Hadith mengenai Rasulullah saw mempunyai rambut panjang hingga ke bahu boleh anda dapati didalam kitab Al-Syama'il al-Muhamadiyah (الشمائل المحمدية), karangan Al-Imam Abi Isa Muhammad Al-Tirmudzi (209H-279H), yang terkenal dengan kitab Sunan Al-Tirmudzinya. Hadith tersebut terdapat didalam bab mengenai rambut Rasulullah saw (باب ما جاء في شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم), hadith bernombor 24:-
24- حدثنا هناد بن السري. أخبرنا عبد الرحمن بن أبي الزناد عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت:
"كنت أغتسل أنا ورسول الله (صلى الله عليه وسلم) من إناء واحد وكان له شعر فوق الجُمة، ودون الوَفرة".
Diriwayatkan oleh Hanad bin as-Sirri, dari 'Abdurrahman bin Abi Zinad, dari Hisyam bin 'Urwah, dari bapaknya, dari 'Aisyah r.a. pernah berkata : "Aku dan Rasulullah saw. mandi dari tempayan yang sama. Beliau memiliki rambut (yang panjangnya) sampai di atas bahu dan di bawah daun telinga"
-----------
Terdapat pula dalam Sunan Ibnu Majah, pada bab. "Thaharah" Hadits no. 604, juga terdapat dalam Sunan Ibnu Majah, bab. "Pakaian" Hadits no. 3635.
Anda juga boleh membaca terjemahan Al-Syama'il al-Muhamadiyah didalam web al-ahkam dialamat : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewforum.php?f=51
Wallahu'alam, wassalam.
Kesimpulannya , adalah boleh lelaki berambut panjang dengan syarat ianya bukanlah untuk bermegah-megah , dan menyerupai wanita.Seperti berdandan dan melakukan perhiasan pada rambut sebagaimana yang selalu dilakukan oleh golongan wanita pada rambut-rambut mereka dan juga ianya mestilah dijaga rapi dan kemas.Ini kerana Allah swt itu baik , dan Ia menyukai perkara yang baik-baik sahaja. (mafhum hadis)