25 Februari 2008
Meranti Paya, Mersawa
AsSalam
Sebenarnya pokok Mersawa ini jua buleh ditemui di hutan tanah pamah...
Cuma Meranti paya hanya ditemui di kawasan paya gambut...
kedua pokok ini jua mempunyai nilai kayu yang baik di pasaran...
harganya kurang sedikit berbanding kayu Chengal serta Damar Minyak.
Semasa saya bertugas di Sabah tahun 1995, harga Kayu log damar Minyak adalah RM1200 bagi setiap tan LOG, manakala PRICE KAYU LOG Meranti adalah RM900 bagi setiap tan... pada masa ini tahun 2009 price bagi logs Kayu Chengal bagi setiap tan kayu ialah RM4000 seperti maklumat yang saya dapat dari DFO_District forest Officer Kanan ....ini adalah harga timber logs... bila dah ada value added menjadi perabut atau sawn timber, automatic harga akan meningkat berkadar dengan valued added yang jua melibatkan cost upah serta costing yang diperlukan bagi mengeluarkan furniture product tersebut. Bila sudah sampai ke kedai perabut , harganya akan bertambah...
harga yang perlu ditanggung oleh customers jua melibatkan cost tranportation.
Maka untuk menjadikan negara kita ini Berkat, kita better regenerate, tanam kembali pokok seperti Jati, Chengal, meranti, Keruing, Nyatoh... Dukacita Jabatan Hutan sudah silap bil tanam pokok Acacia mangium dalam skala yang besar, ladang pokok acacia yang banyak di area, Kemasul, Pahe; Sungai Sam, Kelate telah tidak dapat untuk di ulitilized. kerana pokok acacia mangium ini tidak ber qualiti, bahkan telah mengganggu pokok tempatan yang lain .
Acacia mangium ini seperti alien yang menyedut zat tanah sehingga pokok tempatan tidak dapat bersaing dalam nutrient uptake kerana acacia mangium ini begitu rakus menyerap zat tanah...
sebenarnya acacia mangium ini di ambil dari area yellow river di australia. pokok ini hanyalah pokok belukar serta tiada manfaat... saya begitu hairan bagaimana pokok ini telah ditanam dengan large scale area pada tahun 1990an dengan pinjaman dari asean development bank yang kononnnya telah mensyaratkan negara kita supaya tanam pokok acacia mangium ini...Dukacita sungguh...
pakar botani, semua menyatakan dukacitakannya kerana pokok acacia mangium ni di bawa masuk ke negara ini dengan pinjaman dari asean development bank...hasil tiada, duit habis...
sekarang ini info mengatakankayu dari pokok ini digunakan untuk buat kotak untuk packaging buah-buahan... begitu tiada nilainya pokok acacia mangium ini...
asal set up ladang acacia mangium ini, kononnnya untuk pembuatan kertas...anda tahu berapa budget diperlukan untuk set up factory untuk hasilkan pulp yang merupakan bahan untuk pembuatan kertas...
setelah saya bincang dengan pakar pulp and paper, beliau beritahu untuk set up factory kertas perlu ada RM 2 million (price pada tahun 2004). Itu belum masuk untuk hasilkan pulp dari kayu.
pulp ini jka kita lihat , ianya seperti mee halus,...hasil dari kayu yang telah dicampur dengan sejenis bahan kimia, kemudian pulp ini diekstrak dari kayu ...hasilnya pul yang seperti mi...
kemudian pulp ini diletak dalam acuan/moulding... di press...diberi tekanan dan haba lalu terhasil kertas...
jika nakkan kertas licin, maka di campurkan dengan bahan dari tanah liat...
sebahagian briefing ringkas bagaimana kertas terhasil.
biasanya factory hanya recycle aje kertas yang terpakai dijadikan kertas berkualiti rendah seperti kerta surat khabar, tisu tandas.
kertas tisu yang branded menggunakan pulp yang diekstrak dari kayu... bila kita kurang pakai kertas maka kita telah selamatkan pokok-pokok dari ditebang. Maka kita better pakai email, internet, jimat kertas, selamat pokok dari ditebang.
Maaf dari kisah Pokok meranti Paya, mersawa, saya telah masuk hal kertas...
Man zaro'a hasoda terjemahannya Sesiapa yang telah berusaha , dia telah menuai hasilnya.
Kita banyakkan amal kebajikan , InsyaAllah hasilnya akan kita dapat ganjaran dari Allah Subhanahu waTaala di Jannah yang penuh ni'mat.
WaAllahu 'alam bi Sowaab.