03 Mac 2009

Almarhum Ahmad Mahir





Almarhum Ahmad Mahir adalah satu nama besar di negeri Kelate. Beliau telah banyak berjasa kepada pembangunan rakyat di Negeri Kelate.

Beliau dilahirkan pd thn 1324H di Ma'ala, Makkah oleh ibunya Hj To' yg dtg ke Makkah dgn ayahnya utk mengerjakan haji dan menuntut ilmu. Ayahnya yg dikenali dgn Tok Kemuning mengajar anaknya menghafaz al-Qur'an, b. Arab dan kitab2 agama. Balik dari Makkah menetap di Kemuning, Machang. Berpindah ke Bachok dan akhirnya di Kubang Pasu. Beliau belajar pula dgn Tok Kenali, Hj Ali Pulau Pisang, Hj Ahmad Hakim, Tok Khurasan, Hj Yaakob Gajah Mati Dll. Antara kitab yg dipelajari : Misykat Masabih, Sunan Tirmidzi,, Mantiq al-Qurtubi dan Ihya' Ulumiddin. Syeikh Muhammad Bakhit (bekas Mufti Mesir) menggelarnya "maher" krn kemahiran beliau dlm usul feqh. Anak Kelantan pertama mendpt syahabah alimiyyah dlm masa singkat di Azhar Syarif. Banyak menghafaz mutun. Bijak berhujjah. Pernah mengajar di Masjidil Haram. Pengarang Majalah Pengasuh. Pada bulan Okt 1935 dilantik sbg Qadhi besar Kelantan. Pada tahun 1938 dilantik sbg Mufti Khas Sultan Ismail. Pada tahun 1941 dilantik sbg Mufti Kelantan hingga akhir hayat. Pernah berlaku debat "Jilatan Anjing" beliau bersama TG Hj Ibrahim mempertahankan mazhab Syafi'ie. Manakala Hj Abbas Taha, Hj Wan Musa & Dr Burhanuddin Helmi dgn fhmn Kaum Muda. debat dimenangi beliau apabila Hj Abbas Taha gagal membalas hujahnya. Banyak menulis kitab.Meninggal dunia pd sabtu 17 Zulhijjah 1387 bersamaan 16 Mac 1968. Dimakamkan di Kubor Banggol, Kota Bharu