20 Februari 2009

Kelmarin Yang Telah Berlalu

AsSalam
Allahumma Solli a'la Muhammad
Allahumma Solli alaihi WaSalim
Imam Al Ghazali pernah bertanya apakah yang amat jauh...

maka muridnya menjawap dengan pelbagai jawapan...

Imam AlGhazali menjelaskan "Yang amat jauh ialah kelmarin yang telah berlalu...tiada kenderaan yang buleh sampai ke sana...


Maka jadikanlah Iktibar bagi Hidup di masa depan akan semua pengalaman yang lalu sama ada yang hitam atau Baida'...


Sesungguhnya manusia dinilai atas sifat Taqwa tidak kira samada berkulit sawda' atau baida'...

AtTa_ibu minal Zanbi kama la zanbalahu bermakna:
Bertaubat dari dosa adalah seperti tidak melakukan dosa

Inna Islama yajubbu ma kaana qoblahu bermakna:

Sesungguhnya (kalimah taukid penguat peryataan) Islam menghapuskan dosa sebelumnya...

Inna Rahmati Gholabat (sebut Rolabat) Ghodhobi (sebut Rodhobi...bermakna
Sesungguhnya Rahmat Allah lebih luas dari murkaNya...


Hadis tersebut seperti memberi perangsang untuk umat Islam serta Insan untuk berTAUBAT dari kesilapan lalu.


Taubat ada 3 jenis:

1. taubat dari dosa besar
2. taubat dari fasad dalam dada seperti hasad dengki, riak, ujub, sum_ah
3. Taubat seperti yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam yang ma'sum dijamin aljannah bernafsu Kamilah...Rasulullah bertaubat dengan berIstighfar 100 kali sehari...


Tuba lil Ghuroba' bermakna

berUntunglah untuk golongan Ghuroba' yakni yang membawa amal yang Ikhlas menemui Allah di alam Akhirat...


WAllahu A'lam