AsSalam,
just now, staff diberi kalender mini untuk isi dalam wallet, yang ngeri gambar depan harimau yang dikerat-kerat, kepala leher, badannya, ngeri betul......
jadi sesiapa yang ada jumpa kes menzalimi harimau sila telefon 019 3564194. buleh dicharge bawah seksyen menzalimi fauna seksyen 92 .
Kisah harimau dikerat tu mungkin berlaku di area lain, kadang tu di gua musang juga ada berlaku, ye lah harga pasaran black market seekor harimau dalam RM60,000. entah apa punya pemikiran,,, ana tak tahulah jahiliah punya mentality.
Kezaliman terhadap hidupan liar.
[Pindaan Akta A697.] 92. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan selainnya dalam seksyen ini, tiap-tiap orang yang:-
(a) memukul, menendang, memberangkan, menakutkan atau menyeksa mana-mana binatang liar atau burung liar
(b) cuai memberi makanan atau air yang cukup kepada mana-mana binatang liar atau burung liar yang ditempatkan, dikurung atau dibiakkan olehnya;
(c) menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar atau burung liar mengikut sesuatu cara yang menyebabkan kepadanya kesakitan atau penderitaan yang tidak patut termasuk menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar atau burung dalam mana-mana kurungan, kandang atau pondok yang tidak sesuai atau tidak baik untuk keselesaan atau kesihatan binatang liar atau burung liar itu;
(d) menggunakan mana-mana binatang liar bagi melaksanakan atau membantu dalam melaksanakan apa-pa kerja atau perburuhan yang tidak boleh dijalankan oleh binatang liar itu oleh kerana apa-apa kelemahan, luka, penyakit atau apa-apa hilang upaya yang lain;
(e) menggunakan, menguja, membangkitkan kemarahan atau memberangkan mana-mana binatang liar atau burung liar bagi maksud mengumpannya atau melagakannya dengan mana-mana binatang liar atau burung liar lain atau menguruskan mana-mana premis atau tempat bagi mana-mana maksud itu; atau
(f) dengan sengaja melakukan atau dengan sengaja tidak melakukan apa-apa yang menyebabkan dengan mana-mana cara apa-apa penderitaan, kesakitan atau kesusahan yang tidak patut kepada mana-mana bintang liar atau burung liar,
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanyanya.
(2) Seksyen ini tidak dipakai bagi mana-mana orang yang melukakan mana-mana binatang liar atau burung liar dalam masa menembak, membunuh atau mengambilnya dengan sah dibawah dan tetakluk kepada Akta ini.
Kisah ini diambil dari Kitab La Tahzan.
Kisah seorang wali Allah yang 'abid serta zahid bernama Shilat bin Asyim dari kalangan Tabiin. Pada Suatu hari dia memutuskan pergi ke wilayah utara (medan Qadisiyiah) berjihad di jalan Allah. Apabila kegelapan malam sudah meliputi bumi, dia pergi ke dalam hutan untuk solat. dia masuk di antara celah-celah pohon, berwuduk dan berdiri untuk solat, tiba-tiba muncul seekor singa yang sangat buas mengaum dan mendekati Shilat yang sedang solat. singa itu berputar-putar mengelilinginya, sementara Shilat meneruskan solatnya serta berzikir.
selesai mengerjakan dua rakaat solat, Shilat bin Asyim mengucap salam, kemudian dia berkata kepada singa itu "Jika kamu disuruh untuk membunuhku maka makanlah aku, jika kamu tidak disurh untuk itu biarkanlah aku munajat kepada Tuhanku". Singa itu sungguh. dia kaum pedalam sarawak. non muslim.
dalam hutan tak berkasut. bila masuk hutan asyik pandang atas silara pokok.
masa kawe berjalan seorang tetiba kawe ada terdengar ngauman,... hal ni berlaku pada 27.6.1991.Usia masa tu 21 tahun.gambar di puncak gunung Angsi ada dalam simpanan.
Karam singh walia masa tu buat TESL di UPM sebilik dengan coursemate, kata coursemate, karam singh walia ada pinjam buku dari pustakaan UPM yang mengandungi beratus peribahasa pada awal 1990an, mungkin peribahasa dari buku tu yang dia selalu bacakan masa keluar TV3.
Hutan Endau Rompin kawe dah lalu dah 40 km, berjalan trekking jumpa 7 air terjun. outstation 14 hari. kawe officer yang lain ranjer, masa tulah group ni yang tak solat. puas dakwah sampai keluar tak solat, habis nak nasihat lagu mana.
Masa nak masuk jumpa orang asli di kampung Peta, hairan asli tu bawa gambar dia masa muda siap dengan frame gambar hitam putih.
keluar ikut ladang acacia mangium di kampung Tenang , hari ke tujuh. masa tulah ada staff Taman Negeri Endau Rompin acah, "kalau tak jumpa jalan keluar hari ni, kita makan behong/ katak...masa tu beras bekalan 7 hari dah habis...
ana doa mudah-mudahan hari tu dapatlah keluar ke bandar .
tiba di pekan di Johor kul 11 malam.
pengalaman trekking dalam hutan besar dah banyak kali dah. peluh membasahi seluruh pakaian. cuma duka cita masih gred sama seperti semasa masuk kerja tahun 1999……...