka setiap orang pula menolaknya iaitu apabila diceritakan tentang keyatimannya, kerana setiap kami sebagai ibu susu mengharapkan budi baik dari si bapa, setiap kami menyebut-menyebut yatim!

Apa yang akan boleh dilakukan oleh si ibu dan si datuknya maka setiap kami membencinya kerana keyatimannya. Setiap yang datang bersama denganku telah membawa pulang bayi susuannya kecuali ku seorang sahaja bila kami telah bersiap untuk pulang, ku pun menyebut kepada suamiku: Demi Allah aku tidak sukalah untuk pulang bersama-sama dengan teman-temanku yang lain tanpa membawa bersamaku seorang bayi susuan pun, demi Allah aku mesti ambil si yatim tadi. Jawab suamiku: tidak mengapalah untuk kau berbuat demikian, semoga Allah jua akan memberikan kita keberkatan kerananya. Katanya! Aku pergi ambil si yatim itu, yang mendesak ku mengambilnya, kerana tidak ada yang lain untuk ku ambil, katanya, setelah ku dukung ke tunggangan ku, dan sebaik sahaja ku letakkannya ke ribaku, terasa dadaku dipenuh susu, maka si yatim pun menghisapnya hingga puas, saudaranya pun menyusu juga hingga puas dan tertidur, sebelum ini kami tidak pernah tidur bersamanya, kemudian suami ku pergi ke unta kami, dan didapati uncang susunya penuh dengan susu, beliau memerahnya lalu diminumnya dan diberi kepada yang lain-lain kiranya kami semua puas dan kenyang, malam itu kami dapat tidur dengan nyenyak. Halimah berkata: Suamiku telah berkata bila kami bangun di pagi hari: Demi Allah, tahu tak wahai Halimah, sebenarnya tiupan bayu keberkatan mula menghembus nafasnya, kata Halimah: Ku menjawab: Demi Allah sesungguhnya ku mengharapkan demikian, dan katanya lagi:

Setelah itu kami pun bergerak keluar dari daerah Makkah, aku menunggangi kaldai betina ku itu, di atasnya juga ku membawa Rasulullah s.a.w, demi Allah binatang tungganganku merentasi perjalanan kiranya tidak dapat disaingi oleh keldai-keldai mereka yang lain, hinggakan teman-teman ku yang lain, tertanya-tanya dan berkata: Wahai puteri Abu Zuaib apa kamu ini? Perlahanlah sedikit, tidakkah tunggangan kamu itu yang naik ke sini dulu, jawabku kepada mereka: Bahkan demi Allah yang itu itulah. Jawab mereka: Demi Allah, ianya ada keistimewaan, kata Halimah.

Setelah itu kami semua pun sampailah ke kampung kami iaitu persada Bani Sa'd, ku tidak pernah melihat sebuah bumi yang paling kontang dari bumi Bani Sa'd, namun setelah kami pulang dari mengambil bayi susuan kami itu nampaknya kambing-kambing kami sarat perut kekenyangan, uncang-susu dipenuh susu, kami memerahnya dan meminumnya, sedang ternakan orang lain tetap tidak menghasilkan setitik susu pun, uncang susu kekeringan, menyebabkan penduduk-penduduk yang lain menyuruh penternak-penternak mereka dengan berkata: Binasa kamu, cubalah bawa ternakan-ternakan ke tempat yang selalu puteri Abu Zuaib berternak itu, namun kambing-kambing mereka tetap kelaparan tidak mengeluar walau setitik susu pun, sedangkan ternakan kami kekenyangan uncangnya sarat dengan susu. Beginilah seterusnya kami terus menerima limpahan kurnia dari Allah hingga berlalu dua tahun umur Baginda di mana Baginda pun bercerai susu.

Baginda membesar tidak seperti kanak-kanak lain, sebelum sampai usia dua tahun Baginda telah menjadi besar segar, kata Halimah: Setelah beberapa masa kami bawa Baginda pulang kepangkuan ibunya, walau macam mana pun kami tetap prihatin agar Baginda terus tinggal bersama kami, kerana kami dapat menikmati keberkatannya, untuk itu kami pun mengemukakan harapan ini kepada ibunya, dan ku berkata kepadanya: Kalaulah puan benarkan anakku ini terus tinggal bersamaku hingga meningkat tampan, pun ada baiknya, kerana ku takut wabak-wabak di Makkah akan menyeranginya nanti, katanya lagi. Masih lagi kami merayu-rayu hingga ibunya pun membenarkannya pulang bersama kami.

Demikianlah halnya Rasulullah s.a.w kembali tinggal kepangkuan Bani Sa'ad, hinggalah apabila Baginda meningkat empat atau lima tahun, di mana berlakunya peristiwa pembedahan dada Baginda, Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadith dari Anas (r.a) bahawa Rasulullah s.a.w telah didatangi Jibril (a.s), di ketika Baginda sedang bermain-main dengan anak-anak lain, Jibril memegang Baginda dan merebahkannya lalu dibelah dadanya dan dibawa keluar hati dan dikeluarkan segumpal darah dari dalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian tempat syaitan bersarang, setelah itu dicucikan hati Baginda di dalam sebuah talam emas dengan air Zamzam setelah itu disembuhkan semula badannya dan dibawa semula Rasulullah s.a.w ke tempat anak-anak tadi, manakala anak-anak lain berlarian pergi menemui ibunya Halimah menceritakan, dengan kata mereka, "Muhammad telah dibunuh". Apabila mereka menemuinya semula didapati Baginda kepucatan.


KEMBALI KE PANGKUAN IBUNYA YANG PENYAYANG

Halimah As-Sa'diah terasa takut dengan peristiwa tersebut, dengan itu beliau memulangkan Rasulullah s.a.w kepangkuan ibunya, Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk ke Yathrib menziarahi kubur suaminya, sebagai mengenang dan mengingati kematian itu. Untuk itu beliau keluar dari Makkah, merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang keyatiman itu, di iringi khadamnya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib, di sana beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau berpatah balik, semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama "Al-Abwa' " yang terletak di antara Makkah dan Madinah.


KE PANGKUAN DATUK PEMBELAS KASIHAN

Abdul Mutalib membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan perasaan kasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini yatim piatu, duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani cucunya melebihi kasih sayangnya ke atas anak-anak cucunya yang lain. Beliau tidak pernah tinggalkan Baginda keseorangan, meskipun yang dalam keadaan terpaksa, sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan Baginda lebih dari cucunya yang lain.

Ibnu Hashim menceritakan: Biasanya dihampar di lindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk Abdul Mutalib, anak-anak dan cucunya akan bersila di sekeliling tikar itu, tak seorang pun akan duduk di atas tikar itu hanya Abdul Mutalib seorang, kerana menghormati beliau, namun bila Rasulullah s.a.w datang ketika itu Baginda masih kanak-kanak, Baginda akan duduk di atas hamparan itu, di masa itu bapa-bapa saudaranya akan menarik Rasulullah s.a.w ke tepi untuk memberi tempat kepada Abdul Mutalib, bila beliau melihat Rasulullah s.a.w di situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah dia mempunyai kedudukannya, kemudian beliau duduk disampingnya di atas hamparan itu, dengan menyapu-nyapu di belakang Baginda dan beliau sentiasa senang dengan segala peri laku Baginda.

Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari Datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah s.a.w kepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya.


KE PANGKUAN BAPA SAUDARA YANG MENGASIHANI

Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan ke atas anak-anaknya dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan, dalam tempoh empat puluh tahun beliau menyokong Baginda, melindungi, membenarkan Baginda malah sanggup berkelahi untuk Baginda.


BERTEMU PENDETA BUHAIRA

Setelah usia Rasulullah s.a.w meningkat dua belas tahun, ada yang mengatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluar belayar bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehingga apabila sampai ke Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran, namun pada ketika itu Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah taklukan Rom, di sana terdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira.

Setibanya rombongan ke sana,"Buhaira" keluar untuk menemui mereka, dan memuliakan mereka sebagai tetamu, tapi ini bukan satu kebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar untuk menemui sesiapa, beliau mengenali Rasulullah s.a.w dengan segala sifat-sifatnya. Semasa beliau memegang tangan Baginda, terus beliau berkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam. Kata Abu Talib: Dari mana maklumat ini tuan perolehi? Jawab beliau: Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati "Al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja, dan aku kenali pada Baginda "Khatam An-Nubuwah" penutup kenabian, ianya terletak di belakang Baginda di bawah tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami, seterusnya beliau meminta supaya Abu Talib membawa Muhammad s.a.w pulang ke Makkah, dan jangan dibawanya ke negeri Syam kerana ditakuti tindakan jahat Yahudi, oleh itu Abu Talib mengirim Rasulullah s.a.w untuk berpatah balik ke Makkah bersama-sama dengan beberapa orang suruhannya.


PEPERANGAN AL-FUJJAR

Semasa usia Baginda lima belas tahun, berlaku satu peperangan, terkenal sebagai peperangan Al-Fujjar, (peperangan penjahat) kerana jenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisy dan Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan. Tuan agong bagi Quraisy dan Kinanah ialah Harb bin Umaiyah kerana status beliau di kalangan masyarakat, Quraisy di samping faktor umur. Di awal hari kemenangan berpihak kepada Qais namun bila hari beralih ketengah hari Kinanah sudahpun menguasai medan pertempuran, di ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah turut serta di dalam peperangan ini, di mana Baginda menyediakan anak-anak panah untuk bapa saudaranya.


PERJANJIAN AL-FUDUL

Ekoran kepada peperangan Al-Fujjar, telah diadakan satu perjanjian di dalam bulan Zulkaedah. Salah satu bulan Haram, padanya dijemput qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul Al-'Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah. Kesemua mereka berlaimpul di kediaman Abdullah bin Jadaan al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan juga faktor umur, memandangkan beliau tertua di antara.

Di dalam perjanjian ini semua mereka bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya, Rasulullah s.a.w telah ulrut serta di dalam perjanjian ini setelah Baginda diutuskan dan memuji perjanjian berkenaan, dengan sabdanya: Daku telah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullah bin Al-Jadaan. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya daku beri persetujuan segera.

Perjanjian ini menafikan semangat kefanatikan Jahiliyyah yang biasanya dimarakkan oleh perasaan 'asabiyyah kebangsaan atau perkabilahan, dikatakan bahawa dorongan yang mengarahkan kepada termeterainya perjanjian ini, ialah lantaran seorang lelaki dari Zubaid memasuki Kota Makkah dengan barangan perniagaannya, barangan itu telah dibeli oleh Al-As ibnu Wail As-Sahmi, namun harganya tidak diselesaikan. Sebagai tindakbalas darinya, beliau telah meminta pertolongan dari sekutunya Abdul Ad-Dar, Makhzum, Jumah, 'Adi, malangnya pihak sekutunya tidak memenuhi permintaannya itu, untuk selanjutnya beliau mendaki bukit Abi Qubis dengan menyuarakan peri penganiayaan terhadapnya, disuarakan di dalam madah syairnya, Az-Zubair bin Abdul Mutalib bangun bertindak dengan katanya: Apa cerita ini semua membisu belaka? Dengan itu mereka yang telah mengikat janji Al-Fudhul tadi menyokongnya, mereka semua segera menemui Al-A'as bin Wail dan mengambil barangan lelaki Zubaid tadi dan dipulangkan kepadanya, setelah mereka memeterai perjanjian Al-Fudhul itu.


HIDUP PENUH KEPERITAN

Rasulullah s.a.w tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetap dipermulaan mudanya, namun demikian beberapa riwayat sering mengaitkan kerja Rasulullah s.a.w di permulaan usia remajanya, sebagai penternak, mengembala kambing keluarga Banu Sa'd, dan di Makkah pula mengambil upah dari penduduk Makkah dengan beberapa qirat, bila Baginda meningkat dua puluh lima tahun, Baginda keluar ke negeri Syam sebagai peniaga dengan modal Khadijah (r.a).

Ibn Ishak menceritakan: Khadijah binti Khuwailid, adalah seorang wanita peniaga, mempunyai kedudukan termulia dan pelbagai harta, biasanya beliau menawar peniaga-peniaga untuk berniaga dengan hartanya, dengan berkongsi keuntungan, terutamanya orang-orang Quraisy memang terkenal sebagai ahli perniagaan. Sebaik sahaja perkhabaran mengenai diri Rasululullah dengan keimanan dan kebenaran pertuturan Baginda, serta ketinggian akhlak mulia, tanpa berlengah beliau mengantar utusan, menawarkan kepada Baginda untuk keluar berniaga dengan hartanya ke negeri Syam, beliau menjanjikan Baginda untuk memberi kongsian lebih lumayan dari yang ,biasa diberi kepada peniaga-peniaga lain, untuk ke sana beliau telah menghantar budak suruhannya mengiringi Rasulullah s.a.w, tawaran itu telah diterima oleh Rasulullah s.a.w dengan baik. Baginda pun keluar ke sana bersama Maisarah budak suruhan Khadijah hingga tiba ke negeri Syam.


PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (R.A)

Sekembalinya Rasulullah s.a.w ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di sepanjang pergaulannya dengan Rasulullah s.a.w di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya.

Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk mengawini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak, kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah s.a.w untuk merestui hasrat Khadijah kepada Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah s.a.w pun mempersetujui hasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahu persetujuan tadi kepada bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah datang menemui bapa-bapa saudara Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah s.a.w, tidak berapa lama upacara perkahwinan pun dilangsungkan, upacara akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar. Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda dari negeri Syam, Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya dimasa itu sudah meningkat empat puloh tahun namun di ketika itu beliaulah seafdAl-Afdal wanita pilihannya dari segi nasab keturunannya, harta dan pemikiran.

Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah s.a.w. Dan Baginda tidak mengahwini mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau meninggal.

Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah Al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah s.a.w digelar Abu Al-Qasim, kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan al-Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian.


PEMBINAAN SEMULA KAABAH DAN PERMASALAHAN AT-TAHKIM

Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya. Kaabah telah beberapa kali mengalami kerosakan kerana bangunannya terlalu usang, dindingnya sering retak dan pecah, lima tahun sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w banjir besar melanda Makkah, airnya yang mengalir deras menuju ke Kaabah, hampir merobohkan bangunan Kaabah itu. Disebabkan oleh kejadian itu, pihak Quraisy terpaksa memperbaharui bangunannya.

Demi menjaga kedudukannya, maka mereka bersetuju untuk membangunkannya. Namun tugas tersebut hanya diserahkan kepada mereka yang hanya dikenali sebagai golongan baik, tidak memasukkan perbelanjaan haram, penjualan riba dan orang yang tidak menzalimi orang lain.

Mereka takut merobohnya, namun Al-Walid bin Al-Mughirah Al-Mukhzumi memulakan dan setelah mereka melihat beliau tidak terkena sebarang bala, barulah orang-orang lain berani bertindak merobohkannya, dan terus mereka merobohkan bangunan yang lama ini hinggalah sampai ke asas yang dibina oleh Saidina Ibrahim, setelah itu mereka memulakan pembinaan Kaabah, di mana mereka membahagikan ruang-ruang kepada setiap qabilah, setiap qabilah bertanggungjawab membereskan pembinaan bahagian yang dipertanggungjawab kepadannya, semua kerja adalah di bawah seliaan seorang arkitek berbangsa Rom bernama Baqum, setelah bangunan selesai disiapkan ke peringkat "Hajar Al-Aswad", sekali lagi mereka berselisih pendapat siapa orangnya yang berkeistimewaan untuk mengangkat dan meletakkannya ke tempatnya, perbalahan berlarutan hingga ke malam keempat atau kelima, hampir-hampir membawa kepada pertumpahan darah dan peperangan sengit di bumi haram itu, hinggalah Abu Umaiyah bin Al-Mughirah Al-Makhzumi mengemukakan cadangan kepada mereka, iaitu untuk menerima penyelesaian dari orang yang pertama memasuki ke dalam masjid, melalui pintu besar dan beliaulah orang yang akan menjadi hakim, dengan itu mereka yang terlibat pun bersetuju dengan cadangan itu, dengan kehendak Allah, Rasulullah s.a.w lah orang yang pertama memasuki masjid menerusi pintunya itu, mereka pun melaung itu pun Al-Amin, kami semua bersetuju dengan penyelesaian Muhammad.

Setibanya Baginda ke majlis mereka, mereka pun menceritakan peristiwa sebenarnya yang terjadi lantas Baginda meminta sehelai kain, lalu diletaknya "Hajar Al-Aswad" di atas hamparan kain dan meminta setiap kepala qabilah memegang hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya, sehingga apabila sampai ke tempatnya maka Baginda sendiri sekali lagi meletakkan dengan tangan Baginda ke tempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah dengan cara yang bijak yang dapat diterima oleh semua kaum.

Kerana kesuntukan perbelanjaan pihak Quraisy terpaksa menangguhkan pembinaan yang disebelah utara, lebih kurang enam hasta, kawasan yang dikenali sebagai "Hijr" dan "Al-Hutaim" buat sementara dipasang pintu disitu supaya tidak ada orang memasuki ke dalamnya, kecuali yang berhajat, setelah bangunan mencecah lima belas hasta maka di dirikan enam tiang untuk meletak atapnya. Apabila selesai pembinaan Kaabah, maka kelihatanlah bentuknya yang seakan-akan empat segi padu dengan ketinggian lima belas meter, panjang sudut di mana terletaknya Hajar Al-Aswad dan yang setentang dengannya lalah sepuluh meter kali sepuluh meter ketinggian aras letaknya Hajar Al-Aswad dari dataran bertawaf setinggi satu perpuluhan lima puluh meter (1.50 meter) manakala lawang pintu setinggi dua betas meter, samalah dengan pintu berukuran dua belas meter ianya dilingkungi dengan tembok dari bawah purata tingginya perpuluhan dua puluh lima meter, lebarnya perpuluhan tiga puluh lima meter, tembok berkenaan dikenali sebagai As-Shazarwan yang merupakan dasar asal Al-Kaabah, tetapi Quraisy mengabaikannya.


SEJARAH RINGKAS SEBELUM KEBANGKITAN

Diri Rasulullah s.a.w merupakan jambangan yang tersusun padanya seluruh keistimewaan dan kebaikan yang terdapat pada manusia, Baginda adalah contoh pemikiran unggul lagi jitu, dengan pandangan yang waras, kecerdikan dan kebijaksanaan tersendiri, ketepatan mencari jalan dan sasaran, urusan Baginda digarapkan melalui sifat berdiam yang panjang disokong dengan pengamatan dan keseriusan berfikir serta sentiasa berpihakkan kebenaran. Kesuburan berfikir dan keheningan naluri semulajadi memampukan Baginda membaca dan mencerakinkan pita-pita hidup, pergolakan manusia dan arus-arus perjalanan jamaah-jamaah. Baginda menolak segala bentuk khurafat dan menghindar diri darinya, namun Baginda tetap berinteraksi dengan manusia ramai dengan kewaspadaan dan basirah terhadap sebarang tindakan Baginda dan tindakan mereka.

Sekiranya didapati kebaikan tanpa teragak-agak Baginda menyertai mereka, kalau tidak Baginda akan menyusur suasana uzlahnya. Tidak pernah Baginda menjamah khamar, tidak pernah memakan sembelihan berhala. Tidak pernah menyertai perayaan-perayaan berhala atau eksponya, sejak awAl-Awal lagi Baginda memang membencikan penyembahan-penyembahan yang karut dan batil ini, hingga tidak ada suatu pun yang paling dibenci Baginda selain dari berhala-berhala. Baginda tidak dapat menahan kesabarannya untuk mendengar orang bersumpah dengan berhala Al-Lata dan Al-'Uzza.

Tidak syak lagi kuasa takdir Allah memagar Rasulullah s.a.w dengan inayah jagaanNya, diketika mana naluri keinginan kemanusiaan Baginda merangsang Baginda dari dalam untuk mengambil habuannya dari kelazatan duniawi. Jika perasaan Baginda senang menerima sebahagian dari resam-resam yang tercela, di ketika itu pula penjagaan Ilahi akan berperanan menghalang perasaan tadi. Mengikut riwayat Ibn Al-Athir, sabda Baginda: "Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliyyah selain dua kali sahaja, namun kesemuanya Allah s.w.t menghalang daku dari meneruskannya, lepas itu tidak pernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah Allah mengurniakan daku dengan risalahNya. Di suatu malam ku telah berkata kepada budak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di pinggir Makkah: Boleh tak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingku ini, sehingga dapat ku masuk ke kota Makkah dan berjaga malam seperti pemuda-pemuda lain. Jawab budak itu, Ya! kau boleh pergi. Daku pun keluar sehingga apabila aku sampai ke rumah pertama ku pun mendengar alunan alat permainan, ku bertanya orang di situ: Apa keramaian semua itu? Jawab mereka itulah keramaian majlis perkahwinan Si Fulan dengan perempuan Fulan. Daku pun duduk mendengarnya, tetapi Allah telah menutupkan telingaku dan daku pun terlena. Kepanasan matahari telah mengejutkan ku dari tidur tadi. Bila ku pulang menemui teman ku, di mana beliau bertanya apa ceritanya, ku pun mencerita segala-galanya, hal yang sama ku cuba di suatu malam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota Makkah hal yang sama terjadi pada ku selepas itu daku tidak pernah mencuba lagi."

Al-Bukhary telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah dengan katanya: Ketika pembinaan semula Kaabah, Rasulullah s.a.w telah turut serta bersama Al-'Abbas, kerja mereka mengangkut batu-batu. Al-'Abbas berkata kepada Rasulullah s.a.w: Sangkutkan kain kau itu ke tengkok supaya dapat menghindar dari terkena batu-batu, bila Baginda berbuat demikian Baginda terus pengsan dan jatuh ke tanah, dua matanya terjegil ke langit, setelah sedar terus Baginda melaung, kain ku! kain ku! lalu dipakaikan kainnya ke badannya, dalam satu riwayat lain mengatakan: Selepas kejadian itu tidak lagi dilihat aurat Baginda.

Rasulullah s.a.w mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya, dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji. Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya, elok perangai, tinggi sikap kejiranan, lapang kesabarannya, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga mereka menggelarnya sebagai 'Al-Amin' kerana Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda adalah sepertimana yang disifatkan oleh Khadijah sebagai:

"Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong menegak kebenaran ".


SEMASA KERASULAN

Turunnya wahyu pertama merupakan detik paling bersejarah dalam kehidupan Muhammad S.A.W, bermulanya tugas mencabar sebagai Rasul Allah yang bertanggungjawab menyelamatkan manusia dari kesesatan. Ia lebih mencabar apabila wahyu yang diterimanya itu menjadi bahan pertikaian di kalangan Quraisy Mekah yang selama ini memuji-muji keperibadian Muhammad bin Abdullah.


DIBAWAH NAUNGAN AN-NUBUWWAH DAN AR-RISALAH Dl GUA HIRA

Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila', untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk maksud ke gua Hira di bukit An-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta).

Turut bersama, keluarga Baginda, di sana Baginda tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberi jamuan kepada fakir miskin yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan masanya di sana untuk beribadat dan berfikir mengenai alam semesta sekelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya, Baginda tidak senang dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang terlalu rapuh dan reput itu, serta tasawurnya yang tidak bertunjang. Baginda mempunyai satujalan keluar yang jelas, atau satu program yang padu dan haluan arah-tuju yang boleh Baginda berpuas hati dengannya. Pemilihan Baginda untuk beruzlah itu merupakan sebahagian dari program yang disusun oleh Allah s.w.t untuk Baginda sebagai persiapan untuk menangani persoalan agung. Malah ianya suatu yang tidak dapat tidak bagi mana-manajiwa agung untuk berperanan membentuk perjalanan hidup manusia. Jiwa seperti ini hams berikhtila' dan beruzlah untuk beberapa ketika memutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisingan hidup dan kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi.

Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad sebagai persiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi ini, dalam rangka untuk merombak dan merubah sistem yang sedemikian lama bermaharaja di bumi ini dan demi untuk membetulkan landasan sejarah yang diselewengkan. Allah menyusun program Al-Uzlah ini, tiga tahun sebelum Baginda memikul amanah dan risalah Ilahi ini, di dalam beruzlah ini Baginda mengambil masa selama beberapa bulan, menghayati kehadiran bayu maya pada yang serba bebas dan merdeka. Di sampingnya Baginda mengamati alam di sebalik maya pada ini, sehingga tiba masanya untuk bermuamalah dan berinteraksi dengan alam ghaib itu, iaitu pada ketika yang dikehendaki Allah.

PENANGGUHAN WAHYU

Adapun tempoh penangguhan wahyu, mengikut riwayat Ibn Saad daripada Ibn Abbas yang bermaksud bahawa penangguhan itu adalah beberapa hari, pendapat yang rajih (berat) malah itulah pendapat yang tepat, iaitu setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yang masyhur mengatakan yang ianya berlarutan hingga tiga tahun atau dua tahun setengah, ini bukan pendapat yang sahih dari mana-mana sudut pun. Namun bukan di sini ruang untuk kita perlihatkan pendapat tersebut.

Di hari-hari penangguhan wahyu Rasulullah s.a.w hidup dalam keadaan muram dan berduka, Baginda dilanda kehairanan dan kebimbangan, hal ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhary di dalam bahagian kitab al-Tabir dengan nasnya yang bermaksud: Dan Wahyu pun tertangguh beberapa ketika menyebabkan Baginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita, bahawa Baginda tersangat berdukacita, hingga mendorong Baginda berkejar, berkali-kali ke kemuncak bukit, hendak menghumban diri, namun apabila sampai ke kemuncak sana untuk mencampak dirinya, Jibril pun menampilkan diri sambil berkata: "Wahai Muhammad! Sesungguhnya engkau adalah utusan Allah yang sebenar. Dengan itu gelora dalam hatinya pun kembali tenang danjiwa kembali tenteram, dengan itu Baginda pulang semula ke rumah, sekali lagi bila wahyu tertangguh kembali pula Baginda dilanda perasaan gundah dan dukacita, berulang pula Baginda ke kemuncak bukit dan sekali lagi Jibril menampakkan dirinya seraya melaung ungkapan yang sama kepada Rasulullah s.a.w."


JIBRIL MEMBAWA WAHYU PADA KALI KEDUA

Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu pun sudah berlalu, itu adalah dengan tujuan untuk membuang perasaan gerun dari hati Baginda dan untuk membangkit perasaan merindukan wahyu, setelah mana perasaan kehairanan sudah tiada lagi, disebaliknya tertegak pula tunggak hakikat. Kini Rasulullah s.a.w sudah arif dengan penuh keyakinan bahawa Baginda adalah nabi utusan Allah s.w.t, yang datang menemui itu adalah duta wahyu membekal Baginda warta dan perkhabaran langit, hingga dengan itu Baginda sudah kepinginan dengan Jibril dan wahyu Ilahi, sikap inilah yang membawa Baginda cekal dan sanggup menerima dan memikul tugas dakwah, ketika Jibril kembali datang menemui Baginda iaitu dikali kedua. Al-Bukhary telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan mengenai penangguhan wahyu dengan sabdanya yang bermaksud:

"Di ketika daku sedang berjalan tiba-tibaku terdengar satu suara dari langit maka ku pun mengangkat pandanganku ke arah langit, tiba-tiba malaikat yang mendatangi daku di gua Hira dahulu sekali lagi ku lihatnya sedang duduk di atas kursi di antara langit dan bumi, daku terkejut dan tergamam hingga terjatuh ke bumi, kemudian aku segera pulang menemui keluarga dengan meminta: Selimutkanlah daku, selimutkanlah daku, selimutkanlah daku", disusuli dengan turunnya ayat Allah:

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat .manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi."

Al-Muddadstsir :1-5


PENJELASAN LANJUT MENGENAI JENIS-JENIS WAHYU

Sebelum kita menghuraikan secara terperinci mengenai penghidupan sebagai seorang rasul dan nabi, kita berpendapat ada baiknya terlebih dahulu kita mengenali jenis-jenis wahyu yang merupakan sumber risalah dan bekalan dakwah, Ibnu Al-Qayyim telah menyebut peringkat-peringkat wahyu:

1. Mimpi benar, ianya adalah permulan wahyu kepada Rasulullah s.a.w.

2. Sesuatu yang dicampakkan oleh Malaikat ke dalam dadanya dan hati naluri Rasulullah s.a.w tanpa melihatnya, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Jibril telah mencampak ke dalam hatiku bahawa: Sesuatu jiwa itu tidak akan mati kecuali setelah genap rezekinya, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, dan berusahalah dengan baik di dalam usaha mencari rezeki, dan jangan sekali-kali dek kelewatan rezeki itu ianya mendesak kamu berusaha secara memaksiati Allah, kerana sesungguhnya sesuatu di sisi Allah itu tidak boleh diperolehi kecuali dengan mentaatinya.

3. Rasulullah s.a.w didatangi Jibril yang menjelma dirinya sebagai seorang lelaki, dan berblcara dengan Baginda di mana Rasulullah s.a.w menyedari dan mengingati segala apa yang diperkatakan kepadanya, di dalam peringkat ini para sahabat pun turut dapat melihat Jibril pada ketika-ketikanya.

4. Rasulullah s.a.w didatangi melalui bunyian seperti deringan loceng, cara ini yang paling berat bagi Rasulullah s.a.w untuk menerimanya, melaluinya Jibril turut menyertainya, hinggakan dahi Baginda mencucur keringat walaupun di hari yang terlalu dingin, malah tunggangannya sekali turut bersimpuh ke bumi. Di suatu ketika wahyu dalam bentuk ini turun kepada Rasulullah s.a.w sedang pahanya di atas paha Zaid bin Thabit, Zaid terasa berat bagaikan nak pecah.

5. Baginda melihat malaikat Jibril dalam bentuk parasnya yang di ciptakan, lalu diwahyukan kepadanya sekehendak Allah, cara ini terjadi kepada Baginda dua kali, seperti mana Allah menyebutnya di dalam surah An-Najm.

6. Tanpa hijab: sebagaimana yang diwahyukan kepada Baginda semasa Baginda berada di petala langit di malam Mikraj, Baginda menerima perintah solat dan sebagainya.

7. Percakapan Allah secara langsung kepadanya tanpa perantaraan Malaikat seperti mana Allah berbicara dengan Musa bin Imran, jenis ini sabit kepada Musa a.s di dalam Al-Quran, juga sabit kepada Rasulullah s.a.w di dalam peristiwa Al-Isra'.

8. Sesetengah ulama menambahkan peringkat kelapan iaitu percakapan Allah bersemuka dengan rasulnya tanpa hijab, ini adalah masalah khilafiah di antara salaf dan khalaf.' Berakhir sudah, dengan ringkasan singkat mengenai peringkat permulaan hingga kelapan penurunan wahyu.


SELEPAS KERASULAN

Kemunculan dakwah Rasulullah s.a.w S.A.W. di tengah kegelapan jahiliyah, mendorong dakwah itu dilaksanakan secara berhati-hati dan berperingkat. Permulaan dakwah nabi secara rahsia, sebagai strategi dakwah nabi yang sangat cermat. Ia mengambil masa yang panjang dan penuh berhati-hati kerana apa yang hendak disampaikan adalah bercanggah secara total dengan kepercayaan dan amalan harian kaum jahiliyah Arab.


PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH DAN TAHAP-TAHAPNYA

Tempoh dakwah Rasulullah s.a.w s.a.w boleh dibahagikan kepada dua peringkat, kedua-duanya itu berbeza di antara satu sama lain:

1. Peringkat Makkah selama tiga belas tahun.
2. Peringkat Madinah selama sepuluh tahun genap.

Setiap peringkat ini ada ciri-cirinya yang tersendiri, ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap zuruf dan persekitaran yang dilaluinya.

Peringkat Makkah boleh dibahagikan kepada tahap-tahap berikut:

1. Tahap dakwah secara rahsia tiga tahun.
2 .Tahap iklan dan keterbukaan dakwah penduduk Makkah. Bermula dari tahun keempat tarikh kebangkitan hinggalah ke kemuncak tahun kesepuluh.
3. Tahap ketiga keluar ke kota Makkah dan penyebaran di kalangan mereka, bermula dari penghujung tahun kesepuluh hingga ke hijrah Rasulullah s.a.w.

Manakala tahap-tahap diperingkat Madinah akan kita jelaskan di tempatnya nanti.


TAHAP PERTAMA: JIHAD MELALUI DAKWAH

Tiga tahun berdakwah secara rahsia.
Seperti yang diketahui, Makkah merupakan pusat agama bangsa Arab dan kecergasannya, pegawai dan pengumpul agama bertempat di Kota Makkah. Mereka juga penyelia dan pengawal, berhala-berhala seluruh bangsa Arab di masa itu, untuk sampai kepada sasaran pengislahan amat sukar sekiranya jauh dari Makkah itu sendiri, kerja ini memerlukan kepada kecekalan hati dan ketabahan yang tidak boleh digugat oleh dugaan dan bencana.

Adalah bijak dan hikmah dakwah di masa ini secara rahsia, supaya tidak mengejutkan penduduk Makkah dengan suatu yang boleh membangkitkan kemarahan mereka.

GENERASI PERTAMA
Suatu hal yang biasa dan tabi'i di mana Rasulullah s.a.w cuba memperkenalkan Islam untuk kali pertama kepada orang-orang yang terdekat dengan Baginda, keluarga dan kawan-kawan Baginda. Mereka inilah yang paling awal didakwahkan, didakwahkan juga orang-orang yang dikenali dengan kebaikan mereka, dikenali mereka sebagai golongan mencintai kebenaran dan kebaikan dan sebaliknya mereka pula mengenal Rasulullah s.a.w sebagai individu yang mengutamakan kebenaran dan kebaikan. Antara mereka memang ada yang menyahut seruan Baginda itu tanpa meragui sesuatu pun mengenai peribadi Rasulullah s.a.w dan mengenal maksud dan tujuan Rasulullah s.a.w berdakwah dengan risalahnya itu, golongan ini dikenal dalam sejarah Islam sebagai generasi As-Sabiqun Al-Awwalun.

Mereka ini terdiri dari isteri Baginda Saidah Khadijah r.anha, Ummu Al-Mukminin sebagai orang yang terawal menganut Islam. Orang suruhannya Zaid bin Harithah bin Syurahbil Al-Kalabi, anak saudaranya Ali Ibni Abu Talib yang masih kanak-kanak lagi, di bawahjagaan Rasulullah s.a.w, kawannya yang terdekat Abu Bakr As-Siddiq, kesemua mereka ini mengucap Kalimah Syahadah di hari pertama Rasulullah s.a.w memperkenalkan dakwahnya.

Abu Bakr menyusul pula sebagai penggerak dan pendakwah yang aktif, beliau merupakan tokoh yang disenangi dan mudah berkomunikasi dengan orang ramai lagi berakhlak mulia. Anggota kaumnya sentiasa mendatangi beliau dan berdamping dengannya, kerana ilmu pengetahuan, perniagaan dan mulia pergaulannya. Beliau bertugas mengajak orang yang dipercayai yang sentiasa berhubungan dengannya, mereka itu seperti Uthman bin Affan Al-Umawi, Az-Zubair bin Al-Awam Al-Usdi, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sa'd Ibn Abi Waqqas al-Zuhri dan Talhah bin Abdullah al-Tayyimi. Mereka ini seramai lapan orang adalah generasi peneroka dan terawal menganut Islam.

Di antara yang terawal juga ialah, Bilal bin Rabah Al-Habsyi, kemudian disusuli pula oleh Amin Al-Ummah orang kepercayaan umat iaitu Abu Ubaidah 'Amir bin Al-Jarah dari Bani Al-Harith bin Fihr, Abu Salamah bin Abdul Al-Asad Al-Makhzumi, Al-Arqam bin Abu Al-Arqam Al-Makhuzmi, Uthman bin Maz'un dan dua saudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin Al-Harith bin Al-Mutalib bin Abdul Manaf, Said bin Zaid Al-Adawi Al-Urus dan isterinya Fatimah bin Al-Khattab Al-Adwiah adik perempuan Umar Ibni Al-Khatab, Khabbab bin Al-Arat, Abdullah bin Mas'ud Al-Huzali dan ramai lagi selain mereka ini, mereka adalah dianggap sebagai lapisan terawal menganut Islam As-Sabiqun Al-Awwalun. Mereka ini dari seluruh keturunan Quraisy, Ibnu Hisham telah menghitung mereka seramai empat puloh orang. Menyebut sebahagian mereka sebagai golongan As-Sabiqun Al-Awwalun sekadar sepintas lalu. Ibn Ishak telah menyebut: Kemudian maka masuklah bilangan yang ramai ke dalam Islam bertali arus tidak putus-putus menyebabkan keriuhan di Kota Makkah dan diperkatakan orang.

Namun kesemua mereka ini memeluk Islam secara rahsia, Rasulullah s.a.w terus membuat pertemuan dengan mereka member! pertunjuk kepada mereka mengenai hal agama secara bersembunyi, kerana dakwah masih lagi dalam bentuk individu dan rahsia. Wahyu turun tanpa putus-putus lagi, iaitu selepas terturunnya awalan surah Al-Muddasir, bahagian-bahagian surah yang turun di masa-masa ini merupakan ayat-ayat yang pendek-pendek, struktur ayatnya indah dan kemas, rentak-rentaknya adalah lembut, seni susunannya sesuai dengan tuntutan suasana yang damai, bertemakan pembersihanjiwa dan mengecam kerja-kerja pencemaran diri dengan noda-noda dunia. Mengambarkan keindahan syurga dan keburukan neraka bagaikan tertera di hadapan mata kepala, membimbing manusia mukmin dalam satu suasana yang berbeza dari suasana masyarakat manusia di ketika itu.

SOLAT
Perintah yang terawal sekali diturunkan ialah solat, Muqatil bin Sulaiman telah menyebut: Allah Subhanahu Wa Taala telah memfardukan solat di permulaan Islam dengan dua rakaat di pagi hari dan dua rakaat di malam hari, berdasarkan firman Allah:

"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu di waktu malam dan di waktu pagi."
Al-Mu'min: 55

Ibn Hajar telah berkata: Dengan jelas Rasulullah s.a.w sebelum Isra' bersembahyang, demikian juga para sahabat Baginda, cuma yang diikhtilafkan apakah difardhukan solat-solat yang dilakukan sebelum kefardhuan solat lima waktu itu, atau apakah ianya bukan fardhu? Ada pendapat mengatakan yang difardhukan itu ialah solat sebelum naik matahari dan sebelum terbenamnya. Al-Harith bin Usamah katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w dipermulaan penurunan wahyu, Baginda telah didatangi Jibril (a.s), beliau mengajar Baginda cara berwudhuk setelah selesai berwudhuk diambilnya air secebok, maka dibasuh kemaluannya, Ibnu Majah meriwayat hadith yang sama dengannya, juga hadith yang diriwayat dari Al-Bara' bin al 'Azib dan Ibnu Abbas, dan tersebut di dalam hadith Ibn Abbas yang bermaksud:
"am adalah dipermulaan fardhu solat"

Ibnu Hisham menyebut bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda, mereka semua apabila tibanya waktu solat, mereka keluar ke lorong tertentu untuk menunaikan solat, bersembunyi dari kaum mereka, di suatu ketika Abu Talib pernah ternampak Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali sedang bersembahyang lalu beliau menanyakan kepada mereka berdua, mengenai sembahyang yang mereka lakukan itu, bila beliau memastikan jelas amal ibadat ini, beliau menyuruh mereka beristiqamah dengannya.


MAKLUMAT TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN QURAISY

Setelah dilihat dari berbagai aspek yang berlainan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku, nampaknya dakwah di dalam tahap ini, meskipun bersifat rahsia dan individu namun beritanya sudah pun tersibar kepengetahuan Quraisy, tetapi ianya tidak dipedulikan sangat.

As-Syeikh Muhammad al-Ghazali r.a. menyebut: Berita dakwah Rasulullah s.a.w ini telahpun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi mereka tidak mengambil endah sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang jenis manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi As-Salt, Quis bin Sa'idah, Amru bin Nufail dan lain-lain lagi, walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati hari demi hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini.

Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah s.a.w, ianya masih lagi rahsia dan dalam konteks individu. Apa yang berlaku ialah tertegaknya sebuah jamaah golongan mukmin yang bertunggakkan persaudaraan dan sanggup tolong menolong, bekerja menyampaikan risalah Muhammad dan mengemaskan tapak perjuangannya. Namun selepas tiga tahun kini Rasulullah s.a.w diminta supaya mengisytiharkan dakwahnya kepada kaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka, menentang serta mengecam berhala-berhala mereka.


TAHAP KEDUA: DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN

Arahan awal menggerakkan dakwah:
Arahan awal supaya digerakkan dakwah secara terang-terangan adalah berdasarkan ayat terawal diturunkan mengenainya yang bermaksud:
"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. "

Surah yang termuatnya ayat ini ialah surah As-Syuara', diawalnya dikisahkan Musa a.s, bermula dari kebangkitan sebagai nabi hinggalah hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaun dan petualang-petualangnya dan penenggelaman Firaun bersama-sama orangnya ke dalam laut, kisah ini mengandungi tahap-tahap dakwah nabi Musa yang dilaluinya dalam usaha mengajak Firaun dan kaumnya untuk beriman dengan Allah. Pada saya pengisahan Musa secara terurai ini bertujuan untuk mengiringi sumhan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w untuk berdakwah kepada kaumnya, agar kisah ini menjadi teladan tertera dihadapan mata kepala mereka, di mana mereka akan menghadapi pendustaan dan penyiksaan semasa mereka mengisytiharkan dakwah secara terbuka dan supaya dari awAl-Awal lagi mereka mempunyai ain basirah terhadap kerja yang bakal mereka laksanakan nanti.

Dari sudut yang lain surah ini juga menyebut kesudahan mereka yang engkar dengan utusan Allah, mereka terdiri dari kaum Nuh, 'Aad, Thamud, kaum Ibrahim, kaum Lut, penghuni Al-Aikah - selain dari Firaun dan kaumnya, agar mereka mengambil periktibaran, bahawa kesudahan mereka pun sama juga sekiranya mereka terus mendustai Rasulullah s.a.w dan kaum Mukminin akan mengetahui bahawa balasan yang baik sedang menunggu mereka.


SERUAN KEPADA KELUARGA TERDEKAT

Tindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja turun ayat mengenai seruan cara ini ialah dengan menjemput anggota Bani Hasyim, mereka seramai empat puluh lima orang, yang juga terdiri dari keluarga Bani Al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis ini Abu Lahab memulakan percakapan dengan katanya: Mereka ini semua bapa-bapa saudara dan anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplah tetapi tinggalkan persoalan As-Saba'ah keluar agama, kau mesti tahu di mana seluruh bangsa Arab bangsa kamu juga, mereka ini tidak berkuasa, dan aku lebih berhak memegang kamu, untuk kamu memadai setakat anak pinak bapa kamu, sekiranya kau berhenti setakat yang telah kamu lakukan itu, maka itu lebih senang diterima oleh kesemua qabilah-qabilah Quraisy, dan disokong oleh bangsa-bangsa Arab. Setakat hari ini aku belum pernah bertemu dengan seorang lelaki yang telah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti yang kau lakukan ini. Rasulullah s.a.w s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata-kata sebarang apa pun, di dalam majlis itu. Kemudian, sekali lagi Rasulullah s.a.w menjemput mereka dan berkata:

"Segala puji-pujian bagi Allah daku lafazkan, denganNya laku memohon pertolongan, denganNya daku beriman, ke atasNya daku bertawakkal, daku bersaksi sesungguhnya tiada luhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Katanya iagi: Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai, demi Allah tiada tuhan melainkan Dia, sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematian kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala amalan yang kamu lakukan, balasannya itu samada ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lamanya. Abu Talib bangun menyahut Rasulullah s.a.w dengan berkata: Tidak ada suatu pun yang Allah suka bagi kami selain dari membantu kamu, menerima nasihat kamu, mempercayai kata-kata kamu itu, mereka yang berkumpul ini adalah anak keluarga bapa engkau, aku ini cuma salah seorang dari mereka tetapi aku lebih segera untuk menerima apa yang kamu senangi itu. Ayuh, teruslah dengan sesuatu yang telah diperintahkan ke atas kamu itu, demi Allah aku ini masih lagi menjaga dan mempertengahkan kamu, namun jiwaku masih tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah dengan agama Abdul Muttalib itu."

Segera dicelah oleh Abu Lahab dengan katanya: "Demi Allah ini adalah salah satu keretakan, pegang tangannya sebelum dia dipertahankan oleh orang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah kami akan mempertahankannya selagi hayat dikandung badan."


DI BUKIT AS-SAFA

Setelah Rasul memperolehi kepastian dari penjagaan Abu Talib terhadap dirinya semasa Baginda menyampaikan risalah Tuhannya, maka Rasulullah s.a.w di suatu hari telah berdiri di Bukit As-Safa dan menyeru: Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini. Maka bergegaslah keluarga qabilah Quraisy ke hadapan Rasulullah s.a.w. Di sana Rasulullah s.a.w mengajak mereka untuk beriman dengan Allah Yang Esa, dengan risalahnya dan dengan hari akhirat. Mengenai kisah ini Imam Al-Bukhary meriwayatkan sebahagian darinya, iaitu melalui Ibnu Abbas dengan katanya:

"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. "

Setelah turunnya ayat ini, maka Rasulullah s.a.w pun segera ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang disitu. Rasulullah s.a.w berkata: "Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu?"

Jawab mereka: "Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu." Maka sambung Rasulullah s.a.w dengan kata-katanya: "Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!"

Maka kata Abu Lahab: "Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua?" Maka turunlah ayat Allah yang bermaksud:

''Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".
Al-Lahab x:1

Imam Muslim pula meriwayatkan sebahagian yang lain pula dari cerita ini, iaitu melalui Hadith yang diriwayat oleh Abu Hurairah. Katanya, setelah terturunnya ayat Allah yang bermaksud:

"Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat. "

Maka Rasulullah s.a.w pun mengajak mereka secara umum dan khusus; kata Baginda: Wahai kalian Quraisy, selamatkanlah diri kamu dari api neraka, wahai kalian Ka'ab selamatkanlah diri kamu dari api neraka, demi Allah sesungguhnya daku tidak berkuasa menolong kamu dari azab Allah, apa yang ada hanyalah hubungan rahim yang akan ku cubakannya.

Inilah laungan yang berkumandang membawa maksud penyampaian yang optima. Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah menerangkan kepada yang terdekat dengannya, bahawa mempercayai dengan risalah yang dibawanya ini merupakan penyuburan kepada hubung rahim di antara Baginda dan mereka semua. Kefanatikan kekeluargaan yang menjadi pegangan bangsa Arab ini dicairkan oleh bahang kepanasan inzar-inzar (peringatan-peringatan) dari Rasulullah s.a.w s.a.w. yang pasti akan disusuli dengan azab dari daripada Allah s.w.t.


MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN REAKSI MASYARAKAT MAKKAH

Suara seruan Rasul di bukit As-Safa itu masih lagi bergema dipelusuk penjuru kota Makkah, hinggalah turunnya ayat Allah:

"Maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu dan berpaling tadahlah dari kaum musyrikin "
Al-Hijr: 94

Rasulullah s.a.w bangun melaksanakan tugasnya itu dan membongkar khurafat-khurafat syirik dan kepalsuannya. Rasulullah s.a.w memperingatkan hakikat berhala-berhala yang mereka sembah itu yang ketiadaan nilai sedikit pun. Baginda mendedahkan kekosongan fungsinya dengan contoh-contoh sebagai pendekatan. Baginda menjelaskan dengan kenyataan-kenyataan, di mana para pemimpin yang dianggap sebagai perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah adalah kerja-kerja yang sia-sia dan sesat semata-mata.

Seluruh Makkah menjadi berang dan marah, merasakan satu kepelikan dan aneh seterusnya membantah dan memprotes terhadap tuduhan dan ancaman yang menganggap orang musyrikin dan penyembahan berhala sebagai sesat, tuduhan itu dianggap melulu bak halilintar berdentum di celah mendung langit, menggegar suasana yang penuh kedamaian. Kaum Quraisy bangun serentak untuk menyekat satu revolusi yang muncul dengan tiba-tiba, mereka curiga ianya akan melenyap dan meranapkan budaya hidup yang mereka warisi selama ini.

Mereka bangun serentak, kerana mereka mengetahui dengan pasti bahawa "beriman" itu ertinya menafi seluruh tuhan selain dari Allah. Beriman dengan risalah Muhammad dengan hari Akhirat bererti penyerahan total dan pengakuan yang mutlak, dengan ertikata mereka sudah tidak mempunyai sebarang pilihan lagi pada diri mereka mahupun pada harta mereka lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Ini juga bermakna penafian kekuasaan dan kelebihan mereka ke atas bangsa Arab atas nama agama. Kerana mereka enggan melaksanakan kehendak Allah dan RasulNya, sanggup mempertahankan penganiayaan yang mereka lakukan selama ini terhadap lapisan bawahan mereka, berkeras untuk meneruskan kejahatan yang mereka sudah berbudaya dengannya pagi dan petang, mereka arif kesemua perilaku yang memalukan ini, maka itulah yang menyebabkan jiwa mereka enggan untuk menerima risalah Muhammad s.a.w, untuk kebaikan dan kemuliaan, tetapi sebaliknya rela untuk meneruskan kejahatan seperti firman Allah:

"Bahkan manusia menghendaki untuk terus berjahat di masa yang akan datang".
Al-Qiyaamah: 5

Mereka sedar semuanya ini, tetapi apakah yang akan mereka lakukan berhadapan dengan lelaki yang benar dan beramanah ini, yang merupakan contoh ideal kepada akhlak mulia dan kemanusiaan yang sempurna, selama ini mereka belum pernah menemui satu contoh dan bandingan seperti Muhammad s.a.w ini disepanjang sejarah mereka dan sejarah ibu bapa mereka. Apakah yang akan mereka lakukan? Mereka sebenarnya kebingungan dan memanglah wajar mereka kebingungan.

Setelah menilik pemikiran mereka sematang-matangnya, didapati tiada jalan lain selain dari menemui bapa saudaranya Abu Talib, mereka akan meminta jasa baik Abu Talib supaya menghalang anak saudaranya itu, dari meneruskan tindakan memperlecehkan berhala-berhala mereka, untuk mengemaskan tuntutan mereka itu, mereka akan mendakwa: Bahawa tindakan dan seruan untuk meninggalkan tuhan-tuhan mereka, di samping menyatakan ketiadaan sebarang faedah atau sebarang daya pun bagi berhala-berhala itu, adalah satu penghinaan dan merendah-rendahkan nenek moyang mereka yang mewarisi agama ini. Sebaik sahaja mereka dapat idea ini terus mereka berhadapan dengan Abu Talib.