24 Jun 2009

Inna Rahmati Gholabat (sebut Rolabat.. Ghodhobi (Rodhobi

Iman serta Taubat Insan terlanjur berdosa…

Kalimah Rolabat bermakna membenamkan...menghapuskan
bermaksud Sesungguhnya Rahmat Allah mengalahkan (membenamkan dosa lalu ...murkahNya...


Hadis Sahih muslim no 46 jilid 1
Dari abu Hurairah radhiallahu anhu telah berkata. Rasulullah sallallahu alihi wasalam telah bersabda…
Tidak sempurna iman se seo ore yang berzina …ketika dia berzina… Imannya tidak sempurna
( La yazni azzani hiina yazzni wa huwa mu’minun…
Tidak sempurna iman se se ore yang mencuri…ketika dia mencuri…Imannya tidak sempurna ketika dia mencuri
(wa la yasriqu hiina yasraqu wa huwa mu’minun…
Tidak sempurna iman se se orang yang meminum arak ketika dia meminumnya…Imannya tidak sempurna kitika dia meminum arak
(wa la yasrabu alkhamra hiina yasrabuha wa huwa mu’minun

Dan AtTaubat terbuka selepas (kesilapan dosa tersebut…
Wa Taubatu ma’rudhotun ba’du
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan kayangan_84 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Taubat yang dilakukan dengan menepati syarat-syaratnya, Insya-Allah akan diterima Allah swt. Demikianlah janji-janji Allah kepada mereka yang bertaubat. Firman Allah swt :-
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Mohor Pengampun, lagi Mohor Mengasihani. "

Di antara syarat-syarat Taubat adalah :-

a. Segera meinggalkan dosa tersebut

b. Menyesal dengan apa yang telah berlaku

c. Bertekad tidak akan kembali kepada perbuatan tersebut lagi.

Seseorang itu hendaklah meninggalkan dosa tersebut 'kerana Allah' dan bukan atas sebab-sebab yang lain.

Akan tetapi, manusia itu lemah. Walaupun dia sudah bertaubat berkali-kali dengan mematuhi syarat diatas, ia masih lagi melakukan dosa tersebut. Manusia itu dikelilingi oleh musuhnya, malah, dirinya sendiri cenderung kepada hasutan-hasutan syaitan. Syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia seperti darah, dan manusia itu hidup didunia yang menambat hatinya. Hanya dengan Rahmat Allah swt sahaja yang dapat membantunya melawan musuh-musuh ini.

Anda boleh menasihat sahabat anda dengan melakukan beberapa amalan dibawah ini sesudah ia bertaubat lagi sekali.

a. Perbanyakkan memohon do'a agar Allah Subhanahu waTaala memberi kekuatan kepadanya.

b. Bergaul dengan ore ore Alim dan kalangan BerIman. Sentiasa berdamping dengan mu’minin. Ingat, bahawa sahabat-sahabat yang baik akan mendorong kita melakukan kebaikan, dan begitulah sebaliknya.

c. Berbanyakkan zikir kepada Allah Subhanahu waTaala.

d. Melibatkan diri dalam aktiviti menuntut ilmu agar dapat mengisi ruang fikiran yang sudah menjadi habit melakukan maksiat.

e. Lakukan banyak amalan-amalan sunat, seperti puasa, solat, sedekah dsb.

f. Cuba jangan biarkan diri bersendirian. Apabila kita bersendirian Syaitan akan cuba mengganggu kita kembali untuk terjebak dalam maksiat.

g. Cuba sentiasa melakukan solat fardu di masjid.

h. Selalu mengingati diri akan gerun kepada Allah, gerun akan siksaanNya, takut akan nerakanya.

i. Khusus bagi kesalahan di atas, cepatkan berkahwin. Jika tidak mampu, perbanyakkan berpuasa.

Pintu Taubat sentiasa di terbuka. Abu Hurairah ra. berkata :-
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ
"Rasulullah bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya" [Riwayat Muslim, #2703].

Nabi bersabda dalam hadith yang lain :
إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر
"Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama-mana nyawa belum sampai ke lehernya"

Ingatlah, bahawa berfikir bahawa Allah Subhanahu waTaala tidak akan mengampunkan dosa-dosa seseorang itu adalah seperkara yang salah. Allah Subhanahu waTaala sentiasa akan menerima taubat hambanya. Malahan di dalam sebuah hadith yang panjang didalam Kitab Riyadhussolihin juga menceritakan bahawa seorang yang telah membunuh 100 orang juga diterima taubatnya oleh Allah Subhanahu waTaala.

Syaitan akan berusaha mengasut manusia melakukan dosa, dan bagi mereka yang sudah terlanjur, Syaitan akan berkata : Allah Subhanahu waTaala tidak akan mengampunkan dosa engkau lagi

Usahlah seseorang itu berputus-asa dengan pengampunan Allah Subhanahu waTaala. Hendaklah sentiasa manusia itu memohon ampun kepada Allah Subhanahu waTaala dan bertaubat Nasuha kepadaNya. NASUHA bermakna BERSIH…WAALLAHU ‘ALAM.

Sekian, wasSalam.