AtTahrim Ayat 8
Wahai ore ore beriman…bertaubatlah dgn Taubatan Nasuha
Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri
mereka sendiri, janganlahkamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar :53)
hadis ada sebut "Sesungguhnya AdDinul Islam akan dibantu oleh lelaki fajir"...
Ore fajir apabila dah bertaubat nasuha (bermakna bersih...
InsyaAllah akan faham banyak hal dari pengalaman yang telah ditempuhnya...
Ore fajir yang bertaubat...InsyaAllah akan membantu gerak tugas selaku manusia Khalifah di Bumi...
Ada sahabat yang asalnya fajir... apabila bertaubat masuk Islam...berjihad serta naik Syahid... dalam jihad fil Qital...
teringat kata-kata dalam kitab Hikam:
وربما قضى عليك بالذنب
فكان سببا في الوصول
Dan barangkali Dia mentaqdirkan ke atas kamu dengan dosa,
Lalu ia menjadi sebab kepada wusul (sampai)
Semua adalah rezeki yang Allah telah tetapkan...
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah
Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1. Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.
2. Alam ini adalah bersifat baru.
3. Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4. Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5. Al-Quran adalah Qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan
makhluk).Allahu huwa Awwalu Akhiru wa Zahiru wa Bathinu
6. Tidak kewajiban ke atas Allah.
7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala mengampuni Insan yang
dikehendakinya atau menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus
juga melihat Allah Taala di Akhirat.
8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan terhadap makhluqnya.
***9. Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan (kasbi...hamba yang
berbentuk ikhtiar. Kasbi dila dirujuk kamus bermakna USAHA. maknanya usaha jua adalah dalam Qada' dan Qadar yang Allah telah Taqdirkan
10. Allah yang menciptakan perbuatan (kasbi hamba yang berbentuk ikhtiar.
11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi dan Rasulullah.
12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.Allah bersifat mohor Pengampun
15. Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16. Keimaman agung bukanlah dari rukun agama...ini adalah hujjah dgn puak syiah
Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua
kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan
al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan
ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan
ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri
dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan
kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka.
Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan
Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar.
Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk
mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan
Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai. Kedua imam ini telah
memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan
bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana
Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan
Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis. Jalan yang dilalui oleh
Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah
dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber
untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari
ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran
(mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta
tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat
memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran
(tawaqquf). Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah
yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat
perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa
oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. Golongan Ahlus
Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun
keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka
telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit
menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka
untuk mempertahankan Islam. Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu
Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand.
Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah
satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah. Pemimpin Asya'ariah pula
ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260
Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah,
kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran.
Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan
hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah.
Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis.
Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di
sekitar tahun 330 Hijrah. Tidak terdapat perbezaan antara ajaran
Asya’ariah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil.
Seperti masalah: - Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak. -
Pemahaman antara iman dan Islam. - Makna qadha' dan qadar. - Makna
kasb (usaha). - Wajib siksa secara syarak. - Dan lain-lain lagi
perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu
mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.
Rezeki lahirnya manusia adakah dia ahli aljannah atau ahli Nar telah
ditetapkan sejak berada di sulbi bapa mereka...
Rezeki lahirnya manusia adakah dia ahli aljannah atau ahli Nar telah
ditetapkan sejak berada di sulbi bapa mereka...
Harakah laman F8 Fikrah tarikh 14-17 jamadil akhir 1430Hijrah bersamaan 8-11.6.2009
Bab tafsir Surah Al An’am ayat 2
Allah berfirman “ Dan Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah
Ulama’ berpandangan bahawa Nabi Adam alaihisSalam adalah manusia pertama diciptakan Allah daripada tanah permukaan bumi ( dalam bahasa Arab disebut Adimul Ardhi…
Adam dari kalimah Adimul Ardhi yang bermakna permukaan BUMI
Allah mengambil tanah daripada jenis rasa tawar yang mana manusia yang dicipta dari jenis rasa tawar ini akan kembali ke dalam AlJannah yang mana tanah alJannah berbau Raihanul Miski
Orang yang dicipta daripada tanah rasa masin akan dicampakkan ke dalam neraka
Adam diciptakan pada petang hari Jumaat dengan saiznya yang tinggi sehingga kepalanya cecah sampai ke langit.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam menunaikan fardhu haji sebanyak 40 kali dengan berjalan kaki berulang alik dari India ke Makkah.
Hadis sahih Muslim ada menyebut tinggi Nabi Adam alaihisSalam adalah 60 hasta…ada riwayat enyebut 70 hasta (ukuran hasta umat silam yang memang bersaiz besar…
Ketinggian Nabi Adam menggerunkan binatang di bumi.
Sebelum wafat Nabi Adam telah dikurniakan anak seramai 40,000 ore. Mengikut satu riwayat Nabi Adam wafat berhampiran bukit(jabal…
Yang mana Allah telah mengutuskan nya semasa turun dari aljannah ke bumi dunia yakni di India
Nabi Syith alaihisSalam serta malaikat Jibrail menunaikan solat jenazah Nabi Adam alaihissalam.
Syith berkata kepada Jibrail “ Jemputlah menjadi Imam untuk solat jenazah Nabi Adam…
Lantas Jibrail menjawab “ Sila lah kamu yang menjadi Imam solat jenazah dengan Takbir sebanyak 30 kali Takbir…
Umur Nabi Adam alaihissalam semasa wafat ialah 936 tahun.
Sirah penciptaan Adam ada yang kuat periwayatannya dan ada jua yang dhaif periwayatannya.
Alhamdulillah
Asif Wallahu 'alam
Iman serta Taubat Insan terlanjur berdosa…
Hadis Sahih muslim no 46 jilid 1
Dari abu Hurairah radhiallahu anhu telah berkata. Rasulullah sallallahu alihi wasalam telah bersabda…
Tidak sempurna iman se seo ore yang berzina …ketika dia berzina… Imannya tidak sempurna
( La yazni azzani hiina yazzni wa huwa mu’minun…
Tidak sempurna iman se se ore yang mencuri…ketika dia mencuri…Imannya tidak sempurna ketika dia mencuri
(wa la yasriqu hiina yasraqu wa huwa mu’minun…
Tidak sempurna iman se se orang yang meminum arak ketika dia meminumnya…Imannya tidak sempurna kitika dia meminum arak
(wa la yasrabu alkhamra hiina yasrabuha wa huwa mu’minun
Dan AtTaubat terbuka selepas (kesilapan dosa tersebut…
Wa Taubatu ma’rudhotun ba’du
ana nak bertanya
apa kah syarat syarat yang membuatkan taubat Insan diterima Allah... diampuni dosanya yang silam...
Hadis Riwayat Bukhari Muslim
Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.
Sumber Rujukan:
Muhammad Asad; The Message of the Qur’an
Muhammad Asad: Sahih al-Bukhari – The Early Years of Islam