05 Februari 2009

sambungan...Rahiqul Makhtum

RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WA SALAM DI MADINAH

Rasulullah s.a.w telah sampai ke Madinah pada petang hari Sabtu tanggal 7 bulan Syawal tahun 3 Hijrah sesampainya ke rumah, Baginda menyerahkan pedangnya kepada anaknya Fatimah dengan sabdanya: Cucikan darah-darah dari pedang ini, demi Allah ianya telah membenarkan kerja-kerjaku, kemudian Ali bin Abi Talib pun menyerah pedangnya dengan katanya: Tolong cucikan juga pedang ku ini, demi Allah sesungguhnya pedang ini telahpun membenarkan daku, sabda Rasulullah s.a.w: Sekiranya kau telah benar-benar berperang, maka sesungguhnya Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah pun adalah benar bersama-sama dengan kamu.


BILANGAN TERKORBAN KEDUA BELAH PIHAK

Keseluruhan riwayat sebulat suara mengatakan, bilangan syuhada yang terkorban di dalam peristiwa Uhud adalah seramai tujuh puluh orang, daripada itu bilangan yang terbesar adalah dari golongan Al-Ansar, di mana seramai enam puluh lima syuhada' gugur dibumi Uhud, 13 orang dari kalangan Al-Khazraj, 24 dari Al-'Aws dan seorang Yahudi, manakala syuhada dari Muhajirin adalah seramai 4 orang sahaja.

Yang terbunuh dari kalangan Al-Musyrikin adalah seramai 22 orang. Tapi selepas meneliti dengan cermat ke atas peperangan Uhud dari perbagai sudut, maka ahli sirah dan peperangan menyebut bahawa korban dari pihak Quraisy adalah seramai 37 orang dan bukan 22 orang. Wallahu a'lam.


KEADAAN DARURAT DI MADINAH

Di malam Ahad 8 haribulan Syawal tahun 3 Hijrah seluruh kaum muslimin berada dalam keadaan dharurat sekelian mereka tidur dalam keadaan berjaga-jaga, walaupun mereka sekalian mengalami keletihan dan kepenatan yang amat sangat, namun sedemikian mereka tetap membuat pengawalan di setiap penjuru Madinah dan pintu masuknya, mengawal dan menjaga keselamatan pemimpin agung mereka Rasulullah s.a.w secara khusus, kerana mereka mencurigai seperti ada beberapa perkara yang tidak kena dengan suasana Madinah pada malam berkenaan.


PEPERANGAN HAMRA' AL-ASAD

Di malam itu Rasulullah s.a.w dalam keadaan memikirkan mengenai situasi Madinah, selepas peperangan Uhud itu, Baginda sangsi dengan sikap Quraisy yang mungkin mereka membuat perubahan sikap setelah mereka menilai semula peperangan yang mereka sertai itu, yang tidak pun memberi sesuatu faedah kepada mereka. Meskipun mereka menang di medan pertempuran, pasti mereka berdukacita, kerana itu mereka mungkin akan berpatah balik untuk melanggar Madinah buat kali kedua di dalam tempoh yang sama. Justeru itu, Rasulullah s.a.w terfikir untuk membuat operasi memburu tentera Makkah.

Ahli sirah dan peperangan menyebut dalam satu kata sepakat: Di hari itu Rasulullah s.a.w menyeru sekalian kaum muslimin dan memerintah mereka bergerak untuk berhadapan dengan musuh, seruan ini dibuat pada keesokan hari selepas peristiwa Uhud, iaitu hari Ahad 8 haribulan Syawal tahun 3 hijrah, dengan sabdanya: "Tidak akan menyertai kita di hari ini kecuali mereka yang menyertai peperangan Uhud kelmarin". Kata Abdullah bin Ubai:

"Boleh aku turut bersama kau"? Jawab baginda: "Tidak". Sekalian kaum muslimin menyahut seruan Rasulullah s.a.w itu meskipun mereka mengalami kecederaan yang amat sangat dan ketakutan, tetapi mereka menjawab: "Kami menurut perintah Rasulullah s.a.w penuh taat setia".

Di masa itu Jabir bin Abdullah tampil ke hadapan Rasulullah s.a.w meminta izin untuk turut serta dengan katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w sebenarnya daku ini tidak suka melihat sesuatu peristiwa itu kecuali ku ingin bersama-sama Rasulullah s.a.w, namun dalam peristiwa Uhud itu daku tidak bersama-sama Rasulullah s.a.w kerana bapaku mengamanahkan daku untuk menjaga anak-anak perempuannya. Kali ini izinkanlah daku untuk bersama-sama menyertai bersama tuan hamba. Justeru itu Rasulullah s.a.w pun membenarkan Jabir turut serta. Rasulullah s.a.w bergerak bersama tentera Islam, hingga tiba ke tempat bernama Sahra' Al-Asad, sejauh lapan batu dari Al-Madinah, di situ mereka berkhemah.

Semasa di Hamra' Al-Asad, Ma'bad bin Abi Ma'bad Al-Khazaie telah datang menemui Rasulullah s.a.w mengisytihar kemasukannya ke agama Islam - namtin ada pendapat mengatakan yang beliau ini masih dalam musyriknya, Cuma beliau datang untuk memberi nasihat kepada Rasulullah s.a.w, kerana di antara Banu Khuza'ah dan Banu Hasyim termeterainya perjanjian, dengan katanya: Wahai Muhammad demi Allah, sesungguhnya apa yang menimpa kamu itu adalah berat bagi kami, hanya doa restu kepada Allah semoga kamu disejahterakan Allah - di sini Rasulullah s.a.w meminta beliau terus menyertai bersama Abu Sufian dan bertindak menggagalkannya. Sebenarnya apa yang Rasulullah s.a.w curigai selama ini memang benar terjadi kerana setibanya tentera musyrikin di Ar-Ruha' 36 batu ke Madinah mereka saling kecam mengecam, di antara mereka menyebut dengan katanya Sebenarnya kamu tidak melakukan sesuatu apa pun, walaupun dapat pecahkan kekuatan mereka, kemudian kamu biarkan begitu sahaja, kepala-kepala mereka masih hidup dan dapat bersatu semula, ayuh kita patah balik semula untuk memerangi mereka hingga ke akar umbi. Nampaknya pendapat ini mutawatir, disuarakan oleh orang tertentu, yang tidak sangat menilai kekuatan fizikal dan kejiwaan kedua-dua pihak, oleh itu cadangan ini disanggah oleh ketua yang bertanggungjawab, Safwan bin Umaiyah dengan jawapannya: "Wahai kalian kaumku, jangan kamu tergesa-gesa bertindak sedemikian, kerana aku mencurigai, nanti kalau akan ditentangi oleh mereka, (kaum muslimin) yang dahulu tidak keluar berperang, lebih baik kamu pulang, kedaulatan kamu sudah pun di dalam tangan kamu, Aku takut nanti kalau kamu berpatah balik menyerang Madinah kedaulatan kamu itu akan dirampas kembali", namun pendapat beliau ini tidak mendapat restu dari suara majoriti tentera, malah sebaliknya mereka bersetuju untuk berpatah balik bergerak menuju Madinah, tetapi sebelum Abu Sufian mengalih arah pergerakan tenteranya beliau telah ditemui oleh Ma'bad bin Abi Ma'bad Al-Khuzaei yang tidak diketahui tentang kelslamannya, beliau telah ditanya oleh Abu Sufian dengan katanya: Ada apa-apa yang tidak baik? Sebagai satu perang saraf, Ma'bab menjawab: Sebenarnya Muhammad keluar bersama-sama sahabatnya, memburu kamu dalam satu ketumbukan yang belum pernah ku lihat lagi seperti itu, kelihatan perasaan mereka meluap-luap untuk menuntut bela, ketumbukan ini telah disertai nampaknya oleh mereka yang tidak bersamanya di dalam peperangan Uhud kelmarin, seolah-olah mereka ini ingin menampung balik ketidakhadiran mereka kelmarin.

Jawab Abu Sufian: Jenis apa yang kamu kata itu: Jawab Ma'bad: Demi Allah, tidak percaya, kamu boleh maju sedikit ke hadapan ke arah Madinah kamu akan melihat ketumbukan peninjaunya di sebalik bukit itu. Kata Abu Sufian: Demi Allah sebenarnya kami sudah sebulat suara untuk membuat serangan mengejut untuk menghapus mereka sama sekali. Jawab Ma'bad: Aku menasihati kamu, jangan bertindak bodoh sedemikian, di masa itu semangat juang tentera musyrikin mulai runtuh, malah mereka sudah mula dalam ketakutan, pada mereka sebaik-baik jalan ialah meneruskan pengunduran ke Makkah, sedang ,Abu Sufian terus memupuk semangat juang di kalangan tentera Makkah, menyeru mereka untuk berpatah balik melanggar Madinah, tujuannya ialah untuk menghalang tentera Islam dari terus memburu mereka. Tepat sekali di mana Abu Sufian telah berjaya dalam usahanya itu, kerana dengan takdir Allah satu rombongan qabilah Abd Al-Qais yang belayar melalui perhentian tentera Makkah menuju ke Madinah, maka Abu Sufian berkata kepada ketua qabilah tadi : Sebaik sahaja kamu bertemu dengan Muhammad dan sahabatnya tolong sampaikan perutusan ini, aku berjanji akan ku muatkan buah-buah kismis ini ke atas tunggangan kamu, di Ukaz bila kamu daiang ke Makkah nanti, setelah kamu tunaikan perutusan ku ini. Jawab mereka: "Ya boleh". Kata Abu Sufian: "Kamu sampaikan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya bahawa kami telah membuat keputusan untuk menyerang mereka, hingga dapat kami menghapusnya dan pengikut-pengikutnya".

Sebaik sahaja kafilah, Abu Abd Al-Qais menghampiri Rasulullah s.a.w dan tenteranya yang sedang singgah di " Hamra' Al-Asad", beliau pun terus menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w, perutusan Abu Sufian itu, dengan katanya: "Sebenarnya penduduk Makkah telah pun mengumpul seluruh tenaganya, maka hendaklah kamu berwaspada dengan mereka, apa lagi kaum muslimin pun semakin bertambah kental keimanan mereka".

"Dan mereka menjawab: Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar".
Ali lmran: 173-174

Rasulullah s.a.w bersama tentera Islam berkhemah di Hamra' Al-Asad setibanya dari Madinah pada hari Ahad, untuk selama 3 hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu, kira-kira tanggal 9 hingga 10 dan 11 Syawal tahun 3 Hijrah, setelah itu baginda pulang semula ke Madinah. Namun sebelum pulang baginda menahan Abu Azzah Al-Jumahi, beliau adalah di atara tawanan Badar yang dibebaskan tanpa sebarang bayaran kerana kedhaifan beliau di samping ramai pula anak-anak perempuan dibawah tanggungan beliau. Setelah beliau berjanji untuk tidak melawan lagi, namun beliau telah mungkir janji, di mana beliau telah merangsangkan kaum musyrikin melalui syair-syairnya dan beliau sendiri pun turut bersama, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w menahan, beliau sekali lagi berkata: Wahai Muhammad bebaskanlah aku, seperti dahulu, berilah kesempatan untuk ku menjaga anak-anak perempuan ku, dan aku berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang sama itu. Rasulullah s.a.w menjawab: Aku tidak mahu bila kau pulang ke Makkah nanti kau akan menunjuk dengan jarimu ke dahi, dan berkata: Nah sekali lagi aku dapat menipu Muhammad, sebenarnya orang mukmin tidak dipagut oleh ular dua kali dari lubang yang sama. Kemudian baginda memerintah Az-Zubair atau 'Asim bin Thabit memancung lehernya.

Baginda juga menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pengintip Makkah, beliau dikenali sebagai Muawiyah bin Al-Mughirah Ibnu Abi Al-Aas, iaitu datuk kepada Abdul Malik bin Marwan sebelah ibunya, kisah bermula, apabila tentera,musyrikin pulang ke Makkah, maka Muawiyah ini datang menziarahi anak saudaranya Uthman bin Affan (r.a), beliau telah memohon perlindungan dari Uthman (r.a). dengan syarat tidak melebihi tiga hari. Sekiranya beliau langgar syarat akan dibunuh namun setelah Madinah lengang dari tentera Islam, beliau terus tinggal di sana lebih dari tiga hari, dengan tugas mengintip bagi pihak
Quraisy, setelah tentera Islam pulang, Muawiyah lari keluar secara senyap-senyap, justeru itu Rasulullah s.a.w memerintah Zaid bin Harith dan Ammar bin Yasir memburunya, maka mereka berdua pun mengikuti jejaknya hingga bertemu dan di tempat itu juga beliau dibunuh.

Suatu hakikat yang tidak syak lagi bahawa peperangan Hamra' Al-Asad bukanlah satu peperangan yang berasingan, malah ianya merupakan sebahagian dari peperangan Uhud, malahan sambungan kepada peperangan Uhud dan siri terakhir dari keseluruhah peperangan Uhud berkenaan.

Itulah dia peperangan Uhud dengan keseluruhan tahap-tahap dan penceritaannya secara terurai, di ketika para pengkaji menyelidiki mengenai kesudahan peperangan ini, apakah ianya suatu kemenangan atau tidak? Tapi satu hakikat yang jelas di mana kelebihan ketenteraan yang berbeza di antara tentera Makkah dan tentera Madinah adalah ketara sekali, terutamanya di dalam pusingan kedua, di mana pihak musyrikin menguasai pertempuran di seluruh medan perang, kerugian tenaga manusia di pihak Islam lebih teruk berbanding dengan apa yang dialami oleh pihak musyrikin, terdapat sekumpulan tentera Islam di beberapa medan pertempuran kiranya tewas sehabisnya di mana tentera musyrikin menguasai suasana pertempuran, oleh kerana adanya faktor lain yang tidak membenarkan kita menyebut pertempuran ini memberi kemenangan dan kejayaan kepada Islam, sebab itulah kita tawaqquf.

Walau bagaimana sekalipun, satu perkara yang tidak diragui, di mana tentera Makkah tidak dapat menawan institusi ketenteraan Islam, disebabkan sebahagian besar tentera Al-Madinah tidak berundur lari dari medan pertempuran, meskipun berlaku huru-hara di barisan tentera Islam, malah seluruh mereka menentang tentera Makkah hingga dapat mereka berkumpul semula di sekeliling qiada. (pimpinan), dan tidak membiarkan tentera lawan memburu askar-askarnya, justeru itu tidak seorang pun yang menjadi tawanan tentera musyrikin malah tentera musyrikin tidak dapat sebarang harta rampasan pun dari kaum muslimin, dan tentera musuh tidak pula membuka medan pertempuran ketiga meskipun tentera Islam masih dipengkalan perjuangannya. Demikian juga tentera musyrikin tidak pula bermukim di medan pertempuran untuk selama sehari, dua atau tiga hari seperti yang biasa dilakukan oleh pihak yang menang, sebagai tradisi amalan di masa itu, malah dengan segera pula berundur dari situ terlebih dahulu, meninggal medan pertempuran lengang sahaja. Sebelum tentera Islam meninggalkannya. dan tidak pula mereka berani menyerang Madinah untuk menawan kaum wanita sebagai rampasan perang dan harta-harta di sana, sedang jarak Madinah dengan medan pertempuran hanya beberapa langkah sahaja dalam keadaannya ianya terdedah dan terbuka kepada sebarang serangan.

Kesemuanya ini membuktikan kepada kita bahawa apa yang dipungut oleh Quraisy dari peperangan Uhud ini tidak lebih dari satu kesempatan dan peluang untuk mereka, buat menimpa kerugian yang teruk ke atas kaum muslimin, di samping kegagalan mereka untuk membenteras dan menghapus tentera Islam sehabis mungkin, setelah mereka berjaya mengepung tentera Islam, yang biasanya pihak penyerang, tidak teragak-agak untuk membunuh kesemua tentera lawannya dalam keadaan sepertimana yang terjadi kepada tentera Islam, maka sebab itu untuk dikatakan bahawa tentera Quraisy memperolehi satu kejayaan adalah, tidak, dan jauh sama sekali.

Malah apa yang menguatkan lagi sikap kita di mana Abu Sufian bergegas pula untuk berundur dari medan pertempuran kerana beliau takut tenteranya akan mengalami kekalahan, seandainya beliau membuka semula medan pertempuran yang ketiga. Penegasan ini dapat diperhatikan dari sikap Abu Sufian terhadap peperangan Hamra' Al-Asad itu.

Untuk itu maka kita menegaskan bahawa peperangan ini adalah sebahagian yang tidak terpisah dari induknya, setiap pihak telah memperolehi bahagian masing-masing kerugian dan keuntungan, dipenghujungnya setiap pihak menarik diri, tanpa memperlihatkan di mata lawannya sebagai lari dari medan peperangan dengan meninggalkan tapaknya ditawan oleh lawan, inilah yang dikatakan yang ianya suatu peperangan yang bersambung dengan awalannya. Untuk itu maka Allah menjelaskan di dalam firmanNya:

"Janganlah kamu lemah melawan kaum itu, jika kamu mendapat kesakitan, mereka pun mendapat kesakitan juga, sebagaimana kamu mendapat kesakitan. Sedangkan kamu mengharapkan dari Allah barang yang tiada mereka harapkan"
An-Nisaa': 104

Allah menggambarkan perasaan yang dialami oleh satu kem sebagaimana yang dirasainya oleh kem yang satu lagi, ini membawa erti di mana kedua-dua situasi adalah setara, kedua-dua pasukan masing-masing pulang dengan tidak membawa kemenangan.


AL-QURAN MEMPERKATAKAN SEKITAR PEPERANGAN BERKENAAN

Ayat Al-Quran turun untuk memberi penjelasan ke atas setiap marhalah mengenai peristiwa Uhud ini, marhalah demi marlahah, diiringi dengan ulasan-ulasan yang menjelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kerugian yang parah. Al-Quran juga bertanggungjawab menjelaskan sudut-sudut kelemahan yang masih terdapat pada pendokong-pendokong kebenaran dan iman, berbanding dengan tanggungjawab mereka di dalam situasi yang sebegini cemas, juga berbanding dengan matlamat-matlamat mulia yang hendak dicapai oleh kelompok ini, yang mana kerana matlamat-matlamat inilah maka diprosesnya kelompok dan umat ini, yang digambarkan oleh Allah sebagai suatu umat dengan ciri-ciri keistimewaannya dilahirkan untuk manusia sejagat.

Sebagaimana juga Al-Quran memperkatakan mengenai golongan munafiqin, Allah mendedahkan keburukan diri mereka, Allah mendedahkan perseteruan mereka secara senyap-senyap, terhadap Allah dan RasulNya, disamping Allah (s.w.t) membersihkan hati naluri kaum muslimin dari sangkaan dan hasutan-hasutan syaitan yang selama ini menyelaputi hati-hati mereka, perasaan dan hasutan ini ditimbul-timbulkan oleh golongan munafiqin dan kroni-kroni mereka dari kaum Yahudi Madinah yang merupakan kepala fitnah, batu api dan pakatan konspirasi. Seterusnya Al-Quran mendedahkan hikmah-hikmah dan pencapaian sejati dan murni di akhir peperangan.

Enam puluh ayat dari surah Ali Imran yang diturunkan khusus memperkatakan seawAl-Awal detik peristiwa:

"Ingatlah ketika engkau keluar pagi hari dari keluarga kamu, kau tempatkan orang-orang Mukmin pada beberapa tempat untuk berperang".
Ali Imran: 121

Diakhiri dengan huraian lengkap terhadap kesudahan-kesudahan dan hikmat-hikmat peperangan ini dengan firmannya:

"Allah tiada membiarkan orang-orang yang beriman menurut keadaan kamu, sehingga ia membedakan orang yang jahat dari orang yang baik. Dan bukanlah Allah hendak memperlihatkan .hal ghaib kepadamu, tetapi Allah memilih di antara rasul-rasulNya siapa yang dikehendakiNya, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, danjika kamu beriman dan bertaqwa, maka untuk mu pahala yang besar"
Ali Imran: 179


HIKMAH-HIKMAH DAN MATLAMAT-MATLAMAT MURNI DARI PEPERANGAN INI

Ibnu Al-Qayyim menghuraikan secara meluas khusus mengenai tajuk ini, tegas Ibnu Hajar dengan katanya: Para ulama telah menyebut: Bahawa sesungguhnya di dalam peristiwa Uhud ini dengan apa yang telah terkena ke atas kaum muslimin, terkandung kebaikan-kebaikan dan hikmah-hikmah Ilahi yang luhur, antaranya: Mengajar kaum muslimin bahawa penderhakaan itu buruk padahnya, pelanggaran perintah membawa kepada nahas yang parah, iaitu ketika golongan pemanah meninggalkan tempat, sedang mereka diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w supaya jangan berganjak dari tempat mereka dalam keadaan apa jua sekali pun. Kebiasaannya para rasul diuji namun kesudahan akan berpihak kepada mereka, sebagai hikmahnya, kalaulah mereka ini sentiasa menang sahaja nescaya golongan yang tidak beriman akan menyertai bersama kaumnya yang beriman itu, dengan erti kata lain tidak akan berlaku satu proses pembezaan dan penapisan di antara mereka yang benar dan yang tidak benar, malah sebaliknya pula, kalaulah mereka ini sentiasa kalah dan gagal sahaja, pasti pula tujuan pengutusan para rasul tidak tercapai, untuk membezakan di antara yang membenarkan dan yang mendustai risalah Rasulullah s.a.w. Kerana nifaq dan taqiah golongan munafiqin adalah tersembunyi dari pengetahuan kaum muslimin, dengan berlaku peristiwa ini maka tertonjollah golongan munafiq dan taqiah melalui tindakan dan percakapan mereka, hingga dengan itu kaum muslimin dapat mengenali seteru mereka dengan peranan-peranannya sekali, maka untuk tindakan susulan mereka, mereka boleh berjaga-jaga, berwaspada dan mengelak dari golongan ini. Kelewatan kemenangan dan pertolongan pada sesetengah tempat boleh menjinak kebuasan hawa nafsu dan boleh melunak kesombongannya, semasa diuji kaum muslimin pasti bersabar manakala kaum munafiqin dan taqiah akan keluh-kesah, disamping itu Allah telah menyediakan untuk hamba-hambaNya yang beriman kedudukan dipersada kemuliaan dan karamahNya yang tidak mungkin dicapai atau tersampai di sana melalui amalan-amalan mereka. Untuk itu maka Allah membuka peluang dengan menyediakan sebab-sebab, iaitu ujian dan fitnah hingga dengannya mereka berupaya sampai ke sana. Dari peristiwa ini Allah rnenawarkan mati syahid yang merupakan kemuncak kedudukan para awliya'Nya, kejadian ini juga menjelaskan kehendak Allah dan iradahNya, untuk membinasakan musuh-musuhNya. Dengan menyediakan sebab musabab iaitu kekufuran mereka keengganan dan penderhakaan mereka, kerana menentang para auliyaNya sehingga dengannya maka terpadam dosa-dosa kaum mukmin dan menghapuskan kaum kafirin.


PENGHANTARAN TENTERA DAN PERUTUSAN: DALAM TEMPOH Dl ANTARA PEPERANGAN UHUD DAN AL-AHZAB

Peristiwa peperangan Uhud telah meninggalkan kesan yang buruk, terutamanya populariti kaum mukmin, keagungan mereka tercabar, kehebatan mereka tidak digeruni lagi, tekanan dari dalam dan luar semakin bertambah, malah Madinah dilingkungi bermacam-macam ancaman, puak, Yahudi munafiqin dan golongan Arab berani memusuhi secara terang-terangan, malah setiap kelompok ini telah cuba mempersendakan orang-orang mukmin, malah mereka ingin sangat untuk membenteras dan menghapus mereka hingga ke akar umbi.

Dua bulan selepas berlakunya peristiwa Uhud, Banu Asad telah membuat persiapan untuk melanggar Madinah, dalam bulan Safar tahun 4 Hijrah. Qabilah Udhal dan Qaarah telah membuat tipu muslihat terakhir dengan terkorbannya sepuluh orang sahabat. Peristiwa ini dikenali sebagai tragedi "Bi'r Al-Ma'unah". Banu An-Nadhr sekelompok Yahudi terus memusuhi Rasulullah s.a.w secara terang-terang, hinggalah pada bulan Rabiulawal tahun 4 hijrah mereka telah merancang satu tindakan yang bertujuan membunuh Rasulullah s.a.w. Banu Ghatafan tidak kurang juga, bersemangat memerangi Rasulullah s.a.w, di mana mereka telah bersiap hampir-hampir melanggar Madinah pada bulan Jamadilawal di tahun 4 Hijrah.

Kaum muslimin seolah-olah kehilangan taring, natijah buruk peperangan Uhud, menyebabkan mereka seketika berada dalam keadaan terancam, namun kebijaksanaan Muhammad s.a.w yang telah membentuk semula arus umat di samping mengembalikan semula kerugian yang hilang itu, hingga dengannya umat Islam terbina semula kedaulatan dan keagungannya. Langkah yang paling awal sekali yang dilakukan oleh Muhammad s.a.w di dalam menangani permasalahan ini, ialah dengan membuat buruan terhadap tentera Makkah di dalam gerakan Hamra' Al-Asad itu. Implikasinya Muhammad s.a.w telah membina semula populariti dan nama tenteranya, yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu telah menyebabkan kaum Yahudi dan munafiqin dan taqiah dalam keadaan serba kebingungan dan panik, disusuli pula dengan munawarah, beberapa stategi peperangan yang kesemuanya mengangkat semula kedudukan dan nama umat Islam. Di antara tindakan Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

1. Sariyah Abi Salamah
Orang pertama yang cuba melanggar kaum muslimin selepas tragedi Uhud, ialah Banu Asad bin Khuzaimah. Risikan Al-Madinah telah menerima berita dan seruan Talhah bin Khuwalid dan saudaranya Salamah terhadap kaum mereka untuk memerangi Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bertindak menghantar segera angkatannya yang terdiri dari seratus lima puluh orang askar Muhajirin dan Ansar. Pimpinan diserahkan kepada Abu Salamah dan bendera Islam diserahkan kepadanya. Di dalam serangan itu kaum muslimin telah menawan sebilangan unta dan biri-biri, kesemuanya dituntun ke Madinah, kepulangan mereka ke Madinah dalam keadaan selamat dan menggondol harta-harta rampasan perang namun peperangan tidak pun berlaku.

Penghantaran angkatan Abu Salamah adalah di permulaan bulan Muharam Tahun 4 Hijrah, semasa kepulangan Abu Salamah lukanya yang dialami semasa peperangan Uhud semakin parah, hingga tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.

2. Pengutusan Abdullah bin Anis
Tanggal hari kelima di bulan yang sama di bulan Muharam tahun 4 Hijrah, risikan Rasulullah s.a.w telah menerima berita di mana Khalid bin Sufian Al-Huzali sedang menghimpun tenaganya untuk menyerang kaum muslimin, dengan itu segera Rasulullah s.a.w mengirim Abdullah bin Anis ke sana untuk menghapus percubaan itu.

Abdullah bin Anis ke sana selama lapan belas malam, beliau tiba ke Madinah pada hari Sabtu di minggu terakhir bulan Muharam, Abdullah berjaya membunuh Khalid, malah beliau membawa pulang kepala Khalid ke hadapan Rasulullah s.a.w, di mana Rasulullah s.a.w menghadiahkan tongkatnya kepada Abdullah, dengan bersabda: Inilah tanda hubunganku dengan kau hingga ke hari Qiamat. Diriwayatkan, semasa Abdullah menemui ajalnya beliau telah berpesan agar tongkat itu dikafankan bersama jenazahnya.

3. Perutusan Ar-Raji'
Pada bulan Safar di tahun yang sama yakni tahun keempat Hijrah sekumpulan dari qabilah Udhal dan Qaarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w dengan menceritakan bahawa terdapat di kalangan mereka individu-individu yang menganut Islam, di sini mereka telah memohon dari Rasulullah s.a.w untuk mengirim orang-orang yang boleh mengajar mereka akan agama Islam dan Al-Quran. Dengan itu Rasulullah s.a.w pun menghantar bersama-sama mereka enam orang manakala riwayat Ibnu Ishak dan Al-Bukhary menyebut pengutusan itu adalah seramai sepuluh orang. Baginda melantik Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi sebagai Amir perutusan itu. Namun Ibnu Ishak dan Al-Bukhary menyebut bahawa Amir yang dilantik itu adalah Asim bin Thabit datuk kepada Asim bin Umar bin Al-Khattab, apabila mereka sampai di tempat bernama Ar-Raji', ianya adalah kawasan air qabilah Huzail di sebelah Al-Hijaz, ianya terletak di antara Rabigh dan Jeddah. Qabilah Udhal dan Qaarah yang bersama perutusan Rasulullah s.a.w itu telah memanggil satu qabilah dari Huzail untuk mcnyerang orang Islam. Qabilah ini dikenali sebagai Banu Lahyan, perutusan Islam ini telah diburu oleh sekumpulan pernanah seramai seratus orang. Hingga sempat mereka mengepung pendakwah Islam itu, menyebabkan mereka terpaksa lari menyelamatkan diri ke kawasan bernama Fad-Fad. Orang Islam telah diberi jaminan dengan kata mereka: Kami berjanji dengan kamu, sekiranya kamu singgah bersama kami, kamu tidak akan dibunuh walau seorang pun. Namun Asim enggan menurut tawaran mereka itu, malah beliau bersama sahabatnya terus melawan mereka, menyebabkan tujuh orang terbunuh dengan lontaran panah musuh, hanya tinggal Khubaib dan Zaid bin Ad-Dathnah dan seorang lelaki lain dan sekali lagi musuh mereka menawar janji mereka, tetapi musuh tetap musuh, kerana mereka dikhianati, mereka diberkas dengan tali-tali panah, maka berkata lelaki yang ketiga: Ini adalah pengkhianatan pertama, dan beliau enggan mengikuti mereka, menyebabkan mereka terpaksa mengheretnya dan memaksa beliau mengikuti mereka, tapi beliau tetap enggan, akhirnya beliau dibunuh di tempat itu. Dengan itu puak musuh membawa Khubaib dan Zaid dan dijual mereka di pasar Makkah, mereka berdua ini telah membunuh pembesar-pembesar Makkah di dalam peperangan Uhud, adapun Khubaib tinggal di Makkah di dalam kurungan, kemudian mereka berazam untuk membunuh beliau maka dibawa keluar dari tanah haram ke Tanaim. Semasa hendak disalibkan beliau meminta untuk bersembahyang dua rakaat, mereka pun membenar Khubaib melaksana permintaannya itu dengan bersolat dua rakaat, setelah memberi salam beliau berkata: Demi Allah kalau tidak kamu menyangka yang aku ini takut mati, nescaya ku perpanjangkan sembahyang ku itu kemudian beliau berdoa: Ya Allah ya Tuhanku! musnahkanlah mereka kesemua, bunuhkanlah mereka sehabis-habisnya, dan jangan tinggal seorang pun dari mereka". Sambung beliau dalam madahnya:

Kalian gerombolan mereka mengelilingi daku
Kalian qabilah mereka sepakati menghantam daku Seluruh anak dan isteri mereka dekati
Keseorangan daku di pepohon tinggi diikati Hanya pada Allah ku mengadu nan sengsara
Kesepakatan mereka membunuh daku Tuhan perkasa berikan daku kesabaran
Buat menghadapi akibat angkara, Dagingku mereka kerjakan
Harapan ku berkecai musnah Mereka menawar kekufuran dan mati padaku
Tiada air mata ku menangis Peduli tiada, yang pasti biar mati ku muslim
Pada Allah ku pasrah penuh yakin
Anggota ku pasti Allah memberkati Biar terputus ke mana pergi

Sebelum beliau dibunuh Abu Sufian telah menyoal beliau: "Suka tak kamu kami memenggal leher Muhammad di sini dan kau dibebaskan"? Jawab beliau: "Demi Allah! Tidak sekali-kali akansenang bagiku kiranya aku bebas dipangkuan keluarga sedang Muhammad ditempatnya walaupun dengan hanya Baginda tertikam sebatang duri."

Setelah itu mereka pun terus mensalibkan beliau, dan diperintah orang tertentu mengawal jenazahnya, namun di malam hari Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri telah datang dengan cara bersembunyi, dengan helah, telah membawa jenazah beliau keluar dari situ untuk dikebumikan. Orang yang dipertanggungjawab membunuh Khubaib ialah Uqbah bin Al-Harith, sebenarnya Khubaib ini telah membunuh bapanya yang kafir di dalam peperangan Badar.

Mengikut hadith sahih bahawa Khubaiblah orang yang memulakan sembahyang sunat dua rakaat sebelum pembunuhan, yang ganjilnya, para hadirin di hari pembunuhannya telah melihat beliau sedang memakan setangkai buah anggur sedangkan di Makkah masa itu buah tamar pun tak ada. Adapun Zaid Ad-Duthnah telah diburu oleh Safwan bin Umaiyah dan dibunuhnya sebagai menuntut bela di atas pembunuhan ayahnya.

Pihak Quraisy telah mengirim orang-orangnya untuk mengambil sebahagian dari anggota badan Asim untuk dikenalpasti, kerana Asim sebelum ini telah membunuh salah seorang pembesar Quraisy di dalam peperangan Badar, tetapi Allah telah menghantar sekumpulan tebuan yang menjaganya, hingga dengan itu mereka tidak dapat melakukan tugas kotor mereka terhadap mayat syahid itu, sebelum ini Asim telah memohon dari Allah supaya badan beliau tidak disentuhi oleh musyrikin dan tidak pula beliau mahu menyentuh musyrikin, setelah berita itu didengar oleh Amru maka beliau berkata: Allah akan memelihara seorang mukmin sebagaimana Allah memeliharanya semasa hidup.


TRAGEDI BI'R MA'UNAH

Di bulan yang sama di mana berlakunya peristiwa Ar-Raji' yang trajis itu, berlaku pula tragedi Bi'r Ma'unah yang lebih dahsyat dan menyayati hati.
Ringkasan ceritanya, di mana Abu Bara' Amir bin Malik yang dikenali sebagai "Malaib Al-Asinnah" telah tiba menemui Rasulullah s.a.w di Madinah, Baginda menyeru Abu Bara' kepada Islam, dan beliau tidak menganut Islam, namun pada sangkaan Baginda, tidak lama lagi mungkin beliau akan menganut Islam.

Di sini beliau telah meminta dari Rasulullah s.a.w dengan katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w kalaulah tuan hamba dapat mengutus sahabat-sahabat tuan hamba kepada penduduk Najdi untuk mengajak mereka kepada agama tuan hamba ini, ku mengharapkan mereka akan menyahut seruan". Jawab Rasulullah s.a.w: "Sebenarnya daku curiga dengan penduduk Najdi itu", kata Abu Bara': " Daku akan melindungi mereka". Dengan itu, Baginda pun terus mengirim para sahabatnya seramai empat puluh orang. Ini adalah pendapat Ibnu Ishak, tetapi hadith sahih menyebut tujuh puluh orang yang sebenarnya. Rombongan tujuh puluh orang ini diketuai oleh Al-Munzir bin Amru dari Banu Sa'idah yang bergelar: "Al-Mu'tiq li-Yamut". Rombongan tujuh puluh orang ini adalah dipilih dari kaum muslimin, golongan pemimpin, qari, dan kenamaan.

Di siang hari mereka berjalan mengumpul kayu api untuk dijual, dengan harganya dibelinya makanan untuk ahli As-Suffah, mereka ini gemar mempelajari Al-Quran dan melakukan qiamulail. Setibanya mereka ke suatu tempat yang dikenali sebagai Bi'r Al-Ma'unah yang terletak di antara perkampungan Banu Amir dan Banu Salim, mereka singggah di situ. Dari situ mereka menghantar Hiram bin Milhan saudara Ummu Salim dengan sepucok risalah dari Rasulullah s.a.w kepada musuh Allah yang bernama Amir bin Tufail. Apabila beliau menerima risalah berkenaan, langsung tidak dilihat kandungan surat itu, malah beliau memerintah orangnya supaya membunuh utusan yang membawa risalah dari Rasulullah s.a.w dengan menikam dari belakangnya Apabila Haram melihat darahnya mengalir, terus beliau meneriak: "Allahu Akbar, demi Tuhan Ka'abah! Daku telah berjaya".

Kemudian Amir bin Tufail telah menyeru kaumnya untuk membunuh kaum muslimin yang masih hidup. Mereka tidak menyetujui beliau kerana kaum muslimin tersebut di bawah perlindungan Abu Bara', dengan itu beliau meminta Banu Salim membantunya, maka puak Usaiyah, Ra'al dan Zakwan datang melingkungi sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka menentang serangan Amir itu hingga seluruh mereka terbunuh, kecuali Ka'ab bin Zaid bin An-Najjar tersembunyi di bawah jenazah-jenazah sahabatnya, beliau ini hidup hingga ke hari peperangan Al-Khandak.

Adapun Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri dan Al-Munzir bin Uqbah bin Amir bersama orang-orang Islam telah mendapati burung-burung terbang mengelilingi tempat kejadian. Al-Munzir pun turun ke tempat berkenaan dan melawan kaum musyrikin di sana hingga beliau dan orang-orang lain terbunuh, manakala Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri telah ditawan. Setelah diberitahu yang beliau ini dari qabilah Mudhar, maka beliau pun dibebaskan.

Sesampainya Amru bin Umaiyah ke hadapan. Rasulullah s.a.w terus beliau melaporkan kejadian ngeri itu kepada Baginda, di mana terkorbannya tujuh puluh orang pilihan para sahabat terbilang. Peristiwa ini bagaikan mengulangi peristiwa Uhud, yang bezanya, di Uhud mereka pergi dengan niat berperang, manakala di Bir' Al-Ma'unah ini pembunuhan mereka lantaran pengkhianatan yang jahat.

Semasa Amru bin Umaiyah dalam perjalanan pulang ke Madinah di pertengahan jalan "Al-Qarqarah" dari "Sadru Al-Qanah" beliau telah berehat di bawah sepohon kayu, kemudian dua orang lelaki dari Banu Kilab telah turut tumpang berteduh bersama Amru di bawah pohon kayu itu, setelah dua lelaki ini sedang nyenyak lena Amru pun terus membunuh mereka, sebagai menuntut beta di atas pembunuhan sahabatnya di dalam peristiwa Bir'Al-Ma'unah itu, sedang mereka berdua ini adalah di dalam perjanjian damai dengan Rasulullah s.a.w, di mana beliau tidak menyedari perkara ini, sebaik sahaja beliau tiba di Madinah beliau menceritakan peristiwa ini; dan Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Sesungguhnya engkau telah membunuh dua orang di mana ku berkewajipan membayar pampasannya, dengan itu Baginda pun sibuk mengumpul pampasan itu dari kaum muslimin dan sekutu-sekutu Yahudi". Inilah yang membangkitkan perlanggaran dan serangan ke atas Banu An-Nadhr seperti yang akan dikisahkan sebentar lagi.

Rasulullah s.a.w amat bersedih dengan peristiwa yang menyayatkan hati ini selepas peristiwa Ar-Raji'. Kedua-duanya berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja, Rasulullah s.a.w amat berdukacita. Hal ini telah membawa Baginda merasa tidak tenteram kerana sedih dan pilu, menyebabkan Baginda terus mendoakan kemusnahan ke atas qabilah-qabilah yang mengkhianati sahabat-sahabat itu. Riwayat ini di dalam hadith sahih dari Anas (r.a) katanya: Rasulullah s.a.w mendoakan kemusnahan mereka yang merobunuh sahabat-sahabatnya di Bi'r Al-Ma'unah selama tiga puluh pagi, Baginda mendoakan kemusnahan ke atas qabilah Raal, di Zakwan Lahyan dan Usaiyah dengan sabdanya: "Usaiyah memaksiati Allah dan RasulNya, dengan itu Allah menurunkan ke atas NabiNya ayat-ayat Al-Quran mengenainya yang kami membacanya, namun ianya dinasakhkan . Setelah itu Rasulullah s.a.w pun meninggalkan Qunut itu.


PEPERANGAN BANU AN-NADIR

Seperti yang telah dijelaskan di mana kaum Yahudi amatlah membenci dan berhasad kesumat terhadap Islam dan kaum muslimin. Mereka ini bukanlah ahli peperangan, tetapi mereka ini ahli tipu muslihat dan konspirasi, justeru itu mereka selalu menonjolkan sikap hasad dengki dan permusuhan secara teraog-terangan, mereka memperlihatkan usaha jahat dan tipu muslihat mereka dengan perbagai cara, dengan tujuan memerangkap dan menyakiti kaum muslimin, tanpa berani memulakan peperangan, meskipun di antara mereka dan kaum muslimin ada perjanjian. Apa yang terjadi kepada mereka selepas peristiwa banu Qainuqa' dan pembunuhan Ka'ab bin Al-Asyraf mereka hidup dalam ketakutan, justeru itu mereka berdiam dan bertenang sahaja.

Namun selepas peristiwa Uhud, mereka mula memberanikan diri, memperlihat semula perseteruan dan pengkhianatan mereka, dengan itu mereka cuba membuat hubungan dengan kaum munafiqin dan musyrikin penduduk Makkah secara sulit, dan merencana sesuatu yang member! manfaat untuk diri mereka, dimasa yang sama boleh menjejaskan kestabilan kaum muslimin. Dalam semua keadaan Rasulullah s.a.w tetap bersabar, justeru itu maka kaum Yahudi nampaknya semakin melampau dan semakin berani, terutamanya selepas peristiwa Ar-Raji' dan Bi'r Ma'unah, hingga mereka berani merencana untuk membunuh Rasulullah s.a.w.

Ceritanya: Semasa Rasulullah s.a.w keluar bersama beberapa orang sahabat Baginda untuk menemui kaum Yahudi bagi memperolehi sebahagian dari pampasan yang hendak dibayar kepada keluarga dua orang keturunan Kilab yang dibunuh oleh Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri, kerana mengikut perjanjian Madinah kaum Yahudi Madinah harus menanggung bersama pampasan yang seperti ini, beberapa Yahudi telah menjanjikan Rasulullah s.a.w dan meminta Rasul tunggu seketika berhampiran dinding rumah mereka. Maka Baginda pun bersama beberapa orang sahabat menunggu di situ sementara kaum Yahudi membawa bahagian pampasan yang dijanjikan oleh mereka. Adapun mereka yang mengikuti Rasulullah s.a.w di masa itu ialah Abu Bakar, Umar, Ali dan sebilangan para sahabat yang lain.

Di masa itu kaum Yahudi telah berbincang sesama mereka, di mana syaitan pun turut menghasut mereka, yang akhirnya membawa padah buruk kepada mereka selama-lamanya, mereka telah membuat pakatan jahat sesama mereka untuk membunuh Rasulullah s.a.w, dengan kata mereka: Siapa di antara kamu yang berupaya membawa lesung batu ini ke atas bumbung rumah, kemudian humbankan ke atas kepalanya hingga berkecai?. Maka jawab yang terkenal di antara mereka iaitu Amru bin Jahsy: Aku!. Kemudian mereka telah dinasihati oleh Salam bin Misykam: "Jangan buat pekerjaan itu, demi Allah ia akan diberitahu oleh Allah dengan niat kamu itu, dan ini merupakan pencabulan ke atas perjanjian kita dengannya". Namun mereka semua tetap berazam untuk melaksanakan konspirasi itu.

Di masa itu Jibrail (a.s) turun dari sisi Allah Rabbul-Alamin memberitahu RasulNya di bumi tentang niat buruk Yahudi itu, dengan segera Rasulullah s.a.w beredar dari tempat itu dan terus pulang ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya yang lain, dengan kata mereka:" Tuan hamba bangun di mana kami langsung tidak sedar". Kemudian Baginda menceritakan mengenai niat jahat Yahudi tadi.

Selepas itu Rasulullah s.a.w menghantai perutusannya Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir dengan sabdanya: "Keluarlah kamu dari Al-Madinah ini dan jangan lagi kamu hidup bersama ku di Madinah. Ku beri tempoh sepuluh hari, sesiapa di antara kamu yang ku dapati selepas tempoh ini ku pancung lehernya". Bagi kaum Yahudi tiada jalan lain melainkan keluar dalam tempoh itu, mereka pun bersiap untuk keluar dari Madinah, dicelah itu ketua munafiqin Abdullah bin Ubai pun menghantar orangnya meminta Yahudi Banu An-Nadhr supaya jangan keluar dan pertahankan diri dalam benteng mereka, kononnya dua ribu orang penyokong akan masuk ke dalam perkampungan Yahudi, untuk menyertai pertahanan mereka malah mereka akan sehidup semati dengan banu An-Nadhr. Firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 11 yang bermaksud:

"Jika kamu dikeluarkan, maka kami akan keluar bersama kamu, dan kami tiada akan mengikut seseorang selama-lamanya, untuk memerangi kamu, dan jika kamu diperangi kami akan menolong kamu."
Al-Hasyr: 11

Kata Abdullah lagi sebagai menegas, bukan kamu seorang sahaja malah kamu akan dibantu oleh Banu Quraidhah dan sekutu-sekutu dari Banu Ghatafan. Rangsangan Abdullah bin Ubai itu mengembalikan kepercayaan kaum Yahudi untuk mencabar amaran Rasulullah s.a.w, Huyai bin Akhtab ketua Yahudi Bani Nadhir pun berdegil lantaran hasutan kepala munafiqin tadi, dengan itu mereka mengirim kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya: "Kami tidak akan keluar dari kampung kami ini, buatlah apa yang kamu nak buat".

Tidak syak lagi suasana seperti ini merupakan saat genting dan cemas bagi kaum muslimin, kerana pertempuran dengan seteru mereka di saat seumpama ini boleh mendatangkan akibat yang buruk, terutamanya bangsa Arab seluruhnya sudah sebulat hati menentang mereka. Bagaimana berani mereka membunuh utusan-utusan yang dikirim kepada mereka, tambahan pula Bani Nadhir memiliki kekuatan pada tahap yang tidak mudah mereka menyerah kalah, peperangan dengan mereka menghadapi berbagai halangan yang sukar diatasi. Namun peristiwa-peristiwa yang berlaku di tragedi Bi'r Ma'unah dan yang sebelumnya amat menekan perasaan dan sensitiviti kaum muslimin terutamanya percubaan untuk membunuh Rasulullah s.a.w dan pengkhianatan-pengkhianatan yang menimpa kaum muslimim satu demi satu secara jamaah, mahu pun individu. Kemarahan mereka semakin bertambah terhadap pengkhianat-perkhianat itu, oleh yang demikian mereka telah mengambil keputusan muktamad untuk memerangi Bani Nadhir tanpa mempedulikan apakah akibat yang akan terjadi nanti.

Setelah jawapan Huyai Ibnu Akhtab sampai ke pangkuan Rasulullah s.a.w, Baginda terus bertakbir dan dijawab oleh para sahabat dengan laungan takbir yang sama, dengan itu Baginda pun bangun segera untuk bertindak terhadap Bani Nadhir, maka dilantiknya Ibnu Ummu Maktum sebagai orang yang bertanggungjawab semasa ketiadaan Baginda di Madinah. Bendera kaum muslimim dibawa oleh Ali bin Abi Talib, sesampai Baginda di sana, terus dikepungnya perkampungan Bani Nadhir.

Bani Nadhir pun lari menyelamatkan diri ke dalam benteng, mereka bertahan di dalamnya dengan melontar batu-batu dan melancarkan tombak-tombak dan lembing-lembing dari atas. Pada mereka, dusun-dusun dan tamar-tamar itulah yang menjadi sokongan, justeru itu Rasulullah s.a.w memerintah supaya memotong pohon-pohon tamar dan membakarnya, di sini Hassan bin Thabit bermadah dengan syair: Tugasan mudah ke atas Banu Luai Kebakaran meluas Al-Buwairah

Al-Buwairah adalah nama kebun tamar Bani Nadhir, tindakan Rasulullah s.a.w ini tersebut di dalam firman Allah:

"Apa-apa yang kamu potong di antara pohon kurma atau kamu biarkannya tegak maka itu adalah dengan izin Allah".
Al-Hasyr: 5

Yahudi Banu Quraizah menyendiri, tidak berani memberi sebarang pertolongan, apatah lagi Abdullah bin Ubai kepala munafiqin langsung tidak berani berbuat apa-apa pun malah beliau dengan sifat nifaq dan taqiahnya terus mengkhianati janjinya bersama-sama dengan sekutunya Banu Ghatafan, tak seorang pun membawa kebaikan kepada Bani Nadhir atau menolak kemalangannya itu, sikap mereka tak ubah seperti yang digambarkan oleh Allah seperti di dalam firmanNya:

"Seperti syaitan, ketika ia berkata kepada manusia: Kafirlah kamu, maka setelah manusia itu kafir, berkatalah syaitan, aku bebas dari kamu".
Al-Hasyr: 16

Kepungan Rasulullah s.a.w ke atas Bani Nadhir tidak berlarutan, hanya enam malam sahaja. Ada pendapat mengatakan lima belas malam. Di dalam tempoh ini Allah mecampakkan kegerunan, mereka menjadi gelisah, gerun dan ketakutan, lantas bersedia untuk menyerah diri dan meletak senjata. Mereka menghantar utusan menemui Rasulullah s.a.w membawa ikrar: Kami bersedia untuk keluar dari Al-Madinah. Rasulullah s.a.w pun menerima permintaan tersebut di mana mereka mesti keluar membawa diri, keluarga dan harta sekadar yang boleh dibawa oleh unta-unta tanpa senjata.

Hukuman itu terpaksa diterima dan sebelum keluar mereka meroboh-robohkan rumah kediaman, menanggal jendela dan pintu-pintu untuk dibawa bersama-sama, malah ada di antara mereka yang membawa tumang dan alang-alang rumah, setelah itu barulah mereka membawa anak isteri dengan menggunakan sembilan ratus ekor unta. Kebanyakan mereka dan pembesar-pembesarnya seperti Huyai bin Akhtab dan Salam bin Abi Al-Haqiq berpindah ke kawasan seperti Khaibar, dan sebahagiannya yang lain keluar hingga sampai ke negeri Syam. Cuma dua orang sahaja yang memeluk Islam iaitu Yamin bin Amru dan Abu Saad bin Wahb, mereka berdua dikembalikan hartanya. Rasulullah s.a.w merampas semua senjata Bani Nadhir, tanah rumah kediaman dan harta-harta lain ditawan, senjata-senjata yang didapati sebanyak lima puluh baju besi, lima puluh topi besi, dan tiga ratus empat puluh bilah pedang.

Harta-harta Bani Nadhir, tanah mereka dan rumahnya adalah khusus untuk Rasulullah s.a.w sahaja. Baginda mengagihkan mengikut kehendaknya, dan tidak pula Baginda mengeluarkan seperlima darinya, kerana Allah yang merampasnya, tanpa berlaku serangan kaum muslimin dengan tunggangan mereka, Baginda membahagikannya di kalangan kaum Muhajirin yang awal sahaja, namun Rasulullah s.a.w beri juga kepada Abu Dujanah dan Sahal bin Hanif dari Ansar kerana kefakiran mereka. Harta-harta itu dibelanjakan untuk ahli rumahnya untuk tempoh setahun, manakala senjata dan peralatan lain digunakan untuk jihad fi sabilillah.

Peristiwa Bani Nadhir ini berlaku di bulan Rabiulawal tahun keempat Hijrah bersamaan Ogos 635 Masihi, sempena peristiwa ini Allah menurunkan surah Al-Hasyr sepenuhnya, padanya Allah menceritakan penyingkiran kaum Yahudi, pendedahan sikap kaum munafiqin, hukum rampasan Al-Fay (harta rampasan yang diperolehi tanpa berperang), pujian ke atas Muhajirin dan Ansar, hukuman keharusan memotong dan membakar tumbuhan di bumi musuh untuk strategi peperangan dan itu bukan kerosakan di bumi Allah. Disurah ini juga pesanan kepada kaum mukmin supaya iltizam dengan taqwa dan persiapan untuk akhirat, diselesaikan surah ini dengan kepujian ke atas zat Allah di samping menjelaskan nama-nama dan sifat-sifatNya. Ibnu Abbas menamakan surah Al-Hasyr ini dengan surah An-Nadhir.


PEPERANGAN NAJD

Dengan kemenangan yang dicapai oleh umat Islam di dalam peperangan Bani Nadhir ini, tanpa pengorbanan yang banyak, kini kedaulatan pemerintahan mereka di Madinah kembali kukuh. Kaum munafiqin mula menabirkan diri untuk tidak berterang-terangan memusuhi dan menipu helah terhadap kaum muslimin. Kini Rasulullah s.a.w boleh menumpu sepenuh tenaga untuk membendung Arab-arab Badwi yang cuba melanggar kaum muslimin terutamanya selepas peristiwa Uhud seperti serangan mereka ke atas golongan pendakwah dengan cara terkutuk dan kotor, malah mereka ini sampai ke peringkat berani hendak melanggar Madinah.

Sebelum Rasulullah s.a.w bergerak di dalam operasi-operasi pengajaran ke atas mereka yang mencabuli dan mengkhianati kaum muslimin, telah sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, di mana kabilah-kabilah Arab Badwi dan kabilah-kabilah Banu Muharib dan Banu Tha'labah dari suku Ghatafan telah mengerah tenaganya, maka dengan segera Rasulullah s.a.w keluar terlebih dahulu memburu mereka di pendalaman Najd, di dalam rangka menakut-nakutkan kabilah-kabilah berkenaan yang degil, supaya tidak mengulangi perbuatan mereka yang terkutuk itu.

Dengan itu Arab Badwi di pendalaman yang bermaharajalela dengan mencuri dan menyamun, kini bila sahaja mendengar kedatangan kaum muslimin di daerah mereka terpaksa berhati-hati dan ada yang lari ke kemuncak gunung, demikian cara umat Islam menimbulkan ketakutan dan kegerunan di kalangan kabilah-kabilah yang biasa membuat serangan, kini Madinah kembali kepada keadaan sejahtera.

Ahli sirah dan peperangan telah menyebut sehubungan dengan ini satu peperangan tertentu telah dilakukan oleh kaum muslimin di bumi Najd di dalam bulan Rabiulakhir atau permulaan Jamadilawal di tahun 4 hijrah, ahli sirah menamakan peristiwa -ini dengan Ghazwah Zat Ar-Riqa' kejadiannya tidak syak lagi memang di dalam lingkungan masa ini, kerana inilah suasana yang meminta Madinah bertindak sedemikian, terutamanya musim perang Badar Dua sudah hampir tiba. Seperti yang dijanji-janjikan atau lebih tepat yang diugut oleh Abu Sufian semasa beliau beredar diri dari kancah Uhud. Jadi membiarkan Madinah terdedah kepada suku-suku Arab Badwi dan pedalaman dengan penderhakaan dan kemaharajalelaan mereka, bukanlah satu strategi peperangan yang baik. Malah harus dipatah-patahkan kekuatan mereka, dan dicegah kenakalan serta penderhakaan mereka itu terlebih dahulu, sebelum menghadapi peperangan besar yang mereka menduga kepastiannya.

Peperangan yang dikatakan dipimpin sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam bulan Rabiulakhir atau Jamadilawal tahun 4 Hijrah sebagai peperangan Zat Ar-Riqa' tidak benar, kerana peperangan Zat Ar-Riqa adalah peperangan yang turut dihadiri bersama oleh Abu Hurairah dan Abu Musa Al-Asy'ari (r.a), sedang Abu Hurairah memeluk Islam beberapa hari sebelum peperangan Khaibar, sama halnya dengan Abu Musa yang bersama dengan Rasulullah s.a.w hanya baru di dalam peperangan Khaibar sahaja. Oleh itu peperangan Zat Ar-Riqa' ini adalah selepas peperangan Khaibar, bukti kejadiannya lewat dari tahun keempat hijrah, ialah peristiwa Rasulullah s.a.w melakukan "solat Al-Khauf". kerana pertama kali disyarakkan solat Al-Khauf, ialah di dalam peperangan Asafan. Satu hakikat yang tidak dipertikaikan ialah peperangan Asafan berlaku selepas peperangan Al-Khandak, dan peperangan Al-Khandak adalah di penghujung tahun kelima.


PEPERANGAN BADAR KEDUA

Setelah kaum muslimin berjaya mematahkan kekuatan Arab-arab Badwi dan membendung pencerobohan-pencerobohan mereka, kini orang Islam membuat persiapan untuk berhadapan dengan seteru mereka yang lebih besar. Hari ini genap sudah setahun hari yang dijanjikan Quraisy -iaitu janji sewaktu peperangan Uhud dahulu. Memang tugas Muhammad s.a.w dan para sahabatnya untuk keluar di hari ini, untuk menghadapi Abu Sufian dan kaumnya, di sana akan dicorakkan kancah peperangan buat kali kedua, bagi menentukan mana satu kumpulan yang lebih benar dan lebih mampu untuk terus hidup.
Di bulan Sya'ban tahun 4 Hijrah bersamaan Januari 626 Masihi Rasulullah s.a.w pun keluar, sebagai menepati janji Abu Sufian dengan Baginda, dengan kekuatan seramai seribu lima ratus (1,500) askar, manakala kuda tunggangan sebanyak sepuluh ekor kuda, benderanya dibawa oleh Alt bin Talib manakala Abdullah bin Rawahah memikul tanggungjawab mentadbir Madinah semasa ketiadaan Rasulullah s.a.w. Sesampainya di Badar Baginda pun berhenti dan tinggal di situ sementara menunggu ketibaan musyrikin Quraisy.

Adapun Abu Sufian telah keluar dari Makkah dengan kekuatan seramai dua ribu musyrikin Makkah dan kuda tunggangan mereka sebanyak lima puluh ekor kuda, hingga apabila mereka sampai ke Mar al-Zahran hanya satu marhalah dari Makkah maka mereka pun singgah di tempat berair yang bernama Mijannah.

Sebenarnya Abu Sufian semasa hendak keluar pun sudah terasa keberatan, beliau memikir panjang tentang padah berperang dengan kaum muslimin, beliau terasa takut dan gerun, perasaannya dikuasai kehebatan kaum muslimin, sesampainya beliau di Mar al-Zahran jiwanya semakin lemah, oleh yang demikian beliau pun mencari helah untuk pulang semula ke Makkah, di sini beliau berkata kepada pengikutnya: Wahai kalian Quraisy sebenarnya untuk berperang tahun ini tidak sesuai, seeloknya di tahun yang subur, di musim menjaga tanaman dan ternakan, hinga dapat kamu meminum susu, tapi tahun ini tahun kemarau, aku hendak pulanglah semula, Ayuh pulang kamu semua.

Nampaknya kegerunan dan ketakutan mencengkam perasaan-perasaan tentera Quraisy, dengan itu mereka semua berundur pulang hingga tidak berlaku sebarang perlanggaran pun, malah kesungguhan dari pihak Quraisy untuk berhadapan dengan kaum muslimin langsung tak ada.

Manakala kaum muslimin berkhemah di situ selama lapan hari menunggu ketibaan Quraisy seperti yang dijanjikan dahulu, di sana mereka menjualkan barang perniagaan yang membawa keuntungan, barang-barang yang satu dirham dijual dengan dua dirham, lepas itu mereka kembali semula ke Madinah setelah teraju serangan mengejut yang dahulunya didominasikan oleh pihak musyrikin kini kembali ke tangan kaum Muslimin dan kehebatan bertapak semula di kalangan mereka. Peristiwa ini dikenali sebagai Badar Al-Mau'id, Badar kedua, Badar terakhir atau Badar kecil.


PEPERANGAN DAUMAH AL-JANDAL

Sekembalinya Rasulullah s.a.w dari peperangan Badar, didapati rantau sekitar Madinah kembali aman dan sejahtera, pemerintahannya kembali kukuh dan damai, kini Baginda memberi penumpuan untuk memhuat perhatian ke perbatasan-perbatasan bumi Arab yang lebih jauh, supaya kaum muslimin dapat menguasai situasi yang akan diakui oleh kawan dan lawan.

Sekembalinya dari Badar kedua Baginda tinggal di Madinah selama enam bulan, setelah itu Baginda menerima berita mengenai kabilah-kabilah di sekitar Daumah Al-Jandal berhampiran negeri Syam melakukan rompakan-rompakan dan menyamun pedagang-pedagang di situ, malah mereka telah mengumpul tenaga besar-besaran untuk melanggar Madinah. Di hari itu Baginda pun keluar bersama-sama dengan tenaga tentera Islam seramai seribu orang pada tanggal 25 Rabiulawal tahun 5 Hijrah dengan menggunakan seorang lelaki dari Banu 'Uzrah sebagai petunjuk jalan untuk ke sana. Manakala urusan Madinah diserahkan kepada Siba' bin 'Urfatah al-Ghiffari.

Rasulullah s.a.w bergerak di malam hari dan bersembunyi di siang hari, untuk membuat serangan mengejut ke atas musuh-musuhnya, di petang hari hingga apabila sudah hampir dengan Daumah Al-Jandal dan waktu pun sudah masuk maghrib, Rasulullah s.a.w terus menyerang binatang peliharaan dan ternakan mereka. Baginda berjaya menawan sebahagian dan sebahagian yang lain sempat lari. Penduduk Daumah Al-Jandal bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing, apabila kaum muslimin rapat ke bumi mereka didapati tiada seorang pun di sana. Rasulullah s.a.w singgah di situ beberapa hari dengan mengutus tentera-tentera dan briged askarnya ke sekitar tempat itu, tanpa menemui seorang pun. Kemudian barulah Rasulullah s.a.w pulang ke Madinah setelah mengikat janji perdamaian dengan Uyainah bin Hisn. Daumah ini terletak berhampiran negeri Syam, dari situ ke Damsyik kira-kura lima malam perjalanan manakala dari Madinah memakan masa lima belas malam.

Dengan serangan-serangan mengejut dan cekal ini dan dengan perancangan-perancangan yang hijak lagi tegas, Rasulullah s.a.w berjaya mewujudkan suasana aman damai dan stabil. Kini keadaan berpihak kepada kaum muslimin, tekanan dari dalam dan luar semakin berkurangan yang biasanya ada-ada sahaja yang mendatang dari mana-mana penjuru. Kini kaum munafiqin berdiam din, satu qabilah Yahudi selesai disingkir dari bumi Madinah manakala lain-lainnya kekal dengan melahirkan hak kejiranan dan menunaikan perjanjian serta persetujuan yang pernah dimeteraikan dahulu. Kabilah-kabilah Badwi pun kembali tenang, pihak Quraisy berhenti dari menyerang kaum muslimin, malah kaum muslimin berkesempatan menyebarkan Islam serta menyampaikan perutusan Ilahi Tuhan semesta alam dengan lebih luas lagi.


PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ (ATAU PEPERANGAN AL-MURAISI')

Syaban enam (6) Hijrah) Peperangan ini tidaklah besar dan berlarutan sangat dari segi pergerakan ketenteraan, cuma satu segnifikan sahaja kerana di dalam rintitan peristiwanya terbentuk satu kisah yang mengemparkan masyarakat Islam di masa itu, padanya terbongkar keburukan kaum munafiqin, darinya terbentuk "hukuman darah" yang menampilkan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi yang mulia, suci dan bersih jiwa, di sini kami memaparkan kejadian peperangan, kemudian kami susuli dengan peristiwa yang bersejarah itu.

Peperangan ini terjadi di bulan Sya'ban tahun keenam (6) Hijrah. Ini pendapat yang paling sahih. Sebab musababnya timbul dari satu berita yang diterima oleh Rasulullah s.a.w bahawa ketua qabilah Banu Al-Mustalaq yang bernama Al-Harith bin Abi Dhirar, telahpun mengerah tenaga kaumnya dan suku-suku bangsa Arab yang dibawah pengaruhnya untuk bergerak ke arah Madinah memerangi Rasulullah s.a.w. Dengan itu Rasulullah s.a.w pun mengutus Buraidah bin Al-Hasib Al-Aslami untuk memastikan kesahihan berita yang telah diterima itu. Buraidah pun terns menemui qabilah ini malah beliau telah berjumpa dengan Al-Harith bin Abi Dhirar dan bercakap dengannya. Lepas itu beliau pulang dengan membawa kenyataan yang dibuat oleh Al-Harith tadi.

Setelah memastikan kesahihah berita maka Baginda mengerah para sahabatnya, malah Baginda keluar dengan segera, pergerakan Rasulullah s.a.w adalah pada malam kedua di akhir bulan Sya'ban, turut bersama ialah sekumpulan kaum munafiqin yang sebelum ini tidak pernah keluar ke mana-mana peperangan, Baginda melantik Zaid bin Harith sebagai Khalifahnya di Madinah, tapi ada pendapat lain mengatakan Abu Zar dan satu pendapat lagi mengatakan Thamilah bin Abdullah Al-Laithi. Al-Harith bin Dhirar telah menghantar pengintipnya, untuk mengutip berita mengenai tentera Islam, tapi kaum muslimin sempat menangkapnya dan terus dibunuh.

Setelah Al-Harith bin Abi Dhirar mengetahui tentang pergerakan Rasulullah s.a.w dan kematian pengintipnya, beliau telah dihimpit ketakutan menyebabkan orang-orang Arab badwi yang bersama dengan beliau lari dari situ ke beberapa tempat lain.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w sampai ke kawasan bernama Al-Muraisi' yang merupakan perairan Banu Al-Mustalaq di daerah Qadid, ianya terletak berhampiran dengan pantai. Terus Baginda membuat persiapan dan mengatur plan penyerangan, bendera Muhajirin bersama Abu Bakar As-Siddiq manakala bendera Al-Ansar bersama Saad bin Ubbadah, di peringkat awal sekadar saling memanah, setelah beberapa jam berlalu dengan cara ini, akhirnya Rasulullah s.a.w memerintah supaya dibuat satu serangan yang mantap serentak, lalu arahan terus disegerakan, di mana peperangan berakhir dengan kemenangan total kepada tentera Islam. Kaum musyrikin menerima kekalahan yang teruk di mana sebilangan dari mereka terbunuh dan sebahagian yang lain ditawan, Rasulullah s.a.w menawan kaum wanita, anak-anak dan kambing ternakan mereka, dari tentera Islam hanya seorang sahaja yang terbunuh ianya dari Al-Ansar itu pun kerana beliau disangka musuh.

Inilah mengikut apa yang ditegaskan oleh ahli As-Sirah dan aI-Maghazi, namun Ibnu Al-Qayim mengatakan: Itu adalah sangkaan (waham), kerana tidak berlaku sebarang pertempuran, tapi yang berlaku hanya penyerangan oleh pihak muslimin ke atas perairan banu Al-Mustalaq di samping menawan harta-harta dan perempuan-perempuan mereka. Sebagaimana tersebut di dalam kitab sahih: Rasulullah s.a.w menyerang Banu Al-Mustalaq. Kemudian Ibnu Al-Qadim menyebut hadith berkenaan.

Di antara perempuan-perempuan yang ditawan ialah Juwairiyah binti Al-Harith ketua qabilah, yang menjadi saham Thabithin Qais, di mana beliau menawar peluang memerdekakan diri secara mukatabah (membebaskan diri secara bayar beransur-beransur). Justeru itu Rasulullah s.a.w bertanggungjawab memerdekakan beliau, , kemudian Baginda mengahwininya, setelah itu tentera Islam memerdekakan pula keluarga Banu Al-Mustalaq yang telah memeluk Islam, dengan kata mereka: " Mereka adalah mertua-mertua Rasulullah s.a.w".

Adapun peristiwa lain yang berlaku di dalam peperangan ini, di mana Abdullah bin Ubai dan kuncu-kuncunya yang merupakan petualang utama, sudah menjadi kewajipan kita memperkatakan sebahagian dari kerja-kerja mereka di dalam masyarakat Islam di Madman.


PERANAN MUNAFIQIN SEBELUM PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ

Berulang kali telah kita kemukakan bahawa Abdullah bin Ubai rasa cemburu dan sesak dada dengan Islam dan kaum muslimin, terutamanya Rasulullah s.a.w. Kerana Al-'Aws dan Al-Khazraj sudah pun bersetuju menerima kepimpinan Rasulullah s.a.w sedang sebelum ini mereka sedang menyiapkan pakaian sutera untuk menabalkan beliau sebagai pemimpin mereka sekiranya Islam memasuki Al-Madinah, kemudian mereka sisihkan beliau dari jawatan itu, maka sebab itulah beliau merasakan bahawa Rasulullah s.a.w yang bertanggungjawab merampas kekuasaannya.

Kemarahan dan perasaan hasad dengki beliau ini ditunjukkan di permulaan Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah sebelum beliau berpura-pura memeluk Islam. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w menunggang kaldai untuk menziarahi Saad bin Ubbadah, Rasulullah s.a.w pun melalui di hadapan majlis Abdullah bin Ubai, bila beliau melihat Rasulullah s.a.w beliau menjadi merah muka kerana benci dan dengki dengan Rasulullah s.a.w, di masa itu kata Ibnu Ubai: Lain kali jangan lagi memasuki majlis kami ini. Dan setelah Rasulullah s.a.w membaca ayat Al-Quran di dalam majlis berkenaan maka kata Ibnu Ubai: "Duduk sahaja di rumah kamu, dan tak usahlah menyibukkan kami di majlis ini".

Ini adalah sebelum beliau berpura-pura memeluk Islam, namun selepas beliau mengisytiharkan Islam secara berpura-pura masih tetap beliau memusuhi Allah, Rasul dan kaum mukminin, beliau tidak memikirkan selain dari menghancurkan masyarakat Islam dan melemahkan perpaduan Islam, beliau terus membantu seteru-seteru Allah, dalam peristiwa Banu Qainuqa' beliau sengaja masuk campur tangan seperti yang telah kita jelaskan, demikian jugalah usaha beliau yang jahat dan khianat di dalam peperangan Uhud, bertujuan memecah-belahkan saf kaum muslimin dan melakukan porak peranda, kekacauan dan huru-hara.

Betapa busuknya helah si munafiq bedebah ini dan pandai pula beliau menipu orang-orang mukminin, di mana selepas memeluk Islam secara berpura-pura, pada setiap hari Jumaat semasa Rasulullah s.a.w duduk untuk berkhutbah beliau akan bangun untuk membuat peringatan dengan berkata: "Ini dia Rasulullah s.a.w yang masih berada di kalangan kamu, dengannya Allah memuliakan kamu dan mengagungkan kamu, untuk itu bantulah Baginda, sokonglah Baginda, dengarlah dan taatilah Baginda", kemudian beliau duduk. Maka barulah Rasulullah s.a.w berdiri untuk berkhutbah. Betapa buruknya niat si munafiq ini, yang masih sanggup lagi untuk meneruskan amalannya di hari Jumaat selepas peperangan Uhud, yang masih tidak menginsafi dengan tindakan jahat lagi terkutuk itu, beliau bangun di hari itu untuk berbuat seperti kebiasaannya, orang-orang Islam pun merentap hujung bajunya dengan kata mereka: "Duduklah wahai seteru Allah, kamu bukan orang yang layak berbuat demikian, cukuplah dengan apa yang telah kau lakukan di masa-masa yang lepas", dengan itu beliau pun terus berjalan keluar dari masjid melangkah-langkah belakang orang lain yang sedang duduk dengan kata-katanya yang kesat: Bolehjadi yang ku cakap ini tidak elok tapi maksud ku ialah untuk mengukuhkan keditdukannya, semasa di pintu masjid beliau bertemu dengan seorang Ansar yang berkata kepadanya: "Celakalah kau, Ayuh patah balik dan minta maaf dari Rasulullah s.a.w agar Baginda beristighfar untuk kau", jawab Ibnu Ubai: "Demi Allah aku tidak memeriukan dia meminta ampun untukku".

Abdullah bin Ubai ini mempunyai hubungan dengan Bani Nadhir, beliau di antara perencana plot konspirasi terhadap kaum muslimin, malah beliau pernah menegastan kepada mereka: "Seandainya kamu di halau keluar nescaya karai akan turut serta, dan sekiranya kamu diperangi akan kami bantu kamu".

Perkara yang sama beliau lakukan bersama tali barutnya di dalam peperangan Al-Ahzab, di antaranya, menimbulkan keresahan, huru-hara, menimbulkan ketakutan dan kebingungan di kalangan masyarakat Islam seperti mana yang diceritakan Allah di dalam surah Al-Ahzab: "Ketika orang-orang munafiq dan orang-orangyang di dalam hatinya berpenyakit berkata: Tidak adalah janji Allah dan RasulNya kepada kami, melainkan semata-mata penipuan sahaja.

Mereka mengira bahawa sekutu, belum pergi. Jika sekutu datang kembali mereka bercita-cita supaya mereka berada di dalam dusun beserta badwi-badwi, sambil menanyakan perkhabaran kamu dan kalau mereka berada bersama kamu, tidaklah mereka berperang melainkan sebentar sahaja.
Al-Ahzab: 12-16

Memang seluruh seteru-seteru Islam yang terdiri dari kaum Yahudi munafiqin dan musyrikin memahami bahawa faktor kemenangan Islam bukan kerana keupayaan maddi (material) yang lebih, kecanggihan peralatan dan ramai bilangan tentera, bukan itu semua, tetapi kemenangan itu adalah kerana faktor nilai, akhlak dan contoh-contoh teladan yang tinggi yang dihayati oleh masyarakat Islam, malah sesiapa sahaja yang berintima' dengan agama ini maka itulah akhlaknya. Musuh Islam memang mengetahui bahawa imbuhan-imbuhan yang menerap masuk ke dalam jiwa setiap muslim ialah contoh teladan agung mereka, iaitu Rasulullah s.a.w.

Mereka sudah pun mengenali hakikat ini sepanjang peperangan yang mereka lalui, di mana untuk melawan dan membenteras agama ini bukanlah suatu perkara yang mudah, terutamanya melalui kekuatan senjata. Untuk itu mereka telah membuat tindakan melancarkan seran^an propaganda dan dakyah yang meluas terhadap agama dari sudut akhlak dan susilanya, apatah lagi peribadi Rasulnya yang memang menjadi sasaran serangan utama, oleh kerana golongan munafiq merupakan gunting dalam lipatan, dan mereka merupakan penduduk asal Madinah maka amat sesuai sekali untuk mempengaruhi perasaan kaum muslimin dan sentimen mereka. Ya, golongan munafiqin telah memikul tanggungjawab propaganda jahat ini,terutamanya ketua mereka Ibnu Ubai.

Rancangan mereka ini terpamer dengan jelasnya selepas peperangan Al-Ahzab, iaitu semasa perkahwinan Rasullah (s.a.w) dengan Ummul-Mukminin Zainab binti Jahsy, setelah diceraikan oleh Zaid bin Harithah. Kerana tradisi bangsa Arab, anak angkat itu adalah dianggap setaraf dengan anak sendiri, pada kepercayaan mereka haram seseorang berkahwin dengan janda anak angkatnya. Jadi apabila Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Zainab maka kaum munafiqin pun seolah-olah memperolehi satu peluang untuk menimbulkan darinya keburukan dan kehinaan terhadap Rasulullah s.a.w.

Pertama:
Zainab bin Jahsy adalah isteri Rasul sedang Al-Quran tidak mengizinkan seseorang berkahwin lebih dari empat, bagaimana ini boleh sah pula kepada Baginda?

Kedua:
Zainab adalah bekas isteri anak angkatnya, maka perkahwinannya dianggap sebesar-besar kesalahan mengikut tradisi bangsa Arab, mereka menyebar luas proganda jahat ini, dan berbagai citra dan kisah rekaan yang mereka rekakan, kononnya kata mereka: Di suatu hari Muhammad s.a.w ternampak Zainab secara tak sengaja, dari peristiwa itu Baginda mula terpesona dengan kecantikannya, hati Baginda sentiasa teringat-ingat kepadanya, oleh itu maka anak angkatnya Zaid pun menceraikannya untuk memberi laluan kepada Muhammad s.a.w. Mereka mengheboh-hebohkan propaganda jahat ini, yang dapat dikesan di dalam sejarah dan pembicaraan di dalam kitab-kitab Tafsir dan Hadith hingga ke hari ini, diayah ini telah memberi kesan buruk di kalangan mereka yang lemah iman, hingggalah turunnya ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskannya. Padanya termuat penawar-penawar yang melegakan dada-dada yang bergelora dengan fitnah-fitnah itu, dapat diduga betapa tersebar fitnah-fitnah ini hingga Allah (s.w.t) memulakan surah Al-Ahzab ini dengan peringatan keras darinya:

"Hai nabi bertaqwalah kamu kepada Allah dan janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiqin. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. "
Al-Ahzab: 1

Inilah satu pendedahan ringkas dan gambaran kecil mengenai angkara murka yang dilakukan oleh golongan munafiq dan taqiyah sebelum peperangan banu Al-Mustalaq. Menghadapi angkara ini nabi terpaksa menanggungnya dengan kesabaran, ketenangan dan sikap berlembut, manakala keseluruhan orang Islam sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga terhadap keburukan mereka kerana orang Islam telah mengenali dan faham akan perlakuan buruk mereka ini sekali lepas sekali, sebagaimana firman Allah (s.w.t):

"Atau tidakkah kamu mengetahui, bahawa mereka dicuba tiap tahun sekali atau dua kali, kemudian mereka tidak bertaubat dan tidak pula mengambil peringatan."
At-Taubah: 126


PERANAN GOLONGAN MUNAFIQ DALAM PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ

Dalam peristiwa peperangan Banu Al-Mustalaq golongan munafiq telah pun keluar bersama seperti mana yang digambarkan oleh Allah di dalam firmanNya:

"Kalau sekiranya mereka keluar bersama kamu, tiadalah mereka menambah selain dari kebinasaan dan mereka bersegera di antara kamu membuat fitnah."
At-Taubah: 47

Mereka mengenalpasti orang-orang yang boleh pengaruhi dengan fitnah-fitnah mereka, melaluinya mereka juga menimbulkan kekacauan di dalam saf kaum muslimin dan propaganda jahat terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. Di sini kami sajikan peristiwanya secara terperinci:

1. Kenyataan kaum munafiqin "Demi jika kami kembali ke Madinah nescaya orang-orang yang mulia di antaranya akan mengusir orang-orang yang hina".

Setelah selesai peperangan Banu Al-Mustalaq, Rasulullah s.a.w pun berhenti di Al-Muraisi' di situ kaum muslimin pun singgah dan mengambil air di kawasan berkenaan, bersama-sama Saidina Umar seorang suruhan bernama Jahjah al-Ghaffari, orang suruhan ini berasak-asak di tempat air tadi dengan Sinan Ibnu Wabar Al-Juhani, membawa kepada pergaduhan dan pukul memukul, oleh si Al-Juhani, beliau melaung membangkitkan sentimen perkauman dengan katanya; "Wahai orang-orang Ansar". Dan si Jahjah pun melaung membangkitkan sentimen perkauman dengan katanya: "Wahai kalian Muhajirin". Rasulullah s.a.w pun menyuara kepada sekalian hadirin: " Apakah kamu rela menyeru dengan seruan jahiliyyah ini sedang aku masih bersama di kalangan kamu ini? Tinggalkanlah semua seruan itu, ianya suatu yang lapuk dan busuk". Kejadian ini sampai ke pengetahuan Abdullah bin Ubai Bin Salul, yang pada ketika itu bersama sekumpulan orangnya termasuk Zaid bin Arqam budak muda, dan beliau berkata dengan marah: "Apakah ini boleh mereka lakukan, sudahlah mereka ketepikan kita setelah berasak-asak di negeri kita, demi Alfah kita dan mereka tak ubah seperti kata orang tua-tua dahulu: Seperti melepas anjing tersepit. Demi Allah apabila kita pulang ke Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golongan hina". Dan beliau berkata kepada orang di sekelilingnya; "Inilah akibat tindakan kamu sendiri, yang telah membenarkan mereka memasuki negeri kamu, kemudian berkongsi harta pula dengan mereka, demi Allah sekiranya di hari ini kamu pegangkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka ini akan berpindah ke tempat lain".

Zaid bin Arqam yang berada di majlis mereka itu segera memberitahu kepada bapa saudaranya, kemudian bapa saudaranya pula segara memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, kebetulan Saidina Umar pun berada di samping Rasulullah s.a.w, lantas Umar pun berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w suruh sahaja Ubbadah bin Bishr membunuh si bedebah itu", tapijawab Rasulullah s.a.w: "Bagaimana Umar, nanti orang akan bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri, ini tidak mungkin, Ayuh maklumkan sekalian tentera mengenai pergerakan kita". Ketika itu bukanlah masa kebiasaan orang berjalan, namun demikian kesemua orang mula bergerak, di masa itu Usaiyid bin Hadhir mengucap salam kepada Rasulullah s.a.w sambil berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w, tuan hamba berjalan di luar masa kebiasaan". Maka jawab Rasulullah s.a.w: "Tidakkah sampai ke pengetahuan kau yang telah diperkatakan oleh kawan-kawan itu", tanya Usaiyid: "Apa yang beliau cakap ya Rasulullah s.a.w"? Jawab Rasulullah s.a.w: "Katanya: Beliau menelah sekiranya beliau pulang ke Madinah nanti pasti orang termulia akan menghalau yang hina". Jawab Usaiyid: "Engkau wahai Rasulullah s.a.w yang akan menghalaunya keluar sekiranya Rasulullah s.a.w mahu, demi Allah dialah yang hina dan dikau wahai Rasulullah s.a.w yang mulia, kemudian katanya lagi: Biarlah dan berlembutlah dengannya wahai Rasulullah s.a.w, demi Allah Dialah Tuhan yang telah membawa tuan hamba kepada kami semua, beliau itu nebelum ini sudah disediakan dengan persalinan sutera untuk ditabalkan sebagai ketua, beliau menyangka tuan hambalah yang telah merampas hak takhtanya itu".

Rasulullah s.a.w bergerak dengan semua orang sepenuh hari hingga lewat kepetangnya, dan dari malamnya hingga ke pagi hari, dan berhenti di hari itu ketika matahari terik membakar mereka semua, setelah itu barulah Rasulullah s.a.w berhenti, dan barulah mereka terasa kerehatan bila memijak bumi, semua mereka keletihan dan terus tertidur. Rasulullah s.a.w berbuat demikian supaya semua orang sibuk dan tak ada masa untuk bercakap-cakap.

Bila Ibnu Ubai menyedari bahawa Zaid bin Arqam telah memberitahu percakapannya tadi, terus beliau datang menemui Rasulullah s.a.w dan bersumpah dengan nama Allah yang beliau tidak bercakap sedemikian dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti itu, malah katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w bolehjadi si anak itu telah menyangka yang bukan-bukan dari percakapanku dahulu dan boleh jadi beliau sendiri tidak dapat mengingatkan sangat percakapan orang tua-tua", Rasulullah s.a.w pun mengiyakan apa yang disebut oleh Ibnu Ubai itu. Di hari itu kata Zaid: "Aku terasa sugul dan berdukacita kerana belum pernah ku rasa kesedihan seperti hari itu, aku duduk saja di dalam rumah hinggalah Allah menurunkan ayatnya yang bermaksud:

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu. Mereka berkata: "Kami mengakui bahawa kamu benar-benar Rasulullah s.a.w". Dan Allah mengetahui bahawa kamu benar-benar Rasul-Nya, dan Allah juga mengetahui bahawa orang Munafik itu adalah orang-orang yang dusta. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklan amalan mereka kerjakan.

Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir, lalu hati mereka dikunci mati kerana itu mereka tidak mengerti. Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka.Mereka seakan-akan kayu bersandar. Mereka mengira tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.Mereka itu musuh dan berhati-hatilah terhadap mereka,semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah beriman. agar Rasulullah s.a.w meminta keampunamu." Mereka memaling muka dan kamu lihat mereka berpaling sedangkan mereka sombong.
Sama saja bagi mereka.kamu mintakan ampun atau tidak bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq.

Mereka yang mengatakan (kepada orang Ansar): "Janganlah kamu memberi belanja kepada orang Muhajirin yang ada di sisi Nabi supaya mereka meninggalkan Rasulullah s.a.w ".Pada halperbendaharaan Allah adalah langit dan bumi, tetapi mereka tidak memahami.

Mereka berkata; "Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah,benar-benar orang yang kuat akan mengusirkan orang-orang yang lemah daripadanya ". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Al-Munafiquun: 1-8

Rasulullah s.a.w menghantar orang untuk membaca ayat yang baru turun itu kepadaku, dan katanya: "Sesungguhnya Allah telah membenarkan cakap-cakap kau itu". Anak kepada Abdullah Bin Ubai yang juga bernama Abdullah adalah seorang yang salih di kalangan sahabat, beliau telah melepaskan diri dari apa yang dicakapkan oleh bapanya itu, beliau telah menunggu di pintu masuk Madinah dengan pedang yang terhunus, sesampainya Ibnu Ubai di situ,beliau berkata: "Demi Allah kamu tidak boleh melewati sempadan ini kecuali setelah diizinkan Rasulullah s.a.w, Bagindalah yang termulia dan engkau adalah yang terhina", apabila Rasulullah s.a.w tiba maka Baginda membenarkan beliau masuk, barulah anaknya tadi membenarkan beliau memberi laluan kepada bapanya, sebelum itu si anak telah pun menegaskan kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w sekiranya tuan hamba merestui pembunuhannya maka perintahlah daku, demi Allah akan ku pancung lehernya dan akan ku bawa ke hadapan tuan hamba".

2. Hadith Al-Ifk (Cerita Fitnah)
Di dalam peperangan ini berlaku ceriti fitnah (cerita yang direka-rekakan). Ringkasannya di mana Aisyah r.a. telah dibawa bersama Rasulullah s.a.w ke peperangan Banu Al-Mustalaq iaitu setelah dibuat cabutan undi, ini adalah kebiasaan Rasulullah s.a.w terhadap isteri-isterinya. Semasa perjalanan pulang, mereka telah singgah di beberapa tempat persinggahan. Dimasa itu Aisyah telah keluar dari kenderaannya untuk membuang hajatnya, tiba-tiba kalung yang dipinjam dari kakaknya telah terjatuh, maka beliau berpatah balik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari kalungan yang terjatuh. Bila tiba masc. keberangkatan maka sahabat yang bertanggungjawab menuntun kenderaannya mengangkat sekedup yang dinaiki Aisyah itu ke atas unta tunggangannya, yang pada sangkaan mereka Aisyah sedang berada di dalam sekedup itu kerana Aisyah bukanlah berat orangnya, di masa itu beliau masih lagi muda belia, lebih-lebih lagi apabila mereka secara beramai-ramai mengangkat sekedup itu tidak terasa berat, lainlah kalau yang mengangkatnya seorang dua, pastilah mereka mengetahui ketiadaan Aisyah di dalamnya. Setelah kesemua orang bertolak dari situ Aisyah pun pulang ke tempatnya dan didapati semua orang sudah tiada di situ lagi dan kalung yang dicarinya pun sudah di temuinya. Justeru itu beliau duduk sahaja di tempat persinggahannya itu, kerana beliau pasti di mana mereka akan mencarinya setelah beliau tiada di dalam sekedup dan mereka akan kembali semula ke tempat beliau diletakkan itu. Allah (s.w.t) jua yang berkuasa mentadbirkan urusanNya di dunia ini, di situ Saidatina Aisyah terlena dek keletihan perjalanan, beliau sedar apabila mendengar laungan dari Safwan bin Ma'tal yang menyebut: "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun, Isteri Rasulullah s.a.w? " Safwan telah mengekori di penghujung pergerakan tentera kerana beliau banyak tidur, bila melihat Aisyah, beliau mengenalinya kerana beliau pernah melihatnya sebelum turun ayat hijab, beliau beristirja' (mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun) dan merendahkan tunggangan, Aisyah pun segera menaiki tunggangan, tidak sepatah pun bertutur selain dari lafaz istirja' tadi. Dengan itu, beliau pun menuntun tunggangan Aisyah, sehingga sampailah bersama-sama dengan tentera yang sedang berhenti di Nahr al-Zahirah, setibanya mereka di situ orang ramai pun bercakap-cakap dengan perbagai pendapat dan andaian yang munasabah. Tetapi seteru Allah mendapati inilah satu peluang yang terbaik untuk mereka melepaskan geram dan marahnya, penuh hasad dengki dan kesumat, mereka mula menyebar cerita yang bukan-bukan dan dusta, menimbul-nimbulkan fitnah, membisik-bisikkan propoganda jahatnya, kuncu-kuncunya pun apa lagi memperolehi barangan yang memang dicari-cari selama ini untuk dijualnya, sesampainya mereka di Madinah maka ahli-ahli dusta tadi pun menabur cerita palsu yang mereka reka-rekakan itu di setiap penjuru Madinah. Rasulullah s.a.w berdiam diri tidak berkata apa-apa pun, kerana wahyu tertangguh penurunannya, maka Baginda bermesyuarat dengan para sahabat mengenai penceraiannya, Ali mencadangkan supaya Baginda menceraikannya dan mencari yang lain sebagai ganti, itupun dalam bahasa qias bukan secara terang-terang, tetapi Usamah mencadangkan supaya Baginda meneruskan hidup dengannya, tanpa mempedulikan cakap musuh-musuh Allah. Di suatu hari Rasulullah s.a.w menaiki mimbar membangkitkan keganjilan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai. Usaiyid bin Hadir ketua Al-'Aws segera menyatakan kesanggupannya untuk memenggal leher Ibnu Ubai, tetapi ditentang oleh Saad bin Ubbadah ketua Al-Khazraj kerana Ibnu Ubai adalah dari kalangan Al-Khazraj, perkara ini melarat hingga menjadi isu perkauman, dan Rasulullah s.a.w cepat-cepat meredakannya sehingga akhirnya mereka pun senyap.

Sekembalinya dari perjalanan jauh itu, Aisyah terkena demam selama sebulan, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai fitnah yang direkakan ini, apa yang beliau terasa ialah selama ini Rasulullah s.a.w sentiasa berlembut dengan beliau di ketika beliau mengadu hal sesuatu, tetapi kini sudah tidak dirasai lagi, di suatu ketika semasa beliau pulih dari demamnya itu, beliau keluar dengan Ummu Mistah untuk membuang air besar, tiba-tiba di situ Ummu Mistah tergelincir, lantas beliau melatah, dengan menyumpah anak lelakinya, Aisyah pun memarahi tindakannya itu, di situ Ummu Mistah pun menceritakan fitnah yang diheboh-hebohkan selama ini, bila pulang ke rumah beliau meminta izin dari Rasulullah s.a.w untuk menemui dua ibu bapanya bagi mendapat kepastian mengenai cerita yang sebenar. Setelah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w beliau pun kembali ke rumah bapanya, sehingga dengannya dapatlah beliau memperolehi cerita yang lengkap, apa lagi beliau pun terus menangis, dua malam sehari beliau menangis, tanpa henti-henti hingga tidak dapat melelapkan matanya, dirasakan tangisannya itu seolah-olah meretakkan hatinya. Di suatu hari Rasulullah s.a.w menziarahinya, lepas mengucap As-Syahadah Baginda berkata: "Cukuplah Aisyah, memanglah telah sampai ke pengetahuan ku begini-begini, sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah akan menjelaskan kebersihan kau itu, dan sekiranya kau bersalah pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui dengan kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan terima taubatnya itu".

Aisyah berderaian air mata dan meminta dari dua ibu-bapanya supaya menjawab bagi pihaknya, namun mereka berdua tidak tahu apa yang hendak dijawabnya, kata Aisyah lagi: "Demi Allah aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya, di sini kalau ku kata: Daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengakui sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayai sebagai satu yang benar, apa lagi hendak ku buat selain dari berucap apa yang telah diucap oleh ayah Saidina Yusuf:

"Maka sabarlah yang lebih baik dan Allahlah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu".
Yusuf: 18

Setelah itu beliau beralih ke sebelah dan tidur mengiring, di saat itu wahyu pun turun ke atas Rasulullah s.a.w menguasai seluruh badan Rasulullah s.a.w, kemudian kelihatan Baginda tersenyum, lafaz yang pertama-pertama tercetus keluar dibibir Rasulullah s.a.w dengan sabdanya: "Wahai Aisyah kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda". Maka berkata ibunya: "Ayuh bangun kepadanya". Sebagai membukti kesuciannya, di samping kepercayaan beliau dengan kesayangan Rasulullah s.a.w terhadap dirinya, maka beliau berkata: "Demi Allah aku tak mahu bangun kepadanya dan tiada pujian selain kepada Allah".

Firman yang diturunkan mengenai fitnah ialah:

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dikalangan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu.Tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka mengambil sebahagian yang terbesar dalam penyiaran berita dusta itu, baginya azab yang besar.
Mengapa di masa kamu mendengar berita dusta itu orang mukminin dan mukminah tidak bersangka baik terhadap din mereka itu dan berkata: "Ini adalah berita dusta yang nyata".
Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita dusta itu ? Oleh kerana mereka tidak berbuat demikian maka di sisi Allah mereka orang-orang yang dusta.
Sekiranya tidak ada kurniaan dan rahmat-Nya kepada kamu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana berita dusta itu.
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita dusta itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dari mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit pun dan kamu anggapnya ia adalah ringan pada hal di sisi Allah ia adalah amat berat.

Dan mengapa kamu tidak mengatakan di waktu mengengar berita dusta itu: "Sekali-kali tidak pantos bagi kamu memperkatakan itu. Maha suci Allah ini adalah dusta yang besar.
Allah memperingatkan kamu agar jangan kembali melakukan semula selama-lamanyaJika kamu orang yang beriman.
Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu.Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Sesungguhnya orang yang ingin bfrita dusta ini tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.
Dan sekiranya tidaklah kumia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua, Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang (nescaya kamu ditimpa azab yang besar)."
An-Nuur: 11-20

Hukuman sebat dikenakan ke atas orang-orang yang terlibat dengan fitnah, menuduh orang yang tidak berdosa, mereka ialah:Mistah bin Asasah, Hassan bin Thabit, Hamnah binti Jahsy, setiap mereka dirotan sebanyak lapan puluh rotan, namun Abdullah bin Ubai kepala membuat fitnah yang jahat, tidak pula dihukum, kerana boleh jadi hudud atau hukuman dera itu boleh mengurangkan penyiksaan seseorang di akhirat nanti, penyebar fitnah diugut oleh Allah dengan balasan azab yang berat di akhirat atau pun kerana kemaslahatan.

Beginilah halnya yang berlaku selepas sebulan dari tarikh kejadian, mendung keraguan dan kekacauan beredar pergi, dari bumi Madinah. Keburukan dan kejahatan kepala munafiqin luas terdedah kepada khalayak ramai, hingga tidak dapat mereka mengangkat kepalanya, kata Ibnu Ishak: Hinggalah kalau terjadi kejadian, kaum sebangsanya pun mengecam dan menuduh Ibnu Ubai. Di hari itu Rasulullah s.a.w berkata kepada Umar: "Apa pendapat kau sekarang wahai Umar, demi Allah kalaulah kau bunuhnya di hari itu nescaya kau tertekan dan orang bersimpati dengannya, di hari ini kalau aku suruh kau membunuhnya nescaya kau bunuhnya". Jawab Umar: "Demi Allah sesungguhnya ku mengetahui urusan Rasulullah s.a.w itu lebih besar barakahnya dari urusan ku".


PENGHANTARAN TENTERA DAN PEPERANGAN SELEPAS GHAZWAH AL-MURAISI'

1. Sariyah Abd Ar-Rahman bin Auf ke daerah banu Kilab di Dawmah Al-Jandal di bulan Sya'ban tahun ke enam (6) hijrah. Rasulullah s.a.w mempersilakan Abd Ar-Rahman di hadapannya serta mengenakan serban ke kepalanya dan Baginda mewasiatkan beliau dengan sebaik-baik pengurusan di dalam peperangan dengan sabdanya: "Sekiranya mereka itu mentaati kau, maka hendaklah kau berkahwin dengan puteri rajanya. Abd Ar-Rahman tinggal di sana selama tiga hari menyeru mereka kepada Islam, akhirnya seluruh qabilah memeluk Islam dan Abdur-Rahman pun berkahwinlah dengan Tamadhur binti Al-Asbogh yang dikenali sebagai Ummu Abi Salamah, bapanya adalah pemimpin dan raja qabilahnya.

2. Sariyah Ali bin Abi Talib ke daerah bahu Saad bin Bakar di Fadak pada bulan Sya'ban tahun keenam (6) Hijrah. Mengapa Rasulullah s.a.w menghantar tentera ke sana ialah sebagaimana yang dilaporkan oleh risikan Rasulullah s.a.w bahawa qabilah berkenaan hendak membantu kaum Yahudi untuk memerangi Rasulullah s.a.w, sebagai tindakan sfc,_ Rasulullah s.a.w menghantar Ali ke sana dengan kekuatan tenti. dua ratus (200) orang, beliau bergerak di malam hari dan bersembunyi di siang hari, hingga apabila tertangkap seorang pengintipnya maka disoal dan didapati memang benar perkhabaran itu, iaitu Banu Saad telah menghantar beliau untuk menawar bantuan mereka dengan syarat bahawa tamar Khaibar hams diberikan kepada mereka. Pengintip itu juga telah menunjuk tempat perkumpulan Banu Saad, dengan itu mereka menyerang Banu Saad di tempat mereka, dan dapat merampas lima ratus (500) ekor unta dan dua ratus (2,000) biri-biri, Banu Saad telah lari menyelamatkan diri bersama perempuan-perempuan mereka. Ketua mereka ialah Wabar bin Alim.

3. Sariyah Abu Bakr As-Siddiq atau Zaid bin Harithah, ke "Wadi Al-Qura' di bulan Ramadhan tahun keenam (6) Hijrah. Qabilah Fazarah telah pun bercadang hendak membunuh Rasulullah s.a.w, maka Baginda menghantar Abu Bakr As-Siddiq mengepalai tentera ke sana. Kata Salamah bin Al-Akwa': "Ku telah keluar bersama-sama beliau apabila kami selesai solat subuh, kami diperintah untuk menyerang dan kami sampai keperairan mereka, Abu Bakr membunuh yang dapat beliau bunuh, ku telah melihat sekumpulan orang-orang Fazarah bersama-sama mereka kaum wanita, aku takut mereka akan mendahului ku ke bukit, ku pun kejar mereka dan memanah supaya ianya tercacak di antara mereka dan bukit, dan setelah mereka melihat anak panah itu mereka pun berhenti, di antara mereka terdapat seorang perempuan, beliau ialah Ummu Qarfah berselimut kulit binatang bersama-samanya anak perempuan yang paling cornel di kalangan bangsa Arab. Kesemua mereka ku tawan dan bawa ke hadapan Abu Bakr, anak perempuan tadi telah dijadikan bahagian sahamku, ku tidak lihat pun tubuhnya. Rasulullah s.a.w meminta dari Abu Bakr anak perempuan Ummu Qarfah tadi, kemudian dihantar ke Makkah sebagai tebusan kepada tawanan-tawanan Islam di sana.

Ummu Qarfah adalah kepala durjana Banu Fazarah, beliau telah merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w.Dia telah menyediakan sebanyak tiga puluh askar berkuda dari anggota keluarganya untuk tujuan berkenaan. Memnag patutlah dia menerima balasannya bersama-sama dengan tiga puluh orang tenteranya.

4. Sariyah Kurz bin Jabir Al-Fihri ke qabilah al-'Arinah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah. Cerita bermula di mana sebilangan anggota qabilah, Arinah dan 'Akal menzahirkan kelslaman mereka, dan mereka ini tinggal dipinggiran Al-Madinah, jadi Rasulullah s.a.w pun menghantar kepada mereka beberapa ekor unta bersama gembalanya untuk menternak di sekitur itu, dan Rasulullah s.a.w berkata: "Kamu bolehlah meminum dari susunya dan air kecilnya". Di suatu pagi mereka serang dan bunuh pentemaknya dan bawa lari semua unta-unta tadi, ini bererti mereka kufur semula. Oleh itu maka Rasulullah s.a.w mengutus Kurz Al-Fihri bersama dengan dua puluh orang sahabat sambil Baginda berdoa ke atas mereka yang bermaksud: "Ya Allah Ya Tuhanku! butakanlah mata mereka dari jalan, sempitkan laluan mereka." Maka Allah halangkan perjalanan mereka, hingga tentera Islam sempat memberkas mereka, lalu dipotong kaki dan tangan mereka serta dibutakan mata mereka, balasan ke atas jenayah yang mereka lakukan, kemudian ditinggalkan mereka di situ kesudahannya mereka semua mati. Cerita mereka termuat di dalam hadith sahih riwayat Anas.

Selain itu ahli sirah menyebut juga sariyah Amru bin Umaiyah Ad-Dhamari bersama Salamah bin Abi Salamah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah. Beliau telah ke sana untuk membunuh Abu Sufian, kerana Abu Sufian telah mengutus dan mengupah seorang Arab Badwi untuk membunuh Rasulullah s.a.w, namun kedua pihak tidak berjaya samada yang ke Makkah atau yang ke Madinah. Ahli sirah menyebut bahawa Amru dapat membawa pulang badan Khubaib yang mati syahid. Seperti yang diketahui, Khubaib syahid selepas peristiwa Ar-Raji' beberapa hari atau bulan, Ar-Raji' berlaku di bulan Safar tahun keempat (4) Hijrah. Saya tidak pasti apakah ahli sirah keliru di antara dua perjalanan? Atau apakah kedua kejadian (kejadian syahid Khubaib dan perjalanan Amru, berlaku dalam satu masa iaitu pada tahun empat (4) Hijrah. Al-Allamah Al-Mansurfuri menolak pendapat yang mengatakan perjalanan Amru ini adalah sariyah peperangan atau serangan. Wa Allahu a'lam.

Inilah sariyah-sariyah dan ghazwah-ghazwah yang berlaku selepas peperangan Al-Ahzab dan Banu Quraizah, namun kesemuanya tidak berlaku satu pertempuran yang sengit, cuma yang berlaku sekadar pertembungan-pertembungan ringan, malah penghantaran ini tidak lebih dari unit-unit pengawalan dan pengajaran buat mengugut Arab-arab Badwi dan seteru-seteru yang lain yang sering membawa kacau bilau. Apa yang dapat diperhatikan di dalam hari-hari yang akhir, keadaan sudah berubah selepas peperangan Al-Ahzab, dan dapat dicerap juga semangat juang mereka yang semakin merosot malah mereka tidak berminat lagi untuk menghalang dakwah Islam. Perkembangan ini dapat dilihat dengan ketara sekali selepas perjanjian damai Hudaibiah. Malah perjanjian itu lebih merupakan pengakuan terhadap kekuatan Islam dan pengiktirafan atas penerusannya di seluruh pelusuk Semenanjung Arab.


PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

Pada Bulan Zulkaedah Tahun Keenam (6) Hijrah

Dorongan Kepada Umrah Al-Hudaibiyyah:
Dalam perkembangan seterusnya di Semenanjung Tanah Arab banyak hal memihak kepada kaum muslim, pemangkin kepada pembukaan agung dan kejayaan cemerlang kepada dakwah Islamiah semakin terserlah, persiapan ke arah menegakkan hak dan keistimewaan kaum muslimin untuk menunai ibadat mereka di masjid Al-Haram kini sudah bermula, yang dahulunya mereka dihalang dan dinafikan hak mereka pada enam tahun yang silam.

Semasa di Madinah, Rasulullah s.a.w telah diperlihat di dalam mimpinya bahawa Baginda bersama-sama sahabatnya telah memasuki Al-Masjid Al-Haram, memegang anak kunci, bertawaf dan melaksanakan ibadat umrah, di antara mereka ada yang mencukurkan rambut manakala yang lain memendek rambutnya, Baginda mencerita semuanya ini kepada sahabat-sahabatnya.

Mereka semua amat gembira hingga menyangka yang mereka akan memasuki kota Makkah pada tahun itu juga. Serentak dengan itu Rasulullah s.a.w pun memberitahu para sahabat bahawa Baginda akan keluar untuk berumrah, dan mereka semua pun bersiap untuk bersama-sama ke sana.


SERUAN MENYELURUH KEPADA KAUM MUSLIMIN

Rasulullah s.a.w menyampaikan seruannya kepada seluruh orang Arab dan penduduk kampung di sekeliling Madinah untuk keluar bersama-sama Baginda, tapi ada juga Arab-arab Badwi yang melambat-lambatkan, namun Rasulullah s.a.w terus mencuci pakaiannya, dan menaiki untanya yang bernama Al-Qaswa', dengan melantik Ibnu Maktum atau Namilah Al-Laithi sebagai khalifahnya. Baginda keluar pada hari Isnin, satu haribulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah. Dalam perjalanan suci ini, Baginda membawa bersama isterinya Ummu Salamah berserta seribu empat ratus (1,400) orang. Ada pendapat mengatakan seribu lima ratus (1,500) orang tanpa membawa peralatan perang, selain senjata untuk bermusafir, iaitu pedang-pedang bersarung.


KAUM MUSLIMIN BERGERAK MENUJU KE MAKKAH

Jamaah Umrah ini bergerak ke arah Makkah, sehingga apabila sampai di Zulhulaifah, Baginda menuntun sembelihan korban serta memulakan upacara umrah di tempatnya. Zulhulaifah sebagai miqat makani (tempat permulaan ibadat) di sertai dengan pakaian ihram, sebagai memaklumkan kepada orang ramai ketibaannya bukan untuk berperang, walaupun demikian Baginda menghantar salah seorang dari qabilah Khuza'ah untuk mendapat berita mengenai Quraisy. Setibanya Baginda di Asafan perisikannya datang memberitahu dengan katanya: "Semasa saya kemari saya telah mendapati qabilah Kaab bin Lu'ai telah pun mengumpul orang-orang awam Al-Ahabisy di mana mereka berhimpun untuk memerangi Rasulullah s.a.w, serta menghalang Rasulullah s.a.w dari memasuki Kaabah. Rasulullah s.a.w bermesyuarat dengan para sahabat dengan sabdanya: "Apakah kamu rasa baik kita serang keluarga mereka yang menolong puak yang menghalang kita, kemudian kita tawan mereka? Sekiranya mereka berdiam, berdiam dengan keadaan marah dan berduka, kalau mereka terlepas lari maka yang ditawan itu Allah mencantas leher mereka, atau apakah sahabat sekalian berpendapat kita semua menuju ke Baitullah maka sesiapa halang kita, kita peranginya"? berkata Abu Bakar: "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui, kita datang pun memang untuk berumrah, dan bukannya untuk memerangi sesiapa, tapi kalau ada orang yang menghalang kita ke Baitullah Al-Haram kita perangilah mereka", jawab Rasulullah s.a.w: "Ayuh kita teruskan perjalanan. Maka mereka pun bergerak ke hadapan.


PERCUBAAN QURAISY MENGHALANG KAUM MUSLIMIN KE BAITULLAH

Sewaktu Quraisy mendengar berita perjalanan Rasulullah s.a.w, mereka terus mengadakan majlis permesyuaratan. Mereka membuat keputusan untuk menghalang kaum muslimin dari memasuki Baitullah Al-Haram dengan apa cara sekalipun, tetapi selepas Rasulullah s.a.w berpaling dari sekatan golongan Al-Ahabisy, satu berita telah diterima dari seorang Banu Kaab yang memaklumkan bahawa pihak Quraisy telah turun ke "Zi Tawa" beserta dua ratus askar berkuda di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid. Mereka menunggu dan bersedia di "Kara' al-Ghamim" jalan utama ke Makkah. Khalid cuba menghalang kaum muslimin, beliau telah mengatur tenteranya berhadapan dengan tentera muslimin. Kedua-dua askar tadi masing-masing dapat melihat lawannya, sebelum ini Khalid pernah melihat kaum muslimin bersembahyang zohor dengan ruku' dan sujud, maka beliau berkata: "Mereka ini boleh diserang secara mengejut, kiranya kalau diserang nescaya dapat dikalahkan". Jadi beliau telah membuat keputusan untuk menyerang mereka semasa sembahyang asar nanti, tetapi Allah telah menurunkan hukum solat khouf (solat dalam keadaan bahaya). Maka terlepaslah peluang yang dirancang oleh Khalid tadi.


TUKAR JALAN DAN USAHA MENGELAK PERTUMPAHAN DARAH

Rasulullah s.a.w mengambil jalan yang sukar di celah lorong-lorong bukit bersama kaum muslimin melencong ke sebelah kanan di antara dua kemuncak bukit Al-Hamasy menuju ke lereng "Al-Marar" terus ke dataran Al-Hudaibiyyah dari arah bawah ke Makkah, meninggalkan jalan utama ke Baitullah Al-Haram dengan melalui al-Tanaim. Dari situ Baginda melencong ke sebelah kiri. Apabila Khalid melihat pasukan tentera Islam menyimpang dari jalan yang sedang beliau tunggu, segera beliau memacu kudanya menemui Quraisy untuk memberi ingatan.

Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan hingga apabila sampai ke lereng di "Al-Marar" unta tunggangan Baginda melabuhkan diri di situ, semua orang menyebut: "Ayuh, ayuh". Tapi ianya enggan bergerak, maka kata mereka semua. "Tak nak berjalan dah mula berdegillah". Jawab Rasulullah s.a.w: "Al-Qaswa tidak berdegil, kerana ini bukan perangainya, tetapi ianya diberhentikan oleh kuasa yang memberhentikan gajah-gajah dahulu". Sambung Rasulullah s.a.w s.a.w: "Demi jiwaku ditanganNya, tidak mereka meminta dariku satu cara buat mereka mengagungkan kawasan Haram Allah itu, kecuali ku jawab permintaan mereka itu". Kemudian Rasulullah s.a.w menghalau untanya dan ia pun segera bangun, dan berpusing menuju ke arah hujung Hudaibiah, berdekatan dengan sebuah kolam yang bertakung sedikit air, orang ramai pun mengambil airnya yang sedikit di situ. Tidak lama kemudian airnya pun putus. Mereka semua mengadu hal kepada Rasulullah s.a.w s.a.w mengenai kehausan yang mereka alami, Baginda pun menarik keluar anak panah dari uncangnya, dan menyuruh mereka memacaknya di dalam kolam, demi Allah airnya terus keluar memenuhi keperluan mereka semua.


BUDAIL MENJADI ORANG TENGAH DI ANTARA RASULULLAH S.A.W DAN QURAISY

Setelah Rasulullah s.a.w s.a.w menetap di tempatnya itu, Budail bin Warqa' Al-Khuzai' bersama beberapa orang dari Banu Khuza'ah, mendatangi Rasulullah s.a.w s.a.w, Khuza'ah adalah penyimpan rahsia-rahsia Rasulullah s.a.w, mereka dari penduduk Tuhamah, kata Budail: "Sebenarnya daku ini baru sahaja datang dari Kaab bin Lu'ai, mereka sudahpun bersiap dengan kekuatan mereka dan singgah di perairan Al-Hudaibiyyah, bersama-sama mereka anak isteri mereka yang bertekad memerangi dan menghalang kamu dari memasuki Baitullah Al-Haram. Kata Rasulullah s.a.w s.a.w: "Sebenarnya kami datang ini bukan untuk memerangi sesiapa. Tetapi kami datang untuk mengerjakan umrah, dan sesungguhnya Quraisy sudahpun keletihan dek peperangan demi peperangan, malah peperanganlah yang telah membinasakan mereka, sekiranya mereka mahu aku memohon penangguhan ku boleh lakukan hingga mereka boleh memberi laluan kepada ku, tapi kalau mereka suka menyertai perdamaian seperti orang lain, mereka boleh lakukan sehingga dengan itu mereka boleh berehat, tapi kalau mereka enggan dan hendak teruskan peperangan demi Tuhan yang jiwa ku ditanganNya akan ku perangi mereka habis-habisan hingga terlaksana urusan Allah".

Kata Budail: "Akan ku sampaikan kepada mereka seperti dikau sebutkan itu", maka beliau pun terus pergi menemui Quraisy dan berkata: "Sesungguhnya daku ini telah mendatangi orang itu, dan telah ku dengar darinya sendiri kata-katanya, sekiranya kamu rela, maka relalah ku menyampaikannya". Sampuk golongan singkat pemikiran dengan kata mereka: "Tak perlulah kamu menceritakannya kepada kami". Tapi kata yang waras pemikirannya: "Ceritakanlah kepada kami". Kata beliau: "Ku dengar darinya begini-begini", lalu Quraisy menghantar seorang utusan lain bernama Mikraz bin Hafs, Rasulullah s.a.w melihatnya, dan Baginda berkata: "Orang ini jenis pengkhianat".

Sesampainya beliau di hadapan Rasulullah s.a.w s.a.w, Baginda pun menyampaikan seperti mana yang disampaikan kepada Budail dan kawan-kawannya, dengan itu beliau pun pulang ke pangkuan Quraisy dan menceritakan segala-galanya.


UTUSAN-UTUSAN QURAISY

Diceritakan seorang lelaki dari Kinanah dikenali sebagai Al-Hulais bin Alqamah telah berkata: "Berilah peluang kepadaku untuk menemui Muhammad", jawab mereka: "Ayuh pergilah". Sebaik sahaja beliau dilihat oleh Rasulullah s.a.w, terus Baginda berkata: "Orang ini dari suku kaum yang memuliakan ibadat berkorban, ayuh perlihatkan kepadanya, maka diletakkan ternakan untuk sembelihan supaya beliau melihatnya, seluruh kaum muslimin mengalu-alu kedatangannya dengan suara talbiah, bila beliau melihat semuanya terns beliau berkata: "Subhanallah, tidak seharusnya mereka ini dihalang dari melakukan peribadatan di Baitullah Al-Haram ini". Justeru itu beliau pun pulang semula menemui Quraisy dan berkata: "Di sana aku lihat binatang-binatang sembelihan sudah tertambat dan ditanda untuk qurban, pada pendapat ku, tidak wajar kita menghalang mereka. Maka berlaku perbalahan pendapat di antara beliau dan Quraisy.

Kata Urwah bin Mas'ud al-Thaqafi: "Orang ini telah pun menawarkan kepada kamu semua satu perancangan yang waras, terima sahajalah, biarkan aku pula yang pergi. Jawab mereka: "Pergilah". Beliau pun segera pergi menemui Baginda. Rasulullah s.a.w pun menegaskan kepada beliau sebagaimana beliau nyatakan kepada Budail, maka kata Urwah: "Wahai Muhammad! Apa pandangan kau, kalaulah kamu berjaya menghapuskan bangsa kau ini, apa kau pernah dengar sebelum ini, ada seorang pribumi Arab memusuhi bangsanya sendiri. Seperti yang hendak kau lakukan ini? Kalau maksudmu bukan yang ini, Demi Allah muka-muka yang ku lihat ini adalah manusia awam lapisan biasa, mereka ini akan lari dan akan tinggalkan kau seorang.

Sampuk Abu Bakr r.a: "Kamu ini jenis manusia yang menjilat air kecil berhala Al-Lata, kami ini bukan jenis yang akan lari darinya!! Beliau bertanya: Siapa orang ini, jawab yang hadh: Itulah.Abu Bakr kata Urwah: Demi Allah, kalau tidak mengenang budi, pasti ku tidak membiarkannya, malah kujawabnya. Beliau terns bercakap lagi dengan Rasulullah s.a.w, setiap kali beliau bersuara setiap kali itu pula beliau memegang janggut Baginda (s.a.w), di masa itu Al-Mughirah bin Syu'bah sedang berada di belakang Rasulullah s.a.w s.a.w memegang pedangnya, bila Urwah memegang janggut Rasulullah s.a.w s.a.w beliau mengetuk tangannya dengan hulu pedangnya sambil berkata: "Jauh sedikit tangan mu itu", Urwah mengangkat kepala seraya bertanya: "Siapa orang ini?, jawab yang hadir: "Itulah Al-Mughirah bin Syu'bah". Kata Urwah: "Wahai pengkhianat, tidakkah kelmarin aku yang membasuh kekotoran dirimu itu?" Semasa jahiliyyah Al-Mughirah pernah berkawan dengan sekumpulan orang, kemudian beliau membunuh orang itu dan merampas harta mereka, kemudian beliau datang menemui Rasulullah s.a.w, dan mengucap dua kalimah syahadah. Jawab Rasulullah s.a.w: "Adapun Islamnya aku yang menerimanya, tapi harta yang dirampas itu aku tidak ada kena mengena". Al-Mughirah bin Syu'bah adalah anak saudara Urwah.

Seterusnyanya Urwah bertindak menempelak sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan hubungan-hubungan mereka yang silam. Setelah itu beliau pun pulang menemui kawannya, dan berkata: "Wahai kalian, demi Allah, aku ini pernah menemui raja-raja, Qaisar Roman dan Kisra Parsi dan Maharaja An-Najasyi dan tidak pernah pula ku melihat mereka disanjung sepertimana sahabat-sahabat Muhammad menyanjung diri Muhammad. Demi Allah, beliau meludah tidak sempat ludahannya itu jatuh ke tanah namun sudah ada tangan yang menadahnya dan disapunya ke badan dan muka mereka, dan bila Muhammad menyuruh semua mereka bersegera melakukannya, bila beliau berwudhu' seolah-olah berlaku pergaduhan, masing-masing hendak mengambil air wudhu'nya dan bila beliau bercakap semua orang merendah suaranya, mereka tidak merenung tajam ke mukanya kerana menghormatinya, beliau ini telah mengemukakan kepada kamu semua perancangannya, ianya suatu perancangan yang bijak dan matang, kuharap kamu semua dapat menerimanya.


DIALAH YANG MENGHALANG TANGAN MEREKA DARI BERTINDAK KE ATAS KAMU

Bila golongan muda Quraisy mendapati golongan tua yang merupakan barisan pimpinan berminat untuk berdamai, sedang mereka berminat untuk berperang, maka mereka merencana satu pakatan jahat yang boleh menghalang proses damai, mereka membuat keputusan untuk keluar di waktu malam memasuki ke dalam kawasan perkhemahan Islam dan melakukan kacau bilau yang boleh menyalakan api peperangan. Rancangan itu mereka lancarkan di tengah malam ketika sekumpulan pemuda Quraisy yang bersemangat seramai tujuh puluh (70) atau lapan puluh (80) orang turun melalui bukit al-Tanaim. Mereka cuba memasuki khemah Islam, tetapi mereka semua telah diberkas oleh Muhammad bin Salamah, ketua pengawal khemah Islam. Untuk tujuan perdamaian maka Rasulullah s.a.w membebaskan semua mereka, sehubungan dengan kejadian ini turunlah ayat Al-Quran bermaksud:

"Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari membinasakan kamu dan menahan tangan kamu dari membinasakan mereka di tengah kota Madinah sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka."
Al-Fath: 24


UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI DUTA MENEMUI QURAISY

Kini Rasulullah s.a.w hendak mengirim seorang duta kepada Quraisy untuk meyakinkan mereka mengenai pendirian dan tujuan kedatangan mereka, Baginda memanggil Umar bin Al-Khattab untuk dihantar tetapi Umar meminta pengecualian dengan katanya: "Wahai Rasululllah, kecualikanlah daku, tiada siapa dari kalangan Banu Kaab yang bersimpati dengan ku sekiranya ku disakiti. Hantarlah Uthman bin Affan, keluarganya ada di sana, dan beliau berupaya menyampaikan apa yang Rasulullah s.a.w kehendaki". Maka Rasulullah s.a.w menjemput Uthman dan dihantarnya beliau untuk berbicara dengan Quraisy. Kata Rasulullah s.a.w: "Beritahu mereka bahawa kita datang ke mari bukan untuk berperang tapi datang untuk mengerjakan umrah serta serukan mereka kepada Islam". Baginda juga menyuruh beliau bertemu dengan kaum lelaki mukmin dan wanita mukmin, memberitahu mereka perkhabaran yang mengembirakan bahawa Allah akan tampilkan agamanya di Makkah hingga tiada siapa pun yang akan merahsiakan imannya.

Saidina Uthman pun bergerak ke sana melalui orang-orang Quraisy yang sedang berada di Baldah. Kata mereka: "Hendak ke mana ni?" Jawab beliau: "Aku ini telah diutuskan oleh Rasulullah s.a.w untuk tujuan begini-begini", kata mereka: "Kami fahamlah apa yang kau kata itu, teruskan sahaja tujuanmu itu". Di situ Abban bin Said bin Al-A'as bangun dan mengalu-alukan beliau dan mengenakan pelana ke atas kudanya dan membawa Uthman dengan kudanya itu., beliau memberi perlindungan dan mengiringinya hingga sampai ke Makkah dan terus disampaikan perutusan kepada Quraisy. Setelah itu beliau ditawar untuk bertawaf mengelilingi Al-Kaabah, tapi beliau tolak tawaran itu dan enggan untuk bertawaf kecuali setelah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.


KHABAR ANGIN MENGENAI PEMBUNUHAN UTHMAN DAN BAI'AH AR-RIDHWAN

Quraisy telah menahan Uthman agak lama juga, kerana mereka hendak bermesyuarat sesama mereka untuk membuat keputusan yang muktamad, untuk mereka berikan kepada Uthman sebagai jawapan kepada perutusan yang akan dibawa oleh Uthman kepada Rasulullah s.a.w, oleh itu maka tersebar luas berita yang mengatakan Uthman telah dibunuh oleh pihak Quraisy, sehingga Rasulullah s.a.w sendiri telah menegaskan dengan katanya: "Kita tidak akan beredar dari sini hinggalah kita memerangi mereka". Untuk itu Baginda meminta para sahabatnya berikrar dengan satu bai'ah (sumpah setia), berduyun-duyun mereka ke hadapan Rasulullah s.a.w memberi bai'ah untuk tidak akan bergerak dan berundur, berbai'ah secara jamaie untuk mati bersama.

Diceritakan orang-orang yang mula meletakkan tangannya ialah Abu Sinan Al-Usdi, kemudian Salamah bin Al-Akwa' untuk mati bersama, tiga kali di permulaan di pertengahan dan penyudah, malah Rasulullah s.a.w memegang tangannya sendiri dengan berkata: "Tangan ini mewakili Uthman". Setelah selesai bai'ah, Uthman pun datang, maka beliau pun turut berbai'ah, tiada seorang pun yang melarikan diri kecuali seorang munafiq sahaja yang bernama Jad bin Qais. Upacara bai'ah ini Rasulullah s.a.w langsungkan di bawah sepohon kayu, Umar memegang tangan Rasulullah s.a.w manakala Ma'qal bin Yasar memegang ranting pokok berkenaan bagi pihak Rasulullah s.a.w, inilah bai'ah Ar-Ridwan yang diturunkan padanya ayat Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai'ah kepada engkau di bawah sepohon pokok".
Al-Fath: 18


PEMETERAIAN PERJANJIAN DAMAI DAN AGENDA-AGENDANYA

Pihak Quraisy mengetahui situasi yang cemas itu, sehubungan dengan itu, mereka segera menghantar Suhail bin Amru untuk menerima perjanjian berkenaan, melalui perjanjian pihak Quraisy menyatakan supaya Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya harus pulang ke Madinah tanpa peribadatan Umrah pada tahun ini, supaya tidak menjadi buah mulut bangsa Arab, bahawa mereka memasuki Makkah secara kekerasan. Maka Suhail bin Amru pun datang menemui Rasulullah s.a.w: Apabila Rasul melihat Suhail, Baginda pun menyebut: "Allah mempermudahkan urusan kamu". Quraisy bermaksud untuk berdamai, kerana itu diutusnya orang ini. Suhail tiba dan bercakap dengan panjang lebar, mereka berdua bersetuju dengan asas-asas perdamaian seperti berikut:

1. Rasulullah s.a.w harus pulang sahaja di tahun ini, tanpa memasuki Makkah, di tahun hadapan mereka memasuki Makkah dan boleh tinggal hanya tiga hari sahaja, membawa senjata sebagai penunggang itu pun pedang harus disarungkan dan Quraisy tidak akan membuat sebarang halangan.

2. Dihentikan peperangan di antara dua pihak untuk selama sepuluh (10) tahun hingga orang awam menikmati keamanan dan kedua belah pihak berhenti mengganggu lawannya.

3. Sesiapa yang ingin berikat janji dengan Muhammad dia berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berikat janji dengan Quraisy dia berhak berbuat demikian, dengan anggapan qabilah yang menyertai salah satu kern ini sebagai sebahagian dari kem berkenaan, pelanggaran oleh mana-mana qabilah ini dianggap sebagai pelanggaran ke atas kem induk.

4. Sesiapa sahaja yang lari dari Quraisy lantas menyertai Muhammad tanpa izin dari orang yang dipertanggungjawabkan, hendaklah dihantar balik. Dan sesiapa yang lari dari Muhammad lantas menyertai Quraisy tidak ditolak.
Rasulullah s.a.w memanggil Ali untuk menulis Nas perjanjiaan, Baginda merencana kepada beliau dengan katanya: "Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim" Kata Suhail: "Ada pun lafaz Ar-Rahman itu kami tidak mengetahuinya, tapi tulis sahaja: "Bismika Allahumma". Baginda menyuruh Ali menulisnya, kemudian direncana lagi "Inilah apa yang persetujui oleh Muhammad Rasulullah s.a.w" kata Suhail: Kalau kami percayakan kau sebagai Rasulullah s.a.w pasti kami tidak menghalang kau atau memerangi kau, oleh itu tulis namamu Muhammad bin Abdullah sahaja. Kata Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya daku ini Rasulullah s.a.w, Pesuruh Allah walaupun kamu mendustaiku". Baginda pun menyuruh Ali menulis "Muhammmad bin Abdullah serta memadam lafaz "Rasulullah s.a.w', tapi Ali enggan memadamnya maka Rasulullah s.a.w memadamnya dengan tangannya sendiri, dengan itu selesailah pembentukan format perjanjian. Sebaik sahaja format perjanjian dimeterai, maka Banu Khuza'ah pun segera menyertai kem Rasulullah s.a.w, kerana sejak dahulu lagi mereka ini menjadi sekutu banu Hasyim, sejak era Abdul Muttalib, seperti yang kita sebutkan di permulaan kitab ini, penyertaan mereka di hari ini lebih merupakan penegasan dan pengukuhan kepada penyertaan mereka yang dahulu. Manakala Banu Bakr menyertai kem Quraisy.


PENOLAKAN ABU JANDAL

Semasa jurutulis sedang sibuk untuk menyiapkan format perjanjian, tiba-tiba Abu Jandal bin Suhail berjalan mengheret rantai belenggu, menghempaskan dirinya dihadapan kaum muslimin, beliau lari keluar dari selatan Makkah, Suhail yang berada di situ meminta Rasulullah s.a.w membuat keputusan supaya memulangkan Abu Jandal ke pangkuan masyarakat musyrikin Quraisy, kata Rasulullah s.a.w: "Kita belum sempat menyelesaikan format perjanjian lagi". Kata Suhail: "Demi Allah! Inilah perkara pertama yang aku meminta kau membuat keputusan mengenainya". Kata Rasulullah s.a.w: Berilah kesempatan kepada ku". Jawab Suhail: "Aku tak akan beri". Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan, kau mesti berikan". Kata Suhail: "Aku tidak akan beri". Seterusnya Suhail menumbuk muka Abu Jandal, sambil memegang leher bajunya dan menyeret-nyeret untuk di bawa ke dalam masyarakat musyrikin Makkah, apa lagi Abu Jandal meneriak sekuat suaranya: "Wahai kaum muslimin apakah kamu mahu aku diseret kembali ke dalam masyarakat musyrikin untuk difitnahkan ke atas agamaku?" Kata Rasulullah s.a.w s.a.w: "Bersabarlah dan bertahanlah wahai Abu Jandal, sesungguhnya Allah sedang memberi kepada kau dan orang-orang lain kalangan musthad'afin yang bersama kau jalan keluar dan kelepasannya. Sebenarnya kami ini sedang memeterai perjanjian perdamaian dengan mereka, telahpun kami berikan perjanjian kami kepada mereka dan sebaliknya mereka juga telah memberi janji iqrar mereka, tak seharusnya kita mengkhianatinya.

Umar segera bangun dan berjalan dengan Abu Jandal sebelah menyebelah seraya berkata: "Sabar sahajalah wahai Abu Jandal, kaum musyrikin darah mereka sama seperti darah anjing, dan beliau mendekatkan hulu pedangnya kepada Abu Jandal, dengan berkata di dalam hatinya: Aku mengharapkan beliau merampas pedang itu dariku, supaya dengannya sempat beliau membunuh bapanya, tapi beliau ini terasa berat untuk bertindak, berakhir dengan termeterainya perdamai ini.


MENYEMBELIH DAN BERCUKUR UNTUK BERTAHALLUL DARI UMRAH

Selepas Rasulullah s.a.w selesai soal perjanjian perdamaian, Baginda pun menyeru kepada sidang muslimin dengan sabdanya: "Ayuh sekarang kamu boleh bersembelih". Demi Allah tak seorang pun bertindak, hingga terpaksa Baginda menyeru tiga kali, namun masih tiada siapa pun yang menyahut. Dengan keadaan berduka Rasulullah s.a.w bangun dan masuk ke dalam khemah, menemui isterinya Ummu Salamah. Baginda menceritakan kepadanya, hal kaum muslimin yang tidak memberi respon kepada seruannya, maka jawab Ummu Salamah: "Apakah tuan hamba mahu mereka semua lakukan itu?" Ayuh Rasulullah s.a.w, sembelihkan qurban itu tanpa menyebut apa-apa suruhan pun, kemudianjemput tukang cukur mencukur rambut tuan hamba".

Rasulullah s.a.w pun keluar dari situ tanpa bercakap sepatah pun, Baginda terus menyembelih korban dan menyuruh dicukur rambutnya. Bila sekalian yang menyertai umrah itu melihat Rasulullah s.a.w menyembelih dan bercukur maka masing-masing bergegas menyembelih ternakan dan cukur mencukur. Hampir berlaku perbalahan, unta disembelih untuk tujuh bahagian, lembu untuk tujuh bahagian dan Rasulullah s.a.w menyembelih unta rampasan Abu Jahal dahulu yang hidungnya bersubang perak untuk membangkitkan kemarahan kaum musyrikin. Di situ Rasulullah s.a.w s.a.w berdoa kepada sekalian yang mencukur kepala mereka dengan memohon keampunan khusus untuk mereka yang mencukur rambut sebanyak tiga kali, dan sekali untuk mereka yang hanya memendekkannya. Di dalam perjalanan umrah ini terturun firman Allah mengenai mereka yang bercukur kepala kerana berpenyakit iaitu diganti atau difidyahkan dengan berpuasa atau mengeluar sedekah atau korban. Sebab nuzul (turun) ayat ini ialah mengenai Ka'ab bin 'Ajarah yang berkudis di kepalanya hingga terdapat ulat-ulat yang luruh dari kudisnya. (Penterjemah).


RASULULLAH S.A.W ENGGAN MENGHANTAR PULANG WANITA MUKMIN YANG BERHIJRAH

Sekumpulan wanita mukmin telah berhijrah, para wali mereka telah datang menemui Rasulullah s.a.w supaya dipulangkan mereka ini kepangkuan keluarga di Makkah bagi menepati perjanjian Al-Hudaibiyyah yang dipersetujui dahulu, tetapi Rasulullah s.a.w enggan melayan permintaan mereka atas alasan nas perjanjian yang bermaksud: "Bahawa tiada seorang lelaki pun dari sebelah Quraisy yang harus menyertai kau walaupun beliau itu di atas agamamu, kalau tidak, mestilah dihantar balik". Nas perjanjian ini tidak merangkumi kaum wanita sama sekali, mengenai kejadian ini Allah telah menurunkan ayatNya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah padamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka, maka jika kamu telah mengetahui bahawa mereka benar-benar beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir, mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami-suami mereka mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atas mu mengahwini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu berpegang pada tali (perkahwinan) dengan perempuan-perempuan kafir "
Al-Mumtahanah: 10

Biasanya Rasulullah s.a.w menguji kaum wanita, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Apabila datang kepada mu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tiada akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak, tidak akan berbuat dosa yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka, dan tidak akan menderhakai mu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan memohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengampun lagi Maha Penyayang".
Al-Mumtahanah: 12

Sesiapa dari mereka akur dengan syarat-syarat ini maka Rasul akan mengucap yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku berbai'ah dengan kau dan mereka ini tidak dipulangkan ".
Kaum muslimin, menceraikan isteri-isteri mereka yang kafir berdasarkan hukum ini, Umar ibni Al-Khattab menceraikan dua orang isterinya yang kafir. Seorang darinya Muawiyah yang dikahwini olehnya dan seorang lagi oleh Sofwan bin Umaiyah.


FAEDAH-FAEDAH DARI SYARAT PERJANJIAN

Inilah perdamaian sementara Hudaibiah, sesiapa yang cuba memahami lebih mendalam terhadap butiran perjanjian di samping suasana yang melatarbelakangkannya, pasti menyakini yang ianya adalah kemenangan besar kepada umat Islam, sebelum ini Quraisy tidak mengiktiraf kehadiran umat Islam, malah pihak Quraisy berusaha membanteras mereka ke akar umbi dan menunggu untuk menyaksi kemusnahan mereka, pihak Quraisy sedang berusaha sedaya upaya dan sehabis tenaganya untuk menghalang penerusan dakwah Islamiah agar ianya tidak sampai kepada manusia ramai yang sifatnya sebagai pemimpin agama dan dunia di Semenanjung Tanah Arab. Kecenderungan mereka untuk berdamai bererti mereka sudah mengiktiraf kekuatan Islam, syarat yang ketiga dengan seluruh isi kandungannya memperlihatkan, kini Quraisy sudah melupai peranan Islam sebagai pemimpin Arab, agama dan dunia, kerana sudah tidak peduli selain dirinya sahaja. Adapun orang lain dan semenanjung Arab semuanya, kalau hendak memeluk Islam pun tidak mengapa. Ianya tidak akan campur tangan langsung, yang penting hanya dirinya sahaja, tidakkah ini merupakan satu kekalahan yang amat parah? Bahkan ianya satu kemenangan yang cemerlang bagi Islam. Peperangan yang bermatlamatkan merampas harta benda, meragut nyawa dan membunuh manusia atau memaksa musuh supaya memeluk Islam, bukan tujuan pertama dan utama dari peperangan tadi, sebaliknya ialah mewujudkan satu kebebasan yang menyeluruh untuk manusia sejagat di dalam memilih akidah dan agama mereka.

"Siapa mahu, dia boleh beriman dan siapa mahu, dia boleh kufur".
Al-Kahfi: 29

Hingga tidak berlaku satu penghalang di antara manusia dan kehendaknya, kini matlamat sudah pun tercapai dengan segala anasir dan ciri-cirinya. Boleh jadi dengan pencapaian dan kemenangan agung ini tidak berlaku lagi peperangan. Melalui perjanjian damai ini umat Islam telah memperolehi kebebasan besar di dalam dakwah, sebelum perjanjian, tentera Islam tidak lebih tiga ribu (3,000) orang sahaja, tetapi bilangan ini bertambah hingga sebelum pembukaan kota Makkah dalam tempoh dua tahun menjadi sepuluh ribu (10,000) orang.

Adapun syarat yang kedua yang merupakan bahagian kedua di dalam faktor kemenangan agung Islam, kerana kaum muslimin tidak merupakan pihak yang memulakan peperangan, tetapi Quraisylah pihak yang memulakan pergaduhan. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan merekalah yang memulakan terhadap kamu pada kali pertama".
At-Taubah: 13

Sedangkan maksud kaum muslimin dengan rondaan ketenteraan mereka, tidak lebih dari menyedar dan mengingatkan Quraisy tentang kesombongan dan halangannya terhadap usaha ke jalan Allah, supaya Quraisy jujur dan bertindak saksama terhadap kaum muslimin. Semua ini bertujuan agar setiap kem boleh beusaha dalam suasana yang selesa. Syarat menangguhkan peperangan untuk tempoh sepuluh tahun merupakan pembatasan terhadap kesombongan dan halangan Quraisy tadi dan sebagai tanda kegagalan orang yang mula menyalakan api peperangan, dan sebagai petanda kedhaifan dan keruntuhan mereka.

Manakala syarat perdamaian pertama mentafsirkan pembatasan kuasa Quraisy yang biasa menghalang peribadatan di masjid Al-Haram, ianya juga pertanda kekalahan Quraisy malah tiada suatu pun dari syarat-syarat perjanjian yang memberi kepuasan kepadanya selain dari sekadar menghalang pada tahun itu sahaja. Quraisy telah menghadiahkan percuma syarat-syaratnya yang tiga di atas kepada kaum muslimin, ianya menikmati syarat yang keempat, itu pun syarat yang tidak berfaedah sangat, yang tidak ada apa-apa erti pun, tidak pula membahayakan kaum muslimin, seperti yang diketahui bahawa selagi mana seorang muslim itu tetap muslim, beliau tidak akan lari dari Allah dan RasulNya, atau dari bandaraya Islam "Al-Madinah" kecualilah kalau ianya murtad secara nyata atau rahsia, dan kalau ianya murtad maka Islam tidak memerlukannya lagi malah berpisahnya beliau dari masyarakat Islam lebih baik dari beliau tinggal di dalamnya, inilah apa yang diisyaratkan oleli Rasulullah s.a.w di dalam sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang lari dari kita kepada mereka semoga dijauhkannya oleh Allah".

Adapun orang yang memeluk Islam dari penduduk Makkah dan tidak berpeluang untuk mendapat perlindungan di Madinah, namun bumi Allah masih luas, tidakkah Al-Habsyah merupakan bumi luas untuk kaum muslimin mendapati perlindungan di sana? Terutama semasa penduduk Al-Madinah belum menganut Islam. Inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sabdanya yang bermaksud: "Dan sesiapa yang mendatangi kita dari kem mereka, Allah akan menjadikan kepadanya kelapangan dan jalan keluar."

Perkiraan dan kewaspadaan pihak Quraisy seperti ini, meskipun seolah-olah memperlihatkan usaha dan mempertahankan keagungan maruahnya, tetapi sekaligus menunjukkan kepanikan, keresahan, dan kelemahan mereka. lanya juga menunjukkan ketakutan mereka yang amat sangat tentang masa depan entiti berhala. Perjanjian ini bagaikan mereka sudah menduga dan merasa institusi dan kayanya sedang menunggu saat dan masa keruntuhan. Oleh itu wajarlah mereka membuat perhitungan seperti ini. Keterbukaan Rasulullah s.a.w untuk tidak dipulangkan mana-mana individu yang lari dari Islam untuk menyertai Quraisy, sebenarnya adalah bukti bahawa Rasulullah s.a.w bergantung dengan usaha-usaha pengukuhan sahsiah umat Islam sepenuhnya. Oleh itu Baginda tidak langsung curiga atau takut dengan syarat ini.


KAUM MUSLIMIN BERDUKACITA DAN UMAR BERBINCANG DENGAN NABI (S.A.W)

Apa yang kita bicarakan ialah intipati syarat-syarat perjanjian. Namun demikian terdapat dua fenomena yang membawa kaum muslimin seluruhnya berdukacita amat sangat.

Pertama: Sebelum ini Baginda telah memaklumkan sekalian masyarakat Islam bahawa mereka akan menziarahi Baitullah seterusnya bertawaf disekelilingnnya, tapi mengapa pula kini harus mereka pulang tanpa melaksanakan peribadatan tawaf itu?

Kedua: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berada di atas kebenaran, dan Allah pula telah menjanjikan penampilan agamanya, tapi kini mengapa pula Rasulullah s.a.w menerima tekanan Quraisy dan membiarkan Quraisy menjadi superior dalam proses damai ini? Dua gejala inilah yang menjadi titik pertanyaan, keraguan, kesangsian dan waham. Perasaan umat Islam tercabar kerananya, ianya telah mempengaruhi kewarasan untuk berfikir tentang natijah-natijah baik dari syarat-syarat perjanjian ini.
Boleh jadi Saidina Umarlah di antara orang yang paling bersedih, hingga dengannya beliau telah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w, tidakkah kita ini diatas kebenaran dan mereka di atas kebatilan". Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan". Kata Umar lagi: "Tidakkah syahid-syahid kita di dalam syurga dan yang mati dikalangan mereka di dalam neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan". Kata Umar: "Kalaulah demikian mengapa kita membenarkan kerendahan kepada agama kita, kita hendak pulang pula, kenapa Allah menghukum di antara kita dan mereka sebegini rupa?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Wahai anak Al-Khattab! Aku ini Rasulullah s.a.w, utusan Allah, masakan harus ku menderhakaiNya, Dialah Pembantuku, Dia tidak akan membiarkanku dan mengabaikan daku sama sekali". Kata Umar: "Tidakkah tuan hamba menceritakan kepada kita semua bahawa kita akan menziarahi Baitullah Al-Haram dan bertawaf di sekelilingnnya?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan! Apakah ku katakan ditahun ini? Jawab Umar: "Tidak". Kata Rasulullah s.a.w: "Tetapi kau akan menziarahinya dan bertawaf di sekelilingnya".

Umar beredar dari situ dengan hati membawa kemarahan untuk menemui Abu Bakr, bila bertemu seraya bersoAl-Jawab seperti apa yang beliau lakukan dengun Rasulullah s.a.w dan menegaskan lagi. Jawab Abu Bakr: "Umar! Kau mestilah berpegang dengannya hingga ke akhir hayatmu, demi Allah sesungguhnya Baginda adalah Rasulullah s.a.w yang berada di atas kebenaran. Kemudian turunlah firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya kami menangkan engkau dengan satu kemenangan yang nyata "
Al-Fath: 1

Rasulullah s.a.w menyampaikan ayat ini kepada Umar, maka beliau bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w apakah ianya kemenangan?" kata Rasulullah s.a.w: "Ya". Dengan itu jiwa Umar kembali tenang. Selepas itu Umar menyesal dan berdukacita di atas sikapnya itu, maka kata beliau: Untuk itu maka aku lakukan kerja-kerja amal, terus ku bersedekah, berpuasa, sembahyang, dan memerdekakan hamba-hamba sahaya bagi menggantikan tindakan ku di hari itu, kerana ku takut di atas keceluparan percakapan ku itu, dengan harapan semoga semuanya itu hanyalah untuk kebaikan semata-mata.


MAKA SELESAILAH KRISIS GOLONGAN MUSTADH'AFIN

Sekembalinya Rasulullah s.a.w ke Madinah, Baginda terasa aman seketika suasananya, tiba-tiba salah seorang Islam, yang teraniaya di Makkah dan disiksa terlepas lari dari kurungan Quraisy, beliau dikenali sebagai Abu Basir dari Banu Thaqif sekutu Quraisy, pihak Quraisy segera menghantar dua orang utusannya buat menemui Rasulullah s.a.w, maka kata utusan itu kepada Rasulullah s.a.w: "Kami datang ini kerana perjanjian yang kami meteraikan itu", Rasulullah s.a.w pun segera menyerahkan Abu Basir kepada dua orang utusan tadi, kedua mereka membawa pulang Abu Basir ke Makkah hingga apabila mereka sampai ke tempat bernama "ZulHulaifah" mereka pun berhenti dan memakan bekalan mereka iaitu buah tamar, kata Abu Basir: "Aku tengok pedang kamu itu istimewa juga". Beliau pun mencabut pedangnya, dengan berkata: "Memang benar, Demi Allah ianya benar-benar istimewa, aku telah cubanya berulang kali" Kata Abu Basir: "Cuba aku tengoknya".

Sebaik sahaja beliau memegangnya terus beliau membunuh tuannya. Yang seorang lagi lari hingga sampai ke Madinah, beliau berlari hingga ke dalam masjid, apabila Rasulullah s.a.w melihatnya Baginda berkata: "Orang ini mendapati sesuatu yang menakutkan beliau". Apabila sampai di hadapan Rasulullah s.a.w terus beliau berkata: "Kawanku telah pun dibunuh, dan aku pun hampir-hampir dibunuhnya juga". Setelah itu Abu Basir pula menyusul tiba lantas berkata: "Wahai nabi Allah, demi Allah kini Allah sudah pun menunai tanggungjawabmu, kerana kau kembalikan ku ke pangkuanmu, nah! sekarang Allah membebaskan daku". Jawab Rasul: "Duhai ibuku, ini satu angkara pula, inilah pencetus peperangan, seandainya ada seorang lagi...., bila beliau mendengar kata-katanya ini beliau yakin yang Baginda akan menghantar beliau semula kepada pihak Quraisy, dengan itu terus beliau lari dari situ hingga sampai ke kawasan bernama "Saiful Bahri". Di masa yang sama Abu Jandal bin Suhail terlepas lari dari Makkah, malah terus beliau menyertai Abu Basir hingga terkumpul di sana sebilangan orang Islam yang terlepas lari dari Quraisy semua mereka menyertai Abu Basir. Demi Allah apabila mereka mengetahui ada kafilah Quraisy yang keluar untuk ke negeri Syam terus mereka memintasnya, membunuh orangnya menawan hartanya, akhirnya Quraisy terpaksa mengutus utusan, meminta kasihan belas Rasulullah s.a.w; iaitu sesiapa yang lari dari Makkah menyertai Baginda, adalah bebas, dengan itu nabi pun memberitahu mereka supaya masuk Madinah.


SATRIA-SATRIA QURAISY MEMELUK ISLAM

Dipermulaan tahun ke tujuh (7) Hijrah, selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah, Amru bin Al-A'as, Khalid bin Al-Walid dan Uthman bin Talhah mendapat hidayah memeluk Islam. Setibanya mereka di hadapan Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda: "Ini dia Makkah telah mencampak kepada kita buah hati kesayangannya".


MARHALAH KEDUA: SATU PERKEMBANGAN BARU

Sesungguhnya perjanjian Al-Hudaibiyyah adalah satu era baru kepada perkembangan Islam dan perjuangan umatnya. Sebelum ini, Quraisy merupakan kuasa terkuat terangkuh, sombong dan bongkak memusuhi Islam. Dengan penarikan diri dari kancah peperangan kepada meja perdamaian dan keamanan bererti salah satu dari tiga sayap kuat barisan bersekutu telah patah (Quraisy, Ghatafan dan Yahudi). Quraisy mewakili kuasa penganut-penganut berhala, dan pimpinannya di bumi Arab; kini perasaan golongan penyembah berhala (Al-Wathani) menurun, sikap permusuhan mengurang, sebab itu kita melihat pelanggaran Ghatafan terhadap Islam tidak sebesar sebelum perjanjian, itu pun kerana rangsangan golongan Yahudi.

Manakala kaum Yahudi pula menjadikan Khaibar sebagai sarang konspirasi dan pakatan jahat mereka selepas pembuangan dari bumi Yathrib, ianya menjadi sarang pembiakan kader-kader syaitan yang memarak api-api fitnah, darinya juga terkeluar insentif-insentif kepada Arab-Arab Badwi yang bermaustautin di pinggir-pinggir Al-Madinah. Azam membenteras Nabi (s.a.w) dan kaum muslimin tidak kunjung padam dari kesumat mereka atau setidak-tidaknya menimpakan kaum muslimin dengan kerugiait-kerugian yang parah. Oleh itu langkah terawal dan tegas yang diambil oleh Rasulullah s.a.w selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah ialah melancarkan serangan habis-habisan ke atas sarangnya.

Marhalah yang dilalui oleh kaum mlislimin selepas perdamaian, memberi peluang paling baik untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Keaktifan mereka berlipat-ganda di ruang dakwah, kecergasan mereka terserlah di dalam sektor ini, lebih dari kecergasan mereka disektor ketenteraan, maka sebab itu kami berpendapat ada baiknya marhalah ini dibahagikan kepada dua:

1. Aktiviti di medan dakwah atau perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor.
2. Aktiviti ketenteraan.

Sebelum kita meneruskan pembicaraan mengenai kecergasan ketenteraan di dalam marhalah ini, terlebih dahulu kita bicarakan tajuk perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor, kerana dakwah Islamiah merupakan keutamaan, malah lantarannyalah kaum muslimin mengalami segala fitnah, kesakitan, peperangan, penindasan, kegawatan dan kekacauan.


PERUTUSAN KEPADA RAJA-RAJA DAN GABENOR-GABENOR

Di penghujung tahun keenam (6) Hijrah iaitu semasa kepulangan Rasulullah s.a.w dari Al-Hudaibiyyah, Baginda telah mengutuskan surat kepada golongan raja-raja menyeru mereka kepada Al-Islam. Apabila Rasulullah s.a.w hendak menulis surat-surat ini kepada raja-raja berkenaan maka Baginda telah dinasihati dengan kata mereka: "Golongan raja-raja ini tidak akan menerimanya kalau surat-surat itu tidak bercop mohor justeru itu, Rasulullah s.a.w mengunakan mohor yang diperbuat dari perak, berukir dipermukaannya lafaz-lafaz "Muhammad Rasulullah s.a.w", tiap-tiap lafaz pada barisan yang tersendiri.

Rasulullah s.a.w memilih dari kalangan sahabatnya yang berpengetahuan lagi berpengalaman sebagai utusan-utusan, mereka diutuskan kepada raja-raja. Al-Allamah Al-Mansurfuri telah memastikan bahawa Rasulullah s.a.w menghantar mereka semua pada awal Muharam tahun ketujuh (7) beberapa hari sebelum baginda keluar ke Khaibar. Berikut diturunkan nas-nas risalah yang terutus itu dan natijah yang diperolehi selepasnya.

1. Risalah kepada An-Najasyi, Maharaja Habsyah
An-Najasyi ini bernama Ashamah bin Al-Abhar, Rasulullah s.a.w menulis kepadanya yang di bawa oleh Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri di akhir tahun keenam atau pada Muharam tahun ke tujuh (7) Hijrah, al-Tabari telah merakam nas risalah, namun setelah kita meneliti dengan cermat nas berkenaan, ianya bukanlah nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w selepas Al-Hudaibiyyah. Malah ianya boleh jadi nas risalah yang dibawa oleh Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya yang telah keluar berhijrah ke Al-Habsyah, semasa baginda masih di Mekah belum berhijrah lagi. Kerana di dalamnya tersebut nama-nama mereka yang berhijrah di penghujung surat, dengan lafaz berikut: "(Dan sesungguhnya ku kirimkan kepada kamu anak saudaraku Jaafar dan beberapa orang Islam bersama-sama dengannya, sekiranya beliau sampai, terimalah mereka dan kuharapkan dapat tinggalkanlah sifat sombongmu itu)."

Imam Al-Baihaqy telah meriwayatkan dari Ibnu Ishak satu nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada An-Najasyi, seperti berikut:

"Inilah risalah dari Muhammad sifatnya sebagai Nabi, kepada An-Najasyi, salam sejahtera kepada pengikut cahaya hidayat, beriman dengan Allah dan RasulNya, mengakui tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, tiada teman dan anak; dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya, aku ini Rasulullah s.a.w dan anutlah Islam nescaya kamu selamat.
Wahai ahli kitab! marilah kepada suatu kalimah yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah kecuali Allah dan kita tidak persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah bahawa kami adalah hamba yang menyerahkan din kepada Allah. Sekiranya kamu menolak maka atas kamulah dosa-dosa kaum An-Nasrani bangsa kau itu.

Pengkaji terkenal Doktor Hamidullah telah mengemukakan kandungan risalah yang baru beliau ketemui beberapa ketika yang lepas, seperti mana yang diturunkan oleh Ibnu Al-Qayyim dengan beberapa kelainan pada beberapa lafaz sahaja. Doktor Hamidullah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelidiki kandungan tersebut disokong dengan penemuan-penemuan semasa, justeru itu beliau memuat gambar risalah berkenaan ke dalam kitabnya, seperti berikut yang bermaksud:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih." Dari Muhammad Rasulullah s.a.w kepada An-Najasyi Yang Di Pertuan Agung negara Habsyah, salam sejahtera ke atas orang yang mengikuti hidayah. Adapun selepas itu, bahawa sesungguhnya daku memujimu Allah yang tiada Tuhan melainkan Dialah Tuhan "Al-Malik Al-Quddus, As-Salam, Al-Mu 'min Al-Muhaimin. daku mengakui bahawa Isa adalah anak Mariam roh Allah dan kelebihanNya, yang dicampak kepada Mariam yang tulus murni suci, maka dengannya beliau mengandung Isa dari rohNya dan tiupanNya, seperti mana dicipta Adam dengan tanganNya, dan kini aku menyeru kamu kepada Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, memberi ketaatan kepadanya, hendaklah kamu mengikuti ku, beriman dengan yang diturun kepada ku, sesungguhnya aku adalah utusan Allah, aku mengajak kau dan tentera kau kepada Allah Azzawajalla. Sebenarnya telahpun ku sampaikan dan menasihati, maka terimalah nasihat ku ini, dan salam ke atas orang yang mengikut hidayat".

Yang berbahagia Doktor Hamidullah menegaskan inilah nas Risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada An-Najasyi selepas perdamaian Al-Hudaibiyyah. Adapun kesahehan nas ini tidak diragui, setelah diteliti bukti-buktinya, manakala apa yang dikemukakan oleh Al-Baihaqy diriwayatkan Ibnu Ishak lebih menyamai dengan risalah-risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada raja-raja dan gabenor-gabenor Nasrani selepas perdamaian Al-Hudaibiyyah kerana di dalamnya tersebut ayat Al-Quran (terjemahannya):

"Hai Ahli Al-Kitab marilah kamu kepada kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, bahawa tiada yang kita sembah melainkan Allah dan tiada kita mempersekutuinya degan sesuatu , pun dan tiada sesetengah kita menganggap yang lain menjadi Tuhan, selain dari Allah. Kalau mereka berpaling, kamu katakanlah: Jadi saksilah kamu, bahawa kami ini orang-orang Islam "

Kiranya inilah kebiasaan Rasulullah s.a.w mengutus risalah kepada raja-raja Nasrani, di samping itu Al-Baihaqy juga telah menyebut nama Al-Ashamah dengan jelas. Sedang nas yang dikemukakan oleh Dr. Hamidullah pada pendapat saya ialah risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w selepas kematian Al-Ashamah yang dituju kepada penggantinya maka sebab itu tidak disebut nama Al-Ashamah.

Urutan risalah yang saya sebutkan ini tidak ada satu bukti jelas, selain dari pengakuan isi kandungan risalah itu sendiri sebagai buktinya. Tetapi yang peliknya Dr. Hamidullah menegaskan bahawa risalah yang disebut oleh Al-Bahaiqi riwayat Ibnu Abbas itu adalah nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w selepas kematian Ashamah kepada penggantinya, sedang padanya disebut nama Ashamah secara terang-terangan. Ilmu sebenarnya hanya pada Allah.

Sebaik sahaja Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri sampai ke Habsyah, terus beliau serahkan risalah Rasulullah s.a.w kepada raja An-Najasyi, beliau mengambil risalah tersebut dan menyanjungnya dengan meletakkannya ke atas matanya, dan bergerak turun dari singgahsananya, segera beliau memeluk Islam di hadapan Jaafar bin Abi Talib dan beliau menulis surat kepada nabi Muhammad s.a.w sebegini nasnya yang bermaksud:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Kehadapan Muhammad Rasulullah s.a.w dari An-Najaysi Ashamah, Salam sejahtera dan Allah ke atas engkau wahai nabi Allah, Rahmat Allah dan berkatNya, Allah yang tiada Tuhan selainNya, Adapun selepas ini: Telahpun sampai ke tangan ku risalah mu wahai Rasulullah s.a.w. Sehubungan bicara mu mengenai hal Isa, demi Tuhan Petala Langit dan Bumi sebenarNya Isa tidak lebih dan apa yang tuan hamba sebutkan, memang baginda seperti yang tuan hamba sebutkan itu, kami memahami apa yang engkau utuskan kepada kami itu, kami telahpun menerima anak saudara dan sahabat-sahabat tuan hamba itu sebagai tetamu kami, di tangannya ku menyerah diri kepada Allah Tuhan Rabul Alamin.

Dan nabi telah pun meminta An-Najasyi supaya mengirim pulang Jaafar dan orang yang bersamanya, Muhajirin Al-Habsyah, dengan itu An-Najasyi pun menghantar mereka bersama-sama Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri di dalam dua buah kapal. Jaafar selamat sampai ke Madinah semasa baginda di Khaibar. An-Najasyi telah wafat di bulan Rejab tahun kesembilan Hijrah (9) selepas peperangan Tabuk. Rasulullah s.a.w menyampaikan berita kewafatan beliau ini, malah Rasulullah s.a.w bersembahyang ghaib ke atasnya, setelah itu takhtanya disandang oleh raja-iaja lain sebagai penggantinya dan sekali lagi Rasulullah s.a.w menghantar surat menyeru beliau kepada Islam, di sini tidak diketahui samada beliau memeluk Islam atau tidak.

2. Risalah kepada Al-Maquqis Raja Mesir
Nabi (s.a.w) telah menulis sepucuk risalah kepada Juraij bin Matta yang bergelar Al-Maquqis Raja Mesir dan Iskandariah.

"Dari Muhammad hamba Allah dan utusanNya kepada Al-Maquqis Pembesar Qibti, salam sejahtera ke atas yang mengikut hidayat. Adapun selepas itu, maka saya menyeru engkau dengan seruan Islam, anutilah Islam nescaya selamatlah tuan, anutilah Islam nescaya Allah berikan tuan dua pahala, kalau tuan berpaling tadah, maka tanggunglah dosa orang Qibti semuanya Wahai ahli kitab! Marilah kita kepada suatu yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah kecuali Allah dan kita tidak persekutukannya dengan sesuatu dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan melainkan Allah. Jika mereka berpaling, maka katakan kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah hamba yang menyerahkan diri kepada Allah".

Rasulullah s.a.w memilih Hatib bin Abi Baltaah untuk membawa risalah ini, kepada Al-Maquqis. Sebaik sahaja beliau di hadapannya Hatib pun berkata: "Pemerintah sebelum kau ini telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan tertinggi maka Allah mengutuknya di dunia dan akhirat, dengan itu Allah menghukum ke atasnya dengan bala dan azabNya, harap kiranya kau boleh mengambil pengajaran darinya, dan jangan biarkan diri kau menjadi bahan pengiktibaran orang kemudian." Jawab Maquqis: "Sebenarnya kami ada agama pegangan tersendiri, kami tidak akan meninggalkannya kecuali kepada ajaran yang lebih baik darinya." Maka jawab Hatib: "Di sini kami menyeru kamu kepada agama Islam di mana Allah memberi jaminan penyempurnaannya dengan yang tidak terdapat pada ajaran- ajaran lain, sesungguhnya Nabi (s.a.w) ini menyeru manusia kepadanya, dan Quraisy adalah sekuat-kuat penentangnya, sejahat-jahat seterunya adalah kaum Yahudi dan yang terdekat kepadanya adalah kaum Nasrani, demi sesungguhnya bisyarah(berita baik) Musa tentang Isa adalah sama seperti bisyarah Isa tentang Muhammad, kami menyeru kamu kepada Al-Quran, sama seperti kau menyeru penganut-penganut al-Taurat kepada Al-Injil, setiap yang sempat dengan satu kaum yang sebelum maka kaum itu dianggap sebagai kaumnya yang harus diseru kepada ajarannya, dan mereka berkewajipan mentaatinya, tuan adalah di antara orang yang sempat dengan nabi ini. Kami tidak melarang kau dari agama Al-Masih tetapi kami menyeru kau ke arah itu." Jawab Al-Maquqis: "Sesungguhnya telahpun ku merenung perkara Nabi ini, maka ku dapati suatu hal yang tidak boleh dilepaskan dan tidak boleh dihalangi orang yang inginkannya, tidak pula ku dapat semacam rnana amalan sihir yang boleh menyesatkan, tidak pula sebagai paderi yang mendusta, malah bersama beliau tanda-tanda kenabian yang boleh merungkai rahsia tersembunyi, seterusnya boleh mencerita penelahan masa depan, semua ini akan ku fikir."

Dengan itu beliau mengambil bingkisan Rasululllah itu, dimasukkan ke dalam tabung yang diperbuat dari gading dan ditutup lalu diserahkannya kepada perempuan suruhannya. Dan dipanggil seorang kerani untuk menulis bingkisannya dengan bahasa Arab, untuk Rasulullah s.a.w:

"Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Penyayang" Untuk Muhammad bin Abdullah dari Al-Maquqis pembesar Qibti salam sejahtera ke atas mu, ada pun selepas ini, telahpun ku tatapi bingkisan mu itu dan ku faham segala yang tersurat di dalamnya juga dengan apa yang kau serukan itu, di dalam pengetahuan ku memang seorang Nabi masih tertinggal lagi. Pada sangkaan ku ianya akan diutuskan di negeri Syam, dan ku telah memuliakan utusan kau, bersamanya ku kirimkan dua orang perempuan untuk kau, mereka berdua mempunyai kedudukan mulia pada orang-orang Qibti, kain pakaian, ku hadiahkan seekor baghal untuk kau tunggangi dan salam ke atas kau.

Tidak lebih dari itu dan beliau tidak memeluk Islam, dua orang perempuan ialah Mariah dan Sirin, baghal Waldal hidup hingga ke zaman Muawiyah, manakala Mariah dijadikan sebagai jariahnya, darinya Rasulullah s.a.w mendapat anak lelakinya Ibrahim, Adapun Sirin diberinya kepada Hassan bin Thabit Al-Ansari.

3. Bingkisan kepada Kisra Raja Parsi
Rasulullah s.a.w telah menghantar bingkisan kepada Kisra raja Parsi:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad utusan Allah kepada Kisra Pembesar Parsi, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayat, beriman dengan Allah dan RasulNya, dan bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya dan Muhammad itu hamba dan pesuruhNya, di sini ku menyerukan kau dengan seruan Allah, maka sesungguhnya aku adalah Rasulullah s.a.w diutuskan kepada manusia sekalian, memberi inzar kepada sesiapa yang hidup, memberi kata benar kepada kaum kafirin, anutilah Islam nescaya kau selamat, sekiranya kau menolak maka tanggunglah dosa-dosa penganut Majusi sekalian."

Rasulullah s.a.w memilih Abdullah bin Huzafah As-Sahmi untuk membawa risalah berkenaan. Kemudian As-Sahmi menyerahkan risalah itu kepada pembesar Al-Bahrin, di sini kita tidak dapat pasti apakah pembesar Al-Bahrin telah menghantar risalah itu dengan perantaraan salah seorang dari orang-orangnya atau apakah beliau terus menghantar Abdullah As-Sahmi sendiri ke sana. Walau bagiamanapun, Kisra bertindak mengoyak-ngoyak risalah itu selepas beliau membacanya dan berkata dengan penuh kesombongan dan bongkak: "Salah seorang dari hambaku yang hina di dunia, telah berani menulis namanya sebelum nama ku." Bila peristiwa ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w maka baginda berkata: "Allah hancurkan pemerintahannya", dan memang berlaku sebagaimana kata Rasulullah s.a.w itu, terdahulu dari itu Kisra telah menulis surat kepada "Bazan" wakilnya di negeri Al-Yaman berbunyi: "Hantarkan dua orang kuat kita ke Hijaz, kemudian tangkapkan lelaki itu dan bawa ke mari. "Bazan" pun menurut perintah dan menghantar dua orang, mereka berdua ini membawa risalah kepada Rasulullah s.a.w meminta baginda turut sama ke dewan Kisra di Parsi, sebaik sahaja dua orang suruhan ini sampai ke Madlnah dengan berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Sebenarnya Maharaja Syahinsyah Kisra telah pun menulis surat kepada raja "Bazan" menyeru beliau membawa tuan hamba kepadanya, untuk itu "Bazan" telah menghantar daku supaya membawa tuan ke sana, malah kata-katanya penuh ugutan, namun Rasulullah s.a.w meminta mereka berdua menemui baginda pada keesokan harinya.

Di masa yang sama telah berlaku satu pemberontakan besar di dalam istana terhadap Kisra, selepas tenteranya menerima kekalahan teruk dari tentera Qaisar Roman. Anaknya Syirowih bin Kisra telah membunuh bapanya dan merampas takhtanya itu, kejadian itu berlaku pada malam selasa sepuluh terakhir Jamadil Al-Awal tahun ke tujuh (7) Hijrah, semuanya ini di dalam pengetahuan Rasulullah s.a.w melalui wahyu yang diturunkan kepada baginda. Semasa pertemuan mereka di keesokan hari, Rasul memberi tahu mereka mengenai kejadian rampasan kuasa dan cerita selengkapnya, tanya mereka berdua: "Apakah tuan mengetahui semuanya ini? Sebenarnya kami telah memarahi ke atas kamu semua qadar yang ringan, mahukah tuan hamba agar semua ini kami rakam dan menceritakan kepada raja di sana. Jawab Rasulullah s.a.w: Ya! "Ceritakanlah kepada raja di sana sesuatu mengenai diriku di sini, malah katakan kepadanya lagi: Bahawa agama ku dan kuasaku akan melewati semua daerah kekuasaan Kisra, kuasa ku akan sampai ke tempat terakhir tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, malah ceritakan kepadanya lagi, sekiranya beliau memeluk Islam akan ku serahkan kekuasaan yang ada padanya di hari ini, akan ku letakkannya sebagai pemerintah ke atas rakyatnya dan pemerintahannya akan diwarisi oleh anak-anaknya." Mereka berdua pun keluar dari Madinah untuk menemui Bazan dan kepadanya mereka menceritakan kisah sepenuhnya.

Tidak berapa lama kemudian tiba perkhabaran menceritakan tentang kematian Kisra yang telah dibunuh oleh anaknya sendiri yang bernama Syirowih dalam perutusan Syirowih, beliau menyebut: "Sila ambil perhatian terhadap lelaki yang bapaku tulis mengenainya, sekali-kali jangan kau mencelanya hinggalah datangnya kepada kau perintah ku. Kesemua peristiwa ini telah membawa "Bazan" bersama-sama orangnya rakyat Parsi yang berada di sampingnya memeluk Islam.

4. Risalah kepada Qaisar Raja Rom
Di dalam satu hadith panjang periwayatan Al-Bukhary, mengenai nas kandungan risalah yang telah dikirim oleh Nabi (s.a.w) kepada raja Rom yang bernama Hercules seperti berikut:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad hamba Allah dan utusannya kepada Hercules pembesar Rom, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayah, anutilah Islam kau akan selamat, anutilah Islam kau akan diberi ganjaran dua kali ganda, sekiranya kau berpaling tadah maka kau memikul beban dosa golongan Arisin. Wahai ahli kitab, marilah kamu kepada kalimah yang bersamaan di antara kami dan kamu, bahawa tiada yang kita sembah kecuali Allah dan tidak kita mempersekutukannya dengan sesuatu pun dan tidak sesetengah kita mengangkat yang lain menjadi tuhan selain dari Allah, kalau mereka berpaling, kamu katakanlah: "Jadi saksilah kamu, bahawa kami orang-orang Islam".

Rasulullah s.a.w telah memilih Duhaiyah bin Khalifah Al-Kalabi untuk membawa risalahnya kepada Hercules itu, dengan menyerahkannya kepada pembesar Basra untuk dibawanya kepada Qaisar, Al-Bukhary telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas sebuah Hadith mengenai kisah yang diceritakan oleh Abu Sufian kepadanya, semasa beliau bersama-sama rombongannya yang sedang di negeri Syam, bahawa pihak Hercules telah menjemput beliau; ini adalah semasa Rasulullah s.a.w berdamai dengan Quraisy, mereka datang kepadanya di Ilya. Hercules menjemput mereka dalam satu majlisnya yang dikelilingi oleh pemuka-pemuka Rom, bersama mereka juga dijemput penterjemah, lantas beliau bertanya: "Siapa di antara kamu yang terdekat hubungan kekeluargaan dengan tokoh yang mendakwa dirinya sebagai nabi?" Kara Abu Sufian: "Dakulah yang terdekat." Kata Hercules, "Ayuh tampil ke mari", kemudian beliau dan kawan-kawannya itu mendekatinya, beliau semua duduk di belakang Abu Sufian.

Kemudian Hercules berkata kepada penterjemahnya: "Sebenarnya aku hendak tanya mengenai lelaki itu, sekiranya beliau ini mendustai daku kamu semua sebutkan pembohongannya itu." Kata Abu Sufian: "Kalau tidak kerana malu yang akan ditunjukkan kepada ku nescaya ku dusta sahaja di hari itu mengenai Muhammad." Kata Abu Sufian: "Seawal soal yang dihadapkan kepadaku ialah : "Bagaimana hubungan kekeluargaannya dengan kamu?" Kata ku; "Dengan kami baginda berketurunan baik". Tanya beliau: "Apakah dakwaan-dakwaannya itu ada orang lain sebelum ini pernah perkatakan?" Jawab ku: "Tak ada." Tanya beliau: "Adakah sebelum ini bapanya keturunan raja-raja?" Jawab ku: "Tiada". Tanya beliau lagi: "Golongan bangsawankah atau golongan lemahkah yang mengikutinya?" Jawab ku: "Malah golongan lemah". Tanya beliau: "Apakah mereka saban hari semakin bertambah atau berkurangan". Jawabku: "Malah semakin bertambah." Tanya beliau lagi: "Apakah terdapat penganut agamanya murtad kerana memarahi agamanya?" Jawab ku: "Tak ada". Tanyanya lagi: "Apakah sebelum ini kamu menempelak beliau sebagai pendusta, sebelum beliau menganjur agamanya?" Kataku: "Tidak sama sekali, malah sepanjang pergaulan kami denganya tidak pernah kami alami darinya sikap seperti ini." Kata ku dalam diri di masa ini: "Tidak a da satu perkataan lain yang dapat ku masukkan dicelah-cel&hnya." Kemudian tanya beliau lagi: "Bagimana perscngketaan kamu dengannya?" Jawab ku: "Persengkataan kami dengannya amat sengit, kadang-kadang kami menang, dan kadang-kadang beliau menang." Katanya lagi: "Apa yang beliau suruh kamu? Jawabku: "Beliau menyuruh kami dengan katanya: Hendaklah kamu semua menyembah Allah Yang Esa, jangan sekali-kali kamu menyekutuiNya dengan barang sesuatu pun. Hendaklah tinggalkan apa yang diperkatakan oleh nenek moyang kami, Baginda juga menyuruh kami menunaikan solat, bersedekah, bersihkan hati dan tindakan, serta menghubung silaturrahim."

Kemudian kata Hercules kepada penterjemahnya: Katakan kepadanya: "Aku telah pun bertanya kepada kamu mengenai nasab keturunannya maka kamu menjawab yang beliau ini mempunyai hubungan keturunannya. Demikian halnya dengan para Rasul, sememangnya diutuskan kepada bangsa keturunannya, kemudian ku tanya kamu apakah ada orang sebelumnya yang membawa ajaran ini, kamu jawab tidak, apa yang dapat ku simpulkan di sini ialah kalau sekiranya sudah ada orang lain sebelum ini telah bercakap mengenai ajaran ini, nescaya ku katakan ianya tidak lebih dari mengikuti orang yang sebelumnya, ku tanya kamu, apakah datuk neneknya dari golongan raja-raja, dan kamu katakan tidak, untuk itu aku berkata: Kalaulah ianya dari keturunan raja-raja, akan ku tuduh beliau ini menuntut takhta emak bapanya, seterusnya ku bertanya apakah pernah kamu menuduh beliau sebagai pendusta sebelum beliau membawa ajarannya, kamu jawab: tidak berlaku semua itu, maka pastilah bagiku, bahawa tidak mungkin beliau meninggalkan sikap dustanya dengan manusia untuk mendustai Allah. Ku bertanya: Apakah keseluruhan ahli As-Sirah menyebut bahawa Sariyah ini berlaku sebelum Al-Hudaibiyyah, ianya satu kesalahan yang nyata, kerana penghantaran risalah kepada Qaisar dibuatnya selepas Al-Hudaibiyyah, sebab itulah maka Ibnu Al-Qayyim mengatakan. dengan lafaznya: "Peristiwa ini berlaku selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah tanpa ragu-ragu lagi".

5. Risalah kepada Al-Munzir bin Sawi
Nabi (s.a.w) mengutus risalah kepada Al-Munzir bin Sawi pemerintah Al-Bahrain, menyeru beliau kepada Islam. Rasulullah s.a.w memilih al-'Ala' bin Al-Hadhrami untuk menyampaikan risalahnya itu, sebagai jawapan Al-Munzir telah menulis kepada Rasulullah s.a.w seperti berikut:

"Ada pun selepas itu wahai Rasulullah s.a.w, sebenarnya telahpun ku baca bingkisan tuan hamba itu kepada penduduk Al-Bahrain, di antara mereka gemarkan Islam dan kagum dengannya dan sebahagian yang lain membencinya, di bumi ku ini terdapat penganut Majusi dan Yahudi, maka berlaku sesuatu hal di sini mengenai seruan tuan hamba itu."

Rasulullah s.a.w membalas semula kepadanya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang " Dari Muhammad Utusan Allah kepada Al-Munzir bin Sawi salam ke atas kau. Maka sesungguhnya kepada Engkau Allah, aku memuji yang tiada Tuhan selainNya dan ku mengaku bahawa Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya, adapun selepas itu aku mengingatkan kau dengan Allah Azzawajala, maka sesungguhnya sesiapa yang menasihat sebenarnya beliau menasihati dirinya, dan sesiapa yang mentaati ku dan sesiapa yang menasihatkan mereka bererti telah menasihatiku. Sebenarnya para utusan ku telahpun memuji kau dengan baik, sesungguhnya melalui kau aku memberi syafaat ku kepada kaum kau, oleh itu biarlah kaum muslimin dengan kebebasan mereka dan pengampunan kau terhadap pesalah-pesalah, maka terimalah mereka. Sekiranya kau terus soleh dan baik maka kami tidak akan memecatkan kau dari tugas dan sesiapa yang masih dengan pegangan Yahudi atau Majusinya ianya wajib membayar jizyah."


6. Risalah kepada Hauzah bin Ali penguasa Al-Yamamah
Nabi (s.a.w) telah menulis kepada penguasa Al-Yamamah Hauzah bin Ali.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dari Muhammad pesuruh Allah kepada Hauzah bin Ali, salam kepada yang mengikuti hidayah, ketahuilah bahawa agama ku ini akan tampil ke akhir tempat tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, peluklah Islam akan selamat kau dan akan ku kalahkan segala sesuatu yang di bawah kekuasaan kau itu.
Rasulullah s.a.w memilih Salit bin Amru Al-Amiri untuk membawa risalahnya kepada Hauzah, setibanya Salit ke hadapan Hauzah dengan surat yang bermohor itu selepas memberi salam hormat kepadanya, beliau terus membaca risalah berkenaan. Hauzah membalas jawapan yang tidak selayaknya. Dari situ beliau menulis surat balas kepada nabi (s.a.w) dengan katanya: "Betapa eloknya yang kau serukan kepadanya itu, bangsa Arab semuanya menggeruni kedudukan ku ini, oleh itu peruntukan kepada ku sebahagian dari kuasa mu itu, maka bolehlah ku ikutmu, Hauzah memberi hadiah kepada Salit, dan persalinan pakaian buatan "Hajar", namun hadiah-hadiah itu diserahkannya kepada Rasulullah s.a.w, dengan menceritakan kisah selengkapnya.
Rasulullah s.a.w membaca risalah, yang ditulis Hauzah kepada baginda (s.a.w) dan bersabda: "Kalau beliau pinta dari ku sebidang tanah tak akan ku berinya, musnah dan musnah segala apa yang di dalam kekuasaannya". Sekembalinya Rasulullah s.a.w dari pembukaan Makkah Jibril telah mendatangi baginda memberitahu bahawa Hauzah telah mati, maka kata Rasulullah s.a.w: "Adapun sesungguhnya dari Al-Yamamah itulah akan keluarnya seorang pendusta mendakwa sebagai nabi, akan dibunuh selepas ku kembali kepada Allah". Maka bertanya seorang sahabat: "Wahai Rasulullah s.a.w ! Siapakah yang akan membunuhnya?" Jawab Baginda: "Engkau dan sahabat-sahabat kau ini", maka berlakulah kejadian sebagaimana yang disebutkan Rasulullah s.a.w itu.

7. Risalah kepada AI-Harith bin Abi Syamar Al-Ghassani pemerintah di Damsyik
Rasulullah s.a.w menulis kepada Al-Harith bin Abi Syamar:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dari Muhammad Pesuruh Allah kepada Al-Harith bin Abi Syamar, salam ke atas yang mengikuti hidayah, beriman dan mempercayainya, sebenarnya ku menyeru kamu supaya beriman dengan Allah Yang Esa yang tiada sekutu bagiNya, denganNya kekuasaan kau kekal untuk kau."

Rasulullah s.a.w memberi tanggungjawab membawa risalah ini kepada Syuja' bin Wahb dari Banu Asad bin Khuzaimah. Setibanya risalah kepada Al-Harith bin Abi Syamar maka beliau menjawab dengan katanya: "Siapa yang mampu merampas kekuasaanku ini? Aku akan pergi kepadanya". Dan beliau tidak memeluk Islam.

8. Risalah kepada Raja Uman
Rasulullah s.a.w mengirim risalah kepada Raja Uman bernama Jaifar dan saudaranya Abd. Kedua-duanya adalah anak kepada Al-Jalandi.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dari Muhammad bin Abdullah kepada Jaifar dan Abd bin Al-Jalandi, salam ke atas yang mengikuti hidayat, adapun selepasnya, maka aku menyeru kamu berdua dengan seruan Islam, peluklah Islam nescaya kamu berdua selamat, sebenarnya ku ini utusan Allah kepada manusia sejagat untuk memberi inzar kepada yang masih hidup dan menegaskan kata benar kepada kaum kafir, sekiranya kamu berdua akur menerima Islam ku terus letakkan kamu berdua sebagai penguasanya, dan sekiranya kamu enggan untuk menerima Islam maka kerajaan kamu berdua akan luput, di mana kuda-kuda ku akan melewati perkarangan kamu berdua dan di hari itu terbukti kenabian ku mengatasi pemerintahan kamu berdua."

Rasulullah s.a.w menyerah risalah ini kepada Amru bin Al-'Aas (r.a), maka cerita Amru: "Ku keluar hingga sampai ke Uman, sampainya daku di sana ku terus berhubung dengan Abd yang lebih waras dan mudah kira bicara di antara mereka berdua, ku sebut kepada utusan Rasulullah s.a.w kepada saudara engkau". Kata beliau kerana usia dan kekuasaan, kepadanya dan biar beliau Tanya beliau: "Kepada apa yang kau katakan padaku: "Aku menyeru kepada beriman kepada Allah dan tiada sekutu bagiNya, kau menolak dan disembah selain dariNya, engkau mengunci Muhammad itu hamba dan pesuruhNya". Jawab "Wahai Amru, engkau ini anak kepada qabilah kau, apa yang bapa kau buat? Kami ini banyak meneladani beliau", jawab ku, "Beliau mati dalam keadaan tidak beriman dengan Muhammad s.a.w tapi pada harapan ku supaya beliau memeluk Islam dan mempercayainya. Ku pun sebelum ini mempunyai pandangan yang sama dengan beliau tapi kini Allah memberi hidayat kepadaku untuk memeluk Islam. Tanya Abd: "Sejak bilakah kau ikutinya?" Jawabku: "Masih baru". Tanya beliau lagi: "Sejak dari mana kau mengenal Islam". Jawab ku: "Semasa ku berada di samping An-Najasyi dan ku beritahu beliau yang An-Najasyi pun sudah memeluk Islam", kata beliau: "Dan apa pula tindakan kaumnya terhadap kekuasaannya", jawabku: "Mereka semua akur dan ikuti jejak langkahnya", kata beliau: "Adakah golongan paderi dan pastur ikut beliau?" Jawab ku: "Ya" kemudian kata beliau: "Wahai Amru perhatikan dahulu apa yang kau sebutkan itu. Sebenarnya, tidakkah berbohong itu merupakan suatu sifat yang keji bagi seorang lelaki". Jawab ku: "Daku tidak berbohong, ianya satu sifat yang tidak diharuskan di dalam agama kami", kemudian tanya beliau lagi: "Aku tidak fikir yang Hercules mengetahui keIslaman An-Najasyi, jawabku: "Bahkan".

Tanya beliau: "Bagaimana yang boleh kau tahu ini? Kata ku: "Kerana An-Najasyi mengeluar kepadanya ufti (jizyah), tapi selepas beliau memeluk Islam dan mempercayai dengan Muhammad s.a.w maka kata beliau: "Tidak ! Demi Allah hari ini kalau beliau pinta dari ku satu dirham pun tidak akan ku berinya", Hal ini telah sampai kepengetahuan Hercules, maka berkata An-Niyaq saudaranya: "Kamu boleh biarkan hamba mu itu tidak membayarkan kepada kau uftinya, kemudian menganut agama bukan agama kau ini, iaitu satu agama baru". Jawab Hercules: "Seseorang yang sukakan satu agama kemudian beliau pegangnya, apa boleh buat? Demi Allah kalaulah tidak kerana sayangkan pemerintahan ku ini nescaya ku bertindak seperti beliau itu dan katanya lagi: Perhatikan apa yang kau sebutkan tadi wahai Amru?" Jawab ku: "Demi Allah ku bercakap benar". Kata Abd: "Ceritakan lagi kepada ku apa yang disuruh dan apa yang dilarang". Kata ku: "Baginda menyuruh mentaati Allah Azawajalla, melarang memaksiatiNya dan menyuruh berbuat baik, menghubungi keluarga, melarang penganiayaan, perseteruan, zina, arak, penyembahan batu, berhala dan salib".

Kata Abd: "Betapa indah dan cantiknya apa yang diserukan itu, kalaulah saudaraku boleh mengikuti ku nescaya kamu berdua akan berkejar ke sana agar dapat kami beriman dengan Muhammad s.a.w dan mempercayainya. Tetapi saudaraku amat sayang untuk meninggalkan pemerintahannya, ini menyebabkan kami berdosa". Kataku: "Kalau beliau memeluk Islam, Rasulullah s.a.w akan melantik beliau sebagai pemerintah ke atas kaum sebangsanya, seterusnya akan dipungut zakat sedekah dari golongan hartawan kemudian diagihkan kepada golongan fakir miskin". Kata Abd: "Ini adalah akhlak mulia, dan apa itu sedekah?" Aku pun menceritakan perintah yang difardukan oleh Rasulullah s.a.w mengenai zakat sedekah pada harta benda hinggalah kepada ternakan unta. Kata Beliau: "Amru! Apakah diambil zakat dari binatang ternakan yang memakan pokok-pokok dan meminum air itu?" Jawabku: "Ya! Kata Abd: "Demi Allah aku tak terfikir yang kaum ku yang berjauhan rumah mereka dan bilangan mereka boleh mematuhi perkara ini". Kata Amru pintu rumahnya beberapa hari dan beliau puji saudaranya memberitahu maklumat yang ditemui.

Berlaku di suatu hari di mana beliau telah menjerit masuk ke dalam, pembantunya memberi khidmat kepada kata Abd: "Tinggalkan dia". Aku pun dibiarkan, dan ku pergi duduk. Mereka enggan membiarkan ku duduk, ku memerhati ke arahnya maka beliau berkata: "Cakaplah mengenai tujuan kau". Lalu ku serahkan risalah yang bermohor itu, maka beliau membuka sampul bermohor itu serta membaca hingga ke akhirnya, lepas itu beliau menyerahkan kepada saudaranya, dan saudaranya membaca seperti yang beliau baca, namun ku dapati saudaranya lebih lembut darinya, lalu beliau berkata: "Boleh tak kau ceritakan mengenai Quraisy, apa yang mereka lakukan?" Kata ku: "Mereka telah mengikuti Baginda, sama ada sukakan agamanya atau kekalahannya." Tanya beliau lagi: "Dan siapa kah orang yang bersamanya?" Jawabku: "Orang ramai sukakan Islam dan memilihnya dari yang lain. Kini mereka mengenali melalui akal pemikiran mereka di samping hidayat Allah bahawa mereka dahulu adalah dalam kesesatan, setahu aku tidak ada yang tinggal lagi selain dari kau di penjuru ini, sekiranya kau tidak memeluk Islam di hari ini dan mengikutinya, kau akan dilanyak oleh kuda-kuda, bumi hijau mu akan musnah. Ayuh peluklah Islam nescaya kau selamat, dan seterusnya kau dilantik sebagai ketua kaum kau, terhindar kau dari serangan kuda-kuda dan tentera." Jawab beliau: "Tinggallah daku bersendirian hari ini, dan kemarilah kau pada besok hari".

Ku pun pergi berjumpa adiknya, maka kata adiknya: "Hai Amru, aku harapkan beliau akan memeluk Islam, sekiranya beliau tidak mengutamakan pemerintahannya". Pada keesokan hari ku datang kepadanya, beliau enggan membenarkan ku masuk, maka ku pergi menemui saudaranya, ku ceritakan kepadanya bahawa ku tak dapat bertemunya, saudaranya itu membawa aku masuk maka beliau berkata: "Aku berfikir tentang seruan yang telah kau ucapkan kepadaku itu, kalau demikian maka aku ini adalah pemerintah Arab yang terlemah, sekiranya aku serahkan yang di tanganku ini kepada seorang lelaki, sedang kudanya pun tidak sampai ke sini, tapi kalau kudanya sampai ke sini pasti berlaku peperangan yang belum pernah terjadi lagi sebelum ini. Kata Amru: "Besok aku hendak keluar dari sini, jadi setelah beliau pasti yang aku akan keluar maka beliau pun bersendirian dengan saudaranya itu". Lalu beliau berkata: "Apa sikap kita dengan risalahnya itu, semua orang yang diutus risalah kepada mereka telah pun memberi persetujuan". Di pagi itu beliau pun menjemput ku. Di situ beliau memberi jawapan menerima dan memeluk Islam dengan saudaranya, mempercayai Rasulullah s.a.w, membiarkan sahaja aku memungut zakat manakala pemerintahan mereka dikekalkan dan mereka merupakan penolong terhadap golongan yang menentangku".

Jalan cerita ini menunjukkan bahawa pengutusan risalah kepada orang berdua itu terlewat, berbanding dengan penghantaran kepada raja-raja lain, pendapat majoriti penghantaran berlaku selepas pembukaan Makkah.

Dengan risalah-risalah ini bermakna Rasulullah s.a.w telah menyampaikan dakwahnya kepada sebahagian besar raja-raja di dunia. Di antara mereka ada yang beriman tetapi sebahagian yang lain kufur dengannya. Namun mereka yang kufur tetap memikirkan tentang risalah ini setelah kenal dan mengetahui nama Baginda dan agamanya.


AKTIVITI KETENTERAAN SELEPAS PERDAMAIAN AL-HUDAIBIYYAH

Peperangan Al-Ghaabah atau Peperangan Zu Qirad
Peperangan ini merupakan gerakan buruan ke atas sekumpulan Banu Farazah yang telah melakukan tindakan melanun, sebagai satu cara menentang Rasulullah s.a.w. lanya adalah peperangan yang pertama Rasulullah s.a.w selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah dan sebelum Khaibar. Al-Bukhary mencatit dalam pra kata topik berkenaan sebagai berlaku sebelum peperangan Khaibar. Imam Muslim meriwayatkan di dalam sahihnya sedemikian juga, di dalam hadith Salamah bin Al-Akwa'. Tetapi Jumhur ahli As-Sirah dan Al-Maghazi menyebut peperangan ini berlaku sebelum Al-Hudaibiyyah. Sebenarnya apa yang terdapat di dalam kitab As-Sahih lebih sahih dari apa yang disebut oleh ahli As-Sirah.

Ringkasan periwayatan cerita dari hadith Salamah bin Al-Akwa', pahlawan peperangan ini, dengan berkata: "Rasulullah s.a.w melepaskan ternakan untanya bersama dengan budak suruhannya Rabah, aku turut bersama Rabah menunggang kuda Abu Talhah, semasa kami di waktu pagi tiba-tiba Abdur-Rahman Al-Fazari telali menyerang ke atas ternakan lalu membunuh pengembalanya dan membawa lari semua unta-unta ternakan. Ku berkata kepada Rabah: Kamu tunggang kuda ini dan beritahu kepada Talhah, serta ceritakan kepada Rasulullah s.a.w, aku lari ke tanah tinggi mengadap Al-Madinah dan melaung : Tolong! Tolong! Tolong! Kemudian ku kejar penyamun-penyamun itu dengan meluncur panah ke arah mereka sambil bermadah: "Anak lelaki Al-Akwa' daku ini hari nahas hari ini. "

Demi Allah, terus ku menghujani mereka dengan panahan, di antara mereka ada yang gugur, kalau ada penunggang mereka yang berpatah balik ke belakang aku mengelak diri di sebalik pokok-pokok, dari situ aku memanah hingga seteru ku tersungkur jatuh, kalau mereka memasuki di celah-celah bukit, aku naik ke atas. Dari atas ku humbankan ketul-ketui batu ke atas mereka, beginilah aku terus memburu mereka hingga tiada unta Rasulullah s.a.w kecuali kesemua berada di belakang ku. Ku buru lagi dan ku panah mereka hingga terpaksa mereka membuang lebih dari tiga puluh helai kain Burdah(serban) dan tiga puluh bilah tombak, supaya ringan dan mudah lari, apa sahaja yang mereka buang ku letak batu-batu di situ supaya mudah Rasulullah s.a.w dan para sahabat mengecamnya.

Apabila lanun-lanun itu keletihan, mereka berhenti dan berehat di suatu jalan di atas bukit untuk makan. Aku menunggu mereka di atas sebuah bukit kecil, empat orang dari mereka naik ke bukit menuju ke arah ku: Ku pun berkata: Kamu tidak kenal aku siapa? Akulah Salamah bin Al-Akwa', tak seorang pun yang terlepas bila aku mengejarnya dan tak siapa pun yang dapat memburu aku.

Dengan itu mereka pun berpatah balik, tinggalkan tempat ku itu ternampaklah berkuda Rasulullah s.a.w sedang melalui di antara puak Orang yang di hadapan ialah Akhram di belakangnya - Qutadah di belakangnya lagi Al-Miqdad bin Al-Aswad. Abu Ar-Rahman bertembung dengan Al-Akhram di situ. Al-Akhram membunuh kuda Abdur-Rahman manakala Abdur-Rahman menikam Al-Akhram dan membunuhnya kemudian beliau berpindah ke kudanya tetapi sempat dikejar oleh Qutadah dan ditikamnya Abd Ar-Rahman hingga mati, yang lain-lain cabut lari, justeru itu kami kejar mereka dari belakang dengan berlari, akhirnya mereka menyusur masuk ke suatu lorong yang ada air, dikenali sebagai Za Qirad.

Kira-kira waktu itu sudah pun petang, mereka ke situ untuk minum air, rupanya mereka semua dahaga, tidak sempat mereka meminum setitik air pun, ku buru mereka dari situ. Di tempat itu Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan ku bersama-sama dengan kuda-kuda kira-kira waktu pun sudah isya', ku berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Mereka kehausan wahai Rasulullah s.a.w, sekiranya Rasulullah s.a.w hantarkan bersama ku seratus orang, niscaya ku tawan segala apa yang ada bersama mereka". Jawab Rasulullah s.a.w: "Hai Ibnu Al-Akwa', sekarang ini memang kau mampu untuk menawan mereka tapi biarkanlah mereka pergi". Sambung Rasulullah s.a.w lagi: "Sekarang mereka berlindung di Ghatafan".

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik penunggang hari ini ialah Abu Qutadah dan sebaik-baik pahlawan kita ialah Salamah". Rasulullah s.a.w membahagikan rampasan di mana ku diberi dua saham, satu saham sebagai pejuang berjalan kaki satu saham lagi sebagai pejuang berkuda. Semasa pulang ke Madinah baginda menunggang untanya al-'Adhba' dan ku mengekori dari belakang Baginda.

Semasa peperangan ini Baginda melantik Ibnu Ummu Maktum sebagai Amir di Madinah, bendera Islam diserahkan kepada Al-Miqadad bin Amru.


Peperangan Al-Khaibar dan Wadi Al-Qura
Bulan Muharram tahun ke tujuh (7) hijrah

Khaibar adalah sebuah kota besar dikelilingi tembok berbenteng dan taman-taman, jaraknya ke Madinah enam puluh (60) atau lapan puluh (80) batu di sebelah utara, tapi sekarang sebagai sebuah kampung dengan cuacanya yang kurang baik untuk kesihatan.

Faktor kejadian:
Setelah Rasulullah s.a.w terasa aman terhadap salah satu dari tiga sayap terkuat Barisan Bersekutu dan terasa selamat sepenuhnya, khusus selepas perjanjian perdamaian Al-Hudaibiyyah, kini Rasulullah s.a.w mengatur perkiraannya dengan dua sayap yang masih bertenaga: Kaum Yahudi dan Qabilah-qabilah Najdi, agar perkiraan ini akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan serantau yang menyeluruh, seterusnya orang Islam boleh cuci tangan dari peperangan berdarah yang berterusan itu dan mengalih langkah kepada kerja-kerja dakwah dan menyampai risalah Allah sepenuhnya.
Oleh kerana Khaibar merupakan sarang pakatan da-konspirasi, malah merupakan markas gerakan tentera yang menimbulkan kekacauan dan mencetuskan peperangan, maka sudah selayaknya kaum muslimim memberi penumpuan kepadanya.

Apa yang dikatakan Khaibar sebagai pencetus kesemuanya, ini kerana kita tidak boleh melupai usaha-usaha penduduk Khaibar yang menghimpun tenaga Barisan Bersekutu untuk memerangi kaum muslimin, malah mereka juga yang menginisiatifkan kepada Banu Quraidhah supaya mengkhianati orang-orang Islam, dan mereka jugalah yang bertindak membuat hubungan dengan musuh dalam selimut iaitu kaum munafiqin, juga hubungan dengan Ghatafan dan Arab-arab Badwi yang merupakan sayap ke tiga kepada Barisan Bersekutu. Malahan mereka sendiri sudah pun mempersiapkan diri untuk memasuki kancah peperangan, mereka sudah pun memulakan percubaan itu dengan beberapa siri serangan, di antara yang terkutuk ialah mereka merencana untuk membunuh Rasulullah s.a.w.

Berhadapan dengan usaha jahat mereka, kaum muslimin terpaksa menghantar beberapa unit tentera ke sana, hinggalah kepada tindakan membunuh kepala samseng dan perancang kejahatan seperti Salam bin Abi Al-Haqiq dan Asir bin Zarim, namun kewajipan kaum muslimin terhadap golongan Yahudi ini lebih besar dari itu. Ditangguhkan operasi, kerana kekuatan yang lebih besar dan seteru yang lebih biadab lagi iaitu Quraisy sedang mengancam mereka. Oleh itu sebaik sahaja kaum muslimin melangsaikan perkiraan mereka dengan golongan pengkhianat itu kini tiba masanya pula untuk membuat perkiraan dengan golongan Yahudi Khaibar.


PERGERAKAN KE KHAIBAR

Ibnu Ishak mengisahkan katanya: Sekembalinya dari Al-Hudaibiyyah, Rasulullah s.a.w tinggal di Madinah. Baginda tinggal di sana pada sebahagian dari bulan Zulhijjah dan Muharam. Di akhir bulan Muharam Baginda keluar ke Khaibar. Ahli tafsir mengatakan: Bahawa Khaibar itu adalah janji yang telah dibuat oleh Allah (s.w.t) di dalam firmanNya yang bermaksud:

Allah menjanjikan kamu rampasan-rampasan yang banyak kamu mengambilnya namun Allah menyegerakan bagi kamu yang ini. ( iaitu perjanjian Al-Hudaibiyyah manakala rampasan-rampasan yang banyak ialah Khaibar).
Al-Fath: 20

KEKUATAN TENTERA ISLAM

Dengan sebab kaum munafiqin dan golongan lemah iman tidak menyertai Rasulullah s.a.w di dalam peperangan Al-Hudaibiyyah maka Allah menyeru Rasul-Nya dengan firman yang bermaksud;

"Akan berkata golongan yang tertinggal, apabila kamu menuju kepada barang-barang rampasan untuk memungutnya: Biarkanlah kami mengikuti kamu. Mereka hendak mengubah janji Allah".
Katakanlah: Sekali-kali kamu tidak berhak. mengikuti kami. Demikianlah Allah telah menetapkan sebelumnya, mereka akan mengatakan: Sebenarnya kamu dengkikan kami, bahkan mereka tidak mengerti melainkan sedikit sekali.
Al-Fath: 15

Apabila Rasulullah s.a.w hendak keluar ke Khaibar, Baginda mengiklankan bahawa yang akan turut serta hanya orang yang ingin berjihad sahaja, oleh itu yang turut serta hanyalah mereka berbai'ah Ar-Ridhwan. Bilangan mereka seramai seribu empat ratus (1,400) orang.

Rasulullah s.a.w melantik Siba' bin 'Arfatah al-Ghifari sebagai amir Al-Madinah. Tetapi, kata Ibnu Ishak: Namilah bin Abdullah Al-Laithi. Namun pendapat yang pertama lebih sahih pada pandangan golongan pengkaji.

Di masa itu Abu Hurairah pun sampai ke Madinah mengiklan keislamannya, di sana beliau sempat dengan Siba' bin Arfatah, Amir Al-Madinah di dalam sembahyang' subuhnya. Setelah selesai sembahyang terus beliau menemui Siba', maka beliau pun diberi bekalan, terus beliau ke Khaibar menemui Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w pun memberitahu kepada kaum muslimin seterusnya, Rasulullah s.a.w pun membahagikan saham rampasan bersama-sama dengan sahabatnya yang lain.


KAUM MUNAFIQIN MEMBUAT HUBUNGAN DENGAN KAUM YAHUDI

Kaum munafiqin berusaha untuk kemaslahatan golongan Yahudi, Abdullah bin Ubai selaku kepala munafiqin telah menghantar utusan untuk bertemu dengan kaum Yahudi Khaibar dengan peringatan: "Bahawa Muhammad telah bergerak menuju ke arah kamu, berwaspadalah kerananya, justeru itu janganlah kamu gentar, persenjataan dan bilangan kamu lebih banyak, sedang Muhammad hanya satu kelompok yang kecil sahaja dengan tangan kosong tak Bersenjata, senjata yang mereka miliki sangat sedikit.

Sebaik sahaja penduduk Khaibar mengetahui hal ini, lantas mereka mengutus Kinanah bin Abi Al-Haqiq dan Hauzah bin Qais kepada Ghatafan, meminta bantuan dari mereka, kerana Ghatafan adalah sekutu Yahudi yang memusuhi kaum muslimin. Yahudi telah menjanjikan Ghatafan untuk menyerah separuh hasil Khaibar sekiranya mereka dapat mengalahkan kaum muslimin.


PERJALANAN KE KHAIBAR

Dalam perjalanan ke Khaibar, Baginda melalui Jabal Asir, turun ke As-Sahba', turun lagi ke lembah yang dikenali sebagai Ar-Raji'e, dari situ ke kawasan Ghatafan perjalanannya mengambil masa sehari semalam. Ghatafan sudah pun bersiap untuk bergerak ke Khaibar bagi membantu Yahudi Khaibar, di pertengahan jalan, mereka dengar dari belakang mereka bunyi-bunyi bising, di mana mereka sangka bahawa kaum muslimin sudah menyerang keluarga, harta dan perkampungan mereka. Dengan itu tak jadi mereka ke Khaibar.

Rasulullah s.a.w menjemput dua orang "Dalil" (penunjuk arah perjalanan) tentera Islam, salah seorang mereka bernama Husail untuk melalui jalan yang terbaik, agar dapat Baginda memasuki Khaibar dari arah utara iaitu dari sebelah negeri Syam dan supaya dapat menghalang mereka dari Ghatafan.

Salah seorang daripada mereka berkata: "Daku akan menunjukkan tuan hamba jalan-jalannya", dengan itu beliau membawa Rasulullah s.a.w bersama tenteranya sampai ke satu persimpangan yang banyak cabang dan arah, kata beliau: "Wahai Rasulullah s.a.w setiap jalan ini boleh sampai ke matlamat". Maka Baginda meminta beliau sebutkan nama jalan-jalan itu, kata beliau: "Jalan ini bernama "Hazan" Rasulullah s.a.w menolak cadangan untuk melalui jalan ini, katanya yang ini namanya "Syasy" pun Rasulullah s.a.w menolaknya, katanya: Dan yang ini namanya "Hatib" sekali lagi Rasulullah s.a.w menolaknya, kata Husail: "Tak ada yang lain, cuma tinggal satu lagi". Umar aI-Khattab bertanya: "Apa namanya?" Kata Husail: Yang ini namanya "Marhab" maka Rasulullah s.a.w pun memilih jalan "Marhab" untuk ke menuju matlamatnya.

Beberapa Peristiwa Di Pertengahan Jalan:

1. Hadith riwayat Salamah bin Al-Akwa'yang berkata:
Kami telah keluar bersama Nabi (s.a.w) ke Khaibar, kami berjalan di malam hari, sehingga berkata salah seorang dari peserta yang ramai itu kepada Amir: "Hai Amir, perdengarkan kami sebahagian dari madahmu itu", Amir adalah seorang penyair, beliau pun turun mendendangkan madahnya kepada sekelian peserta:
Tanpa kau Allah, kami ketiadaan hidayah
Tanpa mu Tuhan, tiada kami bersolat, bersedekah
Pohon kemaafan pengorbanan diserah
Selama masih kami bertaqwa
Tetapkan langkah bila musuh bersua
Cucuri kami ketenanganMu Ilahi
Bila kami diherdik tiada apa menggeruni
Disuara laungan salurlah bantuanmu Ilahi

Tanya Rasululllah (s.a.w): "Siapa yang mendendang madah itu?" Jawab yang hadir: "Beliau adalah Amir bin Al-Akwa'" Jawab Rasulullah s.a.w: "Allah mencucuri rahmat ke atasnya". Sampuk salah seorang: "Wajib ke atasnya syurga wahai Nabi Allah, kalau tidak mana mungkin masih boleh beliau menghibur".
Para sahabat sudah mengetahui tidak pernah Rasulullah s.a.w memohon rahmat dan beristighfar untuk seseorang kecuali dikurniakan syahadah (mati syahid). Amir telah syahid di Medan Khaibar.

2. Dipertengahan jalan sekalian hadirin bersua dengan sebuah lembah lalu mereka semua mengangkat suara takbir. Kata Rasulullah s.a.w: "Rendahkan suara mu itu, yang kamu memohon itu bukannya pekak atau tiada bersama, yang kamu pohon dariNya itu Maha Pendengar lagi Maha Dekat".

3. Semasa di As-Sahba' kawasan berhampiran dengan Khaibar Baginda pun bersembahyang Asar, kemudian Rasulullah s.a.w meminta makanan, apa yang diberikan kepada Baginda hanyalah tepung, maka Rasulullah s.a.w suruh dimasakkan, setelah itu Rasulullah s.a.w pun makan dan sekelian yang hadir pun turut makan bersama. Sesudah itu Rasulullah s.a.w bangun untuk bersolat Maghrib. Baginda masih dalam wudhu' lantas untuk itu Baginda berkumur sahaja, kaum muslimin yang lainpun mencontohi amalan Rasulullah s.a.w dengan memadai berkumur sahaja. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersolat dengan tidak memperbaharui wudhu', lepas itu Baginda menunai solat Isya' pula.

TENTERA ISLAM KE TEMBOK KHAIBAR

Kaum muslimin tidur di malam akhir sebelum bermulanya peperangan di pagi harinya, berhampiran dengan kota Khaibar, tanpa disedari oleh kaum Yahudi. Kebiasaan Rasulullah s.a.w apabila hendak memerangi sesuatu kaum sedang suasana masih malam maka Baginda tidak rnenghampiri tempat itu hinggalah di waktu subuh. Kiranya apabila masuk sahaja waktu subuh terus Rasulullah s.a.w bersembahyang fajar disamar-samar pagi, seluruh tentera pun siap memacu tunggangan masing-masing, penduduk Khaibar keluar di pagi hari untuk ke tempat kerja masing-masing, membawa peralatan mereka, tanpa menyedari kehadiran tentera Islam. Sebaik sahaja mereka sampai ke tempat kerja tiba-tiba mereka melihat tentera Islam terus mereka memekik: "Muhammad, demi Allah Muhammad dengan unit-unit tenteranya. Terus mereka lari ke dalam kota, maka laung Rasulullah s.a.w: "Allahu Akbar! Musnah Khaibar, Allahu Akbar! musnah Khaibar. Sesungguhnya apabila kami turun ke halaman sesuatu kaum maka nahaslah pagi hari kaum yang diperingatkan itu".

Rasulullah s.a.w telah memilih satu tempat sebagai khemahnya, namun demikian Khabbab bin Al-Munzir telah datang menemui Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w, apakah tempat yang tuan hamba bertapak ini suatu ketetapan langit atau berdasarkan strategi, kata Khabbab lagi: Wahai Rasulullah s.a.w tempat ini dekat sangat dengan benteng-benteng pertahanan, seluruh tentera Khaibar berada di dalamnya, mereka mengetahui situasi kita sedang kita pula tidak mengetahui situasi mereka. Panah mereka boleh sampai kepada kita dan panah kita tidak sampai kepada mereka. Kita tidak selamat dari angkara mereka, ianya juga terletak di antara pohon-pohon tamar, kawasan rendah dan bumi kosong, kalau Rasulullah s.a.w menyuruh kita sediakan tempat yang bebas dari semua ini untuk dijadikan markas tentera kita, boleh kita lakukan". Jawab Rasulullah s.a.w: "Pendapat yang baik adalah seperti mana yang engkau kemukakan". Kemudian Rasulullah s.a.w berpindah ke tempat lain. Semasa Rasulullah s.a.w menghampiri Khaibar dan sudah boleh dilihat, Rasulullah s.a.w memerintah supaya berhenti, di situ Baginda mendoakan: "Ya Allah ya Tuhan Penjaga tujuh petala langit yang memayungi, penjaga tujuh petala bumi yang dipijak, Tuhan kepada sekalian syaitan yang menyesatkan, sesungguhnya kami memohon kebaikan kampung ini, kebaikan penghuni kampung ini. dari kejahatan penduduknya dari kejahatan apa yang ada di dalamnya Ayuh maralah dengan nama Allah."


BERSIAP UNTUK BERPERANG

Di malam hari penyerangan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan ku serahkan bendera ini pada esok hari kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya disebaliknya Allah serta RasulNya mencintainya". Bila siang menjelang semua orang ke hadapan Rasulullah s.a.w, semua mereka mengharapkan bendera itu akan diserahkan kepadanya, lantas Rasulullah s.a.w bertanya: Di mana Ali bin Abi Talib. Jawab hadirin: Beliau mengadu hal matanya yang sakit. Kata Rasulullah s.a.w: Hantarkan beliau ke mari. Maka beliau pun di bawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. Baginda meludah ke dalam kedua-dua matanya sambil berdoa, sesudah itu matanya tidak sakit-sakit lagi bagaikan tak ada apa pun sebelumnya, Baginda menyerah bendera kepadanya, dan beliau berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w akan ku perangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita semua". Jawab Baginda: "Ayuh laksanakan tugas mu itu, apabila kamu sampai di perkarangan mereka, serulah mereka kepada Islam, beritahukan mereka segala sesuatu mengenai hak Allah, demi Allah sekiranya dengan kau Allah memberi hidayah kepada seseorang maka itu terlebih baik bagi kau dari sekumpulan unta-unta merah".

Khaibar terbahagi kepada dua kelompok, satu kelompok ialah:
1. Kubu Nairn
2. Kubu As-Saab bin Muaz
3. Kubu Qaladah Az-Zubair
4. Kubu Ubai
5. Kubu An-Nizar
Tiga kubu yang pertama terletak di kawasan yang dikenali sebagai An-Nutah yang dua lagi terletak di kawasan yang dikenali sebagai Asy-Syaq.

Kelompok kedua dikenali dengan nama Al-Katibah, terdapat tiga kubu sahaja iaitu:

1. Kubu Al-Qamus ianya kubu qabilah Abu Al-Haqiq keturunan Bani Nadhir.
2. Kubu Al-Watih
3. Kubu As-Salalim

Namun demikian di Khaibar masih terdapat kubu-kubu dan tembok-tembok lain, selain dari lapan yang tersebut, cuma ianya kecil tidak segagah dan perkasa seperti yang lapan itu.

Peperangan sengit berkisar disekitar kubu-kubu yang berada di kelompok pertama, kubu-kubu kedua meskipun ramai pejuang-pejuangnya di situ namun ianya telah menyerah kalah tanpa sebarang peperangan.


PERMULAAN PEPERANGAN DAN PEMBUKAAN KUBU NA'IM

Kubu Na'im merupakan kubu pertama di antara lapan kubu yang diserang, ianya merupakan barisan pertahanan Yahudi pertama kerana kedudukannya yang strategi ianya kubu pahlawan Yahudi bernama "Marhab" Pejuangnya adalah ribuan.

Ali bin Abi Talib muncul di hadapan kubu berkenaan, pertama sekali beliau menyeru kaum Yahudi seluruhnya kepada Islam, mentah-mentah mereka menolak pelawaan itu, dengan itu mereka muncul ke hadapan bersama raja mereka "Marhab", beliau tampil ke hadapan menyeru sesiapa yang mahu bertarung dengannya. Kata Salamah bin Al-Akwa: Setibanya kami di Khaibar raja mereka yang bernama "Marhab" pun tampil ke hadapan menghunus pedang sambil melaung dengan madahnya:

"Dakulah Marhab, Khaibar Kenali
Senjata digenggaman pahlawan teruji
Apabila perang bermula ianya membakar"
Di masa itu tampillah Umai Amir dengan madahnya:
"Khaibar kenali daku Amir
Senjata ditegakkan pahlawan mencabar"

Bertikamanlah di antara kedua, pukulan pedang Marhab membelah perisai Amir, menyebabkan beliau hanya bertahan sahaja, pedangnya pun pendek pula, namun beliau cuba memukul betis Yahudi tetapi mata pedangnya melantun balik ke arah dirinya hingga tertikam kepala lututnya dan beliau syahid kerana itu. Maka Rasulullah s.a.w pun menegas dengan sabdanya: "Untuk beliau dua pahala, sambil Baginda menunjukkkan dua jarinya, kerana beliau berusaha dan melawan, jarang seorang Arab mara seperti beliau".

Nampaknya "Marhab" mencabar sekali lagi memanggil sesiapa yang berani bertarung dengannya, dengan madahnya tadi, Ali bin Abi Talib tampil ke hadapan, kata Salamah bin Al-Akwa', Ali muncul dengan madahnya:

Daku Haidar ibu menamanya
Singa rimba garang rupanya
Sukatan diberi
Hutang dibayar
Darah dibela

Beliau menghumban pedangnya ke kepala Marhab membunuhnya, dengan itu pembukaan kota Khaibar pun dirasmikan.

Semasa Ali (r. a) menghampiri kubu-kubu mereka yang lain, seorang Yahudi menjengok kepalanya dari dalam kubu sambil bertanya: Siapa kamu Jawab beliau: Akulah Ali bin Abi Talib, maka kata Yahudi: Kamu telah mengatasi dengan apa yang diturunkan ke atas Musa.

Sejurus kemudian muncul Yasir saudara kepada Marhab dengan berkata siapa sanggup bertarung dengan ku, maka tampil Az-Zubair, maka kata ibunya Safiah: "Wahai Rasulullah s.a.w, nanti dibunuhanakku?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Malah anak engkau yang membunuhnya". Memang itulah yang terjadi.

Pertempuran pun menjadi sengit di sekitar kubur Na'im di mana terbunuh beberapa keluarga, yang membawa kepada tumbangnya penentangan Yahudi dan gagal mereka mempertahankan kemaraan tentera Islam.

Dari semua sumber ini boleh difahamkan di mana peperangan Khaibar ini selama beberapa hari, tentera Islam menghadapi tentangan yang hebat, namun di akhirnya kaum Yahudi sudah berputus asa untuk melawan, kesudahannya mereka lari dari kubu itu menyusup ke kubu "As-Saab". Dengan itu tentera Islam pun melanggar masuk dan menawannya.


PEMBUKAAN KUBU AS-SAAB BIN MUAZ

Kubu As-Saab merupakan kubu kedua yang terkuat dan gagah selepas kubu An-Na'im, tentera Islam membuat serangan di bawah pimpinan Al-Habbab bin Al-Munzlr Al-Ansari, sebelum itu mereka telah membuat kepongan selama tiga hari, pada hari ketiga Rasulullah s.a.w telah membuat satu doa khas untuk pembukaan kubu berkenaan.

Ibnu Ishak meriwayatkan katanya: Banu Saham dari qabilah Aslam telah datang menghadap Rasulullah s.a.w, kata mereka: Kami dalam kemelesetan, kami tidak mempunyai sesuatu apa pun, jawab Rasul dengan nada restunya: "Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Kau mengetahui hal mereka ini, mereka tak mempunyai kekuatan, di tangan ku ini tiada sesuatu pun yang boleh ku beri kepada mereka, bukalah untuk mereka sekaya-kaya kubu, padanya makanan dan daging yang berlebihan". Keesokan pagi, Allah telah membuka kubu As-Saab bin Muaz, kiranya di Khaibar itu padanyalah tersimpan makanan dan daging-daging.

Ketika Rasulullah s.a.w menyeru menyerang ke atas kubu berkenaan, maka Banu Aslamlah kumpulan terkemuka yang membuat asakan ke atas "As-Saab". Pertarungan dan pertempuran berlaku di hadapan kubu, sebelum matahari terbenam Al-Hamdulillah As-Saab telah terbuka, tentera Islam mendapati di dalamnya alat-alat peperangan seperti pelontar peluru dan kereta-kereta perisai.

Oleh kerana kelaparan yang mencengkam tentera Islam, sudah sampai kekemuncaknya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak membawa kaum muslimin sudah merebus air untuk memasak daging keldai peliharaan. Tapi setelah Baginda mengetahui maka dilarang dari memakan daging kaldai peliharaan.


PEMBUKAAN KUBU AZ-ZUBAIR

Selepas pembukaan kubu Na'im dan As-Saab kaum Yahudi yang berada di semua kubu kelompok An-Naim berpindah ke kubu Az-Zubair, ianya kubu perkasa di kemuncak "Quilah", berat untuk kuda dan tentera ke sana kerana kesukaran jalan dan kekukuhannya. Tindakan Rasulullah s.a.w ialah mengepunginya, Rasulullah s.a.w mengenakan kepungan selama tiga hari, setelah itu seorang lelaki Yahudi datang menemui Rasulullah s.a.w seraya berkata: "Wahai Abi Al-Qasim kalau kamu kepung, mereka ada sumber air di bawah tanah, mereka keluar di waktu malam mengambilnya, balik semula ke kubu mereka tidak ada sesuatu pun yang mencemas mereka, tetapi kalau kau potong air mereka, mereka akan melawan."

Rasulullah s.a.w pun segera bertindak menghalang air dari mereka, reaksinya mereka keluar dan melawan dalam satu peperangan habis-habisan, telah syahid beberapa tentera Islam dan sepuluh orang Yahudi kecundang, dengan itu terbukalah kubu Az-Zubair kepada Rasulullah s.a.w.


PEMBUKAAN KUBU UBAI

Setelah kubu Az-Zubair dibuka maka seluruh Yahudi berpindah ke kubu Ubai, kaum muslimin mengepunginya, dua wira Yahudi telah tampil seorang demi seorang meminta ditentang, namun kedua-dua mereka dibunuh di dalam pertarungan yang berasingan, wira kedua Yahudi telah dibunuh oleh pahlawan Islam yang berikat kepala dengan kain merah iaitu Abu Dujanah Sumak bin Kharsyah Al-Ansari. Sebaik sahaja beliau membunuh wira Yahudi, terus beliau merempoh masuk ke dalam kubu Ubai dan tentera Islam membanjiri bersama beliau ke dalam. Di dalam kubu berlaku pertarungan sengit beberapa jam, di masa itu kaum Yahudi mengambil kesempatan melarikan diri ke dalam kubu "An-Nizar" kubu terakhir di kelompok pertama.


PEMBUKAAN KUBU AN-NIZAR

Kubu ini merupakan kubu terkuat kelompok ini, orang Yahudi semua mereka bagaikan penuh keyakinan bahawa tentera Islam tidak akan dapat membukanya walaupun berusaha sehabis tenaga mereka, sebab itulah mereka menempatkan perempuan-perempuan dan keluarga mereka di sini, setelah mereka mengosongkan semua penghuni keempat-keempat kubu terdahulu.

Kaum muslimin telah membuat kepungan yang ketat ke atas kubu ini, dengan tekanan kuat ke atas kaum Yahudi, oleh kerana kubu ini terletak di atas bukit tinggi dan gagah, menyebabkan kaum muslimin tidak dapat membuat serangan dan merempuh ke dalamnya, di pihak Yahudi pun tidak berani keluar dari kubu untuk bertarung, apa yang dapat mereka lakukan hanya melawan dengan meluncur tombak dan mencampak ketulan-ketulan batu ke arah tentera Islam.

Oleh kerana kubu An-Nizar ini sukar kepada tentera Islam membukanya maka Rasulullah s.a.w memerintah supaya dipecahkan kubu An-Nizar ini dengan lontaran Al-Manjaniq (pelontar), setelah tentera Islam bertindak mengikut arahan Rasulullah s.a.w, maka berlaku kerosakan dan keruntuhan kepada tembok-tembok kubu berkenaan, membolehkan tentera Islam menyerbu masuk, di mana berlaku pertempuran yang sengit di dalam kubu itu sendiri, di situ kaum Yahudi menerima kekalahan yang teruk kerana mereka tidak sempat melarikan diri ke kubu yang lain, namun dapat juga di antara orang-orang Yahudi yang sempat melarikan diri meninggalkan kaum keluarga dan perempuan-perempuan mereka sebagai tawanan. Dengan tertawannya kubu yang terkuat ini terbukalah kelompok pertama kubu Khaibar yang terletak di An-Nutah dan As-Syaq, walaubagaimana terdapat juga kubu-kubu kecil di sekelilingnya, tetapi dengan tertawannya kubu terkuat ini maka penghuni-penghuni yang tinggal dan hendak mempertahankan kubu-kubu mereka turut melarikan diri ke kubu-kubu yang berada di kelompok kedua di Khaibar ini.


PEMBUKAAN KELOMPOK KEDUA KUBU KHAIBAR

Sebaik sahaja kubu di kelompok An-Nutah dan As-Syaq dibuka, segera Rasulullah s.a.w mengerakkan kekuatannya ke kelompok penduduk Al-Katibah, Al-Wateh dan As-Salalim iaitu kubu Abu Al-Haqiq dari Bani Nadhir, kubu ini telah dibanjiri oleh para Yahudi yang sempat melarikan diri ke kubu ini, di sini mereka mempertahankan sehabis-habis daya usaha mereka.
Ahli As-Sirah dan Al-Maghazi berikhtilaf pendapat apakah berlaku peperangan di ketiga-tiga kubunya ini atau tidak? Mengikut Ibnu Ishak dengan jelas beliau menyebut di mana berlaku pertempuran, dalam usaha membuka kubu Al-Qamus, malah dari jalan cerita beliau, kubu ini dibuka melalui peperangan tanpa sebarang perbincangan dan rundingan.

Manakala Al-Waqidi menyatakan keterangan di mana ketiga-tiga kubu dikelompok ini dibuka melalui perundingan, ini boleh jadi rundingan diadakan selepas berlaku pertempuran di kubu Al-Qamus, tetapi dua kubu lagi telah diserah kepada tentera Islam tanpa sebarang pertempuran.

Walau bagaimanapun, apabila Rasulullah s.a.w tiba ke sebelah Al-Katibah Baginda telah membuat kepungan yang lebih ketat, tempoh kepungan ialah empat belas hari, di dalam tempoh ini orang-orang Yahudi tidak keluar langsung dari kubu mereka, hinggalah apabila Rasulullah s.a.w memerintah supaya dipasang pelontar peluru dan mereka menyakini kehancuran mereka, lalu mereka memohon diadakan perjanjian perdamaian dengan Rasulullah s.a.w.


PERUNDINGAN

Anak Abi Al-Haqiq telah menghantar perutusan.menemui Rasulullah s.a.w dengan persetujuan: Kami akan mengikut arahan kamu? Jawab Rasulullah s.a.w: Ya, dengan itu mereka pun mematuhi arahan Rasulullah s.a.w. Kira dengannya terselamatlah darah mereka.

Baginda menerima pakai perjanjian perdamaian dengan tentera-tentera mereka yang berada di dalam kubu, keluarga mereka ditinggalkan untuk mereka, mereka boleh keluar dari bumi Khaibar bersama-sama dengan keluarga mereka, dan meninggalkan segala-galanya kepada Rasulullah s.a.w, hartabenda, bumi, emas perak, perisai dan baju besi, selain dari pakaian yang di badan sahaja. Jawab Rasulullah s.a.w: "Allah dan RasulNya tidak bertanggungjawab dengan kamu sekiranya kamu menyembunyi sesuatu", dengan itu mereka pun menerima perdamaian yang dipersetujui itu. Selepas perdamaian ini maka selesailah penyerahan semua kubu-kubu kepada tentera Islam, dan sempurna sudah pembukaan seluruh Khaibar.


PEMBUNUHAN DUA ORANG ANAK LELAKI ABU AL-HAQIQ

Meskipun selesai perjanjian perdamaian sedemikian rupa, namun dua orang anak lelaki Abu Al-Haqiq menghilangkan sebahagian besar harta-benda di dalam kubu berkenaan, juga mereka menghilangkan sebuah tabung yang terisi wang dan barang-barang kemas Huyai bin Akhtab, yang beliau bawa lari semasa pembuangan Bani Nadhir.

Kata Ibnu Ishak: Kinanah bin Ar-Rabie di bawa ke hadapan Rasulullah s.a.w, bersama beliau hartabenda Bani Nadhir yang berharga. Baginda bertanya di mana barang-barang itu, Ibn Ar-Rabie mengingkari yang beliau mengetahui tempatnya, maka dibawa kepada Rasulullah s.a.w seorang Yahudi lain dan kata beliau: Sebenarnya aku pernah melihat Kinanah berulang alik ke tempat usang itu setiap pagi. Tanya Rasulullah s.a.w "Apa kata kau sekiranya kami menjumpai barang itu bersama-sama kau, kami bunuh kau?" Jawab Kinanah: "Ya boleh".

Lalu Rasulullah s.a.w menyuruh orang Islam menggali tempat usang itu, hasilnya didapati sebahagian harta-harta mereka yang sengaja disembunyikan di situ, bila ditanya di mana bakinya lagi, beliau enggan menunjuk tempatnya, Rasulullah s.a.w pun menyerah beliau kepada Az-Zubair dengan katanya: "Siksakan beliau agar berjaya kita bawa keluar yang bakinya". Az-Zubair mendemah dadanya dengan besi panas separuh mati, kemudian diserahnya kepada Mahmad bin Salamah, Mahmad pun terus membunuhnya sebagai balasan di atas kematian Mahmud bin Salamah saudaranya yang dibunuh oleh orang Yahudi dalam satu pakatan jahat mereka dengan mencampak ke atasnya lesung kisar semasa beliau berselindung di tepi tembok di kubu Na'im dahulu.

Ibnu Al-Qayim menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah mengarah supaya dibunuh kedua-dua anak lelaki Abu Al-Haqiq. Adapun orang yang mengaku bahawa harta itu mereka berdualah yang bertanggungjawab menyembunyikannya ialah anak saudara Kinanah.

Rasulullah s.a.w menawan Sofiyah bin Huyai bin Akhtab sebelum ini beliau adalah bersama Kinanah anak lelaki Abu Al-Haqiq, yang baru menjadi pengantin dan baru sahaja bermalam sebagai suami isteri.


PEMBAHAGIAN HARTA RAMPASAN

Pada permulaannya Rasulullah s.a.w hendak mengosongkan Khaibar dari kaum Yahudi, tetapi mereka menawar kepada Rasulullah s.a.w dengan kata mereka: "Hai Muhammad biarlah kami yang mengerjakan ladang-ladang ini, kami mengusahakannya, kerana kami lebih mengetahui mengenainya dari kamu. Kebetulan Rasulullah s.a.w dan para sahabat di masa itu tidak ada prang-orang atau anak-anak suruhan untuk bekerja di ladang itu, orang Yahudi tidak pernah mengosongkan ladang itu malah setiap masa diusahakannya. Maka sebab itu Rasulullah s.a.w membenarkan mereka mengusahakan ladang itu dengan syarat hasil dari setiap tanaman dibahagikan dua, dan Rasulullah s.a.w berhak memberikan mereka setiap tuaian yang Baginda perakuinya, Abdullah bin Rawahah dilantik sebagai penyelia mereka.

Pertama, Rasulullah s.a.w membahagikan semua tanah Khaibar kepada 36 saham dan setiap saham itu dibahagikan kepada seratus saham kecil dengan itu tanah Khaibar mengandungi tiga ribu enam ratus (3,600) saham kecil, sebanyak seribu lapan ratus (1,800) saham adalah peruntukan khusus kepada Rasulullah s.a.w dan tentera Islam yang merupakan separuh keseluruhan saham. Rasulullah s.a.w mengambil satu saham sama seperti mana-mana tentera Islam, yang separuh lagi iaitu seribu lapan ratus (1,800) saham diasingkan, satu saham kontinjansis dan hal-hal yang mendatang ke atas kaum muslimin. Sebab Rasulullah s.a.w membahagikan kepada seribu lapan ratus, kerana rampasan itu adalah hidangan Allah untuk tentera-tentera yang menyertai Al-Hudaibiyyah dan yang telah tidak ada, kesemua mereka ialah seribu empat ratus (1,400) orang, bersama mereka dua ratus (200) kuda, setiap kuda dua saham, jadi kesemua itu dibahagikan kepada seribu lapan ratus (1,800) saham ertinya askar berkuda berhak menerima tiga saham dan pejalan kaki satu saham setiap seorang.

Bukti yang menunjukkan betapa banyaknya rampasan Khaibar ialah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhary dari Ibnu Umar dengan katanya: Kami tidak pernah kenyang kecuali setelah kami buka Khaibar, dan riwayat Aisyah dengan katanya: Selepas pembukaan Khaibar kami semua menyebut-nyebut: "Sekarang ini kita boleh kenyang dengan tamarnya".

Sekembalinya Rasulullah s.a.w ke Madinah kaum muhajirin pun memulangkan hibah dan berian mereka kepada Al-Ansar, yang pernah mereka berikan kepada Al-Muhajirin dahulu, seperti kebun-kebun tamar, setelah mereka memiliki harta dan ladang-ladang tamar di Khaibar.


KEPULANGAN JAAFAR BIN ABI TALIB DAN KELUARGA AL-ASY'ARI

Semasa peperangan Khaibar Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya dan orang-orang Al-Asy'ari keluarga Abu Musa bersama-sama sahabatnya pun tiba dari hijrah mereka ke Habsyah. Kata Abu Musa: "Pergerakan Rasulullah s.a.w telah sampai ke pengetahuan kami semasa kami berada di Al-Yaman, rombongan terdiri dari daku sendiri dua orang saudaraku bersama dengan lima puluh orang lebih dari kaum ku, kapal yang kami tumpang itu telah membawa kami ke Habsyah negeri An-Najasyi, akhirnya kami bertemu dengan Jaafar dan sahabat-sahabatnya, kata Jaafar kepada ku: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menghantar kami ke mari dan menyuruh kami bermukim di sini, dan tinggallah bersama kami. Dengan itu kami pun tinggallah bersama-samanya, hinggalah kami semua pulang semula ke Madinah dan berkesempatan pula dengan masa pembukaan Khaibar, dan Rasulullah s.a.w pun memberikan kami saham Khaibar, sebenarnya Rasulullah s.a.w tidak membahagikan saham Khaibar kepada orang yang tidak menyertai pembukaan Khaibar, kecuali kepada pelayar-pelayar kapal kami yang bersama Jaafar dan sahabat-sahabatnya, dimana Rasulullah s.a.w membahagikannya di antara mereka.

Ketibaan Jaafar telah disambut oleh Rasulullah s.a.w dan Baginda mengucupinya seterusnya Baginda bersabda: "Demi Allah aku tidak tahu mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, Apakah pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?"

Ketibaan pulang Jaafar adalah hasil pengutusan Umar bin Umaiyah Ad-Dhamari dari Rasulullah s.a.w kepada An-Najasyi, meminta beliau menghantar mereka pulang kepangkuannya, An-Najasyi pun segera mengurus kepulangan mereka dengan dua buah kapal, Jumlah mereka semua ialah enam belas (16) orang lelaki bersama-sama dengan anak-anak dan isteri-isteri mereka, selain dari mereka telah pun sampai ke Madinah sebelum ini beberapa kumpulan lain terlebih dahulu.


PERKAHWINAN DENGAN SOFIAH

Telahpun kita sebutkan bahawa Sofiah telah dijadikan sebagai tawanan, setelah suaminya Kinanah bin Abi Al-Haqiq dibunuh kerana pengkhianatannya. Apabila semua tawanan dihimpunkan, Duhaiyah bin Khalifah Al-Kalabi telah datang kehadapan Rasululullah dengan berkata: "Wahai nabi Allah, berikan daku seorang tawanan perempuan". Jawab Rasulullah s.a.w: "Pergi dan ambillah". Beliau pun memilih Sofiah binti Huyai, di masa itu seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w sambil berkata: "Wahai nabi Allah apakah tuan hamba memberikan Sofiah binti Huyai puteri penghulu Banu Quraizah dan Bani Nadhir kepada Duhaiyah, sebenarnya Sofiah tidak baik dan sesuai kecuali untuk Rasulullah s.a.w". Kata Rasulullah s.a.w: "Jemputkan beliau bersama perempuan itu ke mari". Beliau pun datang dengan Sofiah, bila Rasulullah s.a.w menengoknya maka kata Rasulullah s.a.w kepada Duhaiyah: "Ambillah perempuan tawanan selain darinya". Kemudian Rasulullah s.a.w menawarkan Islam kepada Sofiah dan beliau pun menerima dan memeluk Islam, dengan itu Rasulullah s.a.w membebaskannya dan berkahwin dengannya, pembebasan itu dijadikan maharnya, sehingga apabila ke tempat bernama " Sadd As-Sahba' " jalan ke Madinah, Sofiah menjadi halal untuk berkahwin. Ummu Salim bertugas menyiapkan beliau untuk Rasulullah s.a.w dan diserahnya kepada Rasulullah s.a.w pada malam itu, dengan itu Baginda menjadi mempelai lelaki kepada Sofiah. Sempena perkahwinan itu dihidangkan jamuan bubur tepung dicampur buah tamar dan minyak sapi. Baginda bermalam dengan Sofiah selama tiga hari semasa perjalanan pulang ke Madinah.

Rasulullah s.a.w mendapati kesan lebam di mukanya, jadi Rasulullah s.a.w pun bertanya dengan sabdanya: Apa ini? Jawab beliau: Wahai Rasulullah s.a.w sebelum ketibaan Rasulullah s.a.w ke sini, saya telah bermimpi melihat bulan sudah tidak ada di tempatnya tiba-tiba terjatuh ke ribaku, demi Allah sedikit pun saya tidak tahu hal tuan hamba, daku pun menceritanya kepada suami ku, beliau pun terus menempeleng mukaku dengan katanya: Jadi kau bercita-cita hendak kahwin dengan raja yang di Madinah itu.


PERIHAL KAMBING BERACUN

Dalam keadaan Rasulullah s.a.w sedang berihat selepas pembukaan Khaibar seorang wanita Yahudi yang dikenali sebagai Zainab bin Al-Harith isteri Salam bin Misykam telah tampil ke hadapan Rasulullah s.a.w, beliau menghadiah kepada Rasulullah s.a.w seekor kambing panggang, sebelum ini beliau telah bertanya khabar mana satu di antara anggota kambing panggang yang digemarinya dan diberitahu: Pahanya, untuk itu maka beliau memasukkan racun kedalamnya sebanyak yang mungkin, kemudian diracun kesemuanya, setelah itu beliau membawa sajian itu kepada Rasulullah s.a.w.

Baginda pun mengambil paha kambing bakar tadi dan menggigitnya, didapati dagingnya tidak baik lalu diluahkannya dan bersabda: Tulang kambing ini memberitahu daku yang ianya telah diracunkan; setelah itu dipanggil perempuan Yahudi tadi dan disoal, beliau pun membenarkan kata-kata Rasulullah s.a.w itu, dan bila ditanyanya mengapa beliau berbuat demikian, jawab beliau: Kalaulah Muhammad ini raja akan selamatlah daku darinya dan kalau ianya seorang nabi maka beliau akan diberitahu, dengan itu Rasulullah s.a.w memaafkannya.

Bersama Rasulullah s.a.w di ketika itu Bisyr bin Al-Barra' bin Ma'rur, beliau telah mengambil sebahagian dari daging kambing itu, dimakan malah didapati menyelerakan akhirnya beliau mati selepas itu.

Riwayat berikhtilaf mengenai kesudahan perempuan tadi, dimaafkan atau dibunuh, satu riwayat sebulat mengatakan Rasulullah s.a.w memaafkannya pada permulaan, kemudian dibunuh sebagai qisas, hukuman di atas kematian Bisyr.


QURBAN KEDUA BELAH PIHAK DI DALAM PEPERANGAN KHAIBAR

Jumlah tentera Islam yang syahid dl dalam pertempuran Khaibar, ialah enam belas (16) orang empat Quraisy, seorang Banu Asyja', seorang Banu Aslam, seQrang dari penduduk Khaibar selebihnya adalah dari golongan Ansar.

Pendapat lain menyebut bahawa syahid Islam adalah lapan belas (18) orang, Al-Alamah Al-Mansurpuri menyebut sembilan belas (19) orang, kemudian beliau berkata: selepas penyelidikan ku dapati sebenarnya dua puluh tiga (23) orang. Seorang darinya tersebut di dalam sejarah al-Tabari sahaja, dan seorang darinya juga, hanya tersebut di dalam Al-Waqidi sahaja. Seorang darinya mati kerana memakarr daging kambing yang beracun, manakala seorang yang lain mereka berikhtilaf apakah ianya terbunuh di Badar atau di Khaibar. Tapi yang sahih ianya mati di Badar. Manakala jumlah qurban orang Yahudi ialah sembilan puluh tiga (93) orang.


FADAK

Apabila Rasulullah s.a.w sampai ke Khaibar, segera Rasulullah s.a.w menghantar Mahisah bin Masoud sebagai utusan kepada Yahudi Fadak menyeru mereka kepada Al-Islam, namun mereka berlengah, tapi setelah Allah mentakdirkan pembukaan Khaibar dicampak kegerunan ke dalam hati-hati mereka, membawa mereka mengutus kepada Rasulullah s.a.w meminta perdamaian dan sanggup membahagikan separuh hasil Fadak kepada Baginda seperti yang Baginda lakukan dengan penduduk Khaibar, Rasulullah s.a.w bersetuju dengan permintaan Yahudi itu, oleh itu maka Fadak semuanya adalah khusus kepada diri Rasulullah s.a.w sahaja, kerana rampasannya tidak berlaku sebarang pergerakan tentera dan peperangan.


WADI AL-QURA

Setelah Baginda selesai urusan Khaibar Baginda terus ke "Wadi Al-Qura" kerana di sana terdapat sekumpulan kaum Yahudi dan sebahagian dari qabilah Arab yang bersekutu dengan mereka.

Apabila tentera Islam sampai ke sana mereka telah ditentang oleh kaum Yahudi dengan lontaran panah kerana mereka dalam keadaan berkerah tenaga dan bersiap sedia. Dalam kejadian itu seorang Abdi Rasulullah s.a.w bernama Mud'am terbunuh, maka kata orang ramai: Berbahagialah beliau dengan syurga, jawab Rasulullah s.a.w: Tidak sama sekali, demi jiwaku ditangannya, itu kain selimut, yang beliau ambil itu di hari Khaibar adalah rampasan Khaibar yang tidak dimasukkan ke dalam saham pembahagian rampasan, beliau harus dibakar dengan api, bila mereka mendengar demikian maka seorang lelaki telah membawa kepada Rasulullah s.a.w seberkas atau dua berkas kayu api, kata Rasulullah s.a.w: Seberkas atau dua berkas kayu api. Kemudian Rasulullah s.a.w pun menyusun para sahabat untuk menghadapi peperangan, diatur dan dibahagi-bahagikan, bendera diserahkan ke tangan Saad bin Ubbadah, manakala panji-panjinya diserahkan kepada Al-Habbab bin Al-Munzir, Suhail bin Hanif dan Ubbadah bin Bisyr, lepas itu Rasulullah s.a.w menyeru penduduknya kepada Islam tetapi mereka menolak malah salah seorang dari mereka telah muncul dan meminta dicabar, dengan itu Az-Zubair ibni Al-Awwam pun tampil menyahut permintaannya tadi, belum apa-apa beliau sudah membunuh pencabar tadi kemudian tampil seorang lagi, pun dibunuh oleh Az-Zubair kemudian tampil yang ketiga, sekali ini Ali bin Abi Talib pula yang melawannya, setelah beberapa ketika Ali pun membunuh orang itu, dikira semua orang yang dibunuh itu sebelas orang, selalunya setiap kali wira mereka tumpas Baginda menyeru mereka kepada Islam.

Masa berlalu dengan keadaan begini hinggalah masuk waktu solat, Rasulullah s.a.w pun terns memerangi mereka hingga ke petang, di pagi keesokan hari dan belum sempat matahari menjelang ke ufuk langit kadar aras tombak, Wadi Al-Qura menyerah kalah dan Rasulullah s.a.w menawannya dengan kekerasan, padanya Allah menghadiahkan RasulNya dengan rampasan-rampasan dan harta-harta yang banyak termasuk perkakas dan peralatan lain.

Rasulullah s.a.w tinggal di Wadi Al-Qura untuk selama empat (4) hari, setelah membahagi-bahagikan rampasan, manakala tanah perusahaan dan tanaman tamar dibenarkan kaum Yahudi mengusahakannya. Rasulullah s.a.w bertindak terhadap mereka seperti mana tindakan Baginda terhadap penduduk Khaibar.