Konsep Perawatan RX water
Dr nordin darus pengasas RX Water
Rahsia utama RX water adalah pada kartrij terakhir yang menghasilkan air yang beraura sehingga dikategorikan sebagai air penawar, bukan sekadar air hidup.
Penggubah aura mampu membantu kesan penyembuhan penyakit melalui peningkatan tenaga air, kandungan oksigen terlarut, kapasiti membawa nutrein, komunikasi antara sel dan kelajuan perpindahan maklumat.
Penyegar Vortexian nya pula memecahkan lagi molekul air kepada gumpalan kecil untuk meningkatkan penyerapan oleh tubuh badan.
Bahan liat Kalsium yang diionkan membantu menambah rasa air.
Di dalam badan pula RX water berfungsi untuk mengeluarkan toksin, menyeimbangkan & mengharmonikan homeostasis, pembaikan, perlindungan dan pengendalian fungsi-fungsi selular serta meningkatkan imuniti melalui konsep pemindahan Aura yang telah diaktifkan seterusnya memberikan kesan bio penyembuhan.
Menghasilkan air yang mempunyai kuasa ‘Hado’ yang tinggi
Air yang mampu menyembuh dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang.
Tidak menggunakan tenaga elektrik untuk kos tambahan atau menyebabkan air mempunyai kesan magnetik yang tinggi.
Sebenarnya, terdapat lebih 50 sebab kenapa mesti menggunakan air yang bersih? Antaranya;
● Untuk membuang toksik yang terkumpul dalam badan
● Untuk melancarkan pergerakan sendi-sendi
● Untuk proses penghadaman makanan
● Menyeimbangkan suhu badan
● Membersihan asid yang terhasil sebagai sisa metabolisma tubuh
Jenis-jenis air (sebahagian)
Air Mati Air Hidup Air Penawar
Air Suling Perigi Zam Zam
Reverse Osmosis Mata Air Hunza (Pakistan)
Mushammas Gunung Okinawa, Jepun
De ionized Hujan Equador
Ne water Salji Lounde’s, Perancis
Air masak Tenaga RX water, Malaysia
∏ water
Hexagon
Alkaline
O2
Menurut pakar kajian penyelidik Biophsyic Dr. Barbara Hendel Dan Peter Ferreira amalan yang bertarusan mengambil air Zam-Zam boleh menyelamatkan anda dari sakit jantung dan lumpuh. Prof. Emiritus Dr. Sir Norhisham Wahab pakar perubatan alternatif menyatakan hasil kajian beliau selama 20 tahun punca penyakit penduduk dan asia amnya adalah disebabkan beras yang di penuhi sisa racun dan air yang berklorin tinggi.sisa racun ini akan memusnahkan vitamin dalam beras dan merosakkan saraf.
Sumber Berita:
KUALA LUMPUR: Air Osmosis Songsang (RO) yang dijual di pasaran sekarang adalah air bersih yang selamat diminum tetapi kurang kandungan mineral.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata ini kerana sebanyak 70 hingga 90 peratus mineral dan bahan larut dalam air telah dikeluarkan semasa melalui proses RO.
Walaupun kandungan mineral RO berkurangan tetapi air tersebut perlu memenuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan, katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan Teng yang mempertikaikan kehadiran air suling yang langsung tidak mempunyai kandungan mineral di pasaran, Abdul Latif berkata mereka yang secara berterusan minum air suling tanpa minum air lain akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh.
Katanya ini kerana semua bahan pepejal, bahan larut dan bahan mineral telah dikeluarkan semasa proses penghasilan air suling.
Penggunaan RX water juga terdapat di:
1. Istana N.Selangor – 7 unit
2. Istana N.Johor – 13 unit
3. Istana N.Kedah – 8 unit
4. Kediaman P M Malaysia ke 5 & 6 - msg2 2 unit
5. Kediaman Men.Kesihatan – 2 unit
6. Kediaman MB Kelantan – 1 unit
7. Beribu-ribu orang guru dan banyak lagi…
Terjemahan ringkas:
Kajian telah dilakukan terhadap beberapa sampel air minuman yang terdapat di pasaran Malaysia, seperti air mineral semulajadi, air minuman yg dibotolkan dan air paip dengan menggunakan alat elektroforesis ion kapilari untuk menganalisa 4 jenis anion dan 4 jenis kation. Tambahan, air zam zam juga turut dianalisa. Anion yg dianalisa adalah klorida, sulfat, nitrat dan florida. Manakala kation yg dianalisa adalah potasium (kalium), kalsium, sodium dan magnesium. Secara umumnya keputusan menunjukkan bahawa paras anion yg rendah dan paras kalsium dan magnesium yg tinggi di dalam air mineral semulajadi, dan paras anion dan kation yg tidak dapat dikesan utk air minuman yg dibotolkan. Daripada 15 jenis air mineral dari pelbagai jenis jenama yang dianalisa, 4 menunjukkan paras anion dan kation yang serupa seperti air paip. Kecuali florida, air zam zam menunjukkan paras anion dan kation yang lebih tinggi, berbanding dengan air minuman berbotol yg lain.