26 Mei 2009

Taman Negara Pinang Island_Pantai Acheh

Negara kita Malazi adalah merupakan antara 11 negara di dunia yang mempunyai kekayaan Mega Biodiversiti
Dasar Biodiversiti Negara berhasrat untuk menjadikan malazi selaku Pusat Kecemerlangan Pemeliharaan, kajian dan Utiliti biodiversity tropika menjelang tahun 2020 dengan memfokuskan bahawa kekayaan biodiversity Negara harus diselidiki, serta didokumentasikan

Taman Negara Pulau Pinang TNPP terletak di north wesrten of Pulau Pinang… pada latitude (garis lintang… 5°28’Utaraan serta longitude (garis bujur 100°12’ Timuran. Sebelum ini ianya disebut Hutan Simpan Pantai Acheh kemudian di rebranded ke nama taman Negara Pulau Pinang dengan keluasan 1,182.6 hektar dan ekosistem marin seluas 1,379.3 hektar.



TNPP terletak anggaran 30km dari Bandar GeorgeTown
Hutan TNPP diangarkan berusia ribuan tahun. Hutan di TNPP terdiri sebahagiannya adalah hutan dara. Kawasan ini diwartakan pada tahun 1928 selaku Hutan Simpan pantai Acheh (HSPA) diurustadbir oleh Jabatan Perhutanan. Pada 10.4.2003 HSPA secara rasminya telah diwartakan dibawah AKTA Taman Negara 1980 pindaan 1983 (P.P No.80 Pelan Warta 736) selaku Taman Negara Pulau Pinang yang jua merupakan Taman Negara yang bersaiz terkecil di dunia.

Pembaharuan dilakukan setelah kawasan ini diwartakan selaku Taman Negara Pulau Pinang. Infrastruktur telah dinaiktaraf bagi kemudahan pengunjung dari dalam negeri serta luar negeri.
Dua entrance utama dibuka bagi memsuki TNPP yaitu melaui teluk bahang dan Sungai Pinang. Sebuah bangunan telah dibina dijadikan pejabat urustadbir TNPP serta menempatkan pameran interpretif TNPP untuk memberi maklumat kepada ore ramai.



Geologi


Kawasan TNPP terdiri dari batuan granit yaitu jenis batuan granit feringgi dan granit muka head. Puncak tertinggi ialah Bukit batu Hitam yaitu setinggi 464meter abaove sea level.
Siri tanah dikawasan ini adalah siri bukit Temiang

Pantai yang terdapat disini ialah
1.pantai Ketapang Besar
2.pantai Teluk Duyung
3.Teluk Kampi
4.Muka Head
5.Pantai Kerachut
Terdapat Tasik Meromiktik yang mengalirnya air masin (laut bercantum dengan air tawar…

Hujan tahunan di kawasan TNPP adalah 2,600mm.
Terdapat nelayan di kawasan Teluk Bahang
Kemudahan wakaf, meja santai, dewan serba guna , surau ada disediakan di kawasan ajmbatan sungai Tukun. Amat sesuai untuk berrekreasi serta riadhah.

Jambatan Pantai kerachut merentasi alur aliran air tasik Meromiktik


Tasik Meromiktik

Tasik ini istimewa kerana ianya mendapat sumber air dari dua sumber yaitu air laut serta air sungai. Terletak berhampiran Pantai Kerachut.
Semasa air pasang, air laut akan memenuhi lagun membentuk dua lapisan air yang tidak bercampur (aiar tawar dan air masin…
Fenomena ini berlaku kerana air laut mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding air tawar. Air tawar akan memenuhi lapisan atas sementara air laut berada di lapisan bawah. Suhu pada permukaan air jua berbeza… MasyaAllah

Permukaan air tasik ini adalah lebih sejuk berbanding dasarnya yang lebih panas. Kejadian ini amat mudah dilihat dalam bulan 3 hingga 8 setiap tahun dimana kadar hujan adalah tinggi. Pada bulan lain, fenomena ini agak sukar berlaku kerana air sungai menjadi kering.

Pemandangan dari Menara rumah api


Pemandangan yang menarik buleh dilihat dari atas menara rumah api…

Kelihatan Bukit Telaga batu, serta jelas kelihatan Tanjung Kerachut.


Rumah api Muka head…
Rumah api ini dibina pada tahun 1883. sebelumnya dikenal dengan the straits settlements lighthouse.
Terdapat 15 buah rumah api seumpama ini di seluruh malazi . ruma api muka head ini adalah yang kedua dibina di Malazi.
Rumah api ini amat penting kepada ahli pelayaran menjadi panduan ketika kapal di laut ini mendarat.Menara ini setinggi 14 meter dan terletak di north western of Pinang Island pada kedudukan 5°28’U dan 100° 11’ Timur. Rumah api ini masih beroperasi serta diselenggarakan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malazi