18 Mac 2009

Ar_Rahiqul Makhtum_6

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

Pada Bulan Zulkaedah Tahun Keenam (6) Hijrah

Dorongan Kepada Umrah Al-Hudaibiyyah:
Dalam perkembangan seterusnya di Semenanjung Tanah Arab banyak hal memihak kepada kaum muslim, pemangkin kepada pembukaan agung dan kejayaan cemerlang kepada dakwah Islamiah semakin terserlah, persiapan ke arah menegakkan hak dan keistimewaan kaum muslimin untuk menunai ibadat mereka di masjid Al-Haram kini sudah bermula, yang dahulunya mereka dihalang dan dinafikan hak mereka pada enam tahun yang silam.

Semasa di Madinah, Rasulullah s.a.w telah diperlihat di dalam mimpinya bahawa Baginda bersama-sama sahabatnya telah memasuki Al-Masjid Al-Haram, memegang anak kunci, bertawaf dan melaksanakan ibadat umrah, di antara mereka ada yang mencukurkan rambut manakala yang lain memendek rambutnya, Baginda mencerita semuanya ini kepada sahabat-sahabatnya.

Mereka semua amat gembira hingga menyangka yang mereka akan memasuki kota Makkah pada tahun itu juga. Serentak dengan itu Rasulullah s.a.w pun memberitahu para sahabat bahawa Baginda akan keluar untuk berumrah, dan mereka semua pun bersiap untuk bersama-sama ke sana.


SERUAN MENYELURUH KEPADA KAUM MUSLIMIN

Rasulullah s.a.w menyampaikan seruannya kepada seluruh orang Arab dan penduduk kampung di sekeliling Madinah untuk keluar bersama-sama Baginda, tapi ada juga Arab-arab Badwi yang melambat-lambatkan, namun Rasulullah s.a.w terus mencuci pakaiannya, dan menaiki untanya yang bernama Al-Qaswa', dengan melantik Ibnu Maktum atau Namilah Al-Laithi sebagai khalifahnya. Baginda keluar pada hari Isnin, satu haribulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah. Dalam perjalanan suci ini, Baginda membawa bersama isterinya Ummu Salamah berserta seribu empat ratus (1,400) orang. Ada pendapat mengatakan seribu lima ratus (1,500) orang tanpa membawa peralatan perang, selain senjata untuk bermusafir, iaitu pedang-pedang bersarung.


KAUM MUSLIMIN BERGERAK MENUJU KE MAKKAH

Jamaah Umrah ini bergerak ke arah Makkah, sehingga apabila sampai di Zulhulaifah, Baginda menuntun sembelihan korban serta memulakan upacara umrah di tempatnya. Zulhulaifah sebagai miqat makani (tempat permulaan ibadat) di sertai dengan pakaian ihram, sebagai memaklumkan kepada orang ramai ketibaannya bukan untuk berperang, walaupun demikian Baginda menghantar salah seorang dari qabilah Khuza'ah untuk mendapat berita mengenai Quraisy. Setibanya Baginda di Asafan perisikannya datang memberitahu dengan katanya: "Semasa saya kemari saya telah mendapati qabilah Kaab bin Lu'ai telah pun mengumpul orang-orang awam Al-Ahabisy di mana mereka berhimpun untuk memerangi Rasulullah s.a.w, serta menghalang Rasulullah s.a.w dari memasuki Kaabah. Rasulullah s.a.w bermesyuarat dengan para sahabat dengan sabdanya: "Apakah kamu rasa baik kita serang keluarga mereka yang menolong puak yang menghalang kita, kemudian kita tawan mereka? Sekiranya mereka berdiam, berdiam dengan keadaan marah dan berduka, kalau mereka terlepas lari maka yang ditawan itu Allah mencantas leher mereka, atau apakah sahabat sekalian berpendapat kita semua menuju ke Baitullah maka sesiapa halang kita, kita peranginya"? berkata Abu Bakar: "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui, kita datang pun memang untuk berumrah, dan bukannya untuk memerangi sesiapa, tapi kalau ada orang yang menghalang kita ke Baitullah Al-Haram kita perangilah mereka", jawab Rasulullah s.a.w: "Ayuh kita teruskan perjalanan. Maka mereka pun bergerak ke hadapan.


PERCUBAAN QURAISY MENGHALANG KAUM MUSLIMIN KE BAITULLAH

Sewaktu Quraisy mendengar berita perjalanan Rasulullah s.a.w, mereka terus mengadakan majlis permesyuaratan. Mereka membuat keputusan untuk menghalang kaum muslimin dari memasuki Baitullah Al-Haram dengan apa cara sekalipun, tetapi selepas Rasulullah s.a.w berpaling dari sekatan golongan Al-Ahabisy, satu berita telah diterima dari seorang Banu Kaab yang memaklumkan bahawa pihak Quraisy telah turun ke "Zi Tawa" beserta dua ratus askar berkuda di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid. Mereka menunggu dan bersedia di "Kara' al-Ghamim" jalan utama ke Makkah. Khalid cuba menghalang kaum muslimin, beliau telah mengatur tenteranya berhadapan dengan tentera muslimin. Kedua-dua askar tadi masing-masing dapat melihat lawannya, sebelum ini Khalid pernah melihat kaum muslimin bersembahyang zohor dengan ruku' dan sujud, maka beliau berkata: "Mereka ini boleh diserang secara mengejut, kiranya kalau diserang nescaya dapat dikalahkan". Jadi beliau telah membuat keputusan untuk menyerang mereka semasa sembahyang asar nanti, tetapi Allah telah menurunkan hukum solat khouf (solat dalam keadaan bahaya). Maka terlepaslah peluang yang dirancang oleh Khalid tadi.


TUKAR JALAN DAN USAHA MENGELAK PERTUMPAHAN DARAH

Rasulullah s.a.w mengambil jalan yang sukar di celah lorong-lorong bukit bersama kaum muslimin melencong ke sebelah kanan di antara dua kemuncak bukit Al-Hamasy menuju ke lereng "Al-Marar" terus ke dataran Al-Hudaibiyyah dari arah bawah ke Makkah, meninggalkan jalan utama ke Baitullah Al-Haram dengan melalui al-Tanaim. Dari situ Baginda melencong ke sebelah kiri. Apabila Khalid melihat pasukan tentera Islam menyimpang dari jalan yang sedang beliau tunggu, segera beliau memacu kudanya menemui Quraisy untuk memberi ingatan.

Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan hingga apabila sampai ke lereng di "Al-Marar" unta tunggangan Baginda melabuhkan diri di situ, semua orang menyebut: "Ayuh, ayuh". Tapi ianya enggan bergerak, maka kata mereka semua. "Tak nak berjalan dah mula berdegillah". Jawab Rasulullah s.a.w: "Al-Qaswa tidak berdegil, kerana ini bukan perangainya, tetapi ianya diberhentikan oleh kuasa yang memberhentikan gajah-gajah dahulu". Sambung Rasulullah s.a.w s.a.w: "Demi jiwaku ditanganNya, tidak mereka meminta dariku satu cara buat mereka mengagungkan kawasan Haram Allah itu, kecuali ku jawab permintaan mereka itu". Kemudian Rasulullah s.a.w menghalau untanya dan ia pun segera bangun, dan berpusing menuju ke arah hujung Hudaibiah, berdekatan dengan sebuah kolam yang bertakung sedikit air, orang ramai pun mengambil airnya yang sedikit di situ. Tidak lama kemudian airnya pun putus. Mereka semua mengadu hal kepada Rasulullah s.a.w s.a.w mengenai kehausan yang mereka alami, Baginda pun menarik keluar anak panah dari uncangnya, dan menyuruh mereka memacaknya di dalam kolam, demi Allah airnya terus keluar memenuhi keperluan mereka semua.


BUDAIL MENJADI ORANG TENGAH DI ANTARA RASULULLAH S.A.W DAN QURAISY

Setelah Rasulullah s.a.w s.a.w menetap di tempatnya itu, Budail bin Warqa' Al-Khuzai' bersama beberapa orang dari Banu Khuza'ah, mendatangi Rasulullah s.a.w s.a.w, Khuza'ah adalah penyimpan rahsia-rahsia Rasulullah s.a.w, mereka dari penduduk Tuhamah, kata Budail: "Sebenarnya daku ini baru sahaja datang dari Kaab bin Lu'ai, mereka sudahpun bersiap dengan kekuatan mereka dan singgah di perairan Al-Hudaibiyyah, bersama-sama mereka anak isteri mereka yang bertekad memerangi dan menghalang kamu dari memasuki Baitullah Al-Haram. Kata Rasulullah s.a.w s.a.w: "Sebenarnya kami datang ini bukan untuk memerangi sesiapa. Tetapi kami datang untuk mengerjakan umrah, dan sesungguhnya Quraisy sudahpun keletihan dek peperangan demi peperangan, malah peperanganlah yang telah membinasakan mereka, sekiranya mereka mahu aku memohon penangguhan ku boleh lakukan hingga mereka boleh memberi laluan kepada ku, tapi kalau mereka suka menyertai perdamaian seperti orang lain, mereka boleh lakukan sehingga dengan itu mereka boleh berehat, tapi kalau mereka enggan dan hendak teruskan peperangan demi Tuhan yang jiwa ku ditanganNya akan ku perangi mereka habis-habisan hingga terlaksana urusan Allah".

Kata Budail: "Akan ku sampaikan kepada mereka seperti dikau sebutkan itu", maka beliau pun terus pergi menemui Quraisy dan berkata: "Sesungguhnya daku ini telah mendatangi orang itu, dan telah ku dengar darinya sendiri kata-katanya, sekiranya kamu rela, maka relalah ku menyampaikannya". Sampuk golongan singkat pemikiran dengan kata mereka: "Tak perlulah kamu menceritakannya kepada kami". Tapi kata yang waras pemikirannya: "Ceritakanlah kepada kami". Kata beliau: "Ku dengar darinya begini-begini", lalu Quraisy menghantar seorang utusan lain bernama Mikraz bin Hafs, Rasulullah s.a.w melihatnya, dan Baginda berkata: "Orang ini jenis pengkhianat".

Sesampainya beliau di hadapan Rasulullah s.a.w s.a.w, Baginda pun menyampaikan seperti mana yang disampaikan kepada Budail dan kawan-kawannya, dengan itu beliau pun pulang ke pangkuan Quraisy dan menceritakan segala-galanya.


UTUSAN-UTUSAN QURAISY

Diceritakan seorang lelaki dari Kinanah dikenali sebagai Al-Hulais bin Alqamah telah berkata: "Berilah peluang kepadaku untuk menemui Muhammad", jawab mereka: "Ayuh pergilah". Sebaik sahaja beliau dilihat oleh Rasulullah s.a.w, terus Baginda berkata: "Orang ini dari suku kaum yang memuliakan ibadat berkorban, ayuh perlihatkan kepadanya, maka diletakkan ternakan untuk sembelihan supaya beliau melihatnya, seluruh kaum muslimin mengalu-alu kedatangannya dengan suara talbiah, bila beliau melihat semuanya terns beliau berkata: "Subhanallah, tidak seharusnya mereka ini dihalang dari melakukan peribadatan di Baitullah Al-Haram ini". Justeru itu beliau pun pulang semula menemui Quraisy dan berkata: "Di sana aku lihat binatang-binatang sembelihan sudah tertambat dan ditanda untuk qurban, pada pendapat ku, tidak wajar kita menghalang mereka. Maka berlaku perbalahan pendapat di antara beliau dan Quraisy.

Kata Urwah bin Mas'ud al-Thaqafi: "Orang ini telah pun menawarkan kepada kamu semua satu perancangan yang waras, terima sahajalah, biarkan aku pula yang pergi. Jawab mereka: "Pergilah". Beliau pun segera pergi menemui Baginda. Rasulullah s.a.w pun menegaskan kepada beliau sebagaimana beliau nyatakan kepada Budail, maka kata Urwah: "Wahai Muhammad! Apa pandangan kau, kalaulah kamu berjaya menghapuskan bangsa kau ini, apa kau pernah dengar sebelum ini, ada seorang pribumi Arab memusuhi bangsanya sendiri. Seperti yang hendak kau lakukan ini? Kalau maksudmu bukan yang ini, Demi Allah muka-muka yang ku lihat ini adalah manusia awam lapisan biasa, mereka ini akan lari dan akan tinggalkan kau seorang.

Sampuk Abu Bakr r.a: "Kamu ini jenis manusia yang menjilat air kecil berhala Al-Lata, kami ini bukan jenis yang akan lari darinya!! Beliau bertanya: Siapa orang ini, jawab yang hadh: Itulah.Abu Bakr kata Urwah: Demi Allah, kalau tidak mengenang budi, pasti ku tidak membiarkannya, malah kujawabnya. Beliau terns bercakap lagi dengan Rasulullah s.a.w, setiap kali beliau bersuara setiap kali itu pula beliau memegang janggut Baginda (s.a.w), di masa itu Al-Mughirah bin Syu'bah sedang berada di belakang Rasulullah s.a.w s.a.w memegang pedangnya, bila Urwah memegang janggut Rasulullah s.a.w s.a.w beliau mengetuk tangannya dengan hulu pedangnya sambil berkata: "Jauh sedikit tangan mu itu", Urwah mengangkat kepala seraya bertanya: "Siapa orang ini?, jawab yang hadir: "Itulah Al-Mughirah bin Syu'bah". Kata Urwah: "Wahai pengkhianat, tidakkah kelmarin aku yang membasuh kekotoran dirimu itu?" Semasa jahiliyyah Al-Mughirah pernah berkawan dengan sekumpulan orang, kemudian beliau membunuh orang itu dan merampas harta mereka, kemudian beliau datang menemui Rasulullah s.a.w, dan mengucap dua kalimah syahadah. Jawab Rasulullah s.a.w: "Adapun Islamnya aku yang menerimanya, tapi harta yang dirampas itu aku tidak ada kena mengena". Al-Mughirah bin Syu'bah adalah anak saudara Urwah.

Seterusnyanya Urwah bertindak menempelak sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan hubungan-hubungan mereka yang silam. Setelah itu beliau pun pulang menemui kawannya, dan berkata: "Wahai kalian, demi Allah, aku ini pernah menemui raja-raja, Qaisar Roman dan Kisra Parsi dan Maharaja An-Najasyi dan tidak pernah pula ku melihat mereka disanjung sepertimana sahabat-sahabat Muhammad menyanjung diri Muhammad. Demi Allah, beliau meludah tidak sempat ludahannya itu jatuh ke tanah namun sudah ada tangan yang menadahnya dan disapunya ke badan dan muka mereka, dan bila Muhammad menyuruh semua mereka bersegera melakukannya, bila beliau berwudhu' seolah-olah berlaku pergaduhan, masing-masing hendak mengambil air wudhu'nya dan bila beliau bercakap semua orang merendah suaranya, mereka tidak merenung tajam ke mukanya kerana menghormatinya, beliau ini telah mengemukakan kepada kamu semua perancangannya, ianya suatu perancangan yang bijak dan matang, kuharap kamu semua dapat menerimanya.


DIALAH YANG MENGHALANG TANGAN MEREKA DARI BERTINDAK KE ATAS KAMU

Bila golongan muda Quraisy mendapati golongan tua yang merupakan barisan pimpinan berminat untuk berdamai, sedang mereka berminat untuk berperang, maka mereka merencana satu pakatan jahat yang boleh menghalang proses damai, mereka membuat keputusan untuk keluar di waktu malam memasuki ke dalam kawasan perkhemahan Islam dan melakukan kacau bilau yang boleh menyalakan api peperangan. Rancangan itu mereka lancarkan di tengah malam ketika sekumpulan pemuda Quraisy yang bersemangat seramai tujuh puluh (70) atau lapan puluh (80) orang turun melalui bukit al-Tanaim. Mereka cuba memasuki khemah Islam, tetapi mereka semua telah diberkas oleh Muhammad bin Salamah, ketua pengawal khemah Islam. Untuk tujuan perdamaian maka Rasulullah s.a.w membebaskan semua mereka, sehubungan dengan kejadian ini turunlah ayat Al-Quran bermaksud:

"Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari membinasakan kamu dan menahan tangan kamu dari membinasakan mereka di tengah kota Madinah sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka."
Al-Fath: 24


UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI DUTA MENEMUI QURAISY

Kini Rasulullah s.a.w hendak mengirim seorang duta kepada Quraisy untuk meyakinkan mereka mengenai pendirian dan tujuan kedatangan mereka, Baginda memanggil Umar bin Al-Khattab untuk dihantar tetapi Umar meminta pengecualian dengan katanya: "Wahai Rasululllah, kecualikanlah daku, tiada siapa dari kalangan Banu Kaab yang bersimpati dengan ku sekiranya ku disakiti. Hantarlah Uthman bin Affan, keluarganya ada di sana, dan beliau berupaya menyampaikan apa yang Rasulullah s.a.w kehendaki". Maka Rasulullah s.a.w menjemput Uthman dan dihantarnya beliau untuk berbicara dengan Quraisy. Kata Rasulullah s.a.w: "Beritahu mereka bahawa kita datang ke mari bukan untuk berperang tapi datang untuk mengerjakan umrah serta serukan mereka kepada Islam". Baginda juga menyuruh beliau bertemu dengan kaum lelaki mukmin dan wanita mukmin, memberitahu mereka perkhabaran yang mengembirakan bahawa Allah akan tampilkan agamanya di Makkah hingga tiada siapa pun yang akan merahsiakan imannya.

Saidina Uthman pun bergerak ke sana melalui orang-orang Quraisy yang sedang berada di Baldah. Kata mereka: "Hendak ke mana ni?" Jawab beliau: "Aku ini telah diutuskan oleh Rasulullah s.a.w untuk tujuan begini-begini", kata mereka: "Kami fahamlah apa yang kau kata itu, teruskan sahaja tujuanmu itu". Di situ Abban bin Said bin Al-A'as bangun dan mengalu-alukan beliau dan mengenakan pelana ke atas kudanya dan membawa Uthman dengan kudanya itu., beliau memberi perlindungan dan mengiringinya hingga sampai ke Makkah dan terus disampaikan perutusan kepada Quraisy. Setelah itu beliau ditawar untuk bertawaf mengelilingi Al-Kaabah, tapi beliau tolak tawaran itu dan enggan untuk bertawaf kecuali setelah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.


KHABAR ANGIN MENGENAI PEMBUNUHAN UTHMAN DAN BAI'AH AR-RIDHWAN

Quraisy telah menahan Uthman agak lama juga, kerana mereka hendak bermesyuarat sesama mereka untuk membuat keputusan yang muktamad, untuk mereka berikan kepada Uthman sebagai jawapan kepada perutusan yang akan dibawa oleh Uthman kepada Rasulullah s.a.w, oleh itu maka tersebar luas berita yang mengatakan Uthman telah dibunuh oleh pihak Quraisy, sehingga Rasulullah s.a.w sendiri telah menegaskan dengan katanya: "Kita tidak akan beredar dari sini hinggalah kita memerangi mereka". Untuk itu Baginda meminta para sahabatnya berikrar dengan satu bai'ah (sumpah setia), berduyun-duyun mereka ke hadapan Rasulullah s.a.w memberi bai'ah untuk tidak akan bergerak dan berundur, berbai'ah secara jamaie untuk mati bersama.

Diceritakan orang-orang yang mula meletakkan tangannya ialah Abu Sinan Al-Usdi, kemudian Salamah bin Al-Akwa' untuk mati bersama, tiga kali di permulaan di pertengahan dan penyudah, malah Rasulullah s.a.w memegang tangannya sendiri dengan berkata: "Tangan ini mewakili Uthman". Setelah selesai bai'ah, Uthman pun datang, maka beliau pun turut berbai'ah, tiada seorang pun yang melarikan diri kecuali seorang munafiq sahaja yang bernama Jad bin Qais. Upacara bai'ah ini Rasulullah s.a.w langsungkan di bawah sepohon kayu, Umar memegang tangan Rasulullah s.a.w manakala Ma'qal bin Yasar memegang ranting pokok berkenaan bagi pihak Rasulullah s.a.w, inilah bai'ah Ar-Ridwan yang diturunkan padanya ayat Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai'ah kepada engkau di bawah sepohon pokok".
Al-Fath: 18


PEMETERAIAN PERJANJIAN DAMAI DAN AGENDA-AGENDANYA

Pihak Quraisy mengetahui situasi yang cemas itu, sehubungan dengan itu, mereka segera menghantar Suhail bin Amru untuk menerima perjanjian berkenaan, melalui perjanjian pihak Quraisy menyatakan supaya Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya harus pulang ke Madinah tanpa peribadatan Umrah pada tahun ini, supaya tidak menjadi buah mulut bangsa Arab, bahawa mereka memasuki Makkah secara kekerasan. Maka Suhail bin Amru pun datang menemui Rasulullah s.a.w: Apabila Rasul melihat Suhail, Baginda pun menyebut: "Allah mempermudahkan urusan kamu". Quraisy bermaksud untuk berdamai, kerana itu diutusnya orang ini. Suhail tiba dan bercakap dengan panjang lebar, mereka berdua bersetuju dengan asas-asas perdamaian seperti berikut:

1. Rasulullah s.a.w harus pulang sahaja di tahun ini, tanpa memasuki Makkah, di tahun hadapan mereka memasuki Makkah dan boleh tinggal hanya tiga hari sahaja, membawa senjata sebagai penunggang itu pun pedang harus disarungkan dan Quraisy tidak akan membuat sebarang halangan.

2. Dihentikan peperangan di antara dua pihak untuk selama sepuluh (10) tahun hingga orang awam menikmati keamanan dan kedua belah pihak berhenti mengganggu lawannya.

3. Sesiapa yang ingin berikat janji dengan Muhammad dia berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berikat janji dengan Quraisy dia berhak berbuat demikian, dengan anggapan qabilah yang menyertai salah satu kern ini sebagai sebahagian dari kem berkenaan, pelanggaran oleh mana-mana qabilah ini dianggap sebagai pelanggaran ke atas kem induk.

4. Sesiapa sahaja yang lari dari Quraisy lantas menyertai Muhammad tanpa izin dari orang yang dipertanggungjawabkan, hendaklah dihantar balik. Dan sesiapa yang lari dari Muhammad lantas menyertai Quraisy tidak ditolak.
Rasulullah s.a.w memanggil Ali untuk menulis Nas perjanjiaan, Baginda merencana kepada beliau dengan katanya: "Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim" Kata Suhail: "Ada pun lafaz Ar-Rahman itu kami tidak mengetahuinya, tapi tulis sahaja: "Bismika Allahumma". Baginda menyuruh Ali menulisnya, kemudian direncana lagi "Inilah apa yang persetujui oleh Muhammad Rasulullah s.a.w" kata Suhail: Kalau kami percayakan kau sebagai Rasulullah s.a.w pasti kami tidak menghalang kau atau memerangi kau, oleh itu tulis namamu Muhammad bin Abdullah sahaja. Kata Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya daku ini Rasulullah s.a.w, Pesuruh Allah walaupun kamu mendustaiku". Baginda pun menyuruh Ali menulis "Muhammmad bin Abdullah serta memadam lafaz "Rasulullah s.a.w', tapi Ali enggan memadamnya maka Rasulullah s.a.w memadamnya dengan tangannya sendiri, dengan itu selesailah pembentukan format perjanjian. Sebaik sahaja format perjanjian dimeterai, maka Banu Khuza'ah pun segera menyertai kem Rasulullah s.a.w, kerana sejak dahulu lagi mereka ini menjadi sekutu banu Hasyim, sejak era Abdul Muttalib, seperti yang kita sebutkan di permulaan kitab ini, penyertaan mereka di hari ini lebih merupakan penegasan dan pengukuhan kepada penyertaan mereka yang dahulu. Manakala Banu Bakr menyertai kem Quraisy.


PENOLAKAN ABU JANDAL

Semasa jurutulis sedang sibuk untuk menyiapkan format perjanjian, tiba-tiba Abu Jandal bin Suhail berjalan mengheret rantai belenggu, menghempaskan dirinya dihadapan kaum muslimin, beliau lari keluar dari selatan Makkah, Suhail yang berada di situ meminta Rasulullah s.a.w membuat keputusan supaya memulangkan Abu Jandal ke pangkuan masyarakat musyrikin Quraisy, kata Rasulullah s.a.w: "Kita belum sempat menyelesaikan format perjanjian lagi". Kata Suhail: "Demi Allah! Inilah perkara pertama yang aku meminta kau membuat keputusan mengenainya". Kata Rasulullah s.a.w: Berilah kesempatan kepada ku". Jawab Suhail: "Aku tak akan beri". Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan, kau mesti berikan". Kata Suhail: "Aku tidak akan beri". Seterusnya Suhail menumbuk muka Abu Jandal, sambil memegang leher bajunya dan menyeret-nyeret untuk di bawa ke dalam masyarakat musyrikin Makkah, apa lagi Abu Jandal meneriak sekuat suaranya: "Wahai kaum muslimin apakah kamu mahu aku diseret kembali ke dalam masyarakat musyrikin untuk difitnahkan ke atas agamaku?" Kata Rasulullah s.a.w s.a.w: "Bersabarlah dan bertahanlah wahai Abu Jandal, sesungguhnya Allah sedang memberi kepada kau dan orang-orang lain kalangan musthad'afin yang bersama kau jalan keluar dan kelepasannya. Sebenarnya kami ini sedang memeterai perjanjian perdamaian dengan mereka, telahpun kami berikan perjanjian kami kepada mereka dan sebaliknya mereka juga telah memberi janji iqrar mereka, tak seharusnya kita mengkhianatinya.

Umar segera bangun dan berjalan dengan Abu Jandal sebelah menyebelah seraya berkata: "Sabar sahajalah wahai Abu Jandal, kaum musyrikin darah mereka sama seperti darah anjing, dan beliau mendekatkan hulu pedangnya kepada Abu Jandal, dengan berkata di dalam hatinya: Aku mengharapkan beliau merampas pedang itu dariku, supaya dengannya sempat beliau membunuh bapanya, tapi beliau ini terasa berat untuk bertindak, berakhir dengan termeterainya perdamai ini.


MENYEMBELIH DAN BERCUKUR UNTUK BERTAHALLUL DARI UMRAH

Selepas Rasulullah s.a.w selesai soal perjanjian perdamaian, Baginda pun menyeru kepada sidang muslimin dengan sabdanya: "Ayuh sekarang kamu boleh bersembelih". Demi Allah tak seorang pun bertindak, hingga terpaksa Baginda menyeru tiga kali, namun masih tiada siapa pun yang menyahut. Dengan keadaan berduka Rasulullah s.a.w bangun dan masuk ke dalam khemah, menemui isterinya Ummu Salamah. Baginda menceritakan kepadanya, hal kaum muslimin yang tidak memberi respon kepada seruannya, maka jawab Ummu Salamah: "Apakah tuan hamba mahu mereka semua lakukan itu?" Ayuh Rasulullah s.a.w, sembelihkan qurban itu tanpa menyebut apa-apa suruhan pun, kemudianjemput tukang cukur mencukur rambut tuan hamba".

Rasulullah s.a.w pun keluar dari situ tanpa bercakap sepatah pun, Baginda terus menyembelih korban dan menyuruh dicukur rambutnya. Bila sekalian yang menyertai umrah itu melihat Rasulullah s.a.w menyembelih dan bercukur maka masing-masing bergegas menyembelih ternakan dan cukur mencukur. Hampir berlaku perbalahan, unta disembelih untuk tujuh bahagian, lembu untuk tujuh bahagian dan Rasulullah s.a.w menyembelih unta rampasan Abu Jahal dahulu yang hidungnya bersubang perak untuk membangkitkan kemarahan kaum musyrikin. Di situ Rasulullah s.a.w s.a.w berdoa kepada sekalian yang mencukur kepala mereka dengan memohon keampunan khusus untuk mereka yang mencukur rambut sebanyak tiga kali, dan sekali untuk mereka yang hanya memendekkannya. Di dalam perjalanan umrah ini terturun firman Allah mengenai mereka yang bercukur kepala kerana berpenyakit iaitu diganti atau difidyahkan dengan berpuasa atau mengeluar sedekah atau korban. Sebab nuzul (turun) ayat ini ialah mengenai Ka'ab bin 'Ajarah yang berkudis di kepalanya hingga terdapat ulat-ulat yang luruh dari kudisnya. (Penterjemah).


RASULULLAH S.A.W ENGGAN MENGHANTAR PULANG WANITA MUKMIN YANG BERHIJRAH

Sekumpulan wanita mukmin telah berhijrah, para wali mereka telah datang menemui Rasulullah s.a.w supaya dipulangkan mereka ini kepangkuan keluarga di Makkah bagi menepati perjanjian Al-Hudaibiyyah yang dipersetujui dahulu, tetapi Rasulullah s.a.w enggan melayan permintaan mereka atas alasan nas perjanjian yang bermaksud: "Bahawa tiada seorang lelaki pun dari sebelah Quraisy yang harus menyertai kau walaupun beliau itu di atas agamamu, kalau tidak, mestilah dihantar balik". Nas perjanjian ini tidak merangkumi kaum wanita sama sekali, mengenai kejadian ini Allah telah menurunkan ayatNya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah padamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka, maka jika kamu telah mengetahui bahawa mereka benar-benar beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir, mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami-suami mereka mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atas mu mengahwini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu berpegang pada tali (perkahwinan) dengan perempuan-perempuan kafir "
Al-Mumtahanah: 10

Biasanya Rasulullah s.a.w menguji kaum wanita, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Apabila datang kepada mu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tiada akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak, tidak akan berbuat dosa yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka, dan tidak akan menderhakai mu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan memohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengampun lagi Maha Penyayang".
Al-Mumtahanah: 12

Sesiapa dari mereka akur dengan syarat-syarat ini maka Rasul akan mengucap yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku berbai'ah dengan kau dan mereka ini tidak dipulangkan ".
Kaum muslimin, menceraikan isteri-isteri mereka yang kafir berdasarkan hukum ini, Umar ibni Al-Khattab menceraikan dua orang isterinya yang kafir. Seorang darinya Muawiyah yang dikahwini olehnya dan seorang lagi oleh Sofwan bin Umaiyah.


FAEDAH-FAEDAH DARI SYARAT PERJANJIAN

Inilah perdamaian sementara Hudaibiah, sesiapa yang cuba memahami lebih mendalam terhadap butiran perjanjian di samping suasana yang melatarbelakangkannya, pasti menyakini yang ianya adalah kemenangan besar kepada umat Islam, sebelum ini Quraisy tidak mengiktiraf kehadiran umat Islam, malah pihak Quraisy berusaha membanteras mereka ke akar umbi dan menunggu untuk menyaksi kemusnahan mereka, pihak Quraisy sedang berusaha sedaya upaya dan sehabis tenaganya untuk menghalang penerusan dakwah Islamiah agar ianya tidak sampai kepada manusia ramai yang sifatnya sebagai pemimpin agama dan dunia di Semenanjung Tanah Arab. Kecenderungan mereka untuk berdamai bererti mereka sudah mengiktiraf kekuatan Islam, syarat yang ketiga dengan seluruh isi kandungannya memperlihatkan, kini Quraisy sudah melupai peranan Islam sebagai pemimpin Arab, agama dan dunia, kerana sudah tidak peduli selain dirinya sahaja. Adapun orang lain dan semenanjung Arab semuanya, kalau hendak memeluk Islam pun tidak mengapa. Ianya tidak akan campur tangan langsung, yang penting hanya dirinya sahaja, tidakkah ini merupakan satu kekalahan yang amat parah? Bahkan ianya satu kemenangan yang cemerlang bagi Islam. Peperangan yang bermatlamatkan merampas harta benda, meragut nyawa dan membunuh manusia atau memaksa musuh supaya memeluk Islam, bukan tujuan pertama dan utama dari peperangan tadi, sebaliknya ialah mewujudkan satu kebebasan yang menyeluruh untuk manusia sejagat di dalam memilih akidah dan agama mereka.

"Siapa mahu, dia boleh beriman dan siapa mahu, dia boleh kufur".
Al-Kahfi: 29

Hingga tidak berlaku satu penghalang di antara manusia dan kehendaknya, kini matlamat sudah pun tercapai dengan segala anasir dan ciri-cirinya. Boleh jadi dengan pencapaian dan kemenangan agung ini tidak berlaku lagi peperangan. Melalui perjanjian damai ini umat Islam telah memperolehi kebebasan besar di dalam dakwah, sebelum perjanjian, tentera Islam tidak lebih tiga ribu (3,000) orang sahaja, tetapi bilangan ini bertambah hingga sebelum pembukaan kota Makkah dalam tempoh dua tahun menjadi sepuluh ribu (10,000) orang.

Adapun syarat yang kedua yang merupakan bahagian kedua di dalam faktor kemenangan agung Islam, kerana kaum muslimin tidak merupakan pihak yang memulakan peperangan, tetapi Quraisylah pihak yang memulakan pergaduhan. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan merekalah yang memulakan terhadap kamu pada kali pertama".
At-Taubah: 13

Sedangkan maksud kaum muslimin dengan rondaan ketenteraan mereka, tidak lebih dari menyedar dan mengingatkan Quraisy tentang kesombongan dan halangannya terhadap usaha ke jalan Allah, supaya Quraisy jujur dan bertindak saksama terhadap kaum muslimin. Semua ini bertujuan agar setiap kem boleh beusaha dalam suasana yang selesa. Syarat menangguhkan peperangan untuk tempoh sepuluh tahun merupakan pembatasan terhadap kesombongan dan halangan Quraisy tadi dan sebagai tanda kegagalan orang yang mula menyalakan api peperangan, dan sebagai petanda kedhaifan dan keruntuhan mereka.

Manakala syarat perdamaian pertama mentafsirkan pembatasan kuasa Quraisy yang biasa menghalang peribadatan di masjid Al-Haram, ianya juga pertanda kekalahan Quraisy malah tiada suatu pun dari syarat-syarat perjanjian yang memberi kepuasan kepadanya selain dari sekadar menghalang pada tahun itu sahaja. Quraisy telah menghadiahkan percuma syarat-syaratnya yang tiga di atas kepada kaum muslimin, ianya menikmati syarat yang keempat, itu pun syarat yang tidak berfaedah sangat, yang tidak ada apa-apa erti pun, tidak pula membahayakan kaum muslimin, seperti yang diketahui bahawa selagi mana seorang muslim itu tetap muslim, beliau tidak akan lari dari Allah dan RasulNya, atau dari bandaraya Islam "Al-Madinah" kecualilah kalau ianya murtad secara nyata atau rahsia, dan kalau ianya murtad maka Islam tidak memerlukannya lagi malah berpisahnya beliau dari masyarakat Islam lebih baik dari beliau tinggal di dalamnya, inilah apa yang diisyaratkan oleli Rasulullah s.a.w di dalam sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang lari dari kita kepada mereka semoga dijauhkannya oleh Allah".

Adapun orang yang memeluk Islam dari penduduk Makkah dan tidak berpeluang untuk mendapat perlindungan di Madinah, namun bumi Allah masih luas, tidakkah Al-Habsyah merupakan bumi luas untuk kaum muslimin mendapati perlindungan di sana? Terutama semasa penduduk Al-Madinah belum menganut Islam. Inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sabdanya yang bermaksud: "Dan sesiapa yang mendatangi kita dari kem mereka, Allah akan menjadikan kepadanya kelapangan dan jalan keluar."

Perkiraan dan kewaspadaan pihak Quraisy seperti ini, meskipun seolah-olah memperlihatkan usaha dan mempertahankan keagungan maruahnya, tetapi sekaligus menunjukkan kepanikan, keresahan, dan kelemahan mereka. lanya juga menunjukkan ketakutan mereka yang amat sangat tentang masa depan entiti berhala. Perjanjian ini bagaikan mereka sudah menduga dan merasa institusi dan kayanya sedang menunggu saat dan masa keruntuhan. Oleh itu wajarlah mereka membuat perhitungan seperti ini. Keterbukaan Rasulullah s.a.w untuk tidak dipulangkan mana-mana individu yang lari dari Islam untuk menyertai Quraisy, sebenarnya adalah bukti bahawa Rasulullah s.a.w bergantung dengan usaha-usaha pengukuhan sahsiah umat Islam sepenuhnya. Oleh itu Baginda tidak langsung curiga atau takut dengan syarat ini.


KAUM MUSLIMIN BERDUKACITA DAN UMAR BERBINCANG DENGAN NABI (S.A.W)

Apa yang kita bicarakan ialah intipati syarat-syarat perjanjian. Namun demikian terdapat dua fenomena yang membawa kaum muslimin seluruhnya berdukacita amat sangat.

Pertama: Sebelum ini Baginda telah memaklumkan sekalian masyarakat Islam bahawa mereka akan menziarahi Baitullah seterusnya bertawaf disekelilingnnya, tapi mengapa pula kini harus mereka pulang tanpa melaksanakan peribadatan tawaf itu?

Kedua: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berada di atas kebenaran, dan Allah pula telah menjanjikan penampilan agamanya, tapi kini mengapa pula Rasulullah s.a.w menerima tekanan Quraisy dan membiarkan Quraisy menjadi superior dalam proses damai ini? Dua gejala inilah yang menjadi titik pertanyaan, keraguan, kesangsian dan waham. Perasaan umat Islam tercabar kerananya, ianya telah mempengaruhi kewarasan untuk berfikir tentang natijah-natijah baik dari syarat-syarat perjanjian ini.
Boleh jadi Saidina Umarlah di antara orang yang paling bersedih, hingga dengannya beliau telah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w, tidakkah kita ini diatas kebenaran dan mereka di atas kebatilan". Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan". Kata Umar lagi: "Tidakkah syahid-syahid kita di dalam syurga dan yang mati dikalangan mereka di dalam neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan". Kata Umar: "Kalaulah demikian mengapa kita membenarkan kerendahan kepada agama kita, kita hendak pulang pula, kenapa Allah menghukum di antara kita dan mereka sebegini rupa?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Wahai anak Al-Khattab! Aku ini Rasulullah s.a.w, utusan Allah, masakan harus ku menderhakaiNya, Dialah Pembantuku, Dia tidak akan membiarkanku dan mengabaikan daku sama sekali". Kata Umar: "Tidakkah tuan hamba menceritakan kepada kita semua bahawa kita akan menziarahi Baitullah Al-Haram dan bertawaf di sekelilingnnya?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Bahkan! Apakah ku katakan ditahun ini? Jawab Umar: "Tidak". Kata Rasulullah s.a.w: "Tetapi kau akan menziarahinya dan bertawaf di sekelilingnya".

Umar beredar dari situ dengan hati membawa kemarahan untuk menemui Abu Bakr, bila bertemu seraya bersoAl-Jawab seperti apa yang beliau lakukan dengun Rasulullah s.a.w dan menegaskan lagi. Jawab Abu Bakr: "Umar! Kau mestilah berpegang dengannya hingga ke akhir hayatmu, demi Allah sesungguhnya Baginda adalah Rasulullah s.a.w yang berada di atas kebenaran. Kemudian turunlah firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya kami menangkan engkau dengan satu kemenangan yang nyata "
Al-Fath: 1

Rasulullah s.a.w menyampaikan ayat ini kepada Umar, maka beliau bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w apakah ianya kemenangan?" kata Rasulullah s.a.w: "Ya". Dengan itu jiwa Umar kembali tenang. Selepas itu Umar menyesal dan berdukacita di atas sikapnya itu, maka kata beliau: Untuk itu maka aku lakukan kerja-kerja amal, terus ku bersedekah, berpuasa, sembahyang, dan memerdekakan hamba-hamba sahaya bagi menggantikan tindakan ku di hari itu, kerana ku takut di atas keceluparan percakapan ku itu, dengan harapan semoga semuanya itu hanyalah untuk kebaikan semata-mata.


MAKA SELESAILAH KRISIS GOLONGAN MUSTADH'AFIN

Sekembalinya Rasulullah s.a.w ke Madinah, Baginda terasa aman seketika suasananya, tiba-tiba salah seorang Islam, yang teraniaya di Makkah dan disiksa terlepas lari dari kurungan Quraisy, beliau dikenali sebagai Abu Basir dari Banu Thaqif sekutu Quraisy, pihak Quraisy segera menghantar dua orang utusannya buat menemui Rasulullah s.a.w, maka kata utusan itu kepada Rasulullah s.a.w: "Kami datang ini kerana perjanjian yang kami meteraikan itu", Rasulullah s.a.w pun segera menyerahkan Abu Basir kepada dua orang utusan tadi, kedua mereka membawa pulang Abu Basir ke Makkah hingga apabila mereka sampai ke tempat bernama "ZulHulaifah" mereka pun berhenti dan memakan bekalan mereka iaitu buah tamar, kata Abu Basir: "Aku tengok pedang kamu itu istimewa juga". Beliau pun mencabut pedangnya, dengan berkata: "Memang benar, Demi Allah ianya benar-benar istimewa, aku telah cubanya berulang kali" Kata Abu Basir: "Cuba aku tengoknya".

Sebaik sahaja beliau memegangnya terus beliau membunuh tuannya. Yang seorang lagi lari hingga sampai ke Madinah, beliau berlari hingga ke dalam masjid, apabila Rasulullah s.a.w melihatnya Baginda berkata: "Orang ini mendapati sesuatu yang menakutkan beliau". Apabila sampai di hadapan Rasulullah s.a.w terus beliau berkata: "Kawanku telah pun dibunuh, dan aku pun hampir-hampir dibunuhnya juga". Setelah itu Abu Basir pula menyusul tiba lantas berkata: "Wahai nabi Allah, demi Allah kini Allah sudah pun menunai tanggungjawabmu, kerana kau kembalikan ku ke pangkuanmu, nah! sekarang Allah membebaskan daku". Jawab Rasul: "Duhai ibuku, ini satu angkara pula, inilah pencetus peperangan, seandainya ada seorang lagi...., bila beliau mendengar kata-katanya ini beliau yakin yang Baginda akan menghantar beliau semula kepada pihak Quraisy, dengan itu terus beliau lari dari situ hingga sampai ke kawasan bernama "Saiful Bahri". Di masa yang sama Abu Jandal bin Suhail terlepas lari dari Makkah, malah terus beliau menyertai Abu Basir hingga terkumpul di sana sebilangan orang Islam yang terlepas lari dari Quraisy semua mereka menyertai Abu Basir. Demi Allah apabila mereka mengetahui ada kafilah Quraisy yang keluar untuk ke negeri Syam terus mereka memintasnya, membunuh orangnya menawan hartanya, akhirnya Quraisy terpaksa mengutus utusan, meminta kasihan belas Rasulullah s.a.w; iaitu sesiapa yang lari dari Makkah menyertai Baginda, adalah bebas, dengan itu nabi pun memberitahu mereka supaya masuk Madinah.


SATRIA-SATRIA QURAISY MEMELUK ISLAM

Dipermulaan tahun ke tujuh (7) Hijrah, selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah, Amru bin Al-A'as, Khalid bin Al-Walid dan Uthman bin Talhah mendapat hidayah memeluk Islam. Setibanya mereka di hadapan Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda: "Ini dia Makkah telah mencampak kepada kita buah hati kesayangannya".


MARHALAH KEDUA: SATU PERKEMBANGAN BARU

Sesungguhnya perjanjian Al-Hudaibiyyah adalah satu era baru kepada perkembangan Islam dan perjuangan umatnya. Sebelum ini, Quraisy merupakan kuasa terkuat terangkuh, sombong dan bongkak memusuhi Islam. Dengan penarikan diri dari kancah peperangan kepada meja perdamaian dan keamanan bererti salah satu dari tiga sayap kuat barisan bersekutu telah patah (Quraisy, Ghatafan dan Yahudi). Quraisy mewakili kuasa penganut-penganut berhala, dan pimpinannya di bumi Arab; kini perasaan golongan penyembah berhala (Al-Wathani) menurun, sikap permusuhan mengurang, sebab itu kita melihat pelanggaran Ghatafan terhadap Islam tidak sebesar sebelum perjanjian, itu pun kerana rangsangan golongan Yahudi.

Manakala kaum Yahudi pula menjadikan Khaibar sebagai sarang konspirasi dan pakatan jahat mereka selepas pembuangan dari bumi Yathrib, ianya menjadi sarang pembiakan kader-kader syaitan yang memarak api-api fitnah, darinya juga terkeluar insentif-insentif kepada Arab-Arab Badwi yang bermaustautin di pinggir-pinggir Al-Madinah. Azam membenteras Nabi (s.a.w) dan kaum muslimin tidak kunjung padam dari kesumat mereka atau setidak-tidaknya menimpakan kaum muslimin dengan kerugiait-kerugian yang parah. Oleh itu langkah terawal dan tegas yang diambil oleh Rasulullah s.a.w selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah ialah melancarkan serangan habis-habisan ke atas sarangnya.

Marhalah yang dilalui oleh kaum mlislimin selepas perdamaian, memberi peluang paling baik untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Keaktifan mereka berlipat-ganda di ruang dakwah, kecergasan mereka terserlah di dalam sektor ini, lebih dari kecergasan mereka disektor ketenteraan, maka sebab itu kami berpendapat ada baiknya marhalah ini dibahagikan kepada dua:

1. Aktiviti di medan dakwah atau perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor.
2. Aktiviti ketenteraan.

Sebelum kita meneruskan pembicaraan mengenai kecergasan ketenteraan di dalam marhalah ini, terlebih dahulu kita bicarakan tajuk perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor, kerana dakwah Islamiah merupakan keutamaan, malah lantarannyalah kaum muslimin mengalami segala fitnah, kesakitan, peperangan, penindasan, kegawatan dan kekacauan.


PERUTUSAN KEPADA RAJA-RAJA DAN GABENOR-GABENOR

Di penghujung tahun keenam (6) Hijrah iaitu semasa kepulangan Rasulullah s.a.w dari Al-Hudaibiyyah, Baginda telah mengutuskan surat kepada golongan raja-raja menyeru mereka kepada Al-Islam. Apabila Rasulullah s.a.w hendak menulis surat-surat ini kepada raja-raja berkenaan maka Baginda telah dinasihati dengan kata mereka: "Golongan raja-raja ini tidak akan menerimanya kalau surat-surat itu tidak bercop mohor justeru itu, Rasulullah s.a.w mengunakan mohor yang diperbuat dari perak, berukir dipermukaannya lafaz-lafaz "Muhammad Rasulullah s.a.w", tiap-tiap lafaz pada barisan yang tersendiri.

Rasulullah s.a.w memilih dari kalangan sahabatnya yang berpengetahuan lagi berpengalaman sebagai utusan-utusan, mereka diutuskan kepada raja-raja. Al-Allamah Al-Mansurfuri telah memastikan bahawa Rasulullah s.a.w menghantar mereka semua pada awal Muharam tahun ketujuh (7) beberapa hari sebelum baginda keluar ke Khaibar. Berikut diturunkan nas-nas risalah yang terutus itu dan natijah yang diperolehi selepasnya.

1. Risalah kepada An-Najasyi, Maharaja Habsyah
An-Najasyi ini bernama Ashamah bin Al-Abhar, Rasulullah s.a.w menulis kepadanya yang di bawa oleh Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri di akhir tahun keenam atau pada Muharam tahun ke tujuh (7) Hijrah, al-Tabari telah merakam nas risalah, namun setelah kita meneliti dengan cermat nas berkenaan, ianya bukanlah nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w selepas Al-Hudaibiyyah. Malah ianya boleh jadi nas risalah yang dibawa oleh Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya yang telah keluar berhijrah ke Al-Habsyah, semasa baginda masih di Mekah belum berhijrah lagi. Kerana di dalamnya tersebut nama-nama mereka yang berhijrah di penghujung surat, dengan lafaz berikut: "(Dan sesungguhnya ku kirimkan kepada kamu anak saudaraku Jaafar dan beberapa orang Islam bersama-sama dengannya, sekiranya beliau sampai, terimalah mereka dan kuharapkan dapat tinggalkanlah sifat sombongmu itu)."

Imam Al-Baihaqy telah meriwayatkan dari Ibnu Ishak satu nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada An-Najasyi, seperti berikut:

"Inilah risalah dari Muhammad sifatnya sebagai Nabi, kepada An-Najasyi, salam sejahtera kepada pengikut cahaya hidayat, beriman dengan Allah dan RasulNya, mengakui tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, tiada teman dan anak; dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya, aku ini Rasulullah s.a.w dan anutlah Islam nescaya kamu selamat.
Wahai ahli kitab! marilah kepada suatu kalimah yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah kecuali Allah dan kita tidak persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah bahawa kami adalah hamba yang menyerahkan din kepada Allah. Sekiranya kamu menolak maka atas kamulah dosa-dosa kaum An-Nasrani bangsa kau itu.

Pengkaji terkenal Doktor Hamidullah telah mengemukakan kandungan risalah yang baru beliau ketemui beberapa ketika yang lepas, seperti mana yang diturunkan oleh Ibnu Al-Qayyim dengan beberapa kelainan pada beberapa lafaz sahaja. Doktor Hamidullah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelidiki kandungan tersebut disokong dengan penemuan-penemuan semasa, justeru itu beliau memuat gambar risalah berkenaan ke dalam kitabnya, seperti berikut yang bermaksud:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih." Dari Muhammad Rasulullah s.a.w kepada An-Najasyi Yang Di Pertuan Agung negara Habsyah, salam sejahtera ke atas orang yang mengikuti hidayah. Adapun selepas itu, bahawa sesungguhnya daku memujimu Allah yang tiada Tuhan melainkan Dialah Tuhan "Al-Malik Al-Quddus, As-Salam, Al-Mu 'min Al-Muhaimin. daku mengakui bahawa Isa adalah anak Mariam roh Allah dan kelebihanNya, yang dicampak kepada Mariam yang tulus murni suci, maka dengannya beliau mengandung Isa dari rohNya dan tiupanNya, seperti mana dicipta Adam dengan tanganNya, dan kini aku menyeru kamu kepada Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, memberi ketaatan kepadanya, hendaklah kamu mengikuti ku, beriman dengan yang diturun kepada ku, sesungguhnya aku adalah utusan Allah, aku mengajak kau dan tentera kau kepada Allah Azzawajalla. Sebenarnya telahpun ku sampaikan dan menasihati, maka terimalah nasihat ku ini, dan salam ke atas orang yang mengikut hidayat".

Yang berbahagia Doktor Hamidullah menegaskan inilah nas Risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada An-Najasyi selepas perdamaian Al-Hudaibiyyah. Adapun kesahehan nas ini tidak diragui, setelah diteliti bukti-buktinya, manakala apa yang dikemukakan oleh Al-Baihaqy diriwayatkan Ibnu Ishak lebih menyamai dengan risalah-risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada raja-raja dan gabenor-gabenor Nasrani selepas perdamaian Al-Hudaibiyyah kerana di dalamnya tersebut ayat Al-Quran (terjemahannya):

"Hai Ahli Al-Kitab marilah kamu kepada kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, bahawa tiada yang kita sembah melainkan Allah dan tiada kita mempersekutuinya degan sesuatu , pun dan tiada sesetengah kita menganggap yang lain menjadi Tuhan, selain dari Allah. Kalau mereka berpaling, kamu katakanlah: Jadi saksilah kamu, bahawa kami ini orang-orang Islam "

Kiranya inilah kebiasaan Rasulullah s.a.w mengutus risalah kepada raja-raja Nasrani, di samping itu Al-Baihaqy juga telah menyebut nama Al-Ashamah dengan jelas. Sedang nas yang dikemukakan oleh Dr. Hamidullah pada pendapat saya ialah risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w selepas kematian Al-Ashamah yang dituju kepada penggantinya maka sebab itu tidak disebut nama Al-Ashamah.

Urutan risalah yang saya sebutkan ini tidak ada satu bukti jelas, selain dari pengakuan isi kandungan risalah itu sendiri sebagai buktinya. Tetapi yang peliknya Dr. Hamidullah menegaskan bahawa risalah yang disebut oleh Al-Bahaiqi riwayat Ibnu Abbas itu adalah nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w selepas kematian Ashamah kepada penggantinya, sedang padanya disebut nama Ashamah secara terang-terangan. Ilmu sebenarnya hanya pada Allah.

Sebaik sahaja Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri sampai ke Habsyah, terus beliau serahkan risalah Rasulullah s.a.w kepada raja An-Najasyi, beliau mengambil risalah tersebut dan menyanjungnya dengan meletakkannya ke atas matanya, dan bergerak turun dari singgahsananya, segera beliau memeluk Islam di hadapan Jaafar bin Abi Talib dan beliau menulis surat kepada nabi Muhammad s.a.w sebegini nasnya yang bermaksud:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Kehadapan Muhammad Rasulullah s.a.w dari An-Najaysi Ashamah, Salam sejahtera dan Allah ke atas engkau wahai nabi Allah, Rahmat Allah dan berkatNya, Allah yang tiada Tuhan selainNya, Adapun selepas ini: Telahpun sampai ke tangan ku risalah mu wahai Rasulullah s.a.w. Sehubungan bicara mu mengenai hal Isa, demi Tuhan Petala Langit dan Bumi sebenarNya Isa tidak lebih dan apa yang tuan hamba sebutkan, memang baginda seperti yang tuan hamba sebutkan itu, kami memahami apa yang engkau utuskan kepada kami itu, kami telahpun menerima anak saudara dan sahabat-sahabat tuan hamba itu sebagai tetamu kami, di tangannya ku menyerah diri kepada Allah Tuhan Rabul Alamin.

Dan nabi telah pun meminta An-Najasyi supaya mengirim pulang Jaafar dan orang yang bersamanya, Muhajirin Al-Habsyah, dengan itu An-Najasyi pun menghantar mereka bersama-sama Amru bin Umaiyah Ad-Dhamri di dalam dua buah kapal. Jaafar selamat sampai ke Madinah semasa baginda di Khaibar. An-Najasyi telah wafat di bulan Rejab tahun kesembilan Hijrah (9) selepas peperangan Tabuk. Rasulullah s.a.w menyampaikan berita kewafatan beliau ini, malah Rasulullah s.a.w bersembahyang ghaib ke atasnya, setelah itu takhtanya disandang oleh raja-iaja lain sebagai penggantinya dan sekali lagi Rasulullah s.a.w menghantar surat menyeru beliau kepada Islam, di sini tidak diketahui samada beliau memeluk Islam atau tidak.

2. Risalah kepada Al-Maquqis Raja Mesir
Nabi (s.a.w) telah menulis sepucuk risalah kepada Juraij bin Matta yang bergelar Al-Maquqis Raja Mesir dan Iskandariah.

"Dari Muhammad hamba Allah dan utusanNya kepada Al-Maquqis Pembesar Qibti, salam sejahtera ke atas yang mengikut hidayat. Adapun selepas itu, maka saya menyeru engkau dengan seruan Islam, anutilah Islam nescaya selamatlah tuan, anutilah Islam nescaya Allah berikan tuan dua pahala, kalau tuan berpaling tadah, maka tanggunglah dosa orang Qibti semuanya Wahai ahli kitab! Marilah kita kepada suatu yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah kecuali Allah dan kita tidak persekutukannya dengan sesuatu dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan melainkan Allah. Jika mereka berpaling, maka katakan kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah hamba yang menyerahkan diri kepada Allah".

Rasulullah s.a.w memilih Hatib bin Abi Baltaah untuk membawa risalah ini, kepada Al-Maquqis. Sebaik sahaja beliau di hadapannya Hatib pun berkata: "Pemerintah sebelum kau ini telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan tertinggi maka Allah mengutuknya di dunia dan akhirat, dengan itu Allah menghukum ke atasnya dengan bala dan azabNya, harap kiranya kau boleh mengambil pengajaran darinya, dan jangan biarkan diri kau menjadi bahan pengiktibaran orang kemudian." Jawab Maquqis: "Sebenarnya kami ada agama pegangan tersendiri, kami tidak akan meninggalkannya kecuali kepada ajaran yang lebih baik darinya." Maka jawab Hatib: "Di sini kami menyeru kamu kepada agama Islam di mana Allah memberi jaminan penyempurnaannya dengan yang tidak terdapat pada ajaran- ajaran lain, sesungguhnya Nabi (s.a.w) ini menyeru manusia kepadanya, dan Quraisy adalah sekuat-kuat penentangnya, sejahat-jahat seterunya adalah kaum Yahudi dan yang terdekat kepadanya adalah kaum Nasrani, demi sesungguhnya bisyarah(berita baik) Musa tentang Isa adalah sama seperti bisyarah Isa tentang Muhammad, kami menyeru kamu kepada Al-Quran, sama seperti kau menyeru penganut-penganut al-Taurat kepada Al-Injil, setiap yang sempat dengan satu kaum yang sebelum maka kaum itu dianggap sebagai kaumnya yang harus diseru kepada ajarannya, dan mereka berkewajipan mentaatinya, tuan adalah di antara orang yang sempat dengan nabi ini. Kami tidak melarang kau dari agama Al-Masih tetapi kami menyeru kau ke arah itu." Jawab Al-Maquqis: "Sesungguhnya telahpun ku merenung perkara Nabi ini, maka ku dapati suatu hal yang tidak boleh dilepaskan dan tidak boleh dihalangi orang yang inginkannya, tidak pula ku dapat semacam rnana amalan sihir yang boleh menyesatkan, tidak pula sebagai paderi yang mendusta, malah bersama beliau tanda-tanda kenabian yang boleh merungkai rahsia tersembunyi, seterusnya boleh mencerita penelahan masa depan, semua ini akan ku fikir."

Dengan itu beliau mengambil bingkisan Rasululllah itu, dimasukkan ke dalam tabung yang diperbuat dari gading dan ditutup lalu diserahkannya kepada perempuan suruhannya. Dan dipanggil seorang kerani untuk menulis bingkisannya dengan bahasa Arab, untuk Rasulullah s.a.w:

"Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Penyayang" Untuk Muhammad bin Abdullah dari Al-Maquqis pembesar Qibti salam sejahtera ke atas mu, ada pun selepas ini, telahpun ku tatapi bingkisan mu itu dan ku faham segala yang tersurat di dalamnya juga dengan apa yang kau serukan itu, di dalam pengetahuan ku memang seorang Nabi masih tertinggal lagi. Pada sangkaan ku ianya akan diutuskan di negeri Syam, dan ku telah memuliakan utusan kau, bersamanya ku kirimkan dua orang perempuan untuk kau, mereka berdua mempunyai kedudukan mulia pada orang-orang Qibti, kain pakaian, ku hadiahkan seekor baghal untuk kau tunggangi dan salam ke atas kau.

Tidak lebih dari itu dan beliau tidak memeluk Islam, dua orang perempuan ialah Mariah dan Sirin, baghal Waldal hidup hingga ke zaman Muawiyah, manakala Mariah dijadikan sebagai jariahnya, darinya Rasulullah s.a.w mendapat anak lelakinya Ibrahim, Adapun Sirin diberinya kepada Hassan bin Thabit Al-Ansari.

3. Bingkisan kepada Kisra Raja Parsi
Rasulullah s.a.w telah menghantar bingkisan kepada Kisra raja Parsi:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad utusan Allah kepada Kisra Pembesar Parsi, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayat, beriman dengan Allah dan RasulNya, dan bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya dan Muhammad itu hamba dan pesuruhNya, di sini ku menyerukan kau dengan seruan Allah, maka sesungguhnya aku adalah Rasulullah s.a.w diutuskan kepada manusia sekalian, memberi inzar kepada sesiapa yang hidup, memberi kata benar kepada kaum kafirin, anutilah Islam nescaya kau selamat, sekiranya kau menolak maka tanggunglah dosa-dosa penganut Majusi sekalian."

Rasulullah s.a.w memilih Abdullah bin Huzafah As-Sahmi untuk membawa risalah berkenaan. Kemudian As-Sahmi menyerahkan risalah itu kepada pembesar Al-Bahrin, di sini kita tidak dapat pasti apakah pembesar Al-Bahrin telah menghantar risalah itu dengan perantaraan salah seorang dari orang-orangnya atau apakah beliau terus menghantar Abdullah As-Sahmi sendiri ke sana. Walau bagiamanapun, Kisra bertindak mengoyak-ngoyak risalah itu selepas beliau membacanya dan berkata dengan penuh kesombongan dan bongkak: "Salah seorang dari hambaku yang hina di dunia, telah berani menulis namanya sebelum nama ku." Bila peristiwa ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w maka baginda berkata: "Allah hancurkan pemerintahannya", dan memang berlaku sebagaimana kata Rasulullah s.a.w itu, terdahulu dari itu Kisra telah menulis surat kepada "Bazan" wakilnya di negeri Al-Yaman berbunyi: "Hantarkan dua orang kuat kita ke Hijaz, kemudian tangkapkan lelaki itu dan bawa ke mari. "Bazan" pun menurut perintah dan menghantar dua orang, mereka berdua ini membawa risalah kepada Rasulullah s.a.w meminta baginda turut sama ke dewan Kisra di Parsi, sebaik sahaja dua orang suruhan ini sampai ke Madlnah dengan berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Sebenarnya Maharaja Syahinsyah Kisra telah pun menulis surat kepada raja "Bazan" menyeru beliau membawa tuan hamba kepadanya, untuk itu "Bazan" telah menghantar daku supaya membawa tuan ke sana, malah kata-katanya penuh ugutan, namun Rasulullah s.a.w meminta mereka berdua menemui baginda pada keesokan harinya.

Di masa yang sama telah berlaku satu pemberontakan besar di dalam istana terhadap Kisra, selepas tenteranya menerima kekalahan teruk dari tentera Qaisar Roman. Anaknya Syirowih bin Kisra telah membunuh bapanya dan merampas takhtanya itu, kejadian itu berlaku pada malam selasa sepuluh terakhir Jamadil Al-Awal tahun ke tujuh (7) Hijrah, semuanya ini di dalam pengetahuan Rasulullah s.a.w melalui wahyu yang diturunkan kepada baginda. Semasa pertemuan mereka di keesokan hari, Rasul memberi tahu mereka mengenai kejadian rampasan kuasa dan cerita selengkapnya, tanya mereka berdua: "Apakah tuan mengetahui semuanya ini? Sebenarnya kami telah memarahi ke atas kamu semua qadar yang ringan, mahukah tuan hamba agar semua ini kami rakam dan menceritakan kepada raja di sana. Jawab Rasulullah s.a.w: Ya! "Ceritakanlah kepada raja di sana sesuatu mengenai diriku di sini, malah katakan kepadanya lagi: Bahawa agama ku dan kuasaku akan melewati semua daerah kekuasaan Kisra, kuasa ku akan sampai ke tempat terakhir tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, malah ceritakan kepadanya lagi, sekiranya beliau memeluk Islam akan ku serahkan kekuasaan yang ada padanya di hari ini, akan ku letakkannya sebagai pemerintah ke atas rakyatnya dan pemerintahannya akan diwarisi oleh anak-anaknya." Mereka berdua pun keluar dari Madinah untuk menemui Bazan dan kepadanya mereka menceritakan kisah sepenuhnya.

Tidak berapa lama kemudian tiba perkhabaran menceritakan tentang kematian Kisra yang telah dibunuh oleh anaknya sendiri yang bernama Syirowih dalam perutusan Syirowih, beliau menyebut: "Sila ambil perhatian terhadap lelaki yang bapaku tulis mengenainya, sekali-kali jangan kau mencelanya hinggalah datangnya kepada kau perintah ku. Kesemua peristiwa ini telah membawa "Bazan" bersama-sama orangnya rakyat Parsi yang berada di sampingnya memeluk Islam.

4. Risalah kepada Qaisar Raja Rom
Di dalam satu hadith panjang periwayatan Al-Bukhary, mengenai nas kandungan risalah yang telah dikirim oleh Nabi (s.a.w) kepada raja Rom yang bernama Hercules seperti berikut:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad hamba Allah dan utusannya kepada Hercules pembesar Rom, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayah, anutilah Islam kau akan selamat, anutilah Islam kau akan diberi ganjaran dua kali ganda, sekiranya kau berpaling tadah maka kau memikul beban dosa golongan Arisin. Wahai ahli kitab, marilah kamu kepada kalimah yang bersamaan di antara kami dan kamu, bahawa tiada yang kita sembah kecuali Allah dan tidak kita mempersekutukannya dengan sesuatu pun dan tidak sesetengah kita mengangkat yang lain menjadi tuhan selain dari Allah, kalau mereka berpaling, kamu katakanlah: "Jadi saksilah kamu, bahawa kami orang-orang Islam".

Rasulullah s.a.w telah memilih Duhaiyah bin Khalifah Al-Kalabi untuk membawa risalahnya kepada Hercules itu, dengan menyerahkannya kepada pembesar Basra untuk dibawanya kepada Qaisar, Al-Bukhary telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas sebuah Hadith mengenai kisah yang diceritakan oleh Abu Sufian kepadanya, semasa beliau bersama-sama rombongannya yang sedang di negeri Syam, bahawa pihak Hercules telah menjemput beliau; ini adalah semasa Rasulullah s.a.w berdamai dengan Quraisy, mereka datang kepadanya di Ilya. Hercules menjemput mereka dalam satu majlisnya yang dikelilingi oleh pemuka-pemuka Rom, bersama mereka juga dijemput penterjemah, lantas beliau bertanya: "Siapa di antara kamu yang terdekat hubungan kekeluargaan dengan tokoh yang mendakwa dirinya sebagai nabi?" Kara Abu Sufian: "Dakulah yang terdekat." Kata Hercules, "Ayuh tampil ke mari", kemudian beliau dan kawan-kawannya itu mendekatinya, beliau semua duduk di belakang Abu Sufian.

Kemudian Hercules berkata kepada penterjemahnya: "Sebenarnya aku hendak tanya mengenai lelaki itu, sekiranya beliau ini mendustai daku kamu semua sebutkan pembohongannya itu." Kata Abu Sufian: "Kalau tidak kerana malu yang akan ditunjukkan kepada ku nescaya ku dusta sahaja di hari itu mengenai Muhammad." Kata Abu Sufian: "Seawal soal yang dihadapkan kepadaku ialah : "Bagaimana hubungan kekeluargaannya dengan kamu?" Kata ku; "Dengan kami baginda berketurunan baik". Tanya beliau: "Apakah dakwaan-dakwaannya itu ada orang lain sebelum ini pernah perkatakan?" Jawab ku: "Tak ada." Tanya beliau: "Adakah sebelum ini bapanya keturunan raja-raja?" Jawab ku: "Tiada". Tanya beliau lagi: "Golongan bangsawankah atau golongan lemahkah yang mengikutinya?" Jawab ku: "Malah golongan lemah". Tanya beliau: "Apakah mereka saban hari semakin bertambah atau berkurangan". Jawabku: "Malah semakin bertambah." Tanya beliau lagi: "Apakah terdapat penganut agamanya murtad kerana memarahi agamanya?" Jawab ku: "Tak ada". Tanyanya lagi: "Apakah sebelum ini kamu menempelak beliau sebagai pendusta, sebelum beliau menganjur agamanya?" Kataku: "Tidak sama sekali, malah sepanjang pergaulan kami denganya tidak pernah kami alami darinya sikap seperti ini." Kata ku dalam diri di masa ini: "Tidak a da satu perkataan lain yang dapat ku masukkan dicelah-cel&hnya." Kemudian tanya beliau lagi: "Bagimana perscngketaan kamu dengannya?" Jawab ku: "Persengkataan kami dengannya amat sengit, kadang-kadang kami menang, dan kadang-kadang beliau menang." Katanya lagi: "Apa yang beliau suruh kamu? Jawabku: "Beliau menyuruh kami dengan katanya: Hendaklah kamu semua menyembah Allah Yang Esa, jangan sekali-kali kamu menyekutuiNya dengan barang sesuatu pun. Hendaklah tinggalkan apa yang diperkatakan oleh nenek moyang kami, Baginda juga menyuruh kami menunaikan solat, bersedekah, bersihkan hati dan tindakan, serta menghubung silaturrahim."

Kemudian kata Hercules kepada penterjemahnya: Katakan kepadanya: "Aku telah pun bertanya kepada kamu mengenai nasab keturunannya maka kamu menjawab yang beliau ini mempunyai hubungan keturunannya. Demikian halnya dengan para Rasul, sememangnya diutuskan kepada bangsa keturunannya, kemudian ku tanya kamu apakah ada orang sebelumnya yang membawa ajaran ini, kamu jawab tidak, apa yang dapat ku simpulkan di sini ialah kalau sekiranya sudah ada orang lain sebelum ini telah bercakap mengenai ajaran ini, nescaya ku katakan ianya tidak lebih dari mengikuti orang yang sebelumnya, ku tanya kamu, apakah datuk neneknya dari golongan raja-raja, dan kamu katakan tidak, untuk itu aku berkata: Kalaulah ianya dari keturunan raja-raja, akan ku tuduh beliau ini menuntut takhta emak bapanya, seterusnya ku bertanya apakah pernah kamu menuduh beliau sebagai pendusta sebelum beliau membawa ajarannya, kamu jawab: tidak berlaku semua itu, maka pastilah bagiku, bahawa tidak mungkin beliau meninggalkan sikap dustanya dengan manusia untuk mendustai Allah. Ku bertanya: Apakah keseluruhan ahli As-Sirah menyebut bahawa Sariyah ini berlaku sebelum Al-Hudaibiyyah, ianya satu kesalahan yang nyata, kerana penghantaran risalah kepada Qaisar dibuatnya selepas Al-Hudaibiyyah, sebab itulah maka Ibnu Al-Qayyim mengatakan. dengan lafaznya: "Peristiwa ini berlaku selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah tanpa ragu-ragu lagi".

5. Risalah kepada Al-Munzir bin Sawi
Nabi (s.a.w) mengutus risalah kepada Al-Munzir bin Sawi pemerintah Al-Bahrain, menyeru beliau kepada Islam. Rasulullah s.a.w memilih al-'Ala' bin Al-Hadhrami untuk menyampaikan risalahnya itu, sebagai jawapan Al-Munzir telah menulis kepada Rasulullah s.a.w seperti berikut:

"Ada pun selepas itu wahai Rasulullah s.a.w, sebenarnya telahpun ku baca bingkisan tuan hamba itu kepada penduduk Al-Bahrain, di antara mereka gemarkan Islam dan kagum dengannya dan sebahagian yang lain membencinya, di bumi ku ini terdapat penganut Majusi dan Yahudi, maka berlaku sesuatu hal di sini mengenai seruan tuan hamba itu."

Rasulullah s.a.w membalas semula kepadanya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang " Dari Muhammad Utusan Allah kepada Al-Munzir bin Sawi salam ke atas kau. Maka sesungguhnya kepada Engkau Allah, aku memuji yang tiada Tuhan selainNya dan ku mengaku bahawa Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya, adapun selepas itu aku mengingatkan kau dengan Allah Azzawajala, maka sesungguhnya sesiapa yang menasihat sebenarnya beliau menasihati dirinya, dan sesiapa yang mentaati ku dan sesiapa yang menasihatkan mereka bererti telah menasihatiku. Sebenarnya para utusan ku telahpun memuji kau dengan baik, sesungguhnya melalui kau aku memberi syafaat ku kepada kaum kau, oleh itu biarlah kaum muslimin dengan kebebasan mereka dan pengampunan kau terhadap pesalah-pesalah, maka terimalah mereka. Sekiranya kau terus soleh dan baik maka kami tidak akan memecatkan kau dari tugas dan sesiapa yang masih dengan pegangan Yahudi atau Majusinya ianya wajib membayar jizyah."


6. Risalah kepada Hauzah bin Ali penguasa Al-Yamamah
Nabi (s.a.w) telah menulis kepada penguasa Al-Yamamah Hauzah bin Ali.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dari Muhammad pesuruh Allah kepada Hauzah bin Ali, salam kepada yang mengikuti hidayah, ketahuilah bahawa agama ku ini akan tampil ke akhir tempat tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, peluklah Islam akan selamat kau dan akan ku kalahkan segala sesuatu yang di bawah kekuasaan kau itu.
Rasulullah s.a.w memilih Salit bin Amru Al-Amiri untuk membawa risalahnya kepada Hauzah, setibanya Salit ke hadapan Hauzah dengan surat yang bermohor itu selepas memberi salam hormat kepadanya, beliau terus membaca risalah berkenaan. Hauzah membalas jawapan yang tidak selayaknya. Dari situ beliau menulis surat balas kepada nabi (s.a.w) dengan katanya: "Betapa eloknya yang kau serukan kepadanya itu, bangsa Arab semuanya menggeruni kedudukan ku ini, oleh itu peruntukan kepada ku sebahagian dari kuasa mu itu, maka bolehlah ku ikutmu, Hauzah memberi hadiah kepada Salit, dan persalinan pakaian buatan "Hajar", namun hadiah-hadiah itu diserahkannya kepada Rasulullah s.a.w, dengan menceritakan kisah selengkapnya.
Rasulullah s.a.w membaca risalah, yang ditulis Hauzah kepada baginda (s.a.w) dan bersabda: "Kalau beliau pinta dari ku sebidang tanah tak akan ku berinya, musnah dan musnah segala apa yang di dalam kekuasaannya". Sekembalinya Rasulullah s.a.w dari pembukaan Makkah Jibril telah mendatangi baginda memberitahu bahawa Hauzah telah mati, maka kata Rasulullah s.a.w: "Adapun sesungguhnya dari Al-Yamamah itulah akan keluarnya seorang pendusta mendakwa sebagai nabi, akan dibunuh selepas ku kembali kepada Allah". Maka bertanya seorang sahabat: "Wahai Rasulullah s.a.w ! Siapakah yang akan membunuhnya?" Jawab Baginda: "Engkau dan sahabat-sahabat kau ini", maka berlakulah kejadian sebagaimana yang disebutkan Rasulullah s.a.w itu.

7. Risalah kepada AI-Harith bin Abi Syamar Al-Ghassani pemerintah di Damsyik
Rasulullah s.a.w menulis kepada Al-Harith bin Abi Syamar:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dari Muhammad Pesuruh Allah kepada Al-Harith bin Abi Syamar, salam ke atas yang mengikuti hidayah, beriman dan mempercayainya, sebenarnya ku menyeru kamu supaya beriman dengan Allah Yang Esa yang tiada sekutu bagiNya, denganNya kekuasaan kau kekal untuk kau."

Rasulullah s.a.w memberi tanggungjawab membawa risalah ini kepada Syuja' bin Wahb dari Banu Asad bin Khuzaimah. Setibanya risalah kepada Al-Harith bin Abi Syamar maka beliau menjawab dengan katanya: "Siapa yang mampu merampas kekuasaanku ini? Aku akan pergi kepadanya". Dan beliau tidak memeluk Islam.

8. Risalah kepada Raja Uman
Rasulullah s.a.w mengirim risalah kepada Raja Uman bernama Jaifar dan saudaranya Abd. Kedua-duanya adalah anak kepada Al-Jalandi.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dari Muhammad bin Abdullah kepada Jaifar dan Abd bin Al-Jalandi, salam ke atas yang mengikuti hidayat, adapun selepasnya, maka aku menyeru kamu berdua dengan seruan Islam, peluklah Islam nescaya kamu berdua selamat, sebenarnya ku ini utusan Allah kepada manusia sejagat untuk memberi inzar kepada yang masih hidup dan menegaskan kata benar kepada kaum kafir, sekiranya kamu berdua akur menerima Islam ku terus letakkan kamu berdua sebagai penguasanya, dan sekiranya kamu enggan untuk menerima Islam maka kerajaan kamu berdua akan luput, di mana kuda-kuda ku akan melewati perkarangan kamu berdua dan di hari itu terbukti kenabian ku mengatasi pemerintahan kamu berdua."

Rasulullah s.a.w menyerah risalah ini kepada Amru bin Al-'Aas (r.a), maka cerita Amru: "Ku keluar hingga sampai ke Uman, sampainya daku di sana ku terus berhubung dengan Abd yang lebih waras dan mudah kira bicara di antara mereka berdua, ku sebut kepada utusan Rasulullah s.a.w kepada saudara engkau". Kata beliau kerana usia dan kekuasaan, kepadanya dan biar beliau Tanya beliau: "Kepada apa yang kau katakan padaku: "Aku menyeru kepada beriman kepada Allah dan tiada sekutu bagiNya, kau menolak dan disembah selain dariNya, engkau mengunci Muhammad itu hamba dan pesuruhNya". Jawab "Wahai Amru, engkau ini anak kepada qabilah kau, apa yang bapa kau buat? Kami ini banyak meneladani beliau", jawab ku, "Beliau mati dalam keadaan tidak beriman dengan Muhammad s.a.w tapi pada harapan ku supaya beliau memeluk Islam dan mempercayainya. Ku pun sebelum ini mempunyai pandangan yang sama dengan beliau tapi kini Allah memberi hidayat kepadaku untuk memeluk Islam. Tanya Abd: "Sejak bilakah kau ikutinya?" Jawabku: "Masih baru". Tanya beliau lagi: "Sejak dari mana kau mengenal Islam". Jawab ku: "Semasa ku berada di samping An-Najasyi dan ku beritahu beliau yang An-Najasyi pun sudah memeluk Islam", kata beliau: "Dan apa pula tindakan kaumnya terhadap kekuasaannya", jawabku: "Mereka semua akur dan ikuti jejak langkahnya", kata beliau: "Adakah golongan paderi dan pastur ikut beliau?" Jawab ku: "Ya" kemudian kata beliau: "Wahai Amru perhatikan dahulu apa yang kau sebutkan itu. Sebenarnya, tidakkah berbohong itu merupakan suatu sifat yang keji bagi seorang lelaki". Jawab ku: "Daku tidak berbohong, ianya satu sifat yang tidak diharuskan di dalam agama kami", kemudian tanya beliau lagi: "Aku tidak fikir yang Hercules mengetahui keIslaman An-Najasyi, jawabku: "Bahkan".

Tanya beliau: "Bagaimana yang boleh kau tahu ini? Kata ku: "Kerana An-Najasyi mengeluar kepadanya ufti (jizyah), tapi selepas beliau memeluk Islam dan mempercayai dengan Muhammad s.a.w maka kata beliau: "Tidak ! Demi Allah hari ini kalau beliau pinta dari ku satu dirham pun tidak akan ku berinya", Hal ini telah sampai kepengetahuan Hercules, maka berkata An-Niyaq saudaranya: "Kamu boleh biarkan hamba mu itu tidak membayarkan kepada kau uftinya, kemudian menganut agama bukan agama kau ini, iaitu satu agama baru". Jawab Hercules: "Seseorang yang sukakan satu agama kemudian beliau pegangnya, apa boleh buat? Demi Allah kalaulah tidak kerana sayangkan pemerintahan ku ini nescaya ku bertindak seperti beliau itu dan katanya lagi: Perhatikan apa yang kau sebutkan tadi wahai Amru?" Jawab ku: "Demi Allah ku bercakap benar". Kata Abd: "Ceritakan lagi kepada ku apa yang disuruh dan apa yang dilarang". Kata ku: "Baginda menyuruh mentaati Allah Azawajalla, melarang memaksiatiNya dan menyuruh berbuat baik, menghubungi keluarga, melarang penganiayaan, perseteruan, zina, arak, penyembahan batu, berhala dan salib".

Kata Abd: "Betapa indah dan cantiknya apa yang diserukan itu, kalaulah saudaraku boleh mengikuti ku nescaya kamu berdua akan berkejar ke sana agar dapat kami beriman dengan Muhammad s.a.w dan mempercayainya. Tetapi saudaraku amat sayang untuk meninggalkan pemerintahannya, ini menyebabkan kami berdosa". Kataku: "Kalau beliau memeluk Islam, Rasulullah s.a.w akan melantik beliau sebagai pemerintah ke atas kaum sebangsanya, seterusnya akan dipungut zakat sedekah dari golongan hartawan kemudian diagihkan kepada golongan fakir miskin". Kata Abd: "Ini adalah akhlak mulia, dan apa itu sedekah?" Aku pun menceritakan perintah yang difardukan oleh Rasulullah s.a.w mengenai zakat sedekah pada harta benda hinggalah kepada ternakan unta. Kata Beliau: "Amru! Apakah diambil zakat dari binatang ternakan yang memakan pokok-pokok dan meminum air itu?" Jawabku: "Ya! Kata Abd: "Demi Allah aku tak terfikir yang kaum ku yang berjauhan rumah mereka dan bilangan mereka boleh mematuhi perkara ini". Kata Amru pintu rumahnya beberapa hari dan beliau puji saudaranya memberitahu maklumat yang ditemui.

Berlaku di suatu hari di mana beliau telah menjerit masuk ke dalam, pembantunya memberi khidmat kepada kata Abd: "Tinggalkan dia". Aku pun dibiarkan, dan ku pergi duduk. Mereka enggan membiarkan ku duduk, ku memerhati ke arahnya maka beliau berkata: "Cakaplah mengenai tujuan kau". Lalu ku serahkan risalah yang bermohor itu, maka beliau membuka sampul bermohor itu serta membaca hingga ke akhirnya, lepas itu beliau menyerahkan kepada saudaranya, dan saudaranya membaca seperti yang beliau baca, namun ku dapati saudaranya lebih lembut darinya, lalu beliau berkata: "Boleh tak kau ceritakan mengenai Quraisy, apa yang mereka lakukan?" Kata ku: "Mereka telah mengikuti Baginda, sama ada sukakan agamanya atau kekalahannya." Tanya beliau lagi: "Dan siapa kah orang yang bersamanya?" Jawabku: "Orang ramai sukakan Islam dan memilihnya dari yang lain. Kini mereka mengenali melalui akal pemikiran mereka di samping hidayat Allah bahawa mereka dahulu adalah dalam kesesatan, setahu aku tidak ada yang tinggal lagi selain dari kau di penjuru ini, sekiranya kau tidak memeluk Islam di hari ini dan mengikutinya, kau akan dilanyak oleh kuda-kuda, bumi hijau mu akan musnah. Ayuh peluklah Islam nescaya kau selamat, dan seterusnya kau dilantik sebagai ketua kaum kau, terhindar kau dari serangan kuda-kuda dan tentera." Jawab beliau: "Tinggallah daku bersendirian hari ini, dan kemarilah kau pada besok hari".

Ku pun pergi berjumpa adiknya, maka kata adiknya: "Hai Amru, aku harapkan beliau akan memeluk Islam, sekiranya beliau tidak mengutamakan pemerintahannya". Pada keesokan hari ku datang kepadanya, beliau enggan membenarkan ku masuk, maka ku pergi menemui saudaranya, ku ceritakan kepadanya bahawa ku tak dapat bertemunya, saudaranya itu membawa aku masuk maka beliau berkata: "Aku berfikir tentang seruan yang telah kau ucapkan kepadaku itu, kalau demikian maka aku ini adalah pemerintah Arab yang terlemah, sekiranya aku serahkan yang di tanganku ini kepada seorang lelaki, sedang kudanya pun tidak sampai ke sini, tapi kalau kudanya sampai ke sini pasti berlaku peperangan yang belum pernah terjadi lagi sebelum ini. Kata Amru: "Besok aku hendak keluar dari sini, jadi setelah beliau pasti yang aku akan keluar maka beliau pun bersendirian dengan saudaranya itu". Lalu beliau berkata: "Apa sikap kita dengan risalahnya itu, semua orang yang diutus risalah kepada mereka telah pun memberi persetujuan". Di pagi itu beliau pun menjemput ku. Di situ beliau memberi jawapan menerima dan memeluk Islam dengan saudaranya, mempercayai Rasulullah s.a.w, membiarkan sahaja aku memungut zakat manakala pemerintahan mereka dikekalkan dan mereka merupakan penolong terhadap golongan yang menentangku".

Jalan cerita ini menunjukkan bahawa pengutusan risalah kepada orang berdua itu terlewat, berbanding dengan penghantaran kepada raja-raja lain, pendapat majoriti penghantaran berlaku selepas pembukaan Makkah.

Dengan risalah-risalah ini bermakna Rasulullah s.a.w telah menyampaikan dakwahnya kepada sebahagian besar raja-raja di dunia. Di antara mereka ada yang beriman tetapi sebahagian yang lain kufur dengannya. Namun mereka yang kufur tetap memikirkan tentang risalah ini setelah kenal dan mengetahui nama Baginda dan agamanya.


AKTIVITI KETENTERAAN SELEPAS PERDAMAIAN AL-HUDAIBIYYAH

Peperangan Al-Ghaabah atau Peperangan Zu Qirad
Peperangan ini merupakan gerakan buruan ke atas sekumpulan Banu Farazah yang telah melakukan tindakan melanun, sebagai satu cara menentang Rasulullah s.a.w. lanya adalah peperangan yang pertama Rasulullah s.a.w selepas perjanjian Al-Hudaibiyyah dan sebelum Khaibar. Al-Bukhary mencatit dalam pra kata topik berkenaan sebagai berlaku sebelum peperangan Khaibar. Imam Muslim meriwayatkan di dalam sahihnya sedemikian juga, di dalam hadith Salamah bin Al-Akwa'. Tetapi Jumhur ahli As-Sirah dan Al-Maghazi menyebut peperangan ini berlaku sebelum Al-Hudaibiyyah. Sebenarnya apa yang terdapat di dalam kitab As-Sahih lebih sahih dari apa yang disebut oleh ahli As-Sirah.

Ringkasan periwayatan cerita dari hadith Salamah bin Al-Akwa', pahlawan peperangan ini, dengan berkata: "Rasulullah s.a.w melepaskan ternakan untanya bersama dengan budak suruhannya Rabah, aku turut bersama Rabah menunggang kuda Abu Talhah, semasa kami di waktu pagi tiba-tiba Abdur-Rahman Al-Fazari telali menyerang ke atas ternakan lalu membunuh pengembalanya dan membawa lari semua unta-unta ternakan. Ku berkata kepada Rabah: Kamu tunggang kuda ini dan beritahu kepada Talhah, serta ceritakan kepada Rasulullah s.a.w, aku lari ke tanah tinggi mengadap Al-Madinah dan melaung : Tolong! Tolong! Tolong! Kemudian ku kejar penyamun-penyamun itu dengan meluncur panah ke arah mereka sambil bermadah: "Anak lelaki Al-Akwa' daku ini hari nahas hari ini. "

Demi Allah, terus ku menghujani mereka dengan panahan, di antara mereka ada yang gugur, kalau ada penunggang mereka yang berpatah balik ke belakang aku mengelak diri di sebalik pokok-pokok, dari situ aku memanah hingga seteru ku tersungkur jatuh, kalau mereka memasuki di celah-celah bukit, aku naik ke atas. Dari atas ku humbankan ketul-ketui batu ke atas mereka, beginilah aku terus memburu mereka hingga tiada unta Rasulullah s.a.w kecuali kesemua berada di belakang ku. Ku buru lagi dan ku panah mereka hingga terpaksa mereka membuang lebih dari tiga puluh helai kain Burdah(serban) dan tiga puluh bilah tombak, supaya ringan dan mudah lari, apa sahaja yang mereka buang ku letak batu-batu di situ supaya mudah Rasulullah s.a.w dan para sahabat mengecamnya.

Apabila lanun-lanun itu keletihan, mereka berhenti dan berehat di suatu jalan di atas bukit untuk makan. Aku menunggu mereka di atas sebuah bukit kecil, empat orang dari mereka naik ke bukit menuju ke arah ku: Ku pun berkata: Kamu tidak kenal aku siapa? Akulah Salamah bin Al-Akwa', tak seorang pun yang terlepas bila aku mengejarnya dan tak siapa pun yang dapat memburu aku.

Dengan itu mereka pun berpatah balik, tinggalkan tempat ku itu ternampaklah berkuda Rasulullah s.a.w sedang melalui di antara puak Orang yang di hadapan ialah Akhram di belakangnya - Qutadah di belakangnya lagi Al-Miqdad bin Al-Aswad. Abu Ar-Rahman bertembung dengan Al-Akhram di situ. Al-Akhram membunuh kuda Abdur-Rahman manakala Abdur-Rahman menikam Al-Akhram dan membunuhnya kemudian beliau berpindah ke kudanya tetapi sempat dikejar oleh Qutadah dan ditikamnya Abd Ar-Rahman hingga mati, yang lain-lain cabut lari, justeru itu kami kejar mereka dari belakang dengan berlari, akhirnya mereka menyusur masuk ke suatu lorong yang ada air, dikenali sebagai Za Qirad.

Kira-kira waktu itu sudah pun petang, mereka ke situ untuk minum air, rupanya mereka semua dahaga, tidak sempat mereka meminum setitik air pun, ku buru mereka dari situ. Di tempat itu Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan ku bersama-sama dengan kuda-kuda kira-kira waktu pun sudah isya', ku berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Mereka kehausan wahai Rasulullah s.a.w, sekiranya Rasulullah s.a.w hantarkan bersama ku seratus orang, niscaya ku tawan segala apa yang ada bersama mereka". Jawab Rasulullah s.a.w: "Hai Ibnu Al-Akwa', sekarang ini memang kau mampu untuk menawan mereka tapi biarkanlah mereka pergi". Sambung Rasulullah s.a.w lagi: "Sekarang mereka berlindung di Ghatafan".

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik penunggang hari ini ialah Abu Qutadah dan sebaik-baik pahlawan kita ialah Salamah". Rasulullah s.a.w membahagikan rampasan di mana ku diberi dua saham, satu saham sebagai pejuang berjalan kaki satu saham lagi sebagai pejuang berkuda. Semasa pulang ke Madinah baginda menunggang untanya al-'Adhba' dan ku mengekori dari belakang Baginda.

Semasa peperangan ini Baginda melantik Ibnu Ummu Maktum sebagai Amir di Madinah, bendera Islam diserahkan kepada Al-Miqadad bin Amru.


Peperangan Al-Khaibar dan Wadi Al-Qura
Bulan Muharram tahun ke tujuh (7) hijrah

Khaibar adalah sebuah kota besar dikelilingi tembok berbenteng dan taman-taman, jaraknya ke Madinah enam puluh (60) atau lapan puluh (80) batu di sebelah utara, tapi sekarang sebagai sebuah kampung dengan cuacanya yang kurang baik untuk kesihatan.

Faktor kejadian:
Setelah Rasulullah s.a.w terasa aman terhadap salah satu dari tiga sayap terkuat Barisan Bersekutu dan terasa selamat sepenuhnya, khusus selepas perjanjian perdamaian Al-Hudaibiyyah, kini Rasulullah s.a.w mengatur perkiraannya dengan dua sayap yang masih bertenaga: Kaum Yahudi dan Qabilah-qabilah Najdi, agar perkiraan ini akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan serantau yang menyeluruh, seterusnya orang Islam boleh cuci tangan dari peperangan berdarah yang berterusan itu dan mengalih langkah kepada kerja-kerja dakwah dan menyampai risalah Allah sepenuhnya.
Oleh kerana Khaibar merupakan sarang pakatan da-konspirasi, malah merupakan markas gerakan tentera yang menimbulkan kekacauan dan mencetuskan peperangan, maka sudah selayaknya kaum muslimim memberi penumpuan kepadanya.

Apa yang dikatakan Khaibar sebagai pencetus kesemuanya, ini kerana kita tidak boleh melupai usaha-usaha penduduk Khaibar yang menghimpun tenaga Barisan Bersekutu untuk memerangi kaum muslimin, malah mereka juga yang menginisiatifkan kepada Banu Quraidhah supaya mengkhianati orang-orang Islam, dan mereka jugalah yang bertindak membuat hubungan dengan musuh dalam selimut iaitu kaum munafiqin, juga hubungan dengan Ghatafan dan Arab-arab Badwi yang merupakan sayap ke tiga kepada Barisan Bersekutu. Malahan mereka sendiri sudah pun mempersiapkan diri untuk memasuki kancah peperangan, mereka sudah pun memulakan percubaan itu dengan beberapa siri serangan, di antara yang terkutuk ialah mereka merencana untuk membunuh Rasulullah s.a.w.

Berhadapan dengan usaha jahat mereka, kaum muslimin terpaksa menghantar beberapa unit tentera ke sana, hinggalah kepada tindakan membunuh kepala samseng dan perancang kejahatan seperti Salam bin Abi Al-Haqiq dan Asir bin Zarim, namun kewajipan kaum muslimin terhadap golongan Yahudi ini lebih besar dari itu. Ditangguhkan operasi, kerana kekuatan yang lebih besar dan seteru yang lebih biadab lagi iaitu Quraisy sedang mengancam mereka. Oleh itu sebaik sahaja kaum muslimin melangsaikan perkiraan mereka dengan golongan pengkhianat itu kini tiba masanya pula untuk membuat perkiraan dengan golongan Yahudi Khaibar.


PERGERAKAN KE KHAIBAR

Ibnu Ishak mengisahkan katanya: Sekembalinya dari Al-Hudaibiyyah, Rasulullah s.a.w tinggal di Madinah. Baginda tinggal di sana pada sebahagian dari bulan Zulhijjah dan Muharam. Di akhir bulan Muharam Baginda keluar ke Khaibar. Ahli tafsir mengatakan: Bahawa Khaibar itu adalah janji yang telah dibuat oleh Allah (s.w.t) di dalam firmanNya yang bermaksud:

Allah menjanjikan kamu rampasan-rampasan yang banyak kamu mengambilnya namun Allah menyegerakan bagi kamu yang ini. ( iaitu perjanjian Al-Hudaibiyyah manakala rampasan-rampasan yang banyak ialah Khaibar).
Al-Fath: 20

KEKUATAN TENTERA ISLAM

Dengan sebab kaum munafiqin dan golongan lemah iman tidak menyertai Rasulullah s.a.w di dalam peperangan Al-Hudaibiyyah maka Allah menyeru Rasul-Nya dengan firman yang bermaksud;

"Akan berkata golongan yang tertinggal, apabila kamu menuju kepada barang-barang rampasan untuk memungutnya: Biarkanlah kami mengikuti kamu. Mereka hendak mengubah janji Allah".
Katakanlah: Sekali-kali kamu tidak berhak. mengikuti kami. Demikianlah Allah telah menetapkan sebelumnya, mereka akan mengatakan: Sebenarnya kamu dengkikan kami, bahkan mereka tidak mengerti melainkan sedikit sekali.
Al-Fath: 15

Apabila Rasulullah s.a.w hendak keluar ke Khaibar, Baginda mengiklankan bahawa yang akan turut serta hanya orang yang ingin berjihad sahaja, oleh itu yang turut serta hanyalah mereka berbai'ah Ar-Ridhwan. Bilangan mereka seramai seribu empat ratus (1,400) orang.

Rasulullah s.a.w melantik Siba' bin 'Arfatah al-Ghifari sebagai amir Al-Madinah. Tetapi, kata Ibnu Ishak: Namilah bin Abdullah Al-Laithi. Namun pendapat yang pertama lebih sahih pada pandangan golongan pengkaji.

Di masa itu Abu Hurairah pun sampai ke Madinah mengiklan keislamannya, di sana beliau sempat dengan Siba' bin Arfatah, Amir Al-Madinah di dalam sembahyang' subuhnya. Setelah selesai sembahyang terus beliau menemui Siba', maka beliau pun diberi bekalan, terus beliau ke Khaibar menemui Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w pun memberitahu kepada kaum muslimin seterusnya, Rasulullah s.a.w pun membahagikan saham rampasan bersama-sama dengan sahabatnya yang lain.


KAUM MUNAFIQIN MEMBUAT HUBUNGAN DENGAN KAUM YAHUDI

Kaum munafiqin berusaha untuk kemaslahatan golongan Yahudi, Abdullah bin Ubai selaku kepala munafiqin telah menghantar utusan untuk bertemu dengan kaum Yahudi Khaibar dengan peringatan: "Bahawa Muhammad telah bergerak menuju ke arah kamu, berwaspadalah kerananya, justeru itu janganlah kamu gentar, persenjataan dan bilangan kamu lebih banyak, sedang Muhammad hanya satu kelompok yang kecil sahaja dengan tangan kosong tak Bersenjata, senjata yang mereka miliki sangat sedikit.

Sebaik sahaja penduduk Khaibar mengetahui hal ini, lantas mereka mengutus Kinanah bin Abi Al-Haqiq dan Hauzah bin Qais kepada Ghatafan, meminta bantuan dari mereka, kerana Ghatafan adalah sekutu Yahudi yang memusuhi kaum muslimin. Yahudi telah menjanjikan Ghatafan untuk menyerah separuh hasil Khaibar sekiranya mereka dapat mengalahkan kaum muslimin.


PERJALANAN KE KHAIBAR

Dalam perjalanan ke Khaibar, Baginda melalui Jabal Asir, turun ke As-Sahba', turun lagi ke lembah yang dikenali sebagai Ar-Raji'e, dari situ ke kawasan Ghatafan perjalanannya mengambil masa sehari semalam. Ghatafan sudah pun bersiap untuk bergerak ke Khaibar bagi membantu Yahudi Khaibar, di pertengahan jalan, mereka dengar dari belakang mereka bunyi-bunyi bising, di mana mereka sangka bahawa kaum muslimin sudah menyerang keluarga, harta dan perkampungan mereka. Dengan itu tak jadi mereka ke Khaibar.

Rasulullah s.a.w menjemput dua orang "Dalil" (penunjuk arah perjalanan) tentera Islam, salah seorang mereka bernama Husail untuk melalui jalan yang terbaik, agar dapat Baginda memasuki Khaibar dari arah utara iaitu dari sebelah negeri Syam dan supaya dapat menghalang mereka dari Ghatafan.

Salah seorang daripada mereka berkata: "Daku akan menunjukkan tuan hamba jalan-jalannya", dengan itu beliau membawa Rasulullah s.a.w bersama tenteranya sampai ke satu persimpangan yang banyak cabang dan arah, kata beliau: "Wahai Rasulullah s.a.w setiap jalan ini boleh sampai ke matlamat". Maka Baginda meminta beliau sebutkan nama jalan-jalan itu, kata beliau: "Jalan ini bernama "Hazan" Rasulullah s.a.w menolak cadangan untuk melalui jalan ini, katanya yang ini namanya "Syasy" pun Rasulullah s.a.w menolaknya, katanya: Dan yang ini namanya "Hatib" sekali lagi Rasulullah s.a.w menolaknya, kata Husail: "Tak ada yang lain, cuma tinggal satu lagi". Umar aI-Khattab bertanya: "Apa namanya?" Kata Husail: Yang ini namanya "Marhab" maka Rasulullah s.a.w pun memilih jalan "Marhab" untuk ke menuju matlamatnya.

Beberapa Peristiwa Di Pertengahan Jalan:

1. Hadith riwayat Salamah bin Al-Akwa'yang berkata:
Kami telah keluar bersama Nabi (s.a.w) ke Khaibar, kami berjalan di malam hari, sehingga berkata salah seorang dari peserta yang ramai itu kepada Amir: "Hai Amir, perdengarkan kami sebahagian dari madahmu itu", Amir adalah seorang penyair, beliau pun turun mendendangkan madahnya kepada sekelian peserta:
Tanpa kau Allah, kami ketiadaan hidayah
Tanpa mu Tuhan, tiada kami bersolat, bersedekah
Pohon kemaafan pengorbanan diserah
Selama masih kami bertaqwa
Tetapkan langkah bila musuh bersua
Cucuri kami ketenanganMu Ilahi
Bila kami diherdik tiada apa menggeruni
Disuara laungan salurlah bantuanmu Ilahi

Tanya Rasululllah (s.a.w): "Siapa yang mendendang madah itu?" Jawab yang hadir: "Beliau adalah Amir bin Al-Akwa'" Jawab Rasulullah s.a.w: "Allah mencucuri rahmat ke atasnya". Sampuk salah seorang: "Wajib ke atasnya syurga wahai Nabi Allah, kalau tidak mana mungkin masih boleh beliau menghibur".
Para sahabat sudah mengetahui tidak pernah Rasulullah s.a.w memohon rahmat dan beristighfar untuk seseorang kecuali dikurniakan syahadah (mati syahid). Amir telah syahid di Medan Khaibar.

2. Dipertengahan jalan sekalian hadirin bersua dengan sebuah lembah lalu mereka semua mengangkat suara takbir. Kata Rasulullah s.a.w: "Rendahkan suara mu itu, yang kamu memohon itu bukannya pekak atau tiada bersama, yang kamu pohon dariNya itu Maha Pendengar lagi Maha Dekat".

3. Semasa di As-Sahba' kawasan berhampiran dengan Khaibar Baginda pun bersembahyang Asar, kemudian Rasulullah s.a.w meminta makanan, apa yang diberikan kepada Baginda hanyalah tepung, maka Rasulullah s.a.w suruh dimasakkan, setelah itu Rasulullah s.a.w pun makan dan sekelian yang hadir pun turut makan bersama. Sesudah itu Rasulullah s.a.w bangun untuk bersolat Maghrib. Baginda masih dalam wudhu' lantas untuk itu Baginda berkumur sahaja, kaum muslimin yang lainpun mencontohi amalan Rasulullah s.a.w dengan memadai berkumur sahaja. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersolat dengan tidak memperbaharui wudhu', lepas itu Baginda menunai solat Isya' pula.

TENTERA ISLAM KE TEMBOK KHAIBAR

Kaum muslimin tidur di malam akhir sebelum bermulanya peperangan di pagi harinya, berhampiran dengan kota Khaibar, tanpa disedari oleh kaum Yahudi. Kebiasaan Rasulullah s.a.w apabila hendak memerangi sesuatu kaum sedang suasana masih malam maka Baginda tidak rnenghampiri tempat itu hinggalah di waktu subuh. Kiranya apabila masuk sahaja waktu subuh terus Rasulullah s.a.w bersembahyang fajar disamar-samar pagi, seluruh tentera pun siap memacu tunggangan masing-masing, penduduk Khaibar keluar di pagi hari untuk ke tempat kerja masing-masing, membawa peralatan mereka, tanpa menyedari kehadiran tentera Islam. Sebaik sahaja mereka sampai ke tempat kerja tiba-tiba mereka melihat tentera Islam terus mereka memekik: "Muhammad, demi Allah Muhammad dengan unit-unit tenteranya. Terus mereka lari ke dalam kota, maka laung Rasulullah s.a.w: "Allahu Akbar! Musnah Khaibar, Allahu Akbar! musnah Khaibar. Sesungguhnya apabila kami turun ke halaman sesuatu kaum maka nahaslah pagi hari kaum yang diperingatkan itu".

Rasulullah s.a.w telah memilih satu tempat sebagai khemahnya, namun demikian Khabbab bin Al-Munzir telah datang menemui Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w, apakah tempat yang tuan hamba bertapak ini suatu ketetapan langit atau berdasarkan strategi, kata Khabbab lagi: Wahai Rasulullah s.a.w tempat ini dekat sangat dengan benteng-benteng pertahanan, seluruh tentera Khaibar berada di dalamnya, mereka mengetahui situasi kita sedang kita pula tidak mengetahui situasi mereka. Panah mereka boleh sampai kepada kita dan panah kita tidak sampai kepada mereka. Kita tidak selamat dari angkara mereka, ianya juga terletak di antara pohon-pohon tamar, kawasan rendah dan bumi kosong, kalau Rasulullah s.a.w menyuruh kita sediakan tempat yang bebas dari semua ini untuk dijadikan markas tentera kita, boleh kita lakukan". Jawab Rasulullah s.a.w: "Pendapat yang baik adalah seperti mana yang engkau kemukakan". Kemudian Rasulullah s.a.w berpindah ke tempat lain. Semasa Rasulullah s.a.w menghampiri Khaibar dan sudah boleh dilihat, Rasulullah s.a.w memerintah supaya berhenti, di situ Baginda mendoakan: "Ya Allah ya Tuhan Penjaga tujuh petala langit yang memayungi, penjaga tujuh petala bumi yang dipijak, Tuhan kepada sekalian syaitan yang menyesatkan, sesungguhnya kami memohon kebaikan kampung ini, kebaikan penghuni kampung ini. dari kejahatan penduduknya dari kejahatan apa yang ada di dalamnya Ayuh maralah dengan nama Allah."


BERSIAP UNTUK BERPERANG

Di malam hari penyerangan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan ku serahkan bendera ini pada esok hari kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya disebaliknya Allah serta RasulNya mencintainya". Bila siang menjelang semua orang ke hadapan Rasulullah s.a.w, semua mereka mengharapkan bendera itu akan diserahkan kepadanya, lantas Rasulullah s.a.w bertanya: Di mana Ali bin Abi Talib. Jawab hadirin: Beliau mengadu hal matanya yang sakit. Kata Rasulullah s.a.w: Hantarkan beliau ke mari. Maka beliau pun di bawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. Baginda meludah ke dalam kedua-dua matanya sambil berdoa, sesudah itu matanya tidak sakit-sakit lagi bagaikan tak ada apa pun sebelumnya, Baginda menyerah bendera kepadanya, dan beliau berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w akan ku perangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita semua". Jawab Baginda: "Ayuh laksanakan tugas mu itu, apabila kamu sampai di perkarangan mereka, serulah mereka kepada Islam, beritahukan mereka segala sesuatu mengenai hak Allah, demi Allah sekiranya dengan kau Allah memberi hidayah kepada seseorang maka itu terlebih baik bagi kau dari sekumpulan unta-unta merah".

Khaibar terbahagi kepada dua kelompok, satu kelompok ialah:
1. Kubu Nairn
2. Kubu As-Saab bin Muaz
3. Kubu Qaladah Az-Zubair
4. Kubu Ubai
5. Kubu An-Nizar
Tiga kubu yang pertama terletak di kawasan yang dikenali sebagai An-Nutah yang dua lagi terletak di kawasan yang dikenali sebagai Asy-Syaq.

Kelompok kedua dikenali dengan nama Al-Katibah, terdapat tiga kubu sahaja iaitu:

1. Kubu Al-Qamus ianya kubu qabilah Abu Al-Haqiq keturunan Bani Nadhir.
2. Kubu Al-Watih
3. Kubu As-Salalim

Namun demikian di Khaibar masih terdapat kubu-kubu dan tembok-tembok lain, selain dari lapan yang tersebut, cuma ianya kecil tidak segagah dan perkasa seperti yang lapan itu.

Peperangan sengit berkisar disekitar kubu-kubu yang berada di kelompok pertama, kubu-kubu kedua meskipun ramai pejuang-pejuangnya di situ namun ianya telah menyerah kalah tanpa sebarang peperangan.


PERMULAAN PEPERANGAN DAN PEMBUKAAN KUBU NA'IM

Kubu Na'im merupakan kubu pertama di antara lapan kubu yang diserang, ianya merupakan barisan pertahanan Yahudi pertama kerana kedudukannya yang strategi ianya kubu pahlawan Yahudi bernama "Marhab" Pejuangnya adalah ribuan.

Ali bin Abi Talib muncul di hadapan kubu berkenaan, pertama sekali beliau menyeru kaum Yahudi seluruhnya kepada Islam, mentah-mentah mereka menolak pelawaan itu, dengan itu mereka muncul ke hadapan bersama raja mereka "Marhab", beliau tampil ke hadapan menyeru sesiapa yang mahu bertarung dengannya. Kata Salamah bin Al-Akwa: Setibanya kami di Khaibar raja mereka yang bernama "Marhab" pun tampil ke hadapan menghunus pedang sambil melaung dengan madahnya:

"Dakulah Marhab, Khaibar Kenali
Senjata digenggaman pahlawan teruji
Apabila perang bermula ianya membakar"
Di masa itu tampillah Umai Amir dengan madahnya:
"Khaibar kenali daku Amir
Senjata ditegakkan pahlawan mencabar"

Bertikamanlah di antara kedua, pukulan pedang Marhab membelah perisai Amir, menyebabkan beliau hanya bertahan sahaja, pedangnya pun pendek pula, namun beliau cuba memukul betis Yahudi tetapi mata pedangnya melantun balik ke arah dirinya hingga tertikam kepala lututnya dan beliau syahid kerana itu. Maka Rasulullah s.a.w pun menegas dengan sabdanya: "Untuk beliau dua pahala, sambil Baginda menunjukkkan dua jarinya, kerana beliau berusaha dan melawan, jarang seorang Arab mara seperti beliau".

Nampaknya "Marhab" mencabar sekali lagi memanggil sesiapa yang berani bertarung dengannya, dengan madahnya tadi, Ali bin Abi Talib tampil ke hadapan, kata Salamah bin Al-Akwa', Ali muncul dengan madahnya:

Daku Haidar ibu menamanya
Singa rimba garang rupanya
Sukatan diberi
Hutang dibayar
Darah dibela

Beliau menghumban pedangnya ke kepala Marhab membunuhnya, dengan itu pembukaan kota Khaibar pun dirasmikan.

Semasa Ali (r. a) menghampiri kubu-kubu mereka yang lain, seorang Yahudi menjengok kepalanya dari dalam kubu sambil bertanya: Siapa kamu Jawab beliau: Akulah Ali bin Abi Talib, maka kata Yahudi: Kamu telah mengatasi dengan apa yang diturunkan ke atas Musa.

Sejurus kemudian muncul Yasir saudara kepada Marhab dengan berkata siapa sanggup bertarung dengan ku, maka tampil Az-Zubair, maka kata ibunya Safiah: "Wahai Rasulullah s.a.w, nanti dibunuhanakku?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Malah anak engkau yang membunuhnya". Memang itulah yang terjadi.

Pertempuran pun menjadi sengit di sekitar kubur Na'im di mana terbunuh beberapa keluarga, yang membawa kepada tumbangnya penentangan Yahudi dan gagal mereka mempertahankan kemaraan tentera Islam.

Dari semua sumber ini boleh difahamkan di mana peperangan Khaibar ini selama beberapa hari, tentera Islam menghadapi tentangan yang hebat, namun di akhirnya kaum Yahudi sudah berputus asa untuk melawan, kesudahannya mereka lari dari kubu itu menyusup ke kubu "As-Saab". Dengan itu tentera Islam pun melanggar masuk dan menawannya.


PEMBUKAAN KUBU AS-SAAB BIN MUAZ

Kubu As-Saab merupakan kubu kedua yang terkuat dan gagah selepas kubu An-Na'im, tentera Islam membuat serangan di bawah pimpinan Al-Habbab bin Al-Munzlr Al-Ansari, sebelum itu mereka telah membuat kepongan selama tiga hari, pada hari ketiga Rasulullah s.a.w telah membuat satu doa khas untuk pembukaan kubu berkenaan.

Ibnu Ishak meriwayatkan katanya: Banu Saham dari qabilah Aslam telah datang menghadap Rasulullah s.a.w, kata mereka: Kami dalam kemelesetan, kami tidak mempunyai sesuatu apa pun, jawab Rasul dengan nada restunya: "Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Kau mengetahui hal mereka ini, mereka tak mempunyai kekuatan, di tangan ku ini tiada sesuatu pun yang boleh ku beri kepada mereka, bukalah untuk mereka sekaya-kaya kubu, padanya makanan dan daging yang berlebihan". Keesokan pagi, Allah telah membuka kubu As-Saab bin Muaz, kiranya di Khaibar itu padanyalah tersimpan makanan dan daging-daging.

Ketika Rasulullah s.a.w menyeru menyerang ke atas kubu berkenaan, maka Banu Aslamlah kumpulan terkemuka yang membuat asakan ke atas "As-Saab". Pertarungan dan pertempuran berlaku di hadapan kubu, sebelum matahari terbenam Al-Hamdulillah As-Saab telah terbuka, tentera Islam mendapati di dalamnya alat-alat peperangan seperti pelontar peluru dan kereta-kereta perisai.

Oleh kerana kelaparan yang mencengkam tentera Islam, sudah sampai kekemuncaknya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak membawa kaum muslimin sudah merebus air untuk memasak daging keldai peliharaan. Tapi setelah Baginda mengetahui maka dilarang dari memakan daging kaldai peliharaan.


PEMBUKAAN KUBU AZ-ZUBAIR

Selepas pembukaan kubu Na'im dan As-Saab kaum Yahudi yang berada di semua kubu kelompok An-Naim berpindah ke kubu Az-Zubair, ianya kubu perkasa di kemuncak "Quilah", berat untuk kuda dan tentera ke sana kerana kesukaran jalan dan kekukuhannya. Tindakan Rasulullah s.a.w ialah mengepunginya, Rasulullah s.a.w mengenakan kepungan selama tiga hari, setelah itu seorang lelaki Yahudi datang menemui Rasulullah s.a.w seraya berkata: "Wahai Abi Al-Qasim kalau kamu kepung, mereka ada sumber air di bawah tanah, mereka keluar di waktu malam mengambilnya, balik semula ke kubu mereka tidak ada sesuatu pun yang mencemas mereka, tetapi kalau kau potong air mereka, mereka akan melawan."

Rasulullah s.a.w pun segera bertindak menghalang air dari mereka, reaksinya mereka keluar dan melawan dalam satu peperangan habis-habisan, telah syahid beberapa tentera Islam dan sepuluh orang Yahudi kecundang, dengan itu terbukalah kubu Az-Zubair kepada Rasulullah s.a.w.


PEMBUKAAN KUBU UBAI

Setelah kubu Az-Zubair dibuka maka seluruh Yahudi berpindah ke kubu Ubai, kaum muslimin mengepunginya, dua wira Yahudi telah tampil seorang demi seorang meminta ditentang, namun kedua-dua mereka dibunuh di dalam pertarungan yang berasingan, wira kedua Yahudi telah dibunuh oleh pahlawan Islam yang berikat kepala dengan kain merah iaitu Abu Dujanah Sumak bin Kharsyah Al-Ansari. Sebaik sahaja beliau membunuh wira Yahudi, terus beliau merempoh masuk ke dalam kubu Ubai dan tentera Islam membanjiri bersama beliau ke dalam. Di dalam kubu berlaku pertarungan sengit beberapa jam, di masa itu kaum Yahudi mengambil kesempatan melarikan diri ke dalam kubu "An-Nizar" kubu terakhir di kelompok pertama.